Tuesday 30 September 2014

Punca Pori-pori Besar dan Tips Untuk Mengecilkannya

Assalamualaikum,

Mempunyai masalah liang pori-pori wajah yang besar. Keadaan ini menyebabkan kulit wajah nampak lebih kasar dan permukaan yang tidak sekata. Mesti rasa tak selesa dan segankan.


Kulit wajah mempunyai lebih 20,000 liang pori iaitu liang kecil pada permukaan wajah yang mengeluarkan peluh dan minyak.

Mereka yang mempunyai jenis kulit muka berminyak kebanyakannya mempunyai saiz liang pori yang lebih besar kerana lebihan peluh yang keluar dari folikey yang di kenali sebagai pilosebaceaous tidak dapat dikeluarkan, menyebabkan pori wajah menjadi lebih besar.

Macamana nak buat ya...pakai bedak/ foundation pun masih kelihatan pori-pori yang terbuka luas. 

Jom kita tengok antara penyebab terjadinya pori-pori terbuka luas nie...

1. Kotoran. Setiap hari kita terdedah dengan pelbagai kotoran yang hinggap di muka seperti sisa solekan, debu, asap dan bermacam lagi. Ini akan menyebabkan pori-pori akan tersumbat dan terbuka luas.

2. Minyak. Kulit muka yang berminyak secara berlebihan akan membuatkan pori-pori akan menjadi lebih besar. Fungsi sebenar minyak pada wajah adalah untuk menjaga pori-pori dengan membentuk lapisan, akan tetapi jika berlebihan akan menyebabkan pori-pori terbuka lebih luas.

3. Bakteria. Pertumbuhan bakteria pada wajah akan menyebabkan terjadinya whitehead atau blackhead yang mana akan menyebabkan pori-pori wajah tampak lebih besar.

4. Cuaca Panas. Pendedahan kepada sinar matahari dan bahang panas akan menyebabkan kita berpeluh dengan lebih banyak, ini juga akan mendorong kepada pembesaran saiz pori wajah.

5. Faktor Genetik. Ada sesetengah genetik mempunyai masalah liang pori wajah yang besar

6. Faktor Pemakanan.  Pemakanan yang tidak seimbang, berlemak dan berminyak juga adalah salah satu faktor penyumbang kepada pori wajah yang besar.

7. Perubahan hormon akibat hamil atau menopaus

8. Penuaan. Pori memerlukan struktur kolagen sihat bagi menyokong dindingnya dan membentuk pori yang kecil. Dinding pori di sokong oleh dermis dan epidermis. Apabila dermis kehilangan keanjalan, ia akan hilang sokongan fizikal yang menyebabkan kulit menjadi kendur dan pori menjadi lebih besar.

Berikut Adalah Tips Bagaimana Untuk Mengecilkan Liang Pori

1. Memastikan kulit wajah sentiasa di bersihkan sekurang-kurangnya dua kali sehari.

2. Memakai penyegar wajah untuk mengecilkan liang pori

3. Buang sel kulit mati (Scrub). Apabila sel kulit mati tidak di buang, ia akan menyebabkan liang pori anda akan tersumbat.

4. Wap Wajah. Anda boleh melakukan rawatan stim wajah hanya dari rumah. Apa yang anda perlukan adalah air panas, jus lemon, ais dan tuala. Caranya, isi mangkuk besar dengan air panas dan letakkan muka anda di atasnya selama 3-5 minit. Selepas itu letakan beberapa jus lemon di atas kain tuala anda yang basah dan sapu ke seluruh muka. Bilas dengan air dan sapu ais di muka anda. Lakukan sekurang-kurangnya sekali seminggu.

5. Guna masker wajah. Anda boleh buat sendiri masker wajah dengan menggunakan putih telur, madu, oat atau ESP & Vitamin C atau ESP & Vitamin E atau ESP & Yogurt.

6. Mengambil Kolagen. Salah satu fungsi kolagen adalah untuk mengecilkan liang pori wajah. Pori memerlukan struktur kolagen sihat bagi menyokong dindingnya dan membentuk pori yang kecil. Dinding pori di sokong oleh dermis dan epidermis. Apabila dermis kehilangan keanjalan, ia akan hilang sokongan fizikal yang menyebabkan kulit menjadi kendur dan pori menjadi lebih besar. Shaklee Collagen Powder sangat rendah dalam berat molekular iaitu sekitar 1,000 Dalton dan ia amat mudah untuk di serap oleh tubuh berbanding dengan berat molekular yang melebihi  dari 1,000 Dalton. Ia di ekstrak dari sisik ikan merah dan merupakan Collagen yang terbaik dan semulajadi.

7. Mengambil Vitamin C. Vitamin C akan meningkatkan pengeluaran kulit baharu yang mengandungi kolagen dan elastin. Vitamin C Sustained Release Shaklee adalah yang terbaik kerana setiap tablet Vitamin C Sustained Release Shaklee mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah oren dan pembebasan 1.5 vitamin C tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam.

8. Mengambil Protein. Tubuh kita memerlukan protein untuk bina dan baik pulih tisu-tisu tubuh. Setiap sel perlukan protein untuk kekal hidup, sihat. Dengan adanya protein yang mencukupi, sel-sel mati dapat disingkirkan dan diganti dengan pembinaan sel-sel baru. ESP merupakan sumber protein yang akan membekalkan 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia.

Dapat di simpulkan, pengambilan supplemen yang mencukupi adalah amat penting untuk memastikan kulit kita sihat. Kita bolehlah mengamalkan Shaklee Collagen Powder, Vitamin C Sustained Release dan ESP untuk memastikan kulit yang sihat dan liang pori jadi lebih mengecil.

http://izzahpermatahati.blogspot.com/search/label/Shaklee%20Collagen%20Powder









Shaklee Collagen Powder

 Vitamin C Sustained Release

 ESP


Untuk mendapatkan Supplemen Shaklee bolehlah Pm/sms/whatsapp 012 3945670 (Kak Izzah) dan konsultansi percuma secara ekslusif akan di berikan 

atau KLIK

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7854c8701c5da6d80d602a20133d2bf8


TAMPIL SIHAT DAN CANTIK 
Anda Adalah Keutamaan Kami





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...