Tuesday 23 December 2014

Tampil Kurus Melalui Diet Atkins Dan Kekal Sihat Dan Cergas Dengan Supplemen Shaklee

Assalamualaikum,

Baru-baru ni akak ada menulis mengenai Diet Atkins, diet atkins adalah di mana kita mengambil protein dalam diet dan memotongkan pengambilan karbohidrat. Ini mungkin akan menyebabkan kita kekurangan nutrisi yang sepatutnya. Oleh kerana itu, bagi mereka yang ingin mengamalkan Diet Atkins, hendaklah memastikan kita mengambil supplemen yang sepatutnya.

Supplemen yang boleh di ambil untuk memastikan kita lebih sihat bertenaga tatkala berdiet adalah Vitalea Shaklee

Vitalea


Antara Manafaat Vitalea Shaklee adalah


  • Penambahan Tenaga Segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental,sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian
  • Pelengkap Nutrisi - Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran dan anaemia
  • Keupayaan Sistem Produktif - Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar
  • Metabolisma - sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan
  • Elemen Penting Pada Sel Tubuh - menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid 
  • Melindungi Organ - melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati 

Diet Atkins ni juga adalah berasaskan pada pengambilan protein dan hadkan pengambilan karbohidrat. 

Jadi antara supplemen yang sesuai juga adalah ESP & Cinch Shake Mix Shaklee.


ESP

Klik Gambar Untuk Beli Online 



ESP Shaklee menyediakan 14 gram protein soya bukan GMO(tidak diubah suai secara genetik) berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh perlukan untuk proses sintesis protein.

Kebaikan ESP Shaklee

  •  Awet Muda - Asid Amino yang terkandung dalam ESP amat penting untuk pembentukan otot, kuku, rambut, kulit dan lain-lain bahagian anggota badan
  • Untuk mendapatkan kulit yang anjal dan cantik 
  • Memulihkan pigmentasi
  • Pembekal tenaga segera
  • Kestabilan Hormon
  • Memulihkan fungsi rahim & prostat - genistein dalam soya di uji membuktikan boleh mencegah sel kanser dan menjaga rahim dan prostat
  • Membaiki Memori - Menguatkan ingatan
  • Membantu memekatkan dan mempercepatkan penghasilan susu


Cinch Shake Mix Shaklee

Klik Gambar Untuk Beli Online



Manafaat Cinch Shake Mix 


1. Di perkasa dengan Leucine untuk memelihara otot di saat mengurangkan berat badan.
2. Mengandungi 24 gram protein dalam setiap hidangan bagi rasa puas dan kenyang.
3. Kandungan serat yang tinggi, 6 gram untuk setiap sajian
4. Nilai glisemik yang rendah untuk mengekalkan paras gula normal dalam darah dan mengekalkan tenaga.
5. Memberi 35% atau lebih Nilai Harian bagi 21 jenis vitamin dan mineral penting
6. Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan.
7. Genetik soya yang tidak di ubahsuai (bukan GMO)

Pengambilan ESP & Cinch Shake Mix membantu untuk membina balik otot-otot yang hilang akibat dari proses Diet Atkins.


Untuk mendapatkan Supplemen Shaklee anda bolehlah;

☏ Pm/sms/whatsapp :  012 3945670 (Kak Izzah) 

✉ Email : nurizzah7374@gmail.com

FB : Nur Izzah Samsudin

Fanpage : Lovelymamashop 

COD : Shah Alam, Klang, Bandar Sunway, Subang, Kota Kemuning, Bukit Kemuning, Jalan Kebun, Bukit Naga dan Kampung Jawa

Konsultansi percuma secara ekslusif akan di berikan dengan setiap pembelian.


TAMPIL SIHAT DAN CANTIK 


    Anda Adalah Keutamaan Kami






    Saturday 13 December 2014

    Rawat Muka Berjerawat Dan Berparut Supaya Rasa Rendah Diri Hilang Dan Suami Bertambah Sayang

    Assalamualaikum,

    Pagi-pagi ni akak nak kongsi satu video yang menjadi inspirasi buat akak jugak.




    Sebenarnya masalah yang di alami oleh testimoni ni, sama macam masalah yang di hadapi oleh akak suatu masa dahulu.

    Akak dulu pun pernah menghadapi masalah jerawat yang teruk, jerawat yang bernanah dan meninggalkan parut hitam. Imagine dahlah muka penuh dengan jerawat di tambah lagi dengan parut2 hitam.



    Masatu, nak keluar rumah pun rasa malu teramat, nak bergaul dengan orang pun rasa rendah diri sangat. Rasa macam orang pandang kita ni dengan pandangan yang amat sinis.

    Pernah jugak masa tu, pergi open house rumah sedara hubby, ada yang tegur akak kena chicken pox ke?? Masa tu rasa malunya dan rendah diri sangat. Dalam hati duk pikir mesti hubby pun malu agaknya dengan kulit wajah akak ni.

    Tapi alhamdulillah lepas akak jumpa Shaklee, semua tu dah takde lagi. Kalau ada jerawat pun time hormon tak stabil (masa period), tu pun sebiji dua jah. Naik pun xdelah sampai bernanah cepat jah surutnya. And akak perasan parut-parut pun kalu ada, cepat je hilang. Kulit akak nie jenis yang sensitif, kena gigit nyamuk pun akak tinggalkan parut hitam.

    Sebenarnya masalah kulit seperti ini, paling elok jika di rawat dari dalam. Ini kerana ia di sebabkan oleh kekurangan vitamin dan juga masalah hormon.

    Antara supplemen yang akak konsisten ambik untuk penjagaan kulit adalah Set Kecantikan Kulit 

    esp
    1. ESP
    ❤ ESP berfungsi untuk memperbaiki sel-sel kulit yang mati, dengan menggantikan sel-sel kulit yang baru

    Vitamin C Sustained Release

    ❤ Membentuk Kolagen
    Menghilangkan Kedut
    Menghilangkan Jeragat
    Merawat Kulit Kasar dan Kering
    Mencerahkan Kulit

    Vitamin E Complex

    Memperbaiki Parut
    Mengurangkan Jerawat
    Memberikan Ton Muka Sekata
    Mengurangkan Kedut dan Garis Halus
    Memulihkan tekstur Kulit

    Vitamin B Complex

    4. Vitamin B Complex
    Melembapkan Kulit
    Menaikkan Seri Wajah (Glowing)
    Anti Stress
    Melancarkan Peredaran Darah

    Supplemen lain yang boleh di ambil untuk kesihatan kulit

    3. Vivix

    Dan untuk penjagaan luar pula, bolehlah menggunakan

    2. Set Enfuselle Shaklee

    Untuk mendapatkan Supplemen Shaklee anda bolehlah;

    ☏ Pm/sms/whatsapp :  012 3945670 (Kak Izzah) 

    ✉ Email : nurizzah7374@gmail.com

    FB : Nur Izzah Samsudin

    Fanpage : Lovelymamashop 

    COD : Shah Alam, Klang, Bandar Sunway, Subang, Kota Kemuning, Bukit Kemuning, Jalan Kebun, Bukit Naga dan Kampung Jawa

    Konsultansi percuma secara ekslusif akan di berikan dengan setiap pembelian.


    TAMPIL SIHAT DAN CANTIK 


      Anda Adalah Keutamaan Kami



      Thursday 11 December 2014

      Kurus Dalam Masa 2 Minggu Dengan Diet Atkins

      Assalamualaikum,

      Selama ni selalu duk dengar orang dok Diet Atkins, tapi tak pernah nak ambik tahu. Tapi baru2 ni duk tengok testimoni rupanya berkesan jugak Diet Atkins ni. Yang penting hati mau keras, kena betul-betul kuat semangat.

      Atkins Diet

      Apa Itu Atkins Diet


      Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.

      Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.

      Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:

      1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
      2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
      3. Pre-maintenance
      4. Lifetime Maintenance

      Induction


      Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.
      Semasa 2 Minggu Induction:

      Makanan Yang Perlu Di elakkan 

      1.) Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
      2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.
      3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
      4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
      5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
      6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
      7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.
      8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
      9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

      Boleh Makan:


      1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
      2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
      3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
      4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
      5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
      6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
      7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
      8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...
      9.) Pizza? Makan topping sahaja.
      10.) Makan supplement dan vitamin untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

      Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan.

      Contoh sarapan / Breakfast

      1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
      2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
      3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
      4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

      Makan Tengahari / Malam

      1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
      2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
      3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
      4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
      5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)

      Carb = Karbohidrat
      Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!
      Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
      Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
      Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
      Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)

      Ingat! Had 20 gram karbohidrat sehari selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan ?habis? dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.

      Ongoing Weight Loss Program


      Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda.

      Had toleransi kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan (equilibrium state). Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari. Kaum lelaki, terutamanya yang muda akan lebih mudah membakar karbohidrat dan lemak daripada kaum wanita.

      Contoh Menu


      Pagi:

      1.) 1 telur (boiled, goreng, atau scrambled), tambah kicap masin / mayonnaise atau makan begitu sahaja.
      - 0.6 hingga 1 gram karbohidrat
      - 2 keping roti Gardenia Breaktru (dulu Fit & Trim) Wholemeal - kandungan carbo is 10.1gm per 2 slices
      2.) Sayur salad dengan serpihan keju mozarella atau olive oil sahaja.
      - 0.5 karbohidrat

      Tengahari:

      1.) Ikan pari panggang (apa2 ikan pun boleh, asalkan sedap)
      - 0 gram karbohidrat)
      2.) ATAU ganti ikan dengan ayam (boleh roast, steam, goreng pun tak apa asalkan letak rempah tak berperisa tiruan, tak bergula).
      - 0 gram karbohidrat
      3.) Sayur bayam / sawi - boleh masak biasa asalkan tak bersantan, tak bergula, tak bercampur anything berkarbohidrat
      0.2 - 1 gram karbohidrat
      - any kind of sayur kecuali kentang. Kurangkan lobak merah..LEbihkan sayur2 hijau dan freash.
      4.) ATAU makan salad sekali lagi

      Malam: - sebelum jam 9.00pm:

      Kurang lebih sama macam tengahari, kecuali kalau masak ikan waktu tengahari, malam tukarlah dengan ayam atau daging.

      1.)Sup daging lembu, sup ayam pun okay asalkan tak bergula. Cukup berempah dan tambah garam.
      2.)Tomyam pun boleh, tapi jangan letak sotong atau kerang, banyakkan udang, kepingan ikan, dan ketam (ketam dari pasar, bukan crab fingers sebab karbohidratnya tinggi.)
      Karbohidrat Udang= 0 gram, Ketam hidup= 0 gram.
      3.) Daging goreng kering
      4.) ATAU steak lembu / kambing

      Snacks:

      1.) 1 keping Cheddar cheese
      2.) atau salad ringan (seperempat / separuh saiz)
      3) 2 keping tauhu sumbat..(isikan dgn taugeh dan timun sahaja)..makan pagi, tgh hari, ptg & malam pun takper..

      Minuman:

      1.) Air biasa
      2.) Green tea / herbal tea boleh tapi jangan tambah gula
      Cara-cara Shopping Menurut Atkins Diet
      Bahagian Daging:1.) semua ayam, daging lembu, kambing boleh dibeli.
      2.) Semua jenis ikan, udang dan ketam okay. Kurangkan pengambilan sotong dan kerang.

      Section Frozen Food / Makanan Dibeku:

      1.) Berhati2 memilih sosej dan burger.
      Ramli burger ayam cuma ada 2.8 gram karbohidrat sekeping, yang Ramli daging ada 3-4 gram.
      2.)Mixed vegey dalam packet, elakkan. Jagung banyak karbohidrat, beli sayur fresh sahaja.
      3.)Frozen pizza, frozen bread, frozen kuih-muih, ice-cream dan apa2 makanan diproses wajib dielakkan kalau nak kuruskan badan.

      Bahagian Sayur dan Buah-buahan:

      1.) Beli banyak sayuran hijau - kailan, sawi, bayam, kangkung, daun salad, etc.
      2.) Elakkan buah-buahan.
      Bahagian Makanan Ringan:
      1.) Elakkan terus. Jangan galakkan anak-anak memakan keropok dalam peket / crisps / potato snacks sebab mengandungi Trans Fat yang boleh menyebabkab Obesiti di kalangan kanak2.
      2.) Jauhi gula2 / coklat.

      Section Makanan Dalam Tin:

      1.) Pilih tin Tuna, Sardin atau Salmon dimasak dalam air/brine atau in oil. Jangan pilih yang dalam sos tomato sebab bergula.
      2.) Jangan beli buah2 dalam tin. Bergula tinggi!

      Bahagian Rempah-Ratus dan Perencah Makanan:

      1.) Pilih rempah asli, bukan yang ditambah perisa tiruan.
      2.) Perencah makanan banyak ditambah gula dan perisa tambahan.
      3.) Cili boh okay, sebab 100% cili je.

      Bahagian Makanan Dalam Botol:

      1.) Check botol sos cili dan tomato. Tomato puree dalam tin tak bergula alternatif terbaik.
      2.) Beli sos Tobasco Original = 0 gram karbohidrat.
      3.) Worchester Sauce - check kandungan karbohidrat tak lebih dari 1 gram per serving.
      4.) Steak / BBQ sauce - elakkan sebab banyak gula. Guna Worchester Sauce, cili boh, rempah sebagai alternatif.
      5.) Mayonnaise - jenama Heinz paling baik sebab 0.3 gram karbohidrat per serving, atau Lady's Choice western recipe lagi baik dari original. Elakkan low-fat Mayo.
      6.) Elakkan Thousand Island.

      Bahagian2 Lain:

      1.) Keju - pilih Cheddar, mozzarella, Swiss, gouda, Goat. Tak kira shredded atau satu block. Jenama Australian Dairies and Krafts okay. Pilih dalam bentuk blok daripada kepingan (slices) sebab yang berkeping lebih banyak karbohidrat (ditambah pengawet lebih).
      2.) Chicken / meat slice dalam packet. Baca label.
      3.) Elak bahagian mi, spagetti, vermicelli, macaroni.

      1.) Kalau ke restaurant/gerai, boleh order steak ATAU telur omelette, ayam panggang, sup sapi, ikan/udang bakar, steam fish, steam boat, sayur-sayuran, tomyam, satay, kebab, dan lain-lain.
      asalkan BUKAN nasi, roti.
      2.) Fast food
      McDonalds - makan burger, tapi jangan makan roti bun. Makan daging burger dan sayur sahaja.
      Pizza Hut - makan topping atau inti atas pizza, tapi roti pizza tu serahkan kepada mereka yang tak perlu kuruskan badan. Just makan cheese, daging, sayur - topping tu je.
      Pilih salad sekali.
      KFC - makan ayam KFC tapi kulit ayam bertepung tu kasi orang lain.
      3.) Ayamas AyamA1 panggang - OK, tapi sos cili tu bergula so elakkan. Cicah dengan Tobasco sos atau lada hitam.
      Sebenarnya, makan diluar mudah je bila amalkan Atkins ni cuma elakkan nasi dan roti. Boleh kenyang makan ayam, ikan dan sayur je.

      Selepas 2 minggu, bila dah capai berat badan yang diingini, biasakan  balik makanan seperti roti (berserat tinggi) dan sikit nasi , tapi jangan banyak sangat, sebab badan anda akan jadi biasa tak makan benda2 tu. Yang penting, sihat dan cergas.

      Bergantunglah pada anda. Kalau boleh teruskan tak makan nasi or roti, up to you. GULA dan produk bergula tinggi harus berpada-pada. Orang Melayu sekarang ramai menghidap diabetes (kencing manis), Dengan cara ini adalah salah satu cara untuk elakkan sebelum terkena penyakit tersebut.

      Program ini adalah diet program dengan tidak mengambil karbohidrat dan kurangkan gula. Secara dasarnya program ni tidak ketat sangat. sebab bergantung kepada keadaan orang tu, program ini boleh disesuaikan. Bahan utama untuk program ini adalah Air. Sebab dalam badan kita ni banyak kandungan airnya.

      Untuk buang air yang berlebihan tu, kita kena  minum dengan banyaknya. Ini adalah benda yang memang orang kekadang susah nak buat, sebab malas nak sediakan air dalam kuantiti yang banyak. Anda perlu minum air yang sangat banyak untuk mengurangkan air di dalam badan. Mesti ramai yang akan mempertikaikan, kenapa kalau kita nak buang air dalam badan kena minum banyak air? bukan ke nanti lagi banyak air dalam badan.

      Memang itu adalah perkara yang biasa  yang kita dengar dari semua orang, namun apabila kita minum air kosong yang banyak, kita akan mengelakkan diri kita dari dehydrated atau kekeringan. Kemudian kita akan lebih kerap ke tandas untuk membuang air. Dengan kegiatan ini, banyak mineral yang kita tidak perlukan akan dibuang juga dalam proses ini. Sambil itu, kita akan secara tidak langsung akan melakukan senaman ringkas kerana perlu berulang alik ke tandas.

      Ramai yang ingin diet dengan memakan buah-buahan. Namun kita perlu ingat, buah-buahan berwarna mengandungi kandungan gula yang agak tinggi jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan. Gula yang berlebihan ini akan ditukar kepada kanji dan akan disimpan sebagai lemak jika kita tidak gunakan. Secara dasarnya, diet dengan hanya memakan buah-buahan adalah menyeksa diri, sebab kita akan lapar.

      Peringatan: Jangan sekali-kali berlapar untuk menurunkan berat badan, kerana ianya tidak perlu. Apa yang penting, kita perlu seimbangkan pemakanan kita, kita perlu lihat bagaimana aktiviti harian kita, jika kita jenis yang suka bersarapan dan tidak mengambil makanan tengahari, dan silalah mulakan hari anda dengan sarapan yang agak berat supaya kita akan mempunyai tenaga untuk meneruskan kerja-kerja seharian.

      Jika kita malas untuk mengambil sarapan walaupun kurang digalakkan kerana ianya akan menyebabkan kita kekurangan tenaga untuk memulakan hari kita. untuk program ini, kita akan makan seperti biasa, 3 kali sehari. sarapan, makan tengahari,  dan makan malam. Tapi apa yang kita makan untuk setiap sesi adalah berbeza. Untuk makan tengahari, kita boleh makan makanan yang berat, jika anda sukakan ayam, makanlah ayam sebanyak mana pun, cuma kalau boleh buang kulit tu keran kulit adalah tidak sihat untuk kesihatan. Kalau nak makan ikan atau daging pun begitu. Lengkapkan hidangan anda dengan sumber-sumber vitamin dari sayuran atau buah-buahan.

      Benda paling penting, buang tabiat suka meminum minuman ringan seperti coke, sprite, pepsi dan sebagainya, kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. untuk makan malam, makan makanan yang ringan, seeloknya jangan makan terlalu lambat untuk membolehkan badan kita menghadamkan makanan dan dalam masa yang sama menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh badan kita itu.

      Kepada penggemar  kopi, teh atau sebagainya yang mengandungi gula. Kurangkan kegiatan ini, namun jangan sampai tak mengambil gula langsung kerana badan kita masih memerlukan gula untuk kesihatan. Walaupun sumber gula bukanlah semata-mata dari minuman sahaja, dari makanan, buah-buahan, dan pelbagai lagi.

      Minum air kosong dengan banyak, kurangkan pengambilan karbohidrat, kurangkan pengambilan gula
      Hentikan tabiat meminum minuman ringan seperti coke,pepsi dan lain-lain.

      Tambahan kepada program tersebut, kepada sesiapa yang gemar untuk bersukan, silalah bersukan, kegiatan sukan seperti berenang, joging, berjalan dan sebagainya akan membantu untuk mengurangkan berat badan, namun ini hanya tambahan. Dengan program yang disenaraikan di atas, ada yang telah turun sehingga 30kgs dalam masa beberapa bulan sahaja. Walaupun beliau tidak melakukan sebarang sukan.

      Peringatan: Ibu hamil dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet.

      Sumber: portal1klik

      LinkWithin

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...