Saturday, 8 March 2014

Set Kencing Manis Shaklee

Assalamualaikum,

Sekarang ni pelbagai penyakit di hidapi oleh pelbagai peringkat umur. Antara penyakit yang femes, adalah penyakit Kencing Manis atau Diabetes.


Penyakit Kencing Manis adalah sejenis penyakit yang di cirikan dengan keadaan hierglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah). Penyakit Kencing Manis berpunca  samada dari pankreas badan yang tidak menghasilkan cukup hormon insulin untuk memecahkan glukosa ataupun kerana kegagalan hormon insulin itu sendiri untuk bertindak terhadap sel reseptor dalam darah. Apabila tahap glukosa dalam darah meningkat lebih dari tahap tertentu, glukosa selebihnya akan masuk ke dalam urin (air kencing)

Secara umumnya penyakit kencing manis terbahagi kepada dua:

  1. Diabetes Jenis Pertama (I) - di kenali sebagai diabetes bersandar insulin (Insulin Dependent Diabetes Mellitus)  atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I di cirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kalenjar pankreas. Biasanya penghidap diabetes jenis I mendapat simptom semasa kanak-kanak atau remaja. Di sebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk mengawal tahap glukosa darah
  2. Diabetes Jenis Kedua (II) - disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin atau penghasilan insulin yang berkurangan). Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh di kawal secara pemantauan pengambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, pengambilan ubatan atau suntikan insulin

Antara tanda-tanda seseorang itu menghidap penyakit Kencing Manis
  • Sering dahaga
  • Sering ke tandas
  • Terasa lemah badan
  • Berat badan turun dengan cepat
  • Penglihatan semakin kabur
  • Terasa pening kepala
Mereka yang berisiko menghidap Kencing Manis
  • Mereka yang mempunyai keturunan menghidap kencing manis
  • Mereka yang mempunyai berat badan yang agak tinggi
  • Mereka yang pernah mempunyai radang pada pankreas
  • Wanita mengandung yang pernah menghadapi kencing manis ketika hamil
Kesan Penyakit Kencing Manis
  • Kegagalan ginjal
  • Merosakkan penglihatan
  • Halangan aliran darah ke limpa yang menyebabkan gangren(kemerosotan sel/kematian tisu/akibat kekurangan oksigen)
  • Berisiko mengdapat sakit jantung koroner
  • Berisiko mendapat strok
  • Bagi ibu mengandung berisiko keguguran janin, kelahiran pramatang, kecacatan janin
Rawatan/Kawalan untuk Pesakit Kencing Manis
  • Penjagaan pemakanan - mengawal pengambilan kandungan gula dan kalori
  • Bersenam - kekurangan aktiviti beriadah akan menyebabkan nilai kalori bertambah di dalam badan
  • Mengawal berat badan
  • Pemeriksaan doktor secara berkala

Shaklee juga ada menyediakan Set untuk Kencing Manis/ Diabetes

Supplemen asas untuk kencing manis
  • B Complex - menukarkan gula kepada tenaga
  • Zinc Complex - menurunkan paras glukos dalam badan
  • Vitalea - multivitamin dan mineral keperluan tubuh
Set Tambahan untuk Kencing Manis
  • Vivix
  • GLA Complex
  • Omegaguard
  • Sustained Release Vitamin C
  • Garlic Complex


Jika berminat untuk mendapatkan Set Kencing Manis Shaklee jom pm/sms/whatsapp/telegram 012 3945670 (Izzah)


 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...