Friday 20 February 2015

Resepi Makaroni Bakar Cheese Versi Melayu

Assalamualaikum,

Selamat menyambut Tahun Baru  Cina bagi mereka yang berbangsa cina. Dan bagi mereka yang tidak menyambut Tahun Baru Cina, mesti masing-masing memanafaatkan cuti yang panjang ni. Ada yang balik kampung, bawak family bercuti dan ada juga yang duk kat rumah jah samping keluarga tercinta.

Macam akak, tahun ni kita orang kat rumah jah, tak ke mana pun. So pagi ni, akak gunakan peluang ni untuk masak makaroni bakar cheese kegemaran anak-anak, tapi style melayu. Untuk adunan ni akak boleh buat dua bekas bulat yang 8 inci tu, banyak jugaklah. Sebelum kita tengok resepi, jom kita layan dulu gambarnya. Resepi ni gabungan resepi dari Azalitamasamanis dan ubah sikit ikut sesedap anak tekak sendiri.







Resepi Makaroni Bakar Cheese Versi Melayu

300 gram Makaroni (di rebus hingga lembut & tos)
300 gram daging cincang
1 biji cili merah (di hiris)
1 biji cili hijau (di hiris)
1/2 biji cili benggali (di potong dadu)
1 tin Cendawan (di hiris nipis)
Daun Bawang (di potong dadu)
Daun Sup (di potong halus)
Bawang Goreng
Kepingan Cheese

Bahan Tumisan
1 labu bawang besar holland (bawang besar biasa pun ok gak)
2 biji bawang putih
2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar cili giling (tapi kalu tak suka pedas tak yah bubuh pun ok)

Kastard
5-6 biji telur gred A
1 tin susu cair
3 camca teh tepung gandum
Sedikit garam
Sedikit gula

Cara Membuat

Bawang besar, bawang putih, rempah kari dan cili giling di tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan daging dan masak hingga daging masak dan kuah sedikit kering. Lepas tu masukkan cili merah, cili hijau,  lada benggali, cendawan, daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Gaul hingga sebati.

Sapu loyang dengan butter (supaya nanti bila dah masak makaroni tak melekat pada loyang). Panaskan overn pada suhu 180C. Tuang adunan tadi ke dalam loyang.

Untuk kuah kastard, satu semua bahan untuk kuah kastard dan kacau rata menggunakan wisk. Lepas tu tuang adunan kastard ke dalam loyang yang berisi adunan tadi. Kacau rata. Letakkan kepingan cheese di atas adunan & tabur sedikit daun bawang & daun sup.

Bakar menggunakan api bawah selama 25 minit sehingga masak, selepas tu menggunakan api atas dan bawah selama 5 minit. Dan dah boleh di makan, samada untuk sarapan atau minum petang.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...