Tuesday 27 August 2013

Set Diet/Kurus Shaklee


Set Kurus Shaklee mengutamakan konsep buang, bakar dan bina. Apa tu?? Buang?? Bakar?? Bina??

Buang (Detox)

Detox adalah proses pembersihan usus dari segala toksin, lemak atau lendir yang sudah bertahun menetap di dalam dinding usus kita. Semua ini akan di keluarkan melalui urin, pernafasan, peluh dan pembuangan air besar dengan menggunakan 4 organ utama iaitu hati, ginjal, usus dan kulit.
Apabila usus telah di bersihkan, barulah segala supplemen yang di ambil boleh di serap secara optimum.

Supplemen Shaklee yang di syorkan untuk proses detox adalah;

  1. Herb Lax - merangsang usus untuk mempercepatkan proses detox. Walaubagaimanapun ia tidak sesuai di ambil oleh ibu mengandung kerana ia mungkin mengakibatkan cirit birit kepada anak yang di susu. Amat sesuai di ambil kepada mereka yang mengalami masalah sembelit
  2. Alfalfa - membantu di dalam proses detox, yang mana ia mencuci hati, darah dan usus

Bakar

Untuk memastikan tubuh kita kurus dan langsing kita hendaklah membakar lemak-lemak yang bersarang di dalam tubuh badan kita. Antara supplemen yang di syorkan untuk pembakaran lemak-lemak tersebut adalah;

  1. Lecitin - bertindak sebagai pembersih salur darah. Ia bertindak sebagai pengemulsi semulajadi yang mana ia akan menyebabkan lemak akan terapung di dalam darah dan tidak akan melekat di dinding membran.
  2. Omegaguard - merendahkan kolesterol dan mengawal masalah obesiti

Bina

Setelah lemak-lemak di dalam badan telah di pecahkan dan di buang, sudah tentu badan kita akan mengeleber. Oleh sebab itulah kita perlu membina balik badan kita dengan membentuk otot untuk mengisi balik ruang yang telah di tinggalkan oleh lemak-lemak jahat. Untuk membina otot kita memerlukannya dari sumber protein. Shaklee menawarkan produk berikut untuk sumber protein.

  1. Cinch Shake Mix - kandungan protein di dalam Cinch Shake Mix di gunakan untuk membina otot, yang mana ototlah yang menolong menaikkan kadar metabolisma dan juga membakar kalori. Ia juga membantu mengurangkan rasa lapar.
  2. ESP - di syorkan untuk ibu-ibu yang menyusu. Ibu menyusu tidak disyorkan mengambil Cinch Shake Mix, kerana ia kurang kalori berbanding ESP. Ibu menyusu memerlukan lebih banyak kalori.
Tips Diet

  1. Minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari
  2. Jangan skip makan utama terutamanya sarapan
  3. Jangan makan kudapan antara waktu makan
  4. Kurangkan makanan berlemak, garam dan gula
  5. Exercise sekurangnya 3 kali seminggu
  6. Ambil ukuran badan dan berat badan sebelum memulakan diet

Ramai yang dah berjaya menurunkan berat badan dengan Set Kurus Shaklee....anda bila lagi...dengan Set Kurus Shaklee bukan sahaja berat badan turun, malah badan makin sihat ( diet secara alami)

Testimoni 1




Testimoni 2
Testimoni 3


Jom pm/sms/whatsapp 012 3945670 untuk mendapatkan Set Diet/Kurus Shaklee dan konsultasi percuma akan di berikan.




Kegemukan/ Obesiti

Assalamualaikum...

GEMUK.....TIDAK.....





Ini adalah satu mimpi ngeri bagi setiap orang. Tiada sesiapa pun yang ingin gemuk. Setiap dari kita mesti menginginkan bentuk badan yang menarik dan kesihatan yang baik. Seseorang itu di kategorikan sebagai gemuk/Obesiti apabila berat badan kita adalah melebihi 20% daripada berat badan ideal. Berikut adalah carta berat badan ideal.


Punca Gemuk/ Obesiti


  • Gaya hidup yang tidak sihat di mana pengambilan makanan yang mempunyai lemak yang tinggi dan makanan segera, apabila kalori yang masuk ke dalam badan melebihi kalori yang diperlukan, ini akan menyebabkan pengumpulan lemak di bahagian tertentu tubuh.
  • Gaya hidup yang kurang aktif, kurang melakukan senaman
  • Faktor keturunan & Genetik
  • Faktor Kesihatan
  • Ubat-ubatan yang di ambil
  • Faktor Emosi
  • Merokok
  • Umur yang makin meningkat. Apabila umur meningkat kadar metabolisma seseorang itu akan menurun
  • Ibu-ibu yang mengandung, di sebabkan oleh perubahan hormon
Jenis-jenis Kegemukan

  • Gemuk Air - Di sebabkan oleh kandungan air berlebihan yang tidak diperlukan didalam badan. Gemuk Air akan menyebabkan badan mengeleber dan tidak pejal. Seseorang yang gemuk air akan cepat merasa letih dan mengah
  • Gemuk Angin - Di sebabkan angin yang berlebihan di dalam badan. Biasanya seseorang itu akan terasa sebu dan mudah mendapat sakit kepala
  • Gemuk Lemak/Daging - Lemak yang berlebihan di dalam badan yang mana ia akan berkumpul bersama daging. 
Kesan Kegemukan/ Obesiti

Apabila seseorang itu mengalami masalah kegemukan, ia akan mudah mendapat penyakit-penyakit kronik seperti penyakit jantung, strok, tekanan darah tinggi, diabetes dan lain-lain lagi
Ia juga akan susah untuk bergerak aktif dan cepat mengah/ penat

Cara Mengatasi masalah Kegemukan/Obesiti

  • Mengamalkan cara pemakanan yang sihat, kurangkan makanan berlemak, manis dan masin
  • Minum air secukupnya, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air melancarkan peredaran darah dan membersih kotoran di dalam badan
  • Bersenam, ia membuatkan kita lebih cergas dan sihat dan juga menguatkan jantung
  • Rehat secukupnya. Seorang dewasa memerlukan tidur yang cukup sekurang-kurangnya 8 jam sehari
  • Diet untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Shaklee ada menyediakan Set Diet/Kurus Shaklee untuk membantu mereka yang mengalami masalah kegemukan/Obesiti.

 Jom kita sama-sama mengamalkan cara hidup yang sihat untuk mendapatkan kesihatan yang baik dan bentuk badan yang lebih menarik...;-)



Wednesday 21 August 2013

Promosi Advance Joint Health Tablet Untuk August 2013

Assalamualaikum,

Promosi untuk bulan August 2013 adalah Advance Joint Healt Tablet. Amat sesuai untuk mereka yang sakit-sakit sendi, tak kira tua atau muda. Tentu kita tak ingin melihat mak ayah kita menanggung kesakitan setiap kali nak sembahyang, nak bangun, nak berjalan...jom kita cuba kurangkan rasa kesakitan mereka itu dengan merebut peluang ini, dengan memberi mereka hadiah yang paling bermakna.



Untuk mendapatkan Advance Joint Health Tablet, jom pm/sms/whatsapp 012 3945670 (Izzah)

 

Tuesday 20 August 2013

Advance Joint Health Tablet



Assalamualaikum,

Sakit Sendi....Sakit Lutut...Sakit Pinggang...semua sakit nie...jangan risau, semua tu nak kena servis tu..hehe..jom pakat guna Advance Joint Health Tablet Shaklee, insyaAllah akan berkuranglah sakit-sakit sendi tu...

Sakit sendi...mengapa ia terjadi...




a) Rawan menjadi lemah dan rapuh
b) Tisu penghubung sekeliling terurai
c) Gesearan berlaku diantara tulang-tulang, yang mengeluarkan kimia yang menyerang rawan, menyebabkan 
    ketidakselesaan dan mobiliti yang terhad



Advance Joint Health Tablet

Advance Joint Health Tablet mengandungi ekstrak Boswellia yang mampu meningkat keselesaan sendi di dalam jangkamasa seawal 5 hari, zink, kuprum, manganese dan Vitamin C, yang mana setiap satunya  memainkan peranan unik di dalam membangunkan kolagem penghubung dan rawan yang sihat. AJHT tidak mengandungi kondroitin,  satu bahan yang menghalang penyerapan glukosamin.

Dengan penggunaan AJHT dapat;
  1. Meningkat cushioning: Glukosamin membantu memelihara rawan - perlindungan antara sendi yang membolehkan mereka bergerak lebih bebas
  2. Memelihara tisu penghubung yang sihat. Zink, kuprum, manganese dan vitamin C membantu membina kolagen dan lain-lain komponen tisu penghubung yang memberi kekuatan dan struktur pada sendi
  3. Meningkatkan keselesaan sendi. Ekstrak Boswellia pantas membantutkan mekanisma respons stress tubuh untuk memperbaiki keselesaan sendi.
Manafaat AJHT
  1. Meningkatkan keselesaan sendi seawal 5 hari
  2. Keselesaan sendi
Ciri-ciri AJHT
  1. 100% bebas kekerang
  2. 100% vegetarian
  3. 100% bebas kondroitin untuk penyerapan glukosamin yang baik
  4. Hanya 2 kaplet sehari
  5. Kaplet yang mudah di telan
  6. Tiada perasa tiruan, pemanis dan pengawet
  7. Bebas gluten
  Hubungi saya untuk mendapatkan konsultansi dan gift secara percuma...;-)


 

Sunday 18 August 2013

Status Halal Shaklee

Assalamualaikum,

Adakah produk Shaklee halal??? Apakah status halal Shaklee?? Adakah ia di iktiraf oleh JAKIM???

Ini juga adalah persoalan utama yang bermain di benak fikiran saya, pada pertama kali ingin mencuba produk Shaklee. Dan tentu anda yang beragama Islam juga mementingkan status halal sesuatu produk. Tapi alhamdulillah, walaupun Shaklee adalah produk yang berasal dari USA, tapi ia telah mendapat status Halal dari ISA (Islamic Service of America).

Di bawah adalah sijil Halal yang di keluarkan oleh ISA


ISA adalah salah sebuah badan pengeluar sijil halal di Amerika yang diiktiraf oleh JAKIM.





Alhamdulillah...Shaklee memang mendapat sijil halal dari ISA yang telah di iktiraf oleh JAKIM. Walaupun produk Shaklee di buat di USA akan tetapi penghasilan untuk negara islam adalah berasingan dari negara bukan islam.

Oleh sebab itu di harapkan tiada lagi keraguan dalam status halal produk Shaklee. InsyaAllah kita menggunakan produk yang telah di sahkan status halalnya.





Sunday 11 August 2013

Supplemen Shaklee Untuk Darah Tinggi

Assalamualaikum,

Sekarang ramai betul mereka yang terkena penyakit yang satu ini, iaitu darah tinggi atau panggilan saintifiknya Hypertension. Saya pun suatu ketika dahulu pernah terkena penyakit darah tinggi ni, mungkin di sebabkan kegemukan...sebb lepas mengamalkan diet dan berat badan pun turun di samping cuba mengawal tekanan sekeliling..alhamdulillah sekarang dah takde lagi..




APA ITU DARAH TINGGI/HYPERTENSION

Hypertension merujuk kepada tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa.Tekanan darah adalah kekuatan darah mengalir di dinding pembuluh darah yabg keluar dari jantung (pembuluh arteri) dan yang akan kembali ke jantung (pembuluh balik) Berikut adalah bacaan yang menentukan samada kita terkena penyakit darah tinggi atau tidak
 

Bacaan tekanan darah terbahagi kepada dua iaitu sistolik dan diastolik.
Sistolik adalah bacaan bacaan tekanan darah yang terjadi bila otot jantung berdenyut mengepam untuk mendorong darah keluar melalui arteri
Diastolik pula adalah bacaan tekanan darah bilamana otot jantung berehat membiarkan darah kembali masuk ke jantung.

Walaubagaimanapun tekanan darah akan berubah-ubah mengikut keperluan badan dan keadaan semasa. Ia juga di pengaruhi oleh aktiviti fizikal dan gangguan emosi. Biasanya tekanan darah akan meningkat di pagi hari dan akan lebih rendah ketika kita tidur atau berehat.

PUNCA TEKANAN DARAH TINGGI

  • Cara hidup yang tidak aktif
  • Umur yang melebihi 35 tahun
  • Kegemukan
  • Paras kolesterol tinggi
  • Faktor keturunan 
  • Pengambilan alkohol dan merokok
  • Pengambilan garam yang berlebihan
  • Ubat-ubatan seperti steroid dan ubat anti radang
  • Penyakit buah pinggang

TANDA-TANDA ANDA TERKENA DARAH TINGGI

  • Sebahagian besar tidak menunjukkan sebarang tanda yang anda terkena penyakit darah tinggi (silent killer)
  • Sakit kepala
  • Jantung berdebar-debar
  • Mudah lelah
  • Penglihatan menjadi kabur
  • Wajah memerah
  • Hidung berdarah
  • Sering buang air kecil, terutama di malam hari
  • Telinga berdesing
  •  Dunia terasa berputar/pitam
 Jika terdapat tanda-tanda di atas, adalah sebaiknya jika anda melakukan pemeriksaan tekanan darah samada di klinik atau sendiri (menggunakan mesin pengukur tekanan darah).

KESAN PENYAKIT DARAH TINGGI/HYPERTENSION

Disebabkan oleh tekanan darah yang tinggi boleh menyebabkan risiko penyakit-penyakit berikut

  • Stroke
  • Anerisma
  • Kegagalan jantung
  • Serangan Jantung
  • Kegagalan buah pinggang


Walaubagaimanapun, kita mempunyai pelbagai kaedah untuk mengawal tekanan darah tinggi, salah satu daripadanya adalah dengan pengambilan supplemen.

Vitamin Shaklee yang disarankan kepada penghidap darah tinggi:-
  • Vitamin Asas iaitu Vitalea, B Complex dan Vita-C –> membekalkan sokongan yang diperlukan oleh sistem imun badan untuk melawan sebarang kesan jangkitan dan mengekalkan kesihatan kardio-vaskular.
  • Carotomax, Vita-C dan Vita-E –> gabungan nutrien antioksidan penting untuk mengurangkan risiko penyakit yang terhasil daripada aktiviti radikal bebas.
  • Omega Guard –> merendahkan paras kolesterol tidak baik dan meningkatkan fungsi jantung
  • Garlic Complex –> mengawal jangkitan, menurunkan tekanan darah, menurunkan kolesterol dan memelihara kesihatan selular.
Credit: vitaminsemulajadi.com

 Hubungi saya untuk mendapatkan konsultansi dan gift secara percuma...;-)


 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...