Assalamualaikum,
Bagi ibu-ibu yang menyusu mungkin ada yang pernah terkena nipple crack dan bernanah. Baru-baru ni akak juga tidak terlepas terkena nipple crack dan bernanah sekali. Apapun alhamdulillah, setelah 1 tahun 8 bulan menyusukan haseef inilah kali pernah terkena nipple crack dan terus bernanah. Barulah rasa nikmat menyusu...kan...
Risau gak pada mulanya, tapi terus jah gi klinik check ngan doktor. Alhamdulillah, doktor kata takde apa2 serious cuma bernanah sikit mungkin di sebabkan oleh infection. Doktor bagi antibiotik, ubat tahan sakit dan juga nak bagi vitamin C 500mg. Tapi akak bagitau akak tak nak Vit C tu sebb dah ambik Vitamin C 500mg Shaklee. Terus doktor cakap, bagus...terus ambik vitamin C Shaklee untuk cepatkan proses penyembuhan luka.
Treatment Untuk Nipple Crack/Bernanah
- Jika sudah bernanah better jumpa doktor untuk dapatkan rawatan dan ubat antiobiotik (untuk matikan kuman)
- Selalu basuh dengan air garam/panas
- Kalau boleh stop dulu menyusu baby kat sebelah breast yang terkena infection, menyusu kat sebelah lagi
- Tapi make sure breast yang terkena infection hendaklah sentiasa di perah/ di kosongkan
- Sapu susu ibu kat tempat yang crack atau minyak gamat, minyak zaitun, apa2 jenama nipple jel
- Akak pulak sapu Vitamin E Shaklee - Alhamdulillah kejap jah baik luka.
- Boleh tuam breast dengan tuala suam, supaya mudah untuk proses memerah (proses let down)
Alhamdulillah dengan pengambilan ubat antibiotik, Vitamin C Shaklee dan sapuan Vitamin E Shaklee, luka dah sembuh dalam masa beberapa hari sahaja.
Inilah dugaan bagi ibu2 menyusu, tapi insyaAllah akan cuba di tempuhi dengan memberikan hak kepada yang tersayang....