Saturday 24 May 2014

HAPPY BIRTHDAY ADIK

Alhamdulillah dah 2 tahun dah anak mama, rasanya baru semalam mama tulis blog celebrate birthday adik masa umur setahun. Dan alhamdulillah juga mama dan adik berjaya dengan misi fully breastfeed sehingga umur 2 tahun. Syukur ke hadrat Illahi. 

Bersempena dengan birthday adik, akhirnya berjaya jugak buat resepi Chocolate Banana Cake resepi di ambil dari blog Mycutelilrascal...sedap (ala2 secret recipe gitu). Nanti akak sharekan resepinya ya...






Resepi Chocolate Banana Cake (ala2 Secret Recipe gitu)

Kek Span Coklat 

Bahan A:
4 biji telur
120g gula kastor
1 camca besar ovallate
1 camca besar mayonis

Bahan B:
80 gram tepung gandum
20 gram tepung jagung
20 gram serbuk koko
1 sudu teh baking powder

65 gram mentega cair - sejukkan suhu bilik

Cara-cara:
1. Satukan kesemua bahan B dan ayak sebanyak 5 kali, pegang pengayak tu tinggi2 to aerated the flour.
2. Campurkan kesemua Bahan A dalam mangkuk besar, pukul dengan hand mixer sampai kembang HIGH-SPEED selama 15 MINIT. Sila bersabar dengan kebisingan mixer dan kelenguhan tangan.
3. Masukkan adunan Bahan B yang dah diayak tadi, pukul 2-3 minit sampai sebati
4. Masukkan mentega cair dan kacau sebati. Masukkan dalam loyang kek (i guna 8'' round tin) yang telah letak baking paper dan dah di gris dengan mentega. Bakar dalam pre-heated oven selama 45 minit, 170C.
5. Bila kek dah masak, hentak2 perlahan sikit dan terus terbalikkan kek atas redai (jangan keluarkan kek dulu, step ni macam buat chiffon cake).
6. Bila dah sejuk, lalukan pisau keliling kek dan boleh keluarkan kek.


Chocolate Mousse
Source: Mars and Family / Amal Hayati

Bahan:
250 gm. Non-Dairy Whip Cream
150 gm. Dairy whip cream
(i just total up 400gm double cream and whipped till just stiff)

1 tsp. essence vanila
1 sudu makan rata serbuk gelatin yang halal
4 sudu besar air 
(Bagi yang tak mahu menggunakan gelatin, boleh gantikan dengan agar-agar serbuk dan double boilekan gelatin sehingga hancur)

50 gm. serbuk koko } ( serbuk koko dan gula ising di ayak bersama)
80 gm. gula ising }
1 1/2 sudu makan Nescafe } ( Campurkan nescafe bersama air panas)
1 1/2 sudu makan air panas }
1 sudu kecil chocolate emulco
2 - 4 biji pisang Del Monte atau pun pisang berangan - dihiris tebal


Cara-cara:
(1) Pukul kedua-dua whipping cream secara berasingan. ( Untuk dairy whipping cream, pukul sehingga ia menjadi pekat sahaja. Sebaik sahaja ia menjadi pekat terus berhenti dari memukulnya. Sekiranya terus memukul ia akan menjadi cair. Untuk non dairy whipping cream, kita boleh terus memukul sehingga ia menjadi lebih kurang tiga kali ganda kembangnya.) 
(2) Kemudian campurkan kesemua bahan untuk mousse termasuklah kedua-dua whipping cream yang telah dipukul tadi. ( Pastikan campuran gelatin atau agar-agar serbuk tadi tidak sejuk. Sekiranya telah sejuk ia akan menjadi beku dan bergentel2. Sebaik-baiknya campuran gelatin ini disediakan setelah kesemua bahan untuk mousse telah dicampurkan)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...