Assalamualaikum,
Lama betul rasanya akak tak berblogging. Rindu sangat nak mencoret, tapi betul2 tak berkesempatan sebab sibuk dengan kerja Dan urusan rumahtangga.
In sha Allah, sekarang nak konsisten berblogging, masa pun dah lapang sikit. In sha Allah.
Dan akak masih lagi Shaklee Distributor yang sah, so sapa2 yang nak order supplement Shaklee, bolehlah PM/WhatsApp akak ya (012 3945670)
Sapa2 yang area Shah Alam, Klang, Bukit Naga, Jalan Kebun, Kampung Jawa, Banting, Bandar Sunway bolehlah kalau nak COD ya.
# Sapa2 yang nak pemanis Stevia pun bolehlah pm akak gak ya..
Tuesday, 19 April 2016
Lama Tak Berblog....
Posted by
Unknown
at
18:54
Lama Tak Berblog....
2016-04-19T18:54:00-07:00
Unknown
LamaTak Berblog|
Comments
Labels:
LamaTak Berblog
Saturday, 21 February 2015
Tip Untuk Pastikan Sentiasa Rasa Kenyang Semasa Diet Supaya Diet Anda Tidak Ke Laut
Assalamualaikum,
Dalam badan kita terdapat beberapa jenis hormon, yang mempunyai fungsinya yang tersendiri. Bagi mereka yang tengah berdiet, hormon Leptin amat memainkan peranan dalam proses diet anda.
Hormon Leptin adalah hormon yang yang dirembeskan oleh sel lemak yang memberi signal "aku sudah kenyang" kepada badan dan merangsang pembakaran lemak. Walaubagaimanapun, kadang-kadang hormon leptin ini tidak berfungsi dengan sebaiknya, yang menyebabkan anda masih terus ingin makan dan lemak sedia ada langsung tiada rangsangan untuk di bakar.
Berikut adalah berapa tip untuk memastikan hormon leptin dapat di manfaatkan dengan sebaiknya;
- Jangan makan apapun selepas makan malam dan pastikan anda jarakkan selama 12 jam dengan masa sarapan pagi. Contohnya jika anda makan malam pada waktu 6 petang, anda perlu bersarapan selepas jam 6 pagi.
- Jarakkan tempoh sekurang-kurangnya 3 jam selepas makan hingga anda tidur. Badan manusia diprogramkan untuk berhenti dari mengisar makanan ketika tidur dan menggunakan (membakar) lemak yang ada ketika tidur di samping menggunakan nutrisi yang lain untuk membaikpulih dan membina semula sel-sel badan ketika rehat.
- Makan protein untuk sarapan. Ia akan bertahan lebih lama di dalam perut jika di bandingkan dengan karbohidrat. Ini akan mengelakkan anda menjadi lapar dengan lebih cepat.
- Di siang hari, pastikan jarak 5 jam sekurang-kurangnya di antara waktu makan yang lain. Di antara tempoh itu, anda di galakkan mengambil air kosong semata-mata.
- Kurangkan pengambilan karbohidrat ringkas seperti nasi, kuih-muih, minuman manis, roti dan lain-lain. Lebihkan karbohidrat kompleks berserta serat seperti sayuran dan anda juga haruslah lebihkan pengambilan protein.
- Gunakan pinggan yang kecil supaya mudah untuk anda kurangkan jumlah makanan yang di ambil. Kunyah perlahan-lahan.
- Atasi keadaan stress dengan sebaiknya dan lakukan senaman secara berkala. Senaman akan meningkatkan perembesan serotonin di otak, sejenis bahan yang akan menceriakan anda.
- Tidur secukupnya iaitu antara 7-8 jam sehari.
Jom kita manafaat tip di atas untuk memastikan diet kita berjaya.
Posted by
Unknown
at
01:35
Tip Untuk Pastikan Sentiasa Rasa Kenyang Semasa Diet Supaya Diet Anda Tidak Ke Laut
2015-02-21T01:35:00-08:00
Unknown
Tip Rasa Kenyang Semasa Diet|
Comments
Labels:
Tip Rasa Kenyang Semasa Diet
Friday, 20 February 2015
Resepi Makaroni Bakar Cheese Versi Melayu
Assalamualaikum,
Selamat menyambut Tahun Baru Cina bagi mereka yang berbangsa cina. Dan bagi mereka yang tidak menyambut Tahun Baru Cina, mesti masing-masing memanafaatkan cuti yang panjang ni. Ada yang balik kampung, bawak family bercuti dan ada juga yang duk kat rumah jah samping keluarga tercinta.
Macam akak, tahun ni kita orang kat rumah jah, tak ke mana pun. So pagi ni, akak gunakan peluang ni untuk masak makaroni bakar cheese kegemaran anak-anak, tapi style melayu. Untuk adunan ni akak boleh buat dua bekas bulat yang 8 inci tu, banyak jugaklah. Sebelum kita tengok resepi, jom kita layan dulu gambarnya. Resepi ni gabungan resepi dari Azalitamasamanis dan ubah sikit ikut sesedap anak tekak sendiri.
Resepi Makaroni Bakar Cheese Versi Melayu
300 gram Makaroni (di rebus hingga lembut & tos)
300 gram daging cincang
1 biji cili merah (di hiris)
1 biji cili hijau (di hiris)
1/2 biji cili benggali (di potong dadu)
1 tin Cendawan (di hiris nipis)
Daun Bawang (di potong dadu)
Daun Sup (di potong halus)
Bawang Goreng
Kepingan Cheese
Bahan Tumisan
1 labu bawang besar holland (bawang besar biasa pun ok gak)
2 biji bawang putih
2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar cili giling (tapi kalu tak suka pedas tak yah bubuh pun ok)
Kastard
5-6 biji telur gred A
1 tin susu cair
3 camca teh tepung gandum
Sedikit garam
Sedikit gula
Cara Membuat
Bawang besar, bawang putih, rempah kari dan cili giling di tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan daging dan masak hingga daging masak dan kuah sedikit kering. Lepas tu masukkan cili merah, cili hijau, lada benggali, cendawan, daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Gaul hingga sebati.
Sapu loyang dengan butter (supaya nanti bila dah masak makaroni tak melekat pada loyang). Panaskan overn pada suhu 180C. Tuang adunan tadi ke dalam loyang.
Untuk kuah kastard, satu semua bahan untuk kuah kastard dan kacau rata menggunakan wisk. Lepas tu tuang adunan kastard ke dalam loyang yang berisi adunan tadi. Kacau rata. Letakkan kepingan cheese di atas adunan & tabur sedikit daun bawang & daun sup.
Bakar menggunakan api bawah selama 25 minit sehingga masak, selepas tu menggunakan api atas dan bawah selama 5 minit. Dan dah boleh di makan, samada untuk sarapan atau minum petang.
Saturday, 17 January 2015
Lazy Eyes Atau Mata Malas, Merbahaya Ke???
Assalamualaikum,
Rasanya lama betul akak tak berblogging, rasa rindu lak. Harini akak bawak anak-anak pergi check mata kat Optometrist, masing-masing cakap dah tak nampak apa yang cikgu tulis kat papan putih. So nak tak nak kenalah jugak bawak diaorang pergi check mata. Now 3 dara pingitan (termasuklah mama dia ni) hihi...semuanya berkaca mata. Bab kata orang kerosakan mata ni juga di sebabkan jugak oleh keturunan, tapi akak rasa depa ni terlebih tengok laptop atau handphone ni.
Masa pergi check tu, Optometrist adalah bagitau yang kalau lambat sangat merawat rabun ni, boleh menyebabkan Lazy Eyes. Apa kebenda Lazy Eyes tu...Malas sangat ke mata tu. Balik rumah teruslah akak google apa itu Lazy Eyes.
Apa Itu Lazy Eyes/ Ambliopia
Kemampuan penglihatan yang buruk pada salah satu ataupun kedua mata yang disebabkan oleh cacat pada perkembangan penglihatan normal semasa kanak-kanak dapat menyebabkan kondisi seumur hidup yang disebut “lazy eye” atau mata malas
Mata Malas (Ambliopia) adalah kurang jelasnya penglihatan akibat perkembangan penglihatan yang tidak sempurna dalam otak. Otak manusia memerlukan stimulasi visual untuk berkembang sepenuhnya.Otak akan memilih untuk menggunakan mata yang lebih jelas penglihatannya berbanding dengan mata yang kurang jelas penglihatan. Ini akan menyebabkan mata yang lemah itu akan menjadi semakin lemah dan h dan mengurangkan kemampuan penglihatan sekiranya tidak di rawat dari awal. Pada saat perkembangan anak sejak lahir hingga usia 8 tahun, apapun yang menghalangi atau menggangu jelasnya penglihatan dapat menyebabkan ambliopia. Penyebab umum termasuk ukuran kacamata tinggi (contohnya astigmatisma, hiperopia dan miopia), mata juling (strabismus), atau apapun yang menghalangi aksis visual pada satu mata (contohnya kelopak mata turun, katarak anak). Mata malas (ambliopia) biasanya hanya mempengaruhi satu mata, tetapi apabila kedua mata kurang mendapat visual yang baik dan jelas untuk jangka masa yang berkepanjangan, kondisi dapat timbul pada kedua mata.
Sebenarnya selain dari tubuh badan kita, mata juga memerlukan supplemen untuk memastikan ia sentiasa sihat. Supplemen yang boleh di amalkan untuk memastikan mata sentiasa sihat adalah Carotomax.
Carotomax mengandungi 6 jenis karotena, di ekstrak dari sayuran, buahan yang kaya sifat anti oksidan seperti rumpai laut, tomato, biji anggur, brokoli, marigold, epal, kentang, minyak sawit dan lain2.
Antara Manafaat Carotomax
1. Lebih Selamat Dari Vitamin A
Penemuan terawal vitamin adalah pada tahun 1912 iaitu Vitamin A. Di dapati juga pengambilan berlebihan Vitamin A akan menyebabkan toksisiti. Walaubagaimanapun ahli saintis menemui beta karotena pada tahun 1932, satu prekursor Vitamin A dan beta karotena di dapati selamat untuk pengambilan
2. Mempertingkatkan Penglihatan
Ia menghasilkan "ungu visual" yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan dalam gelap. Mempertingkatkan masalah penglihatan seperti rabun malam, rabun dekat, presbyopic, astimatism, xerophthalmia, kelesuan mata, glaucoma, katarak, floaters dan eye bags.
3. Meredakan Penyakit Kulit
Pengambilan yang banyak akan melegakan masalah kulit seperti psoriasis, senile plaque, kulit kering, kulit ugur, jerawat dan akne. Penggunaan luaran untuk merawat pustule, scabies, akne dan ulser kulit
4. Melindungi Epithelial
Ia memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing, ovari semasa disintegrasi tisu, merawat ulser saluran usus
5. Melawan Kanser Dan Oksidasi
Pengambilan kerap beta karotena mengukuhkan sistem imun, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser. Ini akan mengurangkan risiko kanser, terutama sekali kanser paru-paru dan payudara. Ia juga mengurangkan radikal bbas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida.
6. Menghalang Infeksi
Merangsang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiratori paru-paru, batuk, hepatitis, astha, flu dan selsema
7. Menggalakkan Perkembangan Normal dan Sihat
Merangsang perkembangan kanak-kanak/remaja, menguatkan tulang, melindungi rambut, kulit, membran mukosa, gigi sihat, gusi dan sistem reproduksi (penghasilan sperma yang sihat)
Untuk mendapatkan Carotomax Shaklee anda bolehlah;
☏ Pm/sms/whatsapp : 012 3945670 (Kak Izzah)
✉ Email : nurizzah7374@gmail.com
FB : Nur Izzah Samsudin
Fanpage : Lovelymamashop
COD : Shah Alam, Klang, Bandar Sunway, Subang, Kota Kemuning, Bukit Kemuning, Jalan Kebun, Bukit Naga dan Kampung Jawa
Konsultansi percuma secara ekslusif akan di berikan dengan setiap pembelian.
TAMPIL SIHAT DAN CANTIK
Anda Adalah Keutamaan Kami
Tuesday, 23 December 2014
Tampil Kurus Melalui Diet Atkins Dan Kekal Sihat Dan Cergas Dengan Supplemen Shaklee
Assalamualaikum,
Baru-baru ni akak ada menulis mengenai Diet Atkins, diet atkins adalah di mana kita mengambil protein dalam diet dan memotongkan pengambilan karbohidrat. Ini mungkin akan menyebabkan kita kekurangan nutrisi yang sepatutnya. Oleh kerana itu, bagi mereka yang ingin mengamalkan Diet Atkins, hendaklah memastikan kita mengambil supplemen yang sepatutnya.
Supplemen yang boleh di ambil untuk memastikan kita lebih sihat bertenaga tatkala berdiet adalah Vitalea Shaklee
Antara Manafaat Vitalea Shaklee adalah
- Penambahan Tenaga Segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental,sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian
- Pelengkap Nutrisi - Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran dan anaemia
- Keupayaan Sistem Produktif - Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar
- Metabolisma - sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan
- Elemen Penting Pada Sel Tubuh - menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid
- Melindungi Organ - melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati
Diet Atkins ni juga adalah berasaskan pada pengambilan protein dan hadkan pengambilan karbohidrat.
Jadi antara supplemen yang sesuai juga adalah ESP & Cinch Shake Mix Shaklee.
Jadi antara supplemen yang sesuai juga adalah ESP & Cinch Shake Mix Shaklee.
Klik Gambar Untuk Beli Online
ESP Shaklee menyediakan 14 gram protein soya bukan GMO(tidak diubah suai secara genetik) berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh perlukan untuk proses sintesis protein.
Kebaikan ESP Shaklee
- Awet Muda - Asid Amino yang terkandung dalam ESP amat penting untuk pembentukan otot, kuku, rambut, kulit dan lain-lain bahagian anggota badan
- Untuk mendapatkan kulit yang anjal dan cantik
- Memulihkan pigmentasi
- Pembekal tenaga segera
- Kestabilan Hormon
- Memulihkan fungsi rahim & prostat - genistein dalam soya di uji membuktikan boleh mencegah sel kanser dan menjaga rahim dan prostat
- Membaiki Memori - Menguatkan ingatan
- Membantu memekatkan dan mempercepatkan penghasilan susu
Manafaat Cinch Shake Mix
1. Di perkasa dengan Leucine untuk memelihara otot di saat mengurangkan berat badan.
2. Mengandungi 24 gram protein dalam setiap hidangan bagi rasa puas dan kenyang.
3. Kandungan serat yang tinggi, 6 gram untuk setiap sajian
4. Nilai glisemik yang rendah untuk mengekalkan paras gula normal dalam darah dan mengekalkan tenaga.
5. Memberi 35% atau lebih Nilai Harian bagi 21 jenis vitamin dan mineral penting
6. Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan.
7. Genetik soya yang tidak di ubahsuai (bukan GMO)
Pengambilan ESP & Cinch Shake Mix membantu untuk membina balik otot-otot yang hilang akibat dari proses Diet Atkins.
Konsultansi percuma secara ekslusif akan di berikan dengan setiap pembelian.
Untuk mendapatkan Supplemen Shaklee anda bolehlah;
☏ Pm/sms/whatsapp : 012 3945670 (Kak Izzah)
✉ Email : nurizzah7374@gmail.com
FB : Nur Izzah Samsudin
Fanpage : Lovelymamashop
COD : Shah Alam, Klang, Bandar Sunway, Subang, Kota Kemuning, Bukit Kemuning, Jalan Kebun, Bukit Naga dan Kampung Jawa
Konsultansi percuma secara ekslusif akan di berikan dengan setiap pembelian.
TAMPIL SIHAT DAN CANTIK
Anda Adalah Keutamaan Kami
Posted by
Unknown
at
04:16
Tampil Kurus Melalui Diet Atkins Dan Kekal Sihat Dan Cergas Dengan Supplemen Shaklee
2014-12-23T04:16:00-08:00
Unknown
Diet Atkins|
Comments
Labels:
Diet Atkins
Saturday, 13 December 2014
Rawat Muka Berjerawat Dan Berparut Supaya Rasa Rendah Diri Hilang Dan Suami Bertambah Sayang
Assalamualaikum,
Pagi-pagi ni akak nak kongsi satu video yang menjadi inspirasi buat akak jugak.
Sebenarnya masalah yang di alami oleh testimoni ni, sama macam masalah yang di hadapi oleh akak suatu masa dahulu.
Akak dulu pun pernah menghadapi masalah jerawat yang teruk, jerawat yang bernanah dan meninggalkan parut hitam. Imagine dahlah muka penuh dengan jerawat di tambah lagi dengan parut2 hitam.
Masatu, nak keluar rumah pun rasa malu teramat, nak bergaul dengan orang pun rasa rendah diri sangat. Rasa macam orang pandang kita ni dengan pandangan yang amat sinis.
Pernah jugak masa tu, pergi open house rumah sedara hubby, ada yang tegur akak kena chicken pox ke?? Masa tu rasa malunya dan rendah diri sangat. Dalam hati duk pikir mesti hubby pun malu agaknya dengan kulit wajah akak ni.
Tapi alhamdulillah lepas akak jumpa Shaklee, semua tu dah takde lagi. Kalau ada jerawat pun time hormon tak stabil (masa period), tu pun sebiji dua jah. Naik pun xdelah sampai bernanah cepat jah surutnya. And akak perasan parut-parut pun kalu ada, cepat je hilang. Kulit akak nie jenis yang sensitif, kena gigit nyamuk pun akak tinggalkan parut hitam.
Sebenarnya masalah kulit seperti ini, paling elok jika di rawat dari dalam. Ini kerana ia di sebabkan oleh kekurangan vitamin dan juga masalah hormon.
Antara supplemen yang akak konsisten ambik untuk penjagaan kulit adalah Set Kecantikan Kulit
1. ESP
❤ ESP berfungsi untuk memperbaiki sel-sel kulit yang mati, dengan menggantikan sel-sel kulit yang baru
2. Vitamin C
❤ Membentuk Kolagen
❤ Menghilangkan Kedut
❤ Menghilangkan Jeragat
❤ Merawat Kulit Kasar dan Kering
❤ Mencerahkan Kulit
3. Vitamin E
❤ Memperbaiki Parut
❤ Mengurangkan Jerawat
❤ Memberikan Ton Muka Sekata
❤ Mengurangkan Kedut dan Garis Halus
❤ Memulihkan tekstur Kulit
4. Vitamin B Complex
❤ Melembapkan Kulit
❤ Menaikkan Seri Wajah (Glowing)
❤ Anti Stress
❤ Melancarkan Peredaran Darah
Supplemen lain yang boleh di ambil untuk kesihatan kulit
2. GLA Complex
3. Vivix
Dan untuk penjagaan luar pula, bolehlah menggunakan
2. Set Enfuselle Shaklee
Konsultansi percuma secara ekslusif akan di berikan dengan setiap pembelian.
Untuk mendapatkan Supplemen Shaklee anda bolehlah;
☏ Pm/sms/whatsapp : 012 3945670 (Kak Izzah)
✉ Email : nurizzah7374@gmail.com
FB : Nur Izzah Samsudin
Fanpage : Lovelymamashop
COD : Shah Alam, Klang, Bandar Sunway, Subang, Kota Kemuning, Bukit Kemuning, Jalan Kebun, Bukit Naga dan Kampung Jawa
Konsultansi percuma secara ekslusif akan di berikan dengan setiap pembelian.
TAMPIL SIHAT DAN CANTIK
Anda Adalah Keutamaan Kami
Posted by
Unknown
at
19:18
Rawat Muka Berjerawat Dan Berparut Supaya Rasa Rendah Diri Hilang Dan Suami Bertambah Sayang
2014-12-13T19:18:00-08:00
Unknown
Set Kecantikan Kulit Shaklee|
Comments
Labels:
Set Kecantikan Kulit Shaklee
Thursday, 11 December 2014
Kurus Dalam Masa 2 Minggu Dengan Diet Atkins
Assalamualaikum,
Selama ni selalu duk dengar orang dok Diet Atkins, tapi tak pernah nak ambik tahu. Tapi baru2 ni duk tengok testimoni rupanya berkesan jugak Diet Atkins ni. Yang penting hati mau keras, kena betul-betul kuat semangat.
Apa Itu Atkins Diet
Atkins Diet ialah
sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi
membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep
pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.
Dengan mengurangkan
dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula,
badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda
akan mula menyusut.
Atkins Nutritional
Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan
penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian
anda. 4 peringkatnya ialah:
1. Induction
(permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat
badan.
2. Ongoing Weight
Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime
Maintenance
Induction
Induction ialah
peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan
kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama
ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan
boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan
dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk
anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut
berada pada tahap Induction.
Semasa 2 Minggu
Induction:
Makanan Yang Perlu Di elakkan
1.) Elakkan nasi, mi,
mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang
sebangsa dengannya.
2.) Elakkan Roti,
roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti
pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.
3.) Elakkan Gula -
gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula
tinggi.
4.) Elakkan
Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
5.) Elakkan minuman
bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan
pengambilan kopi!
6.) Elakkan snek
seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7.) Elakkan segala bentuk
kacang untuk 2 minggu.
8.) Elakkan makanan
berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
9.) Elakkan makanan
bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.
Boleh Makan:
1.) Ayam - panggang,
steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2.) Semua ikan - sama
macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon,
pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
3.) Semua daging -
rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar,
disalai... asalkan halal.
4.) Udang - bakar,
tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
5.) Sayur,
terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau,
lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
6.) Keju jenis
cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
7.) Air kosong, air
mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
8.) Burger? Buang
roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam
je...
9.) Pizza? Makan topping
sahaja.
10.) Makan supplement
dan vitamin untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
Jangan lupa makan
sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan
ponteng makan.
Contoh sarapan /
Breakfast
1.) Telur rebus - 1
biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice -
2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2
glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping -
(1 gram carb)
Makan Tengahari /
Malam
1.) Ikan panggang -
1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1
mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2
ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran
hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng -
1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)
Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20
grams Carb sehari kalau nak kurus!
Nasi - 1 pinggan
penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan
(nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan =
22 grams Carb.
Mee
(mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon
paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)
Ingat! Had 20 gram
karbohidrat sehari selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda
tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi
sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu
sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau
kurang sehari, store glukosa badan anda akan ?habis? dalam masa 48 jam (2
hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak
semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.
Ongoing Weight Loss Program
Ongoing Weight Loss,
akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya
memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram,
35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda.
Had toleransi
kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan
anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan
(equilibrium state). Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100
gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang
bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari. Kaum lelaki, terutamanya
yang muda akan lebih mudah membakar karbohidrat dan lemak daripada kaum wanita.
Contoh Menu
Pagi:
1.) 1 telur (boiled,
goreng, atau scrambled), tambah kicap masin / mayonnaise atau makan begitu
sahaja.
- 0.6 hingga 1 gram
karbohidrat
- 2 keping roti
Gardenia Breaktru (dulu Fit & Trim) Wholemeal - kandungan carbo is 10.1gm
per 2 slices
2.) Sayur salad
dengan serpihan keju mozarella atau olive oil sahaja.
- 0.5 karbohidrat
Tengahari:
1.) Ikan pari
panggang (apa2 ikan pun boleh, asalkan sedap)
- 0 gram karbohidrat)
2.) ATAU ganti ikan
dengan ayam (boleh roast, steam, goreng pun tak apa asalkan letak rempah tak
berperisa tiruan, tak bergula).
- 0 gram karbohidrat
3.) Sayur bayam /
sawi - boleh masak biasa asalkan tak bersantan, tak bergula, tak bercampur
anything berkarbohidrat
0.2 - 1 gram
karbohidrat
- any kind of sayur
kecuali kentang. Kurangkan lobak merah..LEbihkan sayur2 hijau dan freash.
4.) ATAU makan salad
sekali lagi
Malam: - sebelum jam
9.00pm:
Kurang lebih sama
macam tengahari, kecuali kalau masak ikan waktu tengahari, malam tukarlah
dengan ayam atau daging.
1.)Sup daging lembu,
sup ayam pun okay asalkan tak bergula. Cukup berempah dan tambah garam.
2.)Tomyam pun boleh,
tapi jangan letak sotong atau kerang, banyakkan udang, kepingan ikan, dan ketam
(ketam dari pasar, bukan crab fingers sebab karbohidratnya tinggi.)
Karbohidrat Udang= 0
gram, Ketam hidup= 0 gram.
3.) Daging goreng
kering
4.) ATAU steak lembu
/ kambing
Snacks:
1.) 1 keping Cheddar
cheese
2.) atau salad ringan
(seperempat / separuh saiz)
3) 2 keping tauhu
sumbat..(isikan dgn taugeh dan timun sahaja)..makan pagi, tgh hari, ptg &
malam pun takper..
Minuman:
1.) Air biasa
2.) Green tea /
herbal tea boleh tapi jangan tambah gula
Cara-cara Shopping
Menurut Atkins Diet
Bahagian Daging:1.)
semua ayam, daging lembu, kambing boleh dibeli.
2.) Semua jenis ikan,
udang dan ketam okay. Kurangkan pengambilan sotong dan kerang.
Section Frozen Food /
Makanan Dibeku:
1.) Berhati2 memilih
sosej dan burger.
Ramli burger ayam
cuma ada 2.8 gram karbohidrat sekeping, yang Ramli daging ada 3-4 gram.
2.)Mixed vegey dalam
packet, elakkan. Jagung banyak karbohidrat, beli sayur fresh sahaja.
3.)Frozen pizza,
frozen bread, frozen kuih-muih, ice-cream dan apa2 makanan diproses wajib
dielakkan kalau nak kuruskan badan.
Bahagian Sayur dan
Buah-buahan:
1.) Beli banyak
sayuran hijau - kailan, sawi, bayam, kangkung, daun salad, etc.
2.) Elakkan
buah-buahan.
Bahagian Makanan
Ringan:
1.) Elakkan terus.
Jangan galakkan anak-anak memakan keropok dalam peket / crisps / potato snacks
sebab mengandungi Trans Fat yang boleh menyebabkab Obesiti di kalangan kanak2.
2.) Jauhi gula2 /
coklat.
Section Makanan Dalam
Tin:
1.) Pilih tin Tuna,
Sardin atau Salmon dimasak dalam air/brine atau in oil. Jangan pilih yang dalam
sos tomato sebab bergula.
2.) Jangan beli buah2
dalam tin. Bergula tinggi!
Bahagian Rempah-Ratus
dan Perencah Makanan:
1.) Pilih rempah
asli, bukan yang ditambah perisa tiruan.
2.) Perencah makanan
banyak ditambah gula dan perisa tambahan.
3.) Cili boh okay,
sebab 100% cili je.
Bahagian Makanan
Dalam Botol:
1.) Check botol sos
cili dan tomato. Tomato puree dalam tin tak bergula alternatif terbaik.
2.) Beli sos Tobasco
Original = 0 gram karbohidrat.
3.) Worchester Sauce
- check kandungan karbohidrat tak lebih dari 1 gram per serving.
4.) Steak / BBQ sauce
- elakkan sebab banyak gula. Guna Worchester Sauce, cili boh, rempah sebagai
alternatif.
5.) Mayonnaise -
jenama Heinz paling baik sebab 0.3 gram karbohidrat per serving, atau Lady's
Choice western recipe lagi baik dari original. Elakkan low-fat Mayo.
6.) Elakkan Thousand
Island.
Bahagian2 Lain:
1.) Keju - pilih
Cheddar, mozzarella, Swiss, gouda, Goat. Tak kira shredded atau satu block.
Jenama Australian Dairies and Krafts okay. Pilih dalam bentuk blok daripada
kepingan (slices) sebab yang berkeping lebih banyak karbohidrat (ditambah
pengawet lebih).
2.) Chicken / meat
slice dalam packet. Baca label.
3.) Elak bahagian mi,
spagetti, vermicelli, macaroni.
1.) Kalau ke
restaurant/gerai, boleh order steak ATAU telur omelette, ayam panggang, sup
sapi, ikan/udang bakar, steam fish, steam boat, sayur-sayuran, tomyam, satay,
kebab, dan lain-lain.
asalkan BUKAN nasi,
roti.
2.) Fast food
McDonalds - makan
burger, tapi jangan makan roti bun. Makan daging burger dan sayur sahaja.
Pizza Hut - makan
topping atau inti atas pizza, tapi roti pizza tu serahkan kepada mereka yang
tak perlu kuruskan badan. Just makan cheese, daging, sayur - topping tu je.
Pilih salad sekali.
KFC - makan ayam KFC
tapi kulit ayam bertepung tu kasi orang lain.
3.) Ayamas AyamA1
panggang - OK, tapi sos cili tu bergula so elakkan. Cicah dengan Tobasco sos
atau lada hitam.
Sebenarnya, makan
diluar mudah je bila amalkan Atkins ni cuma elakkan nasi dan roti. Boleh
kenyang makan ayam, ikan dan sayur je.
Selepas 2 minggu,
bila dah capai berat badan yang diingini, biasakan balik makanan seperti roti (berserat tinggi)
dan sikit nasi , tapi jangan banyak sangat, sebab badan anda akan jadi biasa
tak makan benda2 tu. Yang penting, sihat dan cergas.
Bergantunglah pada
anda. Kalau boleh teruskan tak makan nasi or roti, up to you. GULA dan produk
bergula tinggi harus berpada-pada. Orang Melayu sekarang ramai menghidap
diabetes (kencing manis), Dengan cara ini adalah salah satu cara untuk elakkan
sebelum terkena penyakit tersebut.
Program ini adalah
diet program dengan tidak mengambil karbohidrat dan kurangkan gula. Secara
dasarnya program ni tidak ketat sangat. sebab bergantung kepada keadaan orang
tu, program ini boleh disesuaikan. Bahan utama untuk program ini adalah Air.
Sebab dalam badan kita ni banyak kandungan airnya.
Untuk buang air yang
berlebihan tu, kita kena minum dengan
banyaknya. Ini adalah benda yang memang orang kekadang susah nak buat, sebab
malas nak sediakan air dalam kuantiti yang banyak. Anda perlu minum air yang
sangat banyak untuk mengurangkan air di dalam badan. Mesti ramai yang akan
mempertikaikan, kenapa kalau kita nak buang air dalam badan kena minum banyak
air? bukan ke nanti lagi banyak air dalam badan.
Memang itu adalah perkara
yang biasa yang kita dengar dari semua
orang, namun apabila kita minum air kosong yang banyak, kita akan mengelakkan
diri kita dari dehydrated atau kekeringan. Kemudian kita akan lebih kerap ke
tandas untuk membuang air. Dengan kegiatan ini, banyak mineral yang kita tidak
perlukan akan dibuang juga dalam proses ini. Sambil itu, kita akan secara tidak
langsung akan melakukan senaman ringkas kerana perlu berulang alik ke tandas.
Ramai yang ingin diet
dengan memakan buah-buahan. Namun kita perlu ingat, buah-buahan berwarna
mengandungi kandungan gula yang agak tinggi jika diambil dalam kuantiti yang
berlebihan. Gula yang berlebihan ini akan ditukar kepada kanji dan akan
disimpan sebagai lemak jika kita tidak gunakan. Secara dasarnya, diet dengan
hanya memakan buah-buahan adalah menyeksa diri, sebab kita akan lapar.
Peringatan: Jangan
sekali-kali berlapar untuk menurunkan berat badan, kerana ianya tidak perlu.
Apa yang penting, kita perlu seimbangkan pemakanan kita, kita perlu lihat
bagaimana aktiviti harian kita, jika kita jenis yang suka bersarapan dan tidak
mengambil makanan tengahari, dan silalah mulakan hari anda dengan sarapan yang
agak berat supaya kita akan mempunyai tenaga untuk meneruskan kerja-kerja
seharian.
Jika kita malas untuk
mengambil sarapan walaupun kurang digalakkan kerana ianya akan menyebabkan kita
kekurangan tenaga untuk memulakan hari kita. untuk program ini, kita akan makan
seperti biasa, 3 kali sehari. sarapan, makan tengahari, dan makan malam. Tapi apa yang kita makan
untuk setiap sesi adalah berbeza. Untuk makan tengahari, kita boleh makan
makanan yang berat, jika anda sukakan ayam, makanlah ayam sebanyak mana pun,
cuma kalau boleh buang kulit tu keran kulit adalah tidak sihat untuk kesihatan.
Kalau nak makan ikan atau daging pun begitu. Lengkapkan hidangan anda dengan
sumber-sumber vitamin dari sayuran atau buah-buahan.
Benda paling penting,
buang tabiat suka meminum minuman ringan seperti coke, sprite, pepsi dan
sebagainya, kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi.
untuk makan malam, makan makanan yang ringan, seeloknya jangan makan terlalu
lambat untuk membolehkan badan kita menghadamkan makanan dan dalam masa yang
sama menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh badan kita itu.
Kepada penggemar kopi, teh atau sebagainya yang mengandungi
gula. Kurangkan kegiatan ini, namun jangan sampai tak mengambil gula langsung
kerana badan kita masih memerlukan gula untuk kesihatan. Walaupun sumber gula
bukanlah semata-mata dari minuman sahaja, dari makanan, buah-buahan, dan
pelbagai lagi.
Minum air kosong
dengan banyak, kurangkan pengambilan karbohidrat, kurangkan pengambilan gula
Hentikan tabiat
meminum minuman ringan seperti coke,pepsi dan lain-lain.
Tambahan kepada
program tersebut, kepada sesiapa yang gemar untuk bersukan, silalah bersukan,
kegiatan sukan seperti berenang, joging, berjalan dan sebagainya akan membantu
untuk mengurangkan berat badan, namun ini hanya tambahan. Dengan program yang disenaraikan
di atas, ada yang telah turun sehingga 30kgs dalam masa beberapa bulan sahaja.
Walaupun beliau tidak melakukan sebarang sukan.
Peringatan: Ibu hamil
dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet.
Sumber: portal1klik
Posted by
Unknown
at
02:41
Kurus Dalam Masa 2 Minggu Dengan Diet Atkins
2014-12-11T02:41:00-08:00
Unknown
Diet Atkins|
Comments
Labels:
Diet Atkins
Subscribe to:
Posts (Atom)