Thursday 26 December 2013

Aktiviti Cuti Krismas



Assalamualaikum,

Ok...harini tak nak citer pasal Shakleelah...kita rehatkan minda & lapangkan dada. Semalam sempena cuti Hari Natal, kami satu family telah ke Riverstone Eco Resort yang terletak di  Hutan Lipur Sungai Tua. Kami ke sana bersama group Anak Jawa Selangor (AJS), kami sampai ke sana agak lewat dah pukul 12.30 tengahari dah...sebb tersesat..huhu..Sampai jah kat sana, diaorg semua dah sibuk duduk main game Konda Kondi...sebenarnya akak pun tak tahu macamana cara mainnya..tapi layan jah...



Dah puas nengok Konda Kondi, anak2 ajak mandi sungai lak...tengah2 hari buta...rendam jah kaki dalam air sungai, Ya Allah sejuknya, walaupun masa tu tengahari berdiri...tengah panas....air dia boleh katakan jernih jugaklah...memang terpukaulah jugak akak tengok ciptaan Illahi..Subhanallah...cantiknya. Anak2 dah tak ingat apa dah...mandi sepuas2nya, maklumlah nie first time dia org mandi air sungai yang tak dalam...paras lutut jah, dan airnya mengalir deras jugaklah. 




Selesai mandi, kami di jamukan dengan Nasi Ambeng, memang terbaiklah. Satu dulang kami kongsi satu keluarga.


Lepas tu ada acara mewarna lukisan untuk anak2 dan permainan karom untuk bapak2. Mak2 tengok2 jah, sambil rehat2.



Acara semua habis lebih kurang pukul 5.30 petang dan masing2 bersurai...





Tapi memang bestlah Riverstone Eco Resort nie...rasa tenang, nyaman dan boleh lupakan segala masalah masa kat situ. Memang rasa cam nak pergi lagi jah...nanti ada masa kita pergi lagi....

Thursday 19 December 2013

Kulit Halus Mulus Dengan Set Kecantikan Kulit Shaklee



Setiap daripada kita pasti ingin kelihatan cantik, luaran dan dalaman. Harini, akak nak bercerita tentang kecantikan luaran, iaitu kecantikan kulit. Sudah pasti kita semua inginkan kulit yang halus mulus, gebu, putih dan glowing gitu. Tak kiralah samada kita student, pekerja atau surirumahtangga, mesti akan merasa resah kalau kulit di tumbuhi jerawat, kusam, berminyak dan pori-pori yang terbuka luas. Betul tak?

Untuk kaum isteri mesti ingin jaga kesihatan luaran dan dalaman, supaya nampak cantik di pandangan mata suami. Betul tak...mama, mummy, ummi semua??....Dalam islam pun kita di suruh  menjaga kecantikan dan kebersihan diri untuk suami tercinta. Untuk student & pekerja penampilan diri yang cantik adalah perlu untuk memastikan self confidence kita menjadi lebih tinggi....bila self confidence tinggi, performance kerja pun mesti menaik....

Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat, kulit kusam, berminyak dan pori-pori yang terbuka luas, jangan risau....Shaklee ada menawarkan Set Kecantikan Kulit Shaklee untuk membantu anda semua mengatasi masalah ini...

Set Asas Kecantikan Kulit Shaklee terdiri daripada Vitamin C, Vitamin E dan Vitamin B Complex.



Manakala untuk menambah lagi kejelitaan dan ketampanan kita bolehlah juga mengambil Collagen Shaklee, GLA Complex dan ESP.

Fungsi-fungsi Vitamin Kecantikan Shaklee

VITAMIN C


  • Merangsang pembentukan kolagen kulit yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan dan kehalusan kulit
  • Mempunyai anti oksidan yang kuat untuk melindungi kulit dari pencemaran udara dan lain-lain
  • Mencerahkan kulit
VITAMIN E



  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan kulit, mengurangkan parut di kulit
  • Anti Penuaan
  • Melindungi kulit dari sinar ultra ungu
VITAMIN B COMPLEX


  • Mengubati jerawat
  • Sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi
  • Melambatkan tanda penuaan

Untuk set tambahan Kecantikan Kulit, nanti akak cerita di lain entry ya...kita kenali dulu set yang asas...

Berikut adalah beberapa testimoni yang telah menggunakan Set Kecantikan Kulit Shaklee

Testimoni 1


Salam semua
saya nak share feedback saya lepas hampir sebulan guna Shaklee trial pack vit b complex, vit c dan vit E + omega guard. Mungkin ada yang ckp saya baru 21, so tak perlu makan suplemen tu, ini. Tapi saya sangat concern mengenai kesihatan sebab prevention is better than cure, isn't?

Muka saya jenis combination dan acne prone skin terutamanya kat area dahi. Masa PMS memang stress sebab acne banyak kat area dahi. tumbuh bukan main subur, nak hilang memang lama pastu ada tinggal parut. Area pipi pulak kering dan bila saya apply medium coverage foundation, jadi tak rata dan lepas 2 3 jam muka jadi tak best dah.

Alhamdulillah dengan izin Allah, tak sangka nampak kesan dalam masa 2 minggu lepas amalkan Shaklee. PMS bulan ni tak keluar jerawat banyak macam sebelom2 ni, setakat 1-2 tu biasalah kan, yeay! kakak2 pun tegur bila saya lepas pakai foundation, muka nampak glowing dan flawless. Padahal pakai medium coverage type foundation je.hihi. Tapi akhir2 ni keluar rumah cuma pakai sunblock dan jarang dah pakai foundation kecuali ada special event je. Less is more

gambar kiri masa bulan Feb 2012 dan kanan masa Jun 2012.Mungkin tak banyak changes tapi I’m just sharing I’m very happy with my skin now and looking forward to try another Shaklee’s supplements. Thanks to Nadiah Suhaidi for the guidances and advices. - WAJIHAH RASHID
 
Testimoni2





 
Jom pm/sms/whatsapp 012 3945670 untuk dapatkan Set Kecantikan Kulit Shaklee dan konsultansi free


atau

boleh klik di sini untuk order online,


 

Thursday 12 December 2013

Faktor Susah Hamil


Setiap pasangan yang telah mendirikan rumahtangga pasti ingin cahayamata untuk menyerikan rumahtangga yang telah di bina. Walaubagaimanapun, ada juga yang telah mendirikan rumahtangga sekian lama masih belum di kurniakan cahayamata.

Kajian yang di buat menyatakan di kalangan pasangan suami isteri yang subur, hanya 25% yang berjaya hamil setelah percubaan pertama, manakala 75% lagi perlu mencuba beberapa kali untuk hamil. Berikut adalah antara faktor-faktor yang menyebabkan pasangan suami isteri susah hamil:

Usia Wanita
Tahap kesuburan seseorang wanita makin menurun seiring dengan peningkatan usia wanita tersebut. Tahap kesuburan wanita mula menurun apabila mereka berusia 30 tahun dan semakin berkurangan dari tahun ke setahun.

Usia dan Tahap Kesihatan Lelaki
Tahap kesuburan lelaki juga berkurangan apabila usia meningkat di samping tahap kesihatan lelaki tersebut. Walaubagaimanapun tahap kesuburan kaum lelaki tidaklah menurun secepat wanita, biasanya tahap kesuburan lelaki bermula seawal umur 40 tahun.

Gaya Hidup
Gaya hidup seseorang juga mempengaruhi keupayaan seseorang untuk hamil. Faktor pemakanan, senaman, tahap stress yang di alami, tabiat tidur , merokok dan lain-lain lagi akan mempengaruhi tahap kesuburan seseorang. Untuk memastikan anda untuk berjaya hamil hendaklah betul-betul menjalani gaya hidup yang sihat, tidak merokok, minum minuman keras, tidur yang cukup, makanan yang seimbang dan bersenam.

Stress Yang Melampau
Stress yang melampau beleh menyebabkan peluang anda untuk hamil tipis. Olehkerana itu hendaklah kita hindari dari stress yang melampau dengan cara mengamalkan zikir, solat sunat dan mengaji quran.

Pakaian
Bagi lelaki, pemakaian seluar yang ketat boleh menyebabkan sperma yang di hasilkan kurang & tidak subur berbanding mereka yang memakai seluar yang longgar.

Masalah Hormon
Sesetengah wanita tiada masalah untuk hamil, tetapi mereka tidak mampu menghasilkan hormon progesterone yang mencukupi bagi mengekalkan kehamilan. Oleh itu, sekiranya anda risau tentang kemungkinan ada masalah hormon ataupun masalah fizikal yang menyukarkan kehamilan, segeralah berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.

Pengambilan Kafein
Sekiranya anda mengambil lebih daripada satu atau dua cawan kopi setiap hari, anda sebenarnya mengurangkan keupayaan diri untuk hamil. Ada kajian mendapati bahawa jumlah kafein yang ada dalam tubuh boleh menganggu kemampuan telur untuk melekat dalam uterus

Berat Badan Yang Berlebihan
Wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan akan menyebabkan kelebihan hormon estrogen, yang menyebabkan ovulasi yang tidak teratur dan meningkatkan risiko keguguran. Lelaki yang berlebihan berat badan juga akan melemahkan sperma dan jumlah sperma juga mungkin akan berkurang.

Akan tetapi jika setelah beberapa bulan berkahwin dan anda masih belum hamil, adalah lebih baik untuk anda berjumpa dengan pakar untuk menjalani pemeriksaan lebih lanjut. Shaklee juga ada menyediakan Set Subur untuk memberi lebih peluang untuk anda hamil. Ramai yang telah mendapat berita yang menggembirakan setelah mengamalkan Set Kesuburan Shaklee. Kita hendaklah berusaha untuk mendapatkan sesuatu dengan izin Allah. InsyaAllah.

Untuk mendapat Set Kesuburan Shaklee dan konsultansi percuma bolehlah pm/sms/whatsapp 012 3945670 (Izzah). InsyaAllah saya akan cuba membantu anda.




Tuesday 10 December 2013

Lecitin Shaklee




Lecithin Shaklee diasaskan daripada sumber soya yang mana soya adalah merupakan sumber lecithin yang paling kaya dan bebas kolesterol. Lecithin tidak dapat di hasilkan dari badan, oleh kerana sistem badan kita memerlukan lecithin maka perlulah kita mengambilnya dari sumber luar.

Lecithin merupakan pengemulsi lemak yang mana ia mempunyai kesan melekat pada lemak dan menyebabkan lemak yang baru akan terapung di dalam darah dan ini mencegah lemak daripada melekat pada dinding membran.Lecithin bukan sahaja berfungsi untuk memecahkan lemak di dalam badan bahkan ia mempunyai lebih banyak lagi khasiatnya.

Khasiat Lecithin Shaklee

1. Lecithin bertindak sebagai pelarut untuk kolesterol, triglycerides dan lemak-lemak yang lain. Ia membantu mencegah penyakit seperti tekanan darah tinggi, strok, penyakit jantung, arteri yang mengeras.  Sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan 6,000 - 7000 mg sehari jika kita berhadapan dengan penyakit tersebut.

2. Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel2 badan. Tanpa lecithin yang mencukupi membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan penyerapan zat. Banyak faktor2 lain yang menyebabkan membran sel mengeras seperti pencemaran bahan kimia, bahan2 metal, dadah, food additivves, pesticides dan sebagainya. 

3. Lecithin bertindak sebagai pengemulsi lemak (membakar lemak). Lecithin mampu membakar lemak dengan lebih cepat jika di sertai dengan senaman. Pengambilan lecithin 4,000mg sehari pasti akan membuahkan hasil.

4. Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.

5. Lecithin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf. Tanpa lecithin fungsi saraf kurang efisien. Sebab itu mereka yang menderita penyakit akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS dapat merasakan kesan yang positif selepas mengambil lecithin.

6. Lecithin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, kuman dan bakteria. Lecithin juga melindungi sel dari teroksida.

7. Lecithin juga di kenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantul sel otak berkembang. Lecithin berupaya mengurang penyakit nyanyuk dan Alzheimer's disease. Pakar menyarankan pengambilan 7,000 mg sehari untuk memulihkan sistem ingatan.

8. Lecithin juga di katakan sumber hormon neurotransmitter di mana ia menggalakkan proses tidur, yang mana kekurangan hormon ini akan menyebabkan penyakit imsomnia.

9. Lecithin adalah asid lemak yang perlu dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi. Ia amat berguna untuk mereka yang menghidap  alergi, hay fever, athma, bronkitis dan emphysema.

10. Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi sendi dan membantu dalam penjagaan buah pinggang/

11. Lecithin adalah zat untuk kecantikan. Ia perlu untuk menghasilkan rambut yang sihat, berkilat, kulit yang lembut gebu dan mencegah eczema.

12. Lecithin juga di perlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine, sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala menopous.

13. Lecithin bersama unsur2 lain di gunakan untuk membuat BILE. BILE berfungsi untuk mencairkan lemak. Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat seperti vitamin A,D, E & K.

Jom pm/sms/whatsapp 012 3945670 untuk dapatkan Lecithin dan konsultansi free

 








Monday 9 December 2013

Lecithin dan Omegaguard Shaklee



Ramai yang bertanya apa perbezaan antara Lecithin dan Omegaguard Shaklee di dalam Set Kurus Shaklee.
Jom kita tengok apa kebaikan Lecithin dan Omegaguard. Kedua-dua produk tersebut mempunyai fungsi yang sama iaitu untuk memecahkan lemak di dalam badan kita. Adakah kita perlu mengambil salah satu produk sahaja atau perlu mengambil kedua-duanya sekali.

LECITHIN



Lecithin berasal dari minyak biji soya yang mana ia berfungsi untuk mengemulsi lemak di dalam badan kita. Emulsi lemak bermaksud lemak dipecahkan kepada molekul yang lebih kecil dan ia akan di bawa ke sistem pencernaan dan di buang melalui sistem perkumuhan. Lecithin memastikan lemak kekal di dalam sistem pencernaan dan tidak memendapkan diri ke dalam dinding membran dan menjadi lemak kental. Ini bermaksud lemak-lemak yang di emulsi adalah lemak baru dan bukannya lemak lama yang terkumpul di dinding membran.

Bolehkah lecithin menurunkan berat badan seseorang? Ia bergantung kepada penerimaan sistem badan seseorang, ada yang dengan hanya mengambil alfalfa dan lecithin boleh turun sehingga 5 kg sebulan dan ada juga yang maintain berat badannya.

OMEGAGUARD




Omega 3 yang ada di dalam Omegaguard mampu  meningkatkan metabolisma badan seseorang, yang mana Omega 3 akan memberi kesan tindakbalas di dalam salur darah supaya mengguna lemak di dalam badan sebagai punca tenaga. Dengan itu akan lebih banyaklah lemak yang dah lama termendap di dalam dinding membran kita akan terbakar. Omegaguard juga menambah kadar penghasilan sertonin iaitu kimia otak yang  memberi signal ke otak untuk menghadkan rasa lapar seseorang.  Selain daripada itu Omega 3 juga menghalang penghasilan hormon cortisole yang menggalakkan penyimpanan lemak.

So daripada fakta-fakta di atas bolehlah dirumuskan bahawa, lecithin membantu membuang lemak2 yang baru masuk di dalam badan kita, manakala Omegaguard membantu membakar lemak2 yang dah lama termendap di dalam badan. 

Sebab itulah bila kita gabungkan Lecithin dan Omegaguard, di samping Herb Lax dan Alfalfa, hasilnya teramatlah memuaskan....tapi semua itu bergantung kepada sistem penerimaan badan dan juga bajet anda sendiri...

Bak kata sesetengah pengguna, Omegaguard umpama menaiki kapal terbang dan akan sampai lebih cepat akan tetapi kosnya tentulah lebih tinggi, manakala Lecithin pula umpama menaiki kereta dan sampai lambat sedikit yang mana kosnya adalah lebih rendah...

Untuk membuat pilihan Set Kurus Shaklee, bolehlah klik di sini.

Pm/sms/whatsapp 012 3945670 untuk mendapatkan lecithin dan Omegaguard Shaklee dan konsultansi percuma akan di berikan.

 





Friday 6 December 2013

Promosi Shaklee Bulan Dec 2013 - Omegaguard Shaklee

PROMOSI BULAN DECEMBER 2013

Akhirnya kita dah sampai ke penhujung tahun 2013, tak terasa begitu cepat masa berlalu....
Penutup tahun nie Shaklee telah  membuat promosi untuk OmegaGuard Shaklee, yang merupakan pilihan hatiku seisi keluarga.


Antara Fungsi-fungsi OmegaGuard yang menyebabkan ia menjadi pilihan saya sekeluarga

1. Mengurangkan paras kolesterol dalam darah
2. Menjaga kesihatan jantung
3. Mengawal tekanan darah
4. Mengurangkan risiko strok
5. Menjaga kesihatan sendi
6. Meningkatkan daya ingata
7. Menambahkan fokus
8. Membantu dalam perkembangan otak sejak dari bayi lagi 

Seisi keluarga saya boleh merasa manaafatnya even babyku yang berusia setahun setengah pun dapat khasiatnya (melalui mama yang breastfeed). 

Untuk mengetahui tentang OmegaGuard dengan lebih lanjut, jom klik di sini OmegaGuard untuk Semua.


Jom pm/sms/whatsapp 012 3945670 untuk mendapatkan Omegaguard Shaklee dan konsultansi percuma








Thursday 21 November 2013

Perbezaan antara UBAT dan SUPPLEMEN

Hari ni, jom kita mengenali dengan lebih dekat antara UBAT dan SUPPLEMEN...



UBAT
1. Ubat sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita, tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.

2. Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi –fungsi secara menggangu tindakan biokimia dan proses enzim.

3. Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakkan boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan ganguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, ganguan penglihatan, ganguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, ganguan penghadaman, dan akhirnya kematian.

4. Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh mengangu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan.

5. Ubat baik dimakan biasanya dipertengahan waktu makan untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan.

6. Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh.

7. Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu. Seseorang boleh merasai kesan pengambilannya.

3. Ubat bertindak cepat dan menakjubkan, sering mengasar.seseorang boleh menerima kesanya dalam jangka masa yang pendek beberapa minit atau jam.

8. Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukanya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa ubat. Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sesuatu system.

9. Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda.
SUPPLEMEN  
1. Bahan berkhasiat kesemuanya adalah semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.

2. Bahan-bahan berkhasiat bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.

3. Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya tergangu sementara. Oleh itu badan akan membina system enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.

4. Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.

5. Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman lain-lain factor makanan.

6. Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang tercatit mengenai merbahayanya dengan pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.

7. Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang. Ianya hanya member kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata kekurangan dalam tubuh badan.

8. Bahan-bahan berkhasiat bertindak secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang. Ia kebiasannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan kejayaan.

9. Bahan berkhasiat bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi dan tidak berulang lagi.

10. Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan khasiat, oleh kerana factor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman yang lemah.

RINGKASANNYA...

Ubat di ambil ketika kita sakit sahaja...

Supplement boleh diambil bila-bila masa... dan yang paling penting minum air banyak semasa mengambil supplement...

Ubat mengandungi dadah yg membolehkan ia bertindak dengan cepat....

Supplement tidak menggunakan dadah tetapi mengandungi banyak vitamin-vitamin yang sihat yg digunakan untuk melawan segala penyakit....

MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATINYA......
Credit : FB nurazlinawani.salahudin

Sunday 10 November 2013

VIVIX



Vivix merupakan satu produk supplemen anti penuaan terbaik di dunia selepas penyelidikan yang mengambil masa bertahun-tahun oleh Shaklee.

Ramuan di dalam Vivix memberi impak kepada mekanisma utama penuaan;
  1. Melindungi dan membaiki sellular DNA yang mana setiap hari sel tubuh di serang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA
  2. Mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap selullar
  3. Menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria (penjana tenaga) untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel
  4. Melambatkan pembentukan protein AGE (Advanced Glycation End Products) yang boleh menyebabkan kerosakan tahap selullar yang akan menganggu keutuhan sel 
  5. Memelihara kesihatan jantung
  6. Memelihara kesihatan otak
  7. Memelihara kesihatan sistem imun
  8. Memelihara kesihatan sendi
Antara ramuan-ramuan yang terdapat di dalam Vivix Shaklee yang membuatkan ia merupakan supplemen anti penuaan yang terbaik di dunia.

  1. Muscadine Grape - anggur liar yang mempunyai 20 kromsom, ia menyediakan lebih banyak faedah kesihatan, fungsi imun dan anti oksidan yang tinggi. Ia juga mempunyai lebih banyak polifenol dan resvetrol, yang mana ia bertanggungjawab dalam banyak tindakan untuk anti penuaan
  2. Purple Carrot - Merupakan sumber terbaik vitamin A dan mengandungi anthocyanins, iaitu antioksidan yang mujarab
  3. Elderberry - mengandungi flavonoids, yang mempunyai ciri antioksidan yang kuat yang boleh mengukuhkan sistem imun melawan jangkitan virus dan bakteria. Ia juga mampu merendahkan tahap kolesterol dan menghalang oksidasi kolesterol LDL.
  4. Polygonum - mengandungi resveratrol yang tinggi. 

Vivix terbukti dapat menyelesaikan masalah kepada penyakit-penyakit berikut;
  1. Penyakit Jantung
  2. Diabetes
  3. Kolesterol Tinggi
  4. Tekanan Darah Tinggi
  5. Nyanyuk
  6. Osteoporosis, Arthritis dan masalah sendi dan tulang
  7. Gout
  8. Metabolisme Rendah 
  9. Masalah kulit
  10. Kanser & tumor
Dengan hanya satu sudu sehari anda mendapat khasiat yang secukupnya dan boleh awet muda sekali.

Testimoni Vivix




Jom pm/sms/whatsapp 012 3945670 untuk mendapatkan Vivix dan konsultansi percuma akan diberikan.

atau

boleh klik di sini untuk order online,




Thursday 7 November 2013

SET KESUBURAN SHAKLEE

Assalamualaikum,





Lama tidak berblog, alhamdulillah harini berkesempatan untuk berblog. Setiap pasangan yang baru mendirikan rumahtangga pasti menginginkan cahayamata untuk menyerikan lagi rumahtangga yang di bina. Walaubagaimanapun, masih ada di antara kita yang masih belum di kurniakan cahayamata setelah mendirikan rumahtangga untuk beberapa ketika. Bersabarlah...ini semua dugaan dariNYA...yang perlu kita lakukan adalah berusaha, berdoa dan tawakal. InsyaAllah pasti akan ada sinar di penhujungnya.

Ketidakhamilan setiap pasangan itu mungkin di sebabkan oleh masalah ketidaksuburan atau mungkin jika tiada apa-apa masalah cuma rezeki belum menyebelahi mereka. Di sebabkan itu, kita di sarankan untuk berusaha, berdoa dan tawakal.

Untuk meningkatkan lagi tahap kesuburan setiap pasangan, kita di sarankan untuk;
  1. Meningkatkan sistem imuniti badan dengan pengambilan vitamin tambahan bagi membekalkan nutrisi-nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan kita
  2. Elakkan stress
  3. Amalkan pemakanan yang segar untuk memastikan tubuh badan kita segar dan bertenaga
  4. Elakkan junk food kerana ia mengandungi banyak bahan pewarna dan perisa yang boleh menyebabkan kegemukan dan mengurangkan peluang kehamilan
  5. Minum banyak air untuk menyahtoksin di dalam badan

SET KESUBURAN SHAKLEE 

Untuk Isteri

Vitalea, B Complex, Vitamin C, Alfalfa dan GLA Complex

Untuk Suami

Vitalea, B Complex, Vitamin C dan Zinc Complex


Fungsi Setiap Vitamin

Vitalea

Vitalea ialah Multivitamin dan Multimineral Shaklee yang mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral. Ia membekalkan vitamin yang lengkap untuk memastikan kesihatan yang optimum.

B Complex

B Complex mengandungi asid folik yang sangat di perlukan oleh ibu hamil dan bayi yang di dalam kandungan. (terutama sekali di awal kandungan)

Vitamin C

Vitamin C berfungsi sebagai anti oksidan, di mana ia menjaga kualiti sel sperma. Hanya sperma yang sihat sahaja yang akan berjaya sampai ke ovum dan hanya sperma yang kuat sahaja dapat bersenyawa dengan ovum

Alfafa

Alfafa sangat penting untuk kesihatan dalam wanita. Ia telah terbukti dapat mengatasi masalah keputihan, masalah period yang tidak teratur dan PMS. Alfalfa juga dikatakan dapat membantu mengatasi sakit ketika bersama dan sangat membantu dalam hubungan suami isteri

GLA Complex

GLA Complex membantu wanita untuk menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti. Cecair ini penting untuk membantu sperma berenang ke tiub fallopio dan hidup lebih lama iaitu sehingga hari ke 5 selepas bersama

Zinc
Zinc pula penting untuk lelaki menghasilkan sperma yang sihat dan kuat untuk meningkat peluang pensenyaan. Zinc juga membantu meningkatkan keinginan seksual.

Set Kesuburan Shaklee ini adalah salah satu ikhtiar yang boleh di lakukan. InsyaAllah dengan izin Allah, moga anda akan mendapat berita gembira di penghujungnya. AMIN...

Untuk mendapatkan Set Kesuburan Shaklee dan cara aturan makan untuk meningkatkan peluang kehamilan di samping tips2 yag berguna...bolehlah pm/sms/whatsapp 012 3945670 (Izzah)

 

Monday 21 October 2013

SAKIT JANTUNG DI KALANGAN WANITA





Penyakit jantung biasanya sinonim dengan kaum adam. Walaubagaimanapun berdasarkan kajian baru-baru ni, penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu wanita di dunia ini, bukanlah kanser payu dara atau kanser rahim. Menurut Persekutuan Jantung Dunia seramai 17.3 juta orang meninggal dunia setiap tahun akibat penyakit jantung yangmana 8.6 juta daripadanya adalah wanita.
Statistik di Amerika Syarikat sejak 1984 menunjukkan lebih ramai wanita yang maut setiap tahun akibat sakit jantung berbanding lelaki.



Tanda-tanda Sakit Jantung Di Kalangan Wanita
  • Kepala - Rasa Pening Melayang
  • Tangan Belakang Rahang, Leher Dan Bahu - Sakit, tidak selesa dan rasa kebas
  • Paru-paru - Sukar untuk bernafas
  • Dada - Sakit, Tekanan, tidak selesa atau rasa sesak
  • Kulit - Peluh Dingin
  • Penat - merasa amat mudah penat, kadang-kadang beberapa hari hingga berminggu-minggu sebelum berlaku serangan jantung
  • Pedih ulu hati, batuk, jantung berdebar-debar atau hilang selera makan.
Jika terdapat tanda-tanda seperti di atas, elokkan jika anda berjumpa dengan pakar perubatan dengan segera.


Faktor Penyumbang kepada Penyakit Jantung

Terdapat 2 faktor iaitu

  1. Faktor yang boleh di ubahsuai - di sebabkan oleh faktor bangsa dan budaya iaitu dari segi pemakanan dan gaya hidup
  2. Faktor yang tidak boleh di ubahsuai - faktor keturunan, usia, jantina dan bangsa

Faktor yang boleh di ubahsuai
  • Penyakit Darah Tinggi, Diabetes atau Kencing Manis
  • Tahap kolesterol yang tinggi atau yang tidak normal untuk mengurangkan kolesterol dalam badan kita hendaklah bersenam dan boleh juga mengamalkan pengambilan supplemen Shaklee
  • Kegemukan atau obesiti
  • Gaya hidup yang tidak sihat, tidak bersenam dan makan makanan yang tidak sihat
  • Merokok
Rawatan Dan Pencegahan
  1. Mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat
  2. Kurangkan berat badan dengan menjaga pemakanan, penggambilan supplemen dan bersenam
  3. Pemeriksaan Jantung seawal umur 35 tahun setiap tahun, tetapi bagi mereka yang mempunyai risiko yang tinggi seperti risiko keturunan, penyakit seperti kencing manis atau darah tinggi perlulah melakukan pemeriksaan yang lebih awal\
  4. Hentikan merokok (kepada perokok), di dalam rokok mengandungi lebih kurang 4,000 kimia yang boleh menyebabkan raksi tindak balas dalam dinding pembuluh darah iaitu proses ' atherosclerosis-pengerasan saluran darah pada bahagian keledak lemak
Rawatan
  1. Dengan ubat-ubatan bergantung kepada keperluan pesakit
  2. Pembedahan pintasan jantung ataupun angioplasti
Wanita yang sudah putus haid merupakan golongan yang paling perlu berhati-hati kerana hormon estrogen (hormon yang boleh mencegah daripada ancaman sakit jantung) akan mulai hilang apabila putus haid.

Golongan wanita berdepan dengan penyakit jantung 10 hingga 15 tahun lebih lewat daripada golongan lelaki.

Oleh sebabkan itu, jagalah Jantung anda bermula dari sekarang...sayangilah diri anda...sayangilah keluarga anda....

 

Tuesday 8 October 2013

10 Perkara Yang Merosakkan Otak

Otak adalah anugerah Illahi yang amat berharga dan sudah semestinya perlu untuk kita menjaga anugerah itu. Walaubagaimanapun terdapat beberapa perkara yang boleh merosakkan otak kita.

  1. Tidak Mengambil Sarapan Pagi - Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga, iaitu sebanyak 25% daripada keperluan tenaga. Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Banyak sel-sel otak akan mati dan keseluruhan  akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut. Walau sesibuk mana sekalipun kita sarapan pagi perlulah di ambil, terutamanya bagi anak-anak yang sedang belajar. Anda boleh mencuba MealShake Shaklee, pengganti sarapan yang mudah disediakan, banyak khasiat dan sedap (perisa vanilla french)
  2. Terlebih Makan - Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin baik. Makan berlebihan menyebabkan banyak darah di alirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan, menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak. Ini mengakibatkan mengantuk, malas dan hilang daya fokus
  3. Merokok- Asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel-sel otak
  4. Mengambil Gula Berlebihan - Gula yang berlebihan dalam badan boleh menganggu penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak yang sihat
  5. Menghidu Udara Yang Tercemar - Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Menghidu udara tercemar menyebabkan kerosakan sel-sel otak. Berkawan dengan perokok juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang sangat merbahaya kepada otak
  6. Tidur Yang Berlebihan - Tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita. Namun tidur yang berlebihan akan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang
  7. Tidur Dengan Menutup Muka - Tidur sambil meniarap dan menekup muka ke bantal atau menutup dengan buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan di sedut semula semasa bernafas. Ini boleh menyebabkan otak berkurangan oksigen
  8. Kurang Berimaginasi - Berfikir merupakan satu cara yang baik untuk mengasah otak kita. Kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun
  9. Jarang Berfikir - Jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembap dan tidak aktif. Maka, selalu berfikir akan melatih otak kita bekerja dan meningkatkan keupayaan otak kita
  10. Tidak Membaca Al Quran - Al Quran merupakan kalimah-kalimah Allah S.W.T. Membacanya akan memberi manafaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya daripada rosak. Tidak membaca Al Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dangkal.

 

Sunday 6 October 2013

Produk Kecantikan Kolagen Shaklee







Apabila umur kita mencecah 25 tahun, kolagen di dalam badan akan berkurangan sebanyak 1.5% pada setiap tahun. Dan apabila umur mencecah 45-50 tahun badan akan kehilangan separuh dari kolagen yang di perlukan. 

Apa itu Kolagen.

 


Kolagen merupakan protein utama bagi tisu sokongan di dalam badan manusia. Kolagen merupakan 30% protein di dalam tubuh badan manusia. Kolagen menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu tubuh badan kita. Apabila kita makin berusia, kolagen juga akan makin hilang dari tubuh badan kita, di sebabkan itulah kita perlu mengganti balik kolagen yang hilang itu untuk memastikan;

  • kita dapat memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
  • menyokong baik pulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  • memelihara sendi
  • memberi tenaga
  • membantu pola tidur
  • membantu hati dalam proses detoks
Sekarang terdapat pelbagai jenis dan jenama kolagen di pasaran. Shaklee juga ada menawarkan kolagen iaitu Shaklee Collagen Powder. Kolagen Shaklee ni memang betul-betul killer produk untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik, gebu, menawan dan cerah.

Kenapa Shaklee Collagen Powder

Shaklee Collagen Powder adalah supplemen kolagen yang mengandungi 4,000 mg Kolagen RSS (Sisik Ikan Merah), sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang di ekstrak dari sisik ikan Merah. Kolagen dari ikan yang di hidrolisis adalah merupakan kolagen yang terbaik. Ini kerana kolagen dari Shaklee ini sangat rendah dalam berat molekular iaitu sekitar 1,000 Dalton dan ia amat mudah untuk di serap oleh tubuh berbanding dengan berat molekular yang melebihi  dari 1,000 Dalton. Kolagen Shaklee juga adalah  dari sumber semulajadi...tiada pwarna dan perasa tiruan. sangat2 selamat diambil walau untuk jangkamasa panjang.

Promosi bulan Oktober 2013



Dengan setiap pembelian 6 kotak Shaklee Collagen Powder anda akan mendapat

  1. Free 1 kotak Shaklee Collagen Powder (worth RM298.00)
  2. Free Membership Fees seumur hidup (worth RM75.00)
  3. Free 1 botol CoQ (worth RM124.00)
  4. Cash Back
Berbaloi-baloikan...peluang hanya datang sekali...jom cepat2 grab peluang ini...boleh pakat2 dengan kekawan kongsi2 beli...tapi kalu nak beli 1 @ 2 kotak pun boleh jugak...still dapat promo price tapi benefit2 kat atas tu tak dapatlah...;-)



Testimonial Shaklee

Testimonial 1























Testimonial 2
























Jom pm/sms/whatsapp 012 3945670 untuk mendapatkan Collagen Shaklee dan konsultasi percuma akan di berikan.










Saturday 28 September 2013

Tips Mengurangkan Risiko Kanser Payudara

Ada beberapa panduan untuk kita kaum wanita (lelaki pun boleh) untuk mengurangkan risiko kanser payudara.

  1. Jauhkan kegemukkan kerana lemak mengeluarkan hormon estrogen yang menggalakkan pertumbuhan sel-sel kanser. Wanita gemuk dan menghidap ovari bengkak PCOS ada risiko menghidap kanser rahim dan payudara.
  2. Jauhkan penggunaan berpanjangan pil hormon yang mengandungi hormon estrogen seperti HRT atau pil perancang
  3. Makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan.
  4. Jauhkan gula dan tepung putih
  5. Makan ikan, dada ayam, telur dan sedikit daging merah sebagai sumber protein. Jauhkan dari cara memasak yang tak sihat seperti deep fried dan bakar hangus
  6. Amalkan penyusuan bayi anda selama 2 tahun
  7. Jangan merokok dan minum arak
  8. Amalkan exercise 30 minit setiap hari
  9. Jika ada ahli keluarga menghidap kanser ambil langkah tertentu, buat pemeriksaan berkala dan boleh makan ubat untuk blok hormon estrogen seperti tamoxifene
  10. Makan multivitamin seperti Vitamin E dan C, Fish Oil (Omegaguard Shaklee) dan supplement yang mengandungi resveraterol
  11. Bila mandi, amalkan tuam payudara dengan tuala suam panas dan urut payudara dari sekitar luar ke arah puting dan basuh puting dengan sabun untuk hilangkan kesumbatan pada saluran susu
credit: FB Dr. Hamid Arshat



Tuesday 24 September 2013

Supplemen Shaklee Untuk Buasir

Assalamualaikum,


Buasir.....Sakitnya nak melepaskan hajat...

Buasir atau Hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum @ dubur. Buasir terjadi disebabkan tekanan tinggi di dalam darah di bahagian rektum yang akan menyebabkan dinding vena membengkak.

Jenis-jenis Buasir


Buasir Dalaman 

Buasir dalaman terletak jauh di dalam rektum. Ia biasanya tidak terasa sakit atau gatal. Ia juga biasanya tidaklah merbahaya, walaubagaimanapun jika seseorang itu meneran atau jika terdapat gangguan dalam laluan najis akan boleh menyebabkan kecederaan pada laluan rektum dan akan menyebabkan ia berdarah
Buasir Luaran

Buasir Luaran biasanya berlaku di luar rektum. Ia biasanya akan menyebabkan pedih, sakit dan kegatalan di bahagian luar dubur. Jika buasir tersepit, bekuan darah akan terjadi dan ia akan menyebabkan kita terasa sakit.

Penyebab kepada buasir

  • Meneran (ketika najis keras/ sembelit)
  • Sentiasa duduk
  • Cirit Birit
  • Duduk mencangkung terlalu lama
  • Batuk yang teruk
  • Bersalin atau Mengandung
  • Mengangkat barang yang berat
Tips Mengelakkan Buasir

  • Minum air sekurang-kurangnya 1.5 - 2 liter sehari
  • Makan makanan seimbang -Banyakkan memakan makanan tinggi serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Buang masa mengikut masa setiap hari
  • Elakkan memakan makanan yang pedas, berempah, teh, kopi dan alkohol

Set Buasir Shaklee


Terdiri daripada,

Ostematrix 
Melancarkan pembuangan air besar dan mengurangkan sembelit

OmegaGuard
Baik untuk sendi dan otot. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar amatlah perit. Omegaguard membantu mengecutkan otot-otot yang membengkak

Zinc Complex
Membantu menyembuhkan luka


Jom pm/sms/whatsapp 012 3945670 untuk mendapatkan Set Buasir Shkaklee dan konsultasi percuma akan di berikan.

 







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...