Tuesday, 28 October 2014

Shaklee Dan Artis

Assalamualaikum,

Memandangkan tadi masa gi Shaklee akak jumpa salah sorang favorite artis akak, Misha Omar. So harini nak bercerita pasal Shaklee dan artis pulak. Rupa-rupanya ramai dah artis yang guna dan join Shaklee ni. Al maklumlah barang baik punya...produk yang di hasilkan dari bahan semulajadi dan melalui lebih 83,000 ujian kualiti setiap tahun untuk menjamin ketulenan dan keselamatan produk.

Antara selebriti yang mengamalkan Supplemen Shaklee adalah 





Kata Ayu Raudhah;


Ayu kurang mengambil nasi dan sangat mengawal makan. Disebabkan berat badannya mudah naik jika tidak dijaga, Ayu perlu mengambil jumlah makanan pada kadar sedikit.

“Selain mengawal pemakanan, saya turut mengamalkan minuman kesihatan iaitu sirap Shaklee(VIVIX),” katanya. - Sumber Harian Metro













Kata Mizz Nina;


Saya mengambil sejenis minuman kesihatan dalam bentuk susu (ini di panggil ESP-Hot Produk SHAKLEE)..Ia membantu mencuci sistem dan pencernaan saya. Selain itu saya turut mengambil multivitamin (VITALEA), vitamin C dan 'zinc' untuk rambut. Kadang - kadang saya akan mengambil vitamin 'B Complex. Saya adalah pengguna produk supplemen SHAKLEE." - Sumber Majalah Rapi




Rita Rudaini, mengamalkan Supplemen Shaklee untuk diri sendiri dan anak-anaknya. Dan sekarang dah menjadi Distributor Shaklee.







Kata Tun Dr. Mahathir;



Terdapat beberapa sebab mengapa anda harus ambil sebiji pil Multivitamin setiap hari. Salah satu rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan hingga ke usianya sekarang ialah beliau mengamalkan pengambilan 1 pil multivitamin jenama “Shaklee” setiap hari. (Multivitamin yang dimaksudkan ialah Vita-lea) - Sumber
rancangan “Segar” yang diterbitkan oleh TV3 13 tahun yang lalu (1997).

Dan ni, gambar akak ngan Misha Omar petang tadi, Misha juga merupakan Distributor Shaklee.




Ramai rupanya selebriti yang dah mengamalkan Supplemen Shaklee ni, anda bila lagi??
 
Untuk mendapatkan Supplemen Shaklee anda bolehlah Pm/sms/whatsapp 012 3945670 (Kak Izzah) dan konsultansi percuma secara ekslusif akan di berikan.

COD : Shah Alam, Klang, Bandar Sunway, Subang, Kota Kemuning, Bukit Kemuning, Jalan Kebun, Bukit Naga dan Kampung Jawa

TAMPIL SIHAT DAN CANTIK 
Anda Adalah Keutamaan Kami





Sunday, 26 October 2014

Bermulanya Episod Dengan Shaklee

Assalamualaikum...

Harini akak nak bercerita macamana akak bermula dengan Shaklee. 

Bermula dengan pregnancy akak yang ke 4, akak memang dah nekad untuk fully breastfeed, memandangkan anak-anak sebelum ni masuk jah kerja terus stop breastfeed. So memang akak tercari-carilah supplemen yang boleh menambahkan susu badan. Google punya google jumpalah website berkenaan Shaklee, so contactlah sorang SID ni, masa tu beli Set Menyusu  iaitu Vitamin C, Vitamin B Complex & ESP. Alhamdulillah, akak serasi dengan supplemen Shaklee, dan sampai sekarang (anak dah umur 2 1/2 tahun) akak still fully breastfeed anak. 

Since consume supplemen Shaklee ni bukan saja susu badan meriah, malah kulit akak pun makin ok. Kalau dulu sebelum ambik Shaklee, jerawat tak yah cakaplah, kejap2 naik, kejap2 naik, besar-besar lak tu. Tapi lepas ambik Set Menyusu, alhamdulillah jerawat makin berkurangan, kulit pun terasa moist jah. Start dari situlah akak start ambik supplemen yang lain macam Vitamin E, Lecithin, Omega & Ostematrix. Alhamdulillah memang terasa perubahannya. Pastu ramai lak duk tanya akak pasal Shaklee nie, seronoklah akak duk sharing ngan diaorang, nak jugak orang rasa apa yang akak rasa...Sharing is Caring..hihi...dan bermulalah episod hidup akak menjadi ahli Shaklee dan keep sharing pasal Shaklee dengan others.

Ni akak nak tunjuk testimoni diri sendiri sejak consume Shaklee ni. bermula dari set menyusu (Vitamin C, Vitamin B Complex, ESP), Vitamin E, Lecithin, Omega & Ostematrix. Susu meriah & Kulit muka pun mula menunjukkan perubahan, makin hilang jerawat, parut & makin glowing.


Untuk mendapatkan Supplemen Shaklee bolehlah Pm/sms/whatsapp 012 3945670 (Kak Izzah) dan konsultansi secara ekslusif akan di berikan 


 TAMPIL SIHAT DAN CANTIK
Anda Adalah Keutamaan Kami.






Vagina Mantap dengan Senaman Kegel

Kecantikan dan wanita memang tidak dapat di pisahkan. Ia umpama aur dan tebing, bulan dan bintang..hihi..

Tapi cantik bukan sahaja dari luaran, dalaman juga harus di jaga. Harini akak bukan nak bercerita pasal kecantikan luaran, tetapi akak nak bercerita pasal cantik dalaman. Ok, harini nak bercerita pasal sistem peranakan dan Miss V. Bagi kaum perempuan sudah semestinya kita mengambil berat tentang kesihatan sistem peranakan dan Miss V ni. Kecantikan luaran akan lebih terserlah apabila kecantikan dalaman kita terjaga.

Pernah dengar pasal Senaman Kegel, mai nak citer sikit apa itu Senaman Kegel. Senaman ini amat penting untuk kaum wanita, samada yang dah berkahwin atau belum. Tapi kalau yang dah kahwin dan beranak pinak, wajiblah melakukan senaman ni. Senaman kegel atau senaman kemutan untuk menguatkan otot vagina terutama bagi mereka yang lepas bersalin. 

Fungsi dan Faedah Senaman Kegel 

♥ mampu membantu mengatasi masalah seperti tidak boleh mengawal kencing 
♥ mengurangkan kes peranakan turun 
♥ meningkatkan aliran darah ke uterus atau vagina 
♥ meningkatkan kualiti hubungan kelamin 
♥ menguatkan otot vagina seterusnya memudahkan proses bersalin dan mengurangkan koyak pada perinium 

Teknik Melakukan Senaman Kegel 

♥ Senaman Kegel patut dilakukan di kawasan otot vagina dan otot dubur. Bagi wanita, tumpuan patut diberikan pada bahagian otot vagina dan dubur 
♥ Tekniknya ialah dengan menyedut dan menahan otot vagina anda tanpa menahan nafas seperti membuang air kecil, buat kemutan dibahagian vagina seolah-olah anda cuba untuk menghentikan aliran air kencing (kemutan itu dipanggil 'Kegel') 
♥ Tahan sebentar otot anda dengan kiraan 10, kemudian relaxkan otot dan sambung buang air kecil, otot vagina anda kuat sekiranya tiada air kencing yang menitik sewaktu melakukan kemutan tersebut (tanpa menggerakkan kaki dan menahan nafas).

Untuk memastikan kaedah senaman Kegel yang anda lakukan betul, masukkan jari yang telah dicuci bersih ke dalam vagina dan cuba cengkam jari anda menggunakan otot vagina. Jika ada dapat rasa cengkaman tersebut, bermakna senaman kegel anda adalah betul. 

Kaedah Senaman Yang Sempurna Setelah anda mengenalpasti teknik senaman Kegel yang betul, lakukannya pada waktu pundi kencing anda sedang/telah kosong dengan menyedut dan mencengkam otot seolah seperti sedang menahan diri dari membuang air kecil. 

Sebolehnya jangan lakukan senaman Kegel ini sewaktu sedang kencing terlalu kerap kerana ia boleh menyebabkan kencing tidak lawas. Anda boleh lakukan senaman ini pada bila-bila masa mengikut mana-mana posisi samada sedang berdiri, duduk atau berbaring. 

Lakukan senaman ini sebanyak 4 kali setiap sessi dengan kiraan 10 sewaktu kemutan dan 10 lagi sewaktu merehatkan otot, dan ulang semula proses tersebut. 

Selain senaman kegel, bolehlah jugak mengamalkan pengambilan supplemen Alfalfa Shaklee.

Antara fungsi Alfalfa Shaklee adalah untuk mengetatkan vagina, mengatasi masalah keputihan dan menegangkan payudara.

Untuk mendapatkan Alfalfa Shaklee bolehlah Pm/sms/whatsapp 012 3945670 (Kak Izzah) dan konsultansi secara ekslusif akan di berikan 


 TAMPIL SIHAT DAN CANTIK
Anda Adalah Keutamaan Kami.

Saturday, 25 October 2014

Kurus Dalam Masa 7 Hari

Assalamualaikum,

Nak tahu cara nak kurus dalam masa 7 hari...tapi memang tough jugaklah bagi akak nak follow cara ni. Tapi nak seribu daya tak nak seribu dalihkan....Jom kita tengok..

Kurus Dalam Masa 7 Hari



Tapi bila nak amalkan rejim Diet ni kena pastikan anda mengambil supplemen yang mencukupi, iaitu Multivitamin Vitalea Shaklee, Vitamin B Complex dan Vitamin C Sustained Release.

Ni bagi mereka yang nekad nak kuruskan badan dalam masa yang singkat bolehlah try. Tapi kalu nak cuba cara yang selesa, selamat dan natural, bolehlah mengamalkan SET KURUS SHAKLEE, biar lambat asal selamat. 

Untuk mendapatkan Supplemen Shaklee anda bolehlah Pm/sms/whatsapp 012 3945670 (Kak Izzah) dan konsultansi percuma secara ekslusif akan di berikan.

COD : Shah Alam, Klang, Bandar Sunway, Subang, Kota Kemuning, Bukit Kemuning, Jalan Kebun, Bukit Naga dan Kampung Jawa

TAMPIL SIHAT DAN CANTIK 
Anda Adalah Keutamaan Kami

credit : health digest

Kekal Bertenaga Dan Kurus Dengan Cinch Energy Tea Mix

Nak tahu tak......Rupa-rupanya Shaklee ni bukan sahaja keluarkan produk Supplemen, tapi keluarkan teh jugak tahu. Teh Shaklee ni memang speciallah sebab kombinasi 4 jenis teh yang berlainan. Cinch Energy Tea Mix memberi anda tenaga semulajadi dan rasa yang selesa.

Cinch Energy Tea Mix



Cinch Energy Tea Mix nie terdiri daripada;



1. Matcha Green Tea Powder

Di sediakan secara semulajadi untuk menyimpan semua nutrien yang terdapat dalam daun teh termasuk serat, mineral dan antioksidan



2. Red Tea Extract

Salah satu antioksidan ang di jumpai dalam teh merah, yang di kenali sebagi polifenol (pejuang kanser yang kuat). Polifenol membantu kerosakan badan yang di sebabkan oleh radikal bebas. Ia merupakan anti oksidan yang begitu kuat dan di kaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor daripada merebak.


3. White Tea Extract

Juga di kenali sebagai teh hijau bayi dengan mempunyai kandungan antioksida yang lebih tinggi berbanding teh hijau.


4. Rooibos Red Tea Extract

 Tumbuhan unik yang berasal dari Afrika Selatan, kaya dengan sebatian polifenol - anti oksidan


Antara Kelebihan Cinch Energy Tea Mix;


1. Selamat, penggalak tenaga semulajadi. Enak di nikmati ketika panas atau sejuk.
2. Di tambah dengan Taurina yang di kaji secara meluas dapat meningkatkan tenaga dan ketahanan badan.
3. Pilihan terbaik untuk menggantikan manisan dan kopi bagi mengekalkan kecergasan tubuh.
4. Bungkusan kecil yang mudah di bawa.
5. Ekslusif T-Lift - Campuran teh hijau, putih dan merah.
6. Tanpa gluten, tidak mengandungi perisa tiruan, pewarna dan bahan pemanis

Cinch Energy Tea Mix ini juga  diformulasikan khas untuk "inchloss programme" shaklee. Supaya anda kekal bertenaga walaupun tengah berdiet.

Ingin mencuba Cinch Energy Tea Mix....


Bolehlah Pm/sms/whatsapp 012 3945670 (Kak Izzah) dan konsultansi percuma secara ekslusif akan di berikan.

Atau boleh klik di bawah 

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=54e634f071ec5bc3571636aa671d7ca2

COD : Shah Alam, Klang, Bandar Sunway, Subang, Kota Kemuning, Bukit Kemuning, Jalan Kebun, Bukit Naga dan Kampung Jawa
 

TAMPIL SIHAT DAN CANTIK 
Anda Adalah Keutamaan Kami



Tampil Kurus Dengan Cinch Shake Mix Shaklee

Cinch Shake Mix adalah merupakan minuman yang lazat dan berkhasiat. Cinch Shake Mix mengandungi 24 gram protein, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6 gram serat larut. Mempunyai perisa Chocolate, Cafe Latte dan Vanilla. Rasanya seakan pemanis mulut dengan khasiat penuh untuk setiap hidangan





Protein di dalam Cinch Shake Mix di gunakan untuk membina otot dan ototlah yang akan menaikkan kadar metabolisma dan juga membakar kalori. Makanan yang kaya protein juga boleh menahan diri kita dari merasa lapar, ini membantu kita dari mengambil makanan berlebihan di antara waktu makan.

Biasanya di dalam proses untuk berdiet, kita akan kehilangan lemak dan otot. Akan tetapi, bila kita kehilangan otot, kita juga akan kehilangan keupayaan untuk membakar lemak dan merendahkan kadar metabolisme badan. Sebab tulah bila berdiet yang kita nak hilangkan adalah lemak dan bukannya otot. Kalu kedua-duanya hilang maka terjadilah Diet Yo-yo. DietYo-yo adalah kitaran di mana selepas badan anda kembali kurus, bila anda berhenti dari berdiet, berat badan anda akan kembali bertambah.

Di dalam Cinch Shake Mix juga terdapat Leucine, Leucine merupakan otot yang membina asid amino yang terdapat di dalam protein tertentu. Di dalam satu percubaan awal, saintis Shaklee menguji formula proprietari yang di pertingkatkan dengan Leucine. Di dalam program tersebut, mereka telah kehilangan lemak, berat, inci dan pada masa yang sama mengekalkan otot mereka.

Faedah Cinch Shake Mix 


1. Di perkasa dengan Leucine untuk memelihara otot di saat mengurangkan berat badan.
2. Mengandungi 24 gram protein dalam setiap hidangan bagi rasa puas dan kenyang.
3. Kandungan serat yang tinggi, 6 gram untuk setiap sajian
4. Nilai glisemik yang rendah untuk mengekalkan paras gula normal dalam darah dan mengekalkan tenaga.
5. Memberi 35% atau lebih Nilai Harian bagi 21 jenis vitamin dan mineral penting
6. Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan.
7. Genetik soya yang tidak di ubahsuai (bukan GMO)

Secara ringkasnya Cinch Shake Mix membantu mengawal lapar, tingkatkan tenaga dan meningkatkan kadar metabolisme di dalam proses diet seseorang.

Untuk menjalani proses diet yang betul kita hendaklah mengikuti asas berdiet yang betul iaitu di mulakan dengan Detox (Buang Toksin) , Bakar (Bakar Lemak) dan Bina (Bina Otot).


Untuk mendapatkan Cinch Shake Mix Shaklee anda bolehlah Pm/sms/whatsapp 012 3945670 (Kak Izzah) dan konsultansi percuma secara ekslusif akan di berikan.

Atau boleh klik di bawah 


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=65f0989f1bb0020cedc498afe707a197


COD : Shah Alam, Klang, Bandar Sunway, Subang, Kota Kemuning, Bukit Kemuning, Jalan Kebun, Bukit Naga dan Kampung Jawa
 


TAMPIL SIHAT DAN CANTIK 
Anda Adalah Keutamaan Kami




Thursday, 23 October 2014

Khasiat Taugeh

Pasti ramai yang suka makan sayur taugehkan....Tapi pasti ramai jugak yang tak suka makan. Taugeh ni, jika di masak jangan terlalu lama, nanti hilang kerangupannya. Nak makan mentah pun ok, tapi make sure basuh bersih2 tau. 

Khasiat Taugeh


Masa akak pantang anak yang ke 4 haritu, bidan yang mengurut ada bagitau, antara makanan yang meningkatkan kesuburan adalah taugeh. Masa macam nak caya tak nak caya jah..Tapi bila di fikir mungkin betul jugak, org pantai timur panggil taugeh ni cambah. Mungkin ada sangkut paut jgk, nanti makan cambah, bercambah-cambahlah zuriat...hihi..

Ni akak nak kongsi khasiat Taugeh


1. Mampu meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita.

- Untuk kaum lelaki, pengambilan taugeh mampu menghasilkan sperma yang lebih baik manakala untuk kaum wanita pula, taugeh dapat membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

2. Mencegah kerapuhan tulang.

- Taugeh mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis untuk meningkatkan kepadatan dan mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis).

3. Menghalang lemak-lemak jahat (LDL) tanpa mengganggu kandungan lemak baik (HDL).

- Taugeh kaya dengan kadar saponi. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung akibat daripada kadar lemak yang tinggi disarankan supaya mengambil banyak taugeh dalam menu harian mereka.

4. Membantu membuang kotoran dalam usus besar.

- Taugeh mengandungi banyak serat dan air. Oleh itu taugeh juga berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam usus besar. Hal ini juga dapat membantu memerangi sel kanser. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat-zat dalam kototran yang dapat diserap ke dalam tubuh badan kita.

Banyak rupanya khasiat taugeh ni...so sapa2 yang tak suka makan tu, belajar-belajarlah makan ya. Sedap, nak2 lagi kalu bubuh dalam mee hoon goreng, mee goreng dan kuew tiaw goreng.

Untuk mendapatkan Supplemen Shaklee anda bolehlah Pm/sms/whatsapp 012 3945670 (Kak Izzah) dan konsultansi percuma secara ekslusif akan di berikan.

COD : Shah Alam, Klang, Bandar Sunway, Subang, Kota Kemuning, Bukit Kemuning, Jalan Kebun, Bukit Naga dan Kampung Jawa

TAMPIL SIHAT DAN CANTIK 
Anda Adalah Keutamaan Kami

Saturday, 18 October 2014

Petua Menjaga Keanjalan Kulit Wajah Dengan Shaklee

Assalamualaikum,

Semakin berumur kita, makin kurang keanjalan kulit kita. Sana sini makin menampakkan kedutan wajah. 

Petua Menjaga Keanjalan Kulit Wajah


Harini akak nak kongsi petua untuk menjaga keanjalan kulit wajah secara natural, tak yah operate bagai...sakit tau. Senang jah, kita buat urutan/ senaman muka. Untuk mendapat kesan yang optimum atau kulit wajah yang lebih anjal, urutan/ senaman muka ini hendaklah di lakukan paling kurang 10 kali sehari sebanyak enam kiraan.

Teknik Urutan Bahagian Muka

 

1. Mata


Teknik 1 : Letakkan tiga jari tengah di bawah mata lau tarik ke bawah sambil berusaha menutup mata. Tahan selama enam kiraan dan kemudian lepaskan
Manfaat : Menghilangkan sembab dan memperkuatkan otot di bawah mata

Teknik 2 : Letakkan jari tengah dan jari manis pada sudut luar mata. Tekan dan tarik ke arah garis rambut. Pada masa yang sama pejamkan mata kuat-kuat. Tahan sampai enam kiraan dan lepaskan.
Manfaat : Latihan ini akan menghilangkan kerutan di sekitar mata

2. Pipi


Teknik 1 : Rebahkan kepala, letakkan tiga jari tengah pada bahagian pipi dan tarik ke bawah. Pada saat yang sama naikkan pipi dengan tersenyum selebar mungkin. Tahan selama enam kiraan dan lepaskan
Manfaat : Mengencangkan otot pipi

Teknik 2 : Letakkan ibu jari pada mulut dan jari-jari lainnya pada tengah pipi. Tekan dan tarik pipi ke arah mulut, tahan selama enam kiraan dan lepaskan.
Manfaat : Latihan ini akan mengencangkan otot-otot di sekitar pipi dan wajah

3. Dahi


Teknik 1 : Satukan jari-jari dengan lipatan ke dalam dan letakkan pada pelipis. Jari kiri pada pelipis kiri dan yang kanan pada pelipis kanan. Dorong lurus ke atas dan tahan. Pada masa yang sama naikkan kedua alis dan tahan selama enam kiraan.
Manfaat : Menghilangkan kerut di atas alis, juga menegangkan otot pada dahi serta bahagian belakang kepala.

Teknik 2 : Letakkan jari tangan pada tengah-tengah alis. Kemudian tarik ke arah luar. Pada masa yang sama, cubalah untuk menguap atau paling tidak membuka mulut selebar-lebar yang boleh seolah-olah anda sedang menguap. Tahan sampai enam kiraan lalu lepaskan.
Manfaat : Menghilangkan garis-garis kerut di dahi dan kawasan sekitar alis. Latihan ini mampu menegangkan otot-otot tepat di atas alis.

4. Dagu


Teknik : Letakkan tiga jari tengah di bawah dagu dan tarik ke bawah. Pada masa yang sama, pastikan bibir bawah tetap menutupi gigi barisan bawah.
Manfaat : Mengencangkan otot-otot dagu.

Selain daripada urutan/ senaman yang di lakukan, kita juga hendaklah menjaga pemakanan kita dan juga mengambil supplemen untuk memastikan keanjalan kulit terjaga.

Antara Supplement Shaklee Untuk Menjaga Keanjalan Kulit 


http://izzahpermatahati.blogspot.com/search/label/Vitamin%20C%20Sustained%20Release%20500mg%20Shaklee

Vitamin C Sustained Release Shaklee
Vitamin C mempercepatkan penyembuhan luka dan mencegah parut. Vitamin C juga meningkatkan kolagen kulit agar anda kelihatan lebih muda.

http://izzahpermatahati.blogspot.com/search/label/Manafaat%20ESP

ESP
Protein menjaga kesihatan kolagen badan kita. Protein juga memelihara kekenyalan dan kelembapan kulit

http://izzahpermatahati.blogspot.com/search/label/Vitamin%20E%20Complex%20Shaklee


Vitamin E
Vitamin E merupakan vitamin anti oksidan. Ia juga mencegah kekeringan dan kerosakan kulit. Penghantaran oksigen, vitamin dan mineral ke kulit juga akan menjadi lebih lancar. Kulit juga akan menjadi lebih awet muda.



Vitamin B Complex

Vitamin B Complex membantu dalam mengurangkan tekanan emosi dan kelesuan. Tekanan emosi dan kelesuan salah satu yang menyebabkan kulit kita lebih cepat menjadi tua.

http://izzahpermatahati.blogspot.com/search/label/Vitamin%20E%20Complex%20Shaklee

GLA 
Memperbaiki inflamasi kulit - seperti ekzema, alergi, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, kurap

http://izzahpermatahati.blogspot.com/search/label/Omega%20Guard


Omegaguard
Omega 3 yang terkandung di dalam Omegaguard menjaga kehalusan dan kelembapan kulit. Semakin tinggi kandungan omega 3 di dalam darah makin rendahlah risiko kulit terbakar
 
http://izzahpermatahati.blogspot.com/search/label/Shaklee%20Collagen%20Powder


Shaklee Collagen Powder
Kolagen menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu tubuh badan kita.

Seharusnya untuk menjaga keanjalan kulit kita, hendaklah di lakukan dari luar dan dalam. Dan di lakukan dari zaman remaja lagi, tapi never to late untuk yang dah berumur.

Untuk mendapatkan Supplemen Shaklee anda bolehlah Pm/sms/whatsapp 012 3945670 (Kak Izzah) dan konsultansi percuma secara ekslusif akan di berikan.

COD : Shah Alam, Klang, Bandar Sunway, Subang, Kota Kemuning, Bukit Kemuning, Jalan Kebun, Bukit Naga dan Kampung Jawa

TAMPIL SIHAT DAN CANTIK 
Anda Adalah Keutamaan Kami






Thursday, 16 October 2014

Atasi Stretch Mark Dengan Shaklee

Assalamualaikum,

Masa mengandung dulu2, memang risau sangat takut terjadinya stretch mark. Macam manalah nanti nak hilangkan. Mostly mommy yang mengandung pasti akan menghadapi masalah stretch mark ini. Tapi alhamdulillah, stretch mark akak takdelah teruk sangat, mungkin sebab perut akak masa mengandung takdelah besar sangat. So takdelah masalah sangat nak hilangkan stretch mark tu. Orang kata kalu perut kita takdelah nak besar sangat maknanya kulit perut kita nipis (hihi..akak pun sebenarnya tak faham sangat pasal ni).

Atasi Stretch Mark Dengan Shaklee

  
Apa itu Stretch Mark  
Stretch Mark adalah  garis-garis putih yang terdapat pada beberapa tempat seperti perut, payudara, paha, lengan.Ia terjadi akibat daripada kulit meregang dalam waktu singkat sehingga kulit kehilangan elastisinya. Stretch mark biasanya terjadi pada wanita hamil atau disebabkan penambahan berat badan secara mendadak. 

Kulit terdiri dari tiga lapisan, lapisan paling dalam disebut subcutaneous, lapisan tengah dermis dan yang paling luar epidermis. Stretch mark terjadi pada lapisan dermis. Lapisan ini dipenuhi dengan pembuluh darah, sebenarnya lapisan ini terbuat dari jaringan elastis, namun bila tubuh membesar dalam waktu singkat, saraf ini akan melemah dan akhirnya pecah akibat kulit yang menipis. Stretch mark banyak terdapat pada wanita berkulit gelap karena mereka lebih banyak menghasilkan melamin. Stretch mark tak boleh dihilangkan tapi mampu utk dikurangkan dgn pengambilan makanan (sayur2an,buah2an,), pengambilan air yg byk dan boleh juga sapu pelembab utk menjaga elastik/kekenyalan kulit  

Tapi mommies semua jangan risau ya...setiap penyakit mesti ada ubatnya. 

Cara Mengatasi Stretch Mark

1. Elakkan Pertambahan Berat Badan Secara Mendadak
Walaupun tengah mengandung, cuba untuk kawal cara pemakanan kita. Orang mengandung ni selera makan dia lain macam sikit, tapi cuba2lah kontrol sikit deh, kang nanti kencing manis dapat, strecth mark pun dapat. Ambik makanan yang berkhasiat dan banyak serat masa mengandung, badan sihat, stretch mark pun tak nampak..

2. Pengambilan Makanan Seimbang
Amalkan memakan buahan, sayuran dan protein. ESP Shaklee amat di syorkan untuk ibu-ibu mengandung ni. Pengambilan protien yang mencukupi memang adalah PENTING sebab protien adalah sumber makanan buat sel-sel kita, barulah kulit kita cantik molek.

http://izzahpermatahati.blogspot.com/search/label/ESP


3. Pengambilan Vitamin C 
Vitamin C berfungsi dlm pembentukan kolagen yg menghasilkan protein utk proses pembaharuan kulit.


http://izzahpermatahati.blogspot.com/search/label/Vitamin%20C%20Sustained%20Release%20500mg%20Shaklee

4. Pelembap
Sapukan pelembap selepas mandi dan sebelum tidur di kawasan badan yang mudah kena stretch. Makin kering kulit badan seseorang, makin mudah terkena stretchmark. Para ibu bolehlah menyapu Herbal Blend Krim, elok sangat untuk kulit kering dan menghilangkan kerengsaan dan parut.



5. Memakai Korset/ Bengkung
Selepas bersalin, para ibu bolehlah memakai korset atau bengkung untuk membantu menegangkan kulit yang kendur selepas bersalin

6. Bersenam
Jangan abaikan senaman, jika mengandung bolehlah bersenam senaman untuk ibu-ibu mengandung.

7. Petua Tradisional
Antara petua lama yang boleh di gunakan ialah menggunakan asam jawa, kapur atau ragi. Campurkan dengan sedikit air dan kacau sehingga sebati. Kemudian sapu di bahagian yang ada stretch mark sebelum tidur. Lakukan setiap malam especially semasa di dalam pantang. In Sha Allah, jika di amalkan akan nampak hasilnya.

So mommies semua, jom kita amalkan petua-petua di atas dengan konsisten, in sha Allah akan nampak kesannya. Dan pada amalkan pengambilan supplemen (rawatan dari dalam) untuk hasil yang lebih menakjubkan.

Untuk mendapatkan Supplemen Shaklee anda bolehlah Pm/sms/whatsapp 012 3945670 (Kak Izzah) dan konsultansi percuma secara ekslusif akan di berikan 

TAMPIL SIHAT DAN CANTIK 
Anda Adalah Keutamaan Kami

Sunday, 12 October 2014

Resepi Kek Butter/ Mentega

Assalamualaikum,

Semalam anak2 sibuk nak makan kek...Duk pikir2 nak buat kek apa, dan memandangkan bahan yang ada kat rumah nie..so akak pikir buat kek mentega/ butter jelah..Resepi kek nie akak dapat dari aziejaya.blogspot.com...
Kebanyakkan resepi dari blog nie memang menjadilah, thanks kak azie.

Resepi Kek Mentega/ Butter

Oleh: Azie Kitchen 
Bahan bahan:
250g pure butter - saya guna jenama Anchor
250g tepung naik sendiri
180g gula kaster
4 biji telur
1/2 cawan susu segar

Cara cara:
1. Panaskan oven dalam 20 atau 30 minit.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang, gebu dan bertukar warna menjadi putih (low speed kemudian sederhana kemudian high speed)
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji di selang seli dengan  tepung
4. Masukkan susu segar dan pukul lagi sampai sebati.
5. Masukkan dalam loyang dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180 selama 40 minit atau sehingga masak.

Walaupun rupanya tak semengah mana, tapi rasanya meletup...tak sampai ke malam, keknya licin. En. Hubby pun yang tak berapa suka sangat ngan kek ni pun asyik duk menambah jah makan kek ni..hihi..


Friday, 10 October 2014

Pentingnya Sarapan

Assalamualaikum, morning..dah sarapan??


Jangan skip sarapan tau...antara hidangan seharian kita, sarapan adalah hidangan yang paling penting. Dengan mengambil sarapan ia akan membekalkan tenaga untuk kita sepanjang hari. Tentu kita nak kekal aktif dan cergas sepanjang harikan.

Aras glukosa dalam darah kita agak rendah sejurus sahaja kita bangun dari tidur di awal pagi. Tubuh badan kita memerlukan glukosa dalam darah untuk menjana tenaga. Glukosa pula dapat diperolehi daripada makanan yang kita makan. Bekalan glukosa ke otak yang mencukupi membuatkan seseorang cerdas, cergas dan aktif. Tetapi jika glukosa tidak mencukupi dalam badan, maka seseorang akan menjadi tidak aktif, otak mudah letih dan malas. Oleh sebab itu sarapan amatlah penting untuk meningkatkan kadar glukosa dalam darah untuk menjana tenaga dan minda yang cerdas.

Satu kajian dalam Jurnal Penyelidikan Obesiti mendapati bahawa sebanyak 78 peratus daripada responden telah berjaya mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan hasil daripada pengambilan sarapan pagi secara berterusan. Pengambilan sarapan pada waktu pagi, akan meningkatkan metabolisme badan seseorang, Manakala jika seseorang tidak mengambil makanan pada waktu pagi bermakna seseorang telah "skip meal" yang menyebabkan kecenderungan makan lebih banyak selepas itu.

Menurut pandangan Islam menyarankan umatnya agar bersahur apabila hendak berpuasa untuk membekalkan tenaga sepanjang hari. Bersahur ibarat mengambil sarapan pagi. Justeru, amalan ini bukan hanya mendatangkan manfaat kepada kesihatan malah ia juga digalakkan dalam Islam. Sepertimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban; "Bersahurlah kamu walau dengan seteguk air". 

Antara manafaat sarapan pagi.

1.  Sarapan dapat memenuhi nutrisi yang diperlukan sepanjang hari

2.  Dengan bersarapan boleh membantu menurunkan berat badan.
Sarapan pagi setelah perut kosong semalaman dapat meningkatkan metabolisme, ini bererti pembakaran kalori sepanjang hari menjadi lebih efisien.  .  Dengan pengambilan sarapan yang mempunyai kadar serat tinggi dan rendah gula yang manaa ia akan dicerna dengan lambat, yang mana ia akan menyebabkan anda lambat lapar dan kekal cergas

3.  Sarapan tingkatkan kemampuan otak.
Ketika anda bangun pagi,  sebahagian besar energi  - dalam bentuk glukosa dan glikogen - telah habis digunakan oleh aktiviti sehari sebelumnya.  Glukosa adalah satu-satunya bahan bakar yang diperlukan otak. Tanpa glukosa yang cukup, Anda merasa lelah dan melayang-layang

 4.  Perlindungan terhadap sakit jantung.
Riset menunjukkan, wanita sihat yang melewatkan sarapan selama dua jam memiliki kadar kolesterol buruk LDL lebih tinggi berbanding mereka yang bersarapan semangkuk sereal plus susu di pagi hari.  Serat dapat mengikat kolesterol dan mempercepat eksresinya sebelum mencapai pembuluh arteri. Oleh sebab itu pula, penelitian 10 tahun yang dilakukan Harvard Nurses Health menyimpulkan bahwa pengambilan serat tinggi berkaitan dengan penurunan risiko penyakit jantung hingga mencapai 50%.

Tetapi pada zaman sekarang, ramai yang mengambil sarapan yang tinggi kalori seperti teh tarik, roti canai, nasi lemak dan macam-macam lagi sarapan yang berlemak. Sebenarnya tu tak elok juga. Sarapan yang elok adalah sarapan yang tinggi serat, khasiat dan karbohidrat seperti roti wholemeal, bijirin, buah-buahan.



Bagi akak senang jah sarapan pagi2 kalau kelam kabut nak htr anak gi sekolah....

ESP + Mealshake + Performance Drink, in Sha Allah bertenaga sepanjang hari...





Untuk mendapatkan Supplemen Shaklee anda bolehlah Pm/sms/whatsapp 012 3945670 (Kak Izzah) dan konsultansi percuma secara ekslusif akan di berikan 

atau klik di bawah
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=1ed021a05ef5089233379be996f7bbdd


TAMPIL SIHAT DAN CANTIK 
Anda Adalah Keutamaan Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...