Friday, 10 October 2014

Pentingnya Sarapan

Assalamualaikum, morning..dah sarapan??


Jangan skip sarapan tau...antara hidangan seharian kita, sarapan adalah hidangan yang paling penting. Dengan mengambil sarapan ia akan membekalkan tenaga untuk kita sepanjang hari. Tentu kita nak kekal aktif dan cergas sepanjang harikan.

Aras glukosa dalam darah kita agak rendah sejurus sahaja kita bangun dari tidur di awal pagi. Tubuh badan kita memerlukan glukosa dalam darah untuk menjana tenaga. Glukosa pula dapat diperolehi daripada makanan yang kita makan. Bekalan glukosa ke otak yang mencukupi membuatkan seseorang cerdas, cergas dan aktif. Tetapi jika glukosa tidak mencukupi dalam badan, maka seseorang akan menjadi tidak aktif, otak mudah letih dan malas. Oleh sebab itu sarapan amatlah penting untuk meningkatkan kadar glukosa dalam darah untuk menjana tenaga dan minda yang cerdas.

Satu kajian dalam Jurnal Penyelidikan Obesiti mendapati bahawa sebanyak 78 peratus daripada responden telah berjaya mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan hasil daripada pengambilan sarapan pagi secara berterusan. Pengambilan sarapan pada waktu pagi, akan meningkatkan metabolisme badan seseorang, Manakala jika seseorang tidak mengambil makanan pada waktu pagi bermakna seseorang telah "skip meal" yang menyebabkan kecenderungan makan lebih banyak selepas itu.

Menurut pandangan Islam menyarankan umatnya agar bersahur apabila hendak berpuasa untuk membekalkan tenaga sepanjang hari. Bersahur ibarat mengambil sarapan pagi. Justeru, amalan ini bukan hanya mendatangkan manfaat kepada kesihatan malah ia juga digalakkan dalam Islam. Sepertimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban; "Bersahurlah kamu walau dengan seteguk air". 

Antara manafaat sarapan pagi.

1.  Sarapan dapat memenuhi nutrisi yang diperlukan sepanjang hari

2.  Dengan bersarapan boleh membantu menurunkan berat badan.
Sarapan pagi setelah perut kosong semalaman dapat meningkatkan metabolisme, ini bererti pembakaran kalori sepanjang hari menjadi lebih efisien.  .  Dengan pengambilan sarapan yang mempunyai kadar serat tinggi dan rendah gula yang manaa ia akan dicerna dengan lambat, yang mana ia akan menyebabkan anda lambat lapar dan kekal cergas

3.  Sarapan tingkatkan kemampuan otak.
Ketika anda bangun pagi,  sebahagian besar energi  - dalam bentuk glukosa dan glikogen - telah habis digunakan oleh aktiviti sehari sebelumnya.  Glukosa adalah satu-satunya bahan bakar yang diperlukan otak. Tanpa glukosa yang cukup, Anda merasa lelah dan melayang-layang

 4.  Perlindungan terhadap sakit jantung.
Riset menunjukkan, wanita sihat yang melewatkan sarapan selama dua jam memiliki kadar kolesterol buruk LDL lebih tinggi berbanding mereka yang bersarapan semangkuk sereal plus susu di pagi hari.  Serat dapat mengikat kolesterol dan mempercepat eksresinya sebelum mencapai pembuluh arteri. Oleh sebab itu pula, penelitian 10 tahun yang dilakukan Harvard Nurses Health menyimpulkan bahwa pengambilan serat tinggi berkaitan dengan penurunan risiko penyakit jantung hingga mencapai 50%.

Tetapi pada zaman sekarang, ramai yang mengambil sarapan yang tinggi kalori seperti teh tarik, roti canai, nasi lemak dan macam-macam lagi sarapan yang berlemak. Sebenarnya tu tak elok juga. Sarapan yang elok adalah sarapan yang tinggi serat, khasiat dan karbohidrat seperti roti wholemeal, bijirin, buah-buahan.



Bagi akak senang jah sarapan pagi2 kalau kelam kabut nak htr anak gi sekolah....

ESP + Mealshake + Performance Drink, in Sha Allah bertenaga sepanjang hari...





Untuk mendapatkan Supplemen Shaklee anda bolehlah Pm/sms/whatsapp 012 3945670 (Kak Izzah) dan konsultansi percuma secara ekslusif akan di berikan 

atau klik di bawah
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=1ed021a05ef5089233379be996f7bbdd


TAMPIL SIHAT DAN CANTIK 
Anda Adalah Keutamaan Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...