Saturday 21 February 2015

Tip Untuk Pastikan Sentiasa Rasa Kenyang Semasa Diet Supaya Diet Anda Tidak Ke Laut

Assalamualaikum,

Dalam badan kita terdapat beberapa jenis hormon, yang mempunyai fungsinya yang tersendiri. Bagi mereka yang tengah berdiet, hormon Leptin amat memainkan peranan dalam proses diet anda.

Hormon Leptin


Hormon Leptin adalah hormon yang yang dirembeskan oleh sel lemak yang memberi signal "aku sudah kenyang" kepada badan dan merangsang pembakaran lemak. Walaubagaimanapun, kadang-kadang hormon leptin ini tidak berfungsi dengan sebaiknya, yang menyebabkan anda masih terus ingin makan dan lemak sedia ada langsung tiada rangsangan untuk di bakar.

Signal Kenyang


Berikut adalah berapa tip untuk memastikan hormon leptin dapat di manfaatkan dengan sebaiknya;


  1. Jangan makan apapun selepas makan malam dan pastikan anda jarakkan selama 12 jam dengan masa sarapan pagi. Contohnya jika anda makan malam pada waktu 6 petang, anda perlu bersarapan selepas jam 6 pagi.
  2. Jarakkan tempoh sekurang-kurangnya 3 jam selepas makan hingga anda tidur. Badan manusia diprogramkan untuk berhenti dari mengisar makanan ketika tidur dan menggunakan (membakar) lemak yang ada ketika tidur di samping menggunakan nutrisi yang lain untuk membaikpulih dan membina semula sel-sel badan ketika rehat.
  3. Makan protein untuk sarapan. Ia akan bertahan lebih lama di dalam perut jika di bandingkan dengan karbohidrat. Ini akan mengelakkan anda menjadi lapar dengan lebih cepat.
  4. Di siang hari, pastikan jarak 5 jam sekurang-kurangnya di antara waktu makan yang lain. Di antara tempoh itu, anda di galakkan mengambil air kosong semata-mata.
  5. Kurangkan pengambilan karbohidrat ringkas seperti nasi, kuih-muih, minuman manis, roti dan lain-lain. Lebihkan karbohidrat kompleks berserta serat seperti sayuran dan anda juga haruslah lebihkan pengambilan protein.
  6. Gunakan pinggan yang kecil supaya mudah untuk anda kurangkan jumlah makanan yang di ambil. Kunyah perlahan-lahan.
  7. Atasi keadaan stress dengan sebaiknya dan lakukan senaman secara berkala. Senaman akan meningkatkan perembesan serotonin di otak, sejenis bahan yang akan menceriakan anda.
  8. Tidur secukupnya iaitu antara 7-8 jam sehari.
Jom kita manafaat tip di atas untuk memastikan diet kita berjaya.


Friday 20 February 2015

Resepi Makaroni Bakar Cheese Versi Melayu

Assalamualaikum,

Selamat menyambut Tahun Baru  Cina bagi mereka yang berbangsa cina. Dan bagi mereka yang tidak menyambut Tahun Baru Cina, mesti masing-masing memanafaatkan cuti yang panjang ni. Ada yang balik kampung, bawak family bercuti dan ada juga yang duk kat rumah jah samping keluarga tercinta.

Macam akak, tahun ni kita orang kat rumah jah, tak ke mana pun. So pagi ni, akak gunakan peluang ni untuk masak makaroni bakar cheese kegemaran anak-anak, tapi style melayu. Untuk adunan ni akak boleh buat dua bekas bulat yang 8 inci tu, banyak jugaklah. Sebelum kita tengok resepi, jom kita layan dulu gambarnya. Resepi ni gabungan resepi dari Azalitamasamanis dan ubah sikit ikut sesedap anak tekak sendiri.







Resepi Makaroni Bakar Cheese Versi Melayu

300 gram Makaroni (di rebus hingga lembut & tos)
300 gram daging cincang
1 biji cili merah (di hiris)
1 biji cili hijau (di hiris)
1/2 biji cili benggali (di potong dadu)
1 tin Cendawan (di hiris nipis)
Daun Bawang (di potong dadu)
Daun Sup (di potong halus)
Bawang Goreng
Kepingan Cheese

Bahan Tumisan
1 labu bawang besar holland (bawang besar biasa pun ok gak)
2 biji bawang putih
2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar cili giling (tapi kalu tak suka pedas tak yah bubuh pun ok)

Kastard
5-6 biji telur gred A
1 tin susu cair
3 camca teh tepung gandum
Sedikit garam
Sedikit gula

Cara Membuat

Bawang besar, bawang putih, rempah kari dan cili giling di tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan daging dan masak hingga daging masak dan kuah sedikit kering. Lepas tu masukkan cili merah, cili hijau,  lada benggali, cendawan, daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Gaul hingga sebati.

Sapu loyang dengan butter (supaya nanti bila dah masak makaroni tak melekat pada loyang). Panaskan overn pada suhu 180C. Tuang adunan tadi ke dalam loyang.

Untuk kuah kastard, satu semua bahan untuk kuah kastard dan kacau rata menggunakan wisk. Lepas tu tuang adunan kastard ke dalam loyang yang berisi adunan tadi. Kacau rata. Letakkan kepingan cheese di atas adunan & tabur sedikit daun bawang & daun sup.

Bakar menggunakan api bawah selama 25 minit sehingga masak, selepas tu menggunakan api atas dan bawah selama 5 minit. Dan dah boleh di makan, samada untuk sarapan atau minum petang.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...