Monday 21 October 2013

SAKIT JANTUNG DI KALANGAN WANITA





Penyakit jantung biasanya sinonim dengan kaum adam. Walaubagaimanapun berdasarkan kajian baru-baru ni, penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu wanita di dunia ini, bukanlah kanser payu dara atau kanser rahim. Menurut Persekutuan Jantung Dunia seramai 17.3 juta orang meninggal dunia setiap tahun akibat penyakit jantung yangmana 8.6 juta daripadanya adalah wanita.
Statistik di Amerika Syarikat sejak 1984 menunjukkan lebih ramai wanita yang maut setiap tahun akibat sakit jantung berbanding lelaki.



Tanda-tanda Sakit Jantung Di Kalangan Wanita
  • Kepala - Rasa Pening Melayang
  • Tangan Belakang Rahang, Leher Dan Bahu - Sakit, tidak selesa dan rasa kebas
  • Paru-paru - Sukar untuk bernafas
  • Dada - Sakit, Tekanan, tidak selesa atau rasa sesak
  • Kulit - Peluh Dingin
  • Penat - merasa amat mudah penat, kadang-kadang beberapa hari hingga berminggu-minggu sebelum berlaku serangan jantung
  • Pedih ulu hati, batuk, jantung berdebar-debar atau hilang selera makan.
Jika terdapat tanda-tanda seperti di atas, elokkan jika anda berjumpa dengan pakar perubatan dengan segera.


Faktor Penyumbang kepada Penyakit Jantung

Terdapat 2 faktor iaitu

  1. Faktor yang boleh di ubahsuai - di sebabkan oleh faktor bangsa dan budaya iaitu dari segi pemakanan dan gaya hidup
  2. Faktor yang tidak boleh di ubahsuai - faktor keturunan, usia, jantina dan bangsa

Faktor yang boleh di ubahsuai
  • Penyakit Darah Tinggi, Diabetes atau Kencing Manis
  • Tahap kolesterol yang tinggi atau yang tidak normal untuk mengurangkan kolesterol dalam badan kita hendaklah bersenam dan boleh juga mengamalkan pengambilan supplemen Shaklee
  • Kegemukan atau obesiti
  • Gaya hidup yang tidak sihat, tidak bersenam dan makan makanan yang tidak sihat
  • Merokok
Rawatan Dan Pencegahan
  1. Mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat
  2. Kurangkan berat badan dengan menjaga pemakanan, penggambilan supplemen dan bersenam
  3. Pemeriksaan Jantung seawal umur 35 tahun setiap tahun, tetapi bagi mereka yang mempunyai risiko yang tinggi seperti risiko keturunan, penyakit seperti kencing manis atau darah tinggi perlulah melakukan pemeriksaan yang lebih awal\
  4. Hentikan merokok (kepada perokok), di dalam rokok mengandungi lebih kurang 4,000 kimia yang boleh menyebabkan raksi tindak balas dalam dinding pembuluh darah iaitu proses ' atherosclerosis-pengerasan saluran darah pada bahagian keledak lemak
Rawatan
  1. Dengan ubat-ubatan bergantung kepada keperluan pesakit
  2. Pembedahan pintasan jantung ataupun angioplasti
Wanita yang sudah putus haid merupakan golongan yang paling perlu berhati-hati kerana hormon estrogen (hormon yang boleh mencegah daripada ancaman sakit jantung) akan mulai hilang apabila putus haid.

Golongan wanita berdepan dengan penyakit jantung 10 hingga 15 tahun lebih lewat daripada golongan lelaki.

Oleh sebabkan itu, jagalah Jantung anda bermula dari sekarang...sayangilah diri anda...sayangilah keluarga anda....

 

Tuesday 8 October 2013

10 Perkara Yang Merosakkan Otak

Otak adalah anugerah Illahi yang amat berharga dan sudah semestinya perlu untuk kita menjaga anugerah itu. Walaubagaimanapun terdapat beberapa perkara yang boleh merosakkan otak kita.

  1. Tidak Mengambil Sarapan Pagi - Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga, iaitu sebanyak 25% daripada keperluan tenaga. Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Banyak sel-sel otak akan mati dan keseluruhan  akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut. Walau sesibuk mana sekalipun kita sarapan pagi perlulah di ambil, terutamanya bagi anak-anak yang sedang belajar. Anda boleh mencuba MealShake Shaklee, pengganti sarapan yang mudah disediakan, banyak khasiat dan sedap (perisa vanilla french)
  2. Terlebih Makan - Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin baik. Makan berlebihan menyebabkan banyak darah di alirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan, menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak. Ini mengakibatkan mengantuk, malas dan hilang daya fokus
  3. Merokok- Asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel-sel otak
  4. Mengambil Gula Berlebihan - Gula yang berlebihan dalam badan boleh menganggu penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak yang sihat
  5. Menghidu Udara Yang Tercemar - Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Menghidu udara tercemar menyebabkan kerosakan sel-sel otak. Berkawan dengan perokok juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang sangat merbahaya kepada otak
  6. Tidur Yang Berlebihan - Tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita. Namun tidur yang berlebihan akan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang
  7. Tidur Dengan Menutup Muka - Tidur sambil meniarap dan menekup muka ke bantal atau menutup dengan buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan di sedut semula semasa bernafas. Ini boleh menyebabkan otak berkurangan oksigen
  8. Kurang Berimaginasi - Berfikir merupakan satu cara yang baik untuk mengasah otak kita. Kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun
  9. Jarang Berfikir - Jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembap dan tidak aktif. Maka, selalu berfikir akan melatih otak kita bekerja dan meningkatkan keupayaan otak kita
  10. Tidak Membaca Al Quran - Al Quran merupakan kalimah-kalimah Allah S.W.T. Membacanya akan memberi manafaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya daripada rosak. Tidak membaca Al Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dangkal.

 

Sunday 6 October 2013

Produk Kecantikan Kolagen Shaklee







Apabila umur kita mencecah 25 tahun, kolagen di dalam badan akan berkurangan sebanyak 1.5% pada setiap tahun. Dan apabila umur mencecah 45-50 tahun badan akan kehilangan separuh dari kolagen yang di perlukan. 

Apa itu Kolagen.

 


Kolagen merupakan protein utama bagi tisu sokongan di dalam badan manusia. Kolagen merupakan 30% protein di dalam tubuh badan manusia. Kolagen menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu tubuh badan kita. Apabila kita makin berusia, kolagen juga akan makin hilang dari tubuh badan kita, di sebabkan itulah kita perlu mengganti balik kolagen yang hilang itu untuk memastikan;

  • kita dapat memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
  • menyokong baik pulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  • memelihara sendi
  • memberi tenaga
  • membantu pola tidur
  • membantu hati dalam proses detoks
Sekarang terdapat pelbagai jenis dan jenama kolagen di pasaran. Shaklee juga ada menawarkan kolagen iaitu Shaklee Collagen Powder. Kolagen Shaklee ni memang betul-betul killer produk untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik, gebu, menawan dan cerah.

Kenapa Shaklee Collagen Powder

Shaklee Collagen Powder adalah supplemen kolagen yang mengandungi 4,000 mg Kolagen RSS (Sisik Ikan Merah), sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang di ekstrak dari sisik ikan Merah. Kolagen dari ikan yang di hidrolisis adalah merupakan kolagen yang terbaik. Ini kerana kolagen dari Shaklee ini sangat rendah dalam berat molekular iaitu sekitar 1,000 Dalton dan ia amat mudah untuk di serap oleh tubuh berbanding dengan berat molekular yang melebihi  dari 1,000 Dalton. Kolagen Shaklee juga adalah  dari sumber semulajadi...tiada pwarna dan perasa tiruan. sangat2 selamat diambil walau untuk jangkamasa panjang.

Promosi bulan Oktober 2013



Dengan setiap pembelian 6 kotak Shaklee Collagen Powder anda akan mendapat

  1. Free 1 kotak Shaklee Collagen Powder (worth RM298.00)
  2. Free Membership Fees seumur hidup (worth RM75.00)
  3. Free 1 botol CoQ (worth RM124.00)
  4. Cash Back
Berbaloi-baloikan...peluang hanya datang sekali...jom cepat2 grab peluang ini...boleh pakat2 dengan kekawan kongsi2 beli...tapi kalu nak beli 1 @ 2 kotak pun boleh jugak...still dapat promo price tapi benefit2 kat atas tu tak dapatlah...;-)



Testimonial Shaklee

Testimonial 1























Testimonial 2
























Jom pm/sms/whatsapp 012 3945670 untuk mendapatkan Collagen Shaklee dan konsultasi percuma akan di berikan.










LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...