Ini satu fenomena yang sentiasa berlaku di sekeliling kita. Kadang kala mereka yang mengalami masalah ini tidak perasan pun yang badan mereka berbau. Yang terpaksa menahan bau badan ni adalah orang sekeliling, paling parah kalau tempat itu sempit dan tertutup seperti dalam bas, komuter dan ofis. Dah pakai baju lawa-lawa, tapi badan berbaulah pulak....no..no...no...tak bestlah camtukan..
Jom kita kenalpasti bagaimana masalah ini berlaku dan cara untuk mengatasinya.
Punca Bau Badan
1. Peluh
Secara amnya, bau badan berpunca dari peluh. Peluh pula di hasilkan dari kelenjar peluh badan kita.
Kelenjar peluh pula terdiri daripada dua iaitu;
a. Kelenjar Eccrine
Kelenjar Eccrine bertanggungjawab dalam proses mengeluarkan peluh yang bertujuan untuk mengawal suhu badan. Ia juga mengeluarkan toksin dari dalam badan. Peluh dari kelenjar Eccrine bersifat tulen, jernih dan tidak mengeluarkan bau.
b. Kelenjar Apocrine
Kelenjar Apocrine pula terdapat pada terdapat pada bahagian tubuh yang terdapat banyak rambut seperti ketiak dan alat sulit. Kelenjar ini mengandungi banyak sebum, bahan berlemak di mana peluh dirembeskan. Di kelenjar ini lebih mudah untuk bakteria memecah masuk protein dalam rembesan peluh, yang akan mengeluarkan bau badan yang kurang menyenangkan.
2. Bahan Buangan Dalam Badan
Punca bau badan juga di sebabkan oleh bahan buangan yang terkumpul di dalam badan di sebabkan proses pencernaan yang tidak sempurna. Makanan yang di makan akan di gunakan untuk proses metabolisme tubuh, dan lebihannya akan di tukarkan kepada toksin, Toksin akan di singkirkan jika ginjal, hati dan saluran penghadaman berfungsi dengan baik. Akan tetapi jika ia tidak berfungsi dengan baik, toksin ini akan kekal dalam badan yang akan menyebabkan bau badan yang busuk.
3. Pemakanan
Mereka yang gemar minum kopi/ minuman berkafein, makan makanan berempah, bawang, bawang putih juga menyebabkan badan lebih mudah berbau. Makanan berasaskan daging, telur, ikan dan kekacang mempunyai banyak Choline yang menyebabkan proses metabolisme susah berlaku.
4. Masalah Sistem Badan
Antara punca lain masalah bau badan, adalah di sebabkan oleh masalah ginjal, hati, hipoglisemia, jangkitan kuman, kencing manis dan tiroid. Ia biasanya berlaku secara tiba-tiba, yang mana sebelum ini seseorang tidak mengalami masalah bau badan, tiba-tiba mengalaminya.
5. Faktor Genetik
Bau badan juga di sebabkan oleh faktor genetik dan kelenjar peluh yang sangat aktif.
Cara Penjagaan Badan Untuk Mengelakkan Bau Badan
1. Mandi Dengan Kerap
Mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Mandi menggunakan sabun atau shampoo badan, seelok-eloknya yang anti bakteria. Lepas mandi lap badan hingga kering, jangan biarkan badan basah, terus pakai baju tau.
2. Kerap Cuci Pakaian
Sentiasa mencuci pakaian, seelok pakaian di pakai sekali teruslah di basuh. Basuh menggunakan sabun dan kalu boleh guna softener yang wangi lagi best.
3. Guna Deodorant
Untuk mengelakkan bau badan dan peluh berlebih, seeloknya guna Deodorant Anti Perspirant.
4. Makan Dan Minum Secara Teratur
Jauhi makanan yang menyebabkan bau badan seperti kopi/ minuman berkafein, makan makanan berempah, bawang, bawang putih . Makanan berasaskan daging, telur, ikan dan kekacang mempunyai banyak Choline juga haruslah di kurangkan.
5. Kebersihan Tempat Yang Terlindung
Sentiasa menjaga kebersihan tempat yang terlindung seperti ketiak, tempat intim dan tempat2 yang berlipat.
6. Mengamalkan Supplemen Shaklee
Antara Supplemen Shaklee yang boleh di ambil adalah:
1. Alfalfa Complex
Alfalfa mencuci hati, darah dan usus. Alfalfa adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
2. Herb-Lax
Herb-Lax merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh badan kita. Ia juga membantu masalah sembelit.
Herbalax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan proses usus.
Untuk mendapatkan Supplemen Shaklee anda bolehlah;
☏ Pm/sms/whatsapp : 012 3945670 (Kak Izzah)
✉ Email : nurizzah7374@gmail.com
FB : Nur Izzah Samsudin
Fanpage : Lovelymamashop
COD : Shah Alam, Klang, Bandar Sunway, Subang, Kota Kemuning, Bukit Kemuning, Jalan Kebun, Bukit Naga dan Kampung Jawa
Konsultansi percuma secara ekslusif akan di berikan dengan setiap pembelian.
Konsultansi percuma secara ekslusif akan di berikan dengan setiap pembelian.
TAMPIL SIHAT DAN CANTIK
Anda Adalah Keutamaan Kami