Friday 5 September 2014

Bermasker Dengan ESP & Vitamin E Shaklee

Assalamualaikum....

Harini terasa penat sangat....maklumlah seharian duk settlekan order dan anak-anak. Balik nak kena masak lagi (walaupun penat), itulah pengorbanan seorang ibu.

Masuk jah dapur akak terpandangkan ESP & barang2 Shaklee yang lain. Duk terfikir ni kalau buat masker sendiri ni best gak. Oklah nanti dah habis masak kita bermasker lak. Harini akak masak simple2 jah untuk suami & anak2, ikan singgang, goreng telur & budu...tapi simple2 pun bertambah diaorang. 

Masker ESP & Vitamin E

Senang jah nak buat ni...

Barang yang kena ada





  1. ESP
  2. Vitamin E
  3.  Air
Mula-mula Kapsul Vitamin E tu hendaklah di cucuk dengan jarum supaya boleh keluar minyak & Vit E tu, lepas tu picitkan sikit ke dalam bekas. Ambik suku sudu besar ESP di masukkan dalam Vit E tadi & campur sedikit dengan air. Gaulkan hingga sebati, jangan pekat sangat jangan cair sangat. (biar senang sapu & melekat kat muka)




Lepas tu bolehlah tepek kat muka & biarkan 15 minit - 30 minit ke...atau nak biarkan sampai esok pagi. Lepas tu bolehlah cuci dengan air sampai bersih


Lepas dah cuci muka terasa lembut & moist sangat. Boleh jugak hilangkan parut2 kat muka tu jika selalu di amalkan.

Nie antara kebaikan ESP & Vitamin E Shaklee

Kebaikan ESP

  •  Di lengkapi dengan unsur kalsium untuk elakkan kerapuhan tulang kerana serbuk soya yang bersifat keasidan
  • Membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam
  • Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan
  • Membantu menjadikan kulit lebih berseri dan menganjalkan kulit/awet muda kerana protein penting untuk kulit
  • Merangsang regenerasi kulit, otot dan mengurangkan kedutan
  • Memberi ton warna kulit yang sekata
  • Membantu menghilangkan parut jerawat di muka
  • Protein yang lengkap (mengandungin 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan)
  • Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral
  • Rendah lemak tanpa kolesterol
  • Diproses pada kadar suhu rendah dan menjaga kualiti protein yang tinggi
  • Di proses menggunakan air bukannya alkohol untuk memelihara kandungan isoflavone
  • Protein soya (tumbuhan) lebih mudah di hadam berbanding protein haiwan
  • Membantu mengurangkan risiko kanser
  • Bertindak sebagai antioksidan
  • Menguatkan sistem imun tubuh
  • Mempertingkatkan tahap kolesterol baik
  • Memelihara kesihatan jantung
  • Membaiki pigmentasi - membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, pigmentasi, kedutan dan kesan tua
  • Membaiki memori - meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan
  • Pembekal tenaga - membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan
  • Baik untuk hormon - kacang soya kaya dengan isoflavones
  • Membantu merendah paras kolesterol
  • Mencegah osteoporosis
  • Membantu pembentukan sel-sel baru
  • Membantu menyembuhkan gastrik
  • Memberi kekenyangan, sesuai untuk diet menguruskan badan
  • Mempercepatkan proses pemulihan luka selepas pembedahan
Kebaikan Vitamin E Shaklee
  •  Melindung Jantung - Pengambilan 800IU sehari vitamin E mampu melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan kolesterol HDL (kolesterol baik), mengurangkan tekanan darah, menghalang platelet darah melekat pada dinding arteri, menghalang anemia hemolitik dan lain-lain
  • Mempertingkatkan  Kemampuan Reproduktif - lelaki yang mengambil 600IU - 800IU sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka
  • Anti-Penuaan - 1 kapsul sehari mampu membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, acne dan bintik penuaan. Ia juga mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha
  • Anti-Oksidan yang Kuat - Pengambilan lebih dari 1,200IU sehari untuk anti oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas
  • Memperbaiki Masalah Oksidasi - katarak dan masalah penglihatan
  • Kelestarian Lelaki - Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih banyak
  • Memperbaiki Arthritis - Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos dan sakit sendi
  • Menghalang Keguguran - Merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom prahaid dan sindorm menopaus. Di gunakan pada ujian klinikal untuk menghalang kematian janin dan keguguran
  • Memperbaiki Parut - Memperbaiki bengkak dan ulser kulit dan boleh di sapukan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut 

Bestkan...Supplemen Shaklee ni ada sesetengahnya bukan sahaja boleh di makan, boleh di buat rawatan luaran jugak.

Kalau anak2 akak ada luka2 ke, akak cuma sapu Vitamin E, luka cepat jah sembuh & tak tinggalkan parut pun. Alhamdulillah.

Selain dari ESP dan Vitamin E. Sustained Release Vitamin C Shaklee pun boleh jugak di buat masker. Tak yah dah nak cucuk-cucuk Vitamin C muka tu..sapu jah Vitamin C Shaklee.

Agak-agak kalau malas nak bancuh ESP & Vitamin E, boleh jah sapukan Vitamin E sahaja kat muka dan biarkan 15-30 minit pastu bersihkan. Senangkan...

Untuk mendapatkan Produk Shaklee bolehlah Pm/sms/whatsapp 012 3945670 (Kak Izzah)
dan konsultansi secara ekslusif akan di berikan

Anda Adalah Keutamaan Kami.






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...