Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Friday, 20 February 2015

Resepi Makaroni Bakar Cheese Versi Melayu

Assalamualaikum,

Selamat menyambut Tahun Baru  Cina bagi mereka yang berbangsa cina. Dan bagi mereka yang tidak menyambut Tahun Baru Cina, mesti masing-masing memanafaatkan cuti yang panjang ni. Ada yang balik kampung, bawak family bercuti dan ada juga yang duk kat rumah jah samping keluarga tercinta.

Macam akak, tahun ni kita orang kat rumah jah, tak ke mana pun. So pagi ni, akak gunakan peluang ni untuk masak makaroni bakar cheese kegemaran anak-anak, tapi style melayu. Untuk adunan ni akak boleh buat dua bekas bulat yang 8 inci tu, banyak jugaklah. Sebelum kita tengok resepi, jom kita layan dulu gambarnya. Resepi ni gabungan resepi dari Azalitamasamanis dan ubah sikit ikut sesedap anak tekak sendiri.







Resepi Makaroni Bakar Cheese Versi Melayu

300 gram Makaroni (di rebus hingga lembut & tos)
300 gram daging cincang
1 biji cili merah (di hiris)
1 biji cili hijau (di hiris)
1/2 biji cili benggali (di potong dadu)
1 tin Cendawan (di hiris nipis)
Daun Bawang (di potong dadu)
Daun Sup (di potong halus)
Bawang Goreng
Kepingan Cheese

Bahan Tumisan
1 labu bawang besar holland (bawang besar biasa pun ok gak)
2 biji bawang putih
2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar cili giling (tapi kalu tak suka pedas tak yah bubuh pun ok)

Kastard
5-6 biji telur gred A
1 tin susu cair
3 camca teh tepung gandum
Sedikit garam
Sedikit gula

Cara Membuat

Bawang besar, bawang putih, rempah kari dan cili giling di tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan daging dan masak hingga daging masak dan kuah sedikit kering. Lepas tu masukkan cili merah, cili hijau,  lada benggali, cendawan, daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Gaul hingga sebati.

Sapu loyang dengan butter (supaya nanti bila dah masak makaroni tak melekat pada loyang). Panaskan overn pada suhu 180C. Tuang adunan tadi ke dalam loyang.

Untuk kuah kastard, satu semua bahan untuk kuah kastard dan kacau rata menggunakan wisk. Lepas tu tuang adunan kastard ke dalam loyang yang berisi adunan tadi. Kacau rata. Letakkan kepingan cheese di atas adunan & tabur sedikit daun bawang & daun sup.

Bakar menggunakan api bawah selama 25 minit sehingga masak, selepas tu menggunakan api atas dan bawah selama 5 minit. Dan dah boleh di makan, samada untuk sarapan atau minum petang.


Tuesday, 9 December 2014

Resepi Kek Marble Gebu

Assalamualaikum,

Cuti sekolah dah bermula, so budak-budak most of the time duduk kat rumah je. So petang semalam, diaorang duk bising kebosanan. So aktiviti petang semalam adalah baking Kek Marble. Boleh tahan jugak air tangan diaorang nie, sedap, gebu lak tu.



Resepi nie akak ambik dari blog Aziejaya, memang feveret blog akaklah ni, Kalu nak cari resepi biasa akan datang kat blog nie. And biasanya akan menjadilah. Alhamdulillah...thanks Kak Azie.

Ok nie resepinya.

RESEPI KEK MARBLE



Bahan bahan:
8 oz/227gm mentega
6 oz/170gm tepung gandum
6 oz/170gm gula kaster
5 biji telur dari fridge
3 sb susu pekat
1 sk baking powder
1 sk esen vanilla
1 sb ovalette
3-4 sudu makan serbuk koko -diayak (guna coklat emulco)

 
Cara cara:
Ayak tepung bersama baking powder. Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga kembang.

Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga ringan lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata.

Masukkan telur kuning sebiji sebiji ke dalam adunan putih telur dan pukul hingga rata. Masukkan ovalette dan adunan mentega dan pukul lagi hingga rata.

Akhir sekali masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul satu arah. Apabila rata bahagikan adunan kpd beberapa bahagian dan masukkan warna atau emulco pilihan anda.

Tuang adunan ke dalam loyang 8 in persegi secara selang seli dimulai dengan adunan asal. Lorek dengan menggunakan chopstick.
Bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau sehingga masak. Saya guna suhu 170C selama 50 minit. 


Nota:
Kalau menggunakan mesin, jgn diberhentikan semasa sedang mengadun. Jika mengunakan tangan, harus pukul lebih lama sedikit krn adunan mesti kembang dan rata.

Friday, 21 November 2014

Resepi Donut Gebu

Petang tadi, anak2 dara ni mengeluh kebosanan. Kakak Aliya ckp nak buat pancake, tapi susu tak delah pulak. Nak keluar beli malasnyalah. Hujan lebat lak tu. So untuk hilangkan kebosanan diaorang, akak suggest suruh buat donut. Google punya google jumpalah resepi donut gebu ni, dari blog akubukanchef...

So bermulalah aktiviti petang diaorang...dan inilah hasilnya...




Ni akak nak share resepi Donut Gebu 


Bahan-bahan 


3 cawan tepung gandum. Ayak dulu bagi tepung ringan. 
1 peket yis 
1 cawan air suam 
3 sudu besar susu pekat 
4 sudu besar gula 
1/2 sudu teh garam 
3 sudu besar mentega cair. 
Sebijik telur 

Cara Masak


Memula masuk gula dengan susu pekat dalam air suam. Bancuh sampai gula hancur. Masuk yis. Tunggu sampai yis hidup. Nak tau dia hidup ialah dia berbuih. Macam buih teh tarik tu. Lagi lama di biarkan dia berbuih lagi senang kembang donut kita. 

Dalam bekas lain, pukul sebijik telur. Pukul bagi sekata ja. Masuk dalam mentega cair. Kacau. Bila dah berbuih yis tu, campur mentega telur tu masuk dalam yis. Kacau. 

Ayak tepung, masuk garam. Masuk campuran yis. Uli adunan. Doh ni memang agak lembik. So bila nak uli tu sila buh tepung kat tangan. Lepas uli biar doh 45 minit. Doh akan kembang sekali ganda inshaallah. 

Pastu bentuk kan la ikut suka. Samada ikut acuan yang sedia ada atau buat bulat2 kecil. Lepas bentuk rehatkan lagi selama 5-10 minit. Goreng api sederhana. Jgn panas nanti donut rentung luar dalam tak masak. Nanti masa goreng dia akan kembang lagi.

Sunday, 9 November 2014

Resepi Karipap Rangup

Assalamualaikum,

Petang-petang ni makan karipap pun sedap. Nak-nak lagi anak-anak akak memang hantu karipap semuanya. Especially yang no. 3, 10 biji karipap pun dia boleh habiskan sorang-sorang sekaligus. So kalau buat pun berbaloilah. Petang ni akak nak share resepi Karipap Rangup, memang betul-betul rangup...sekejap jah habis 20 biji karipap, untuk resepi ni boleh hasilkan lebih kurang 50 biji karipap. Balance karipap tu akak goreng suku masak dan frozenkan. Senang anak-anak nak makan just ambik dan goreng. Resepi ni akan ambik dari Jintan Manis dan CikMatahariku nyer blog...terima kasih tuan punya tanah..resepinya memang sedap.

Resepi Karipap Rangup

Kulit Karipap
Resepi Asal: JintanManis

Bahan:
500g Tepung Gandum
50g Tepung Beras
50g Tepung Ubi
1 sb Gula
1 st Garam
4 sb Majerin*
¼ cwn Minyak* (* panaskan)
Air Sejuk Dari Peti Ais

Cara:
1. Campurkan kesemua bahan kering (Tepung Gandum, Tepung Beras, Tepung Ubi, Gula dan Garam)
2. Tuangkan minyak panas & gaul rata.
3. Tuangkan air sedikit2 sehingga membentuk doh lembut.
4. Bahagi doh kpd bebola kecil, leperkan, letak dalam acuan karipap & isi dgn inti kesukaan.
5.Goreng dgn minyak dalam sehingga garing.

Nota: Selepas doh di uli, perap doh ni dalam peti ais selama satu jam, baru keluarkan pada suhu bilik, langkah ini penting supaya semua bahan dalam adunan nye mesra dan membuatkan adunan lebih rapuh.
Tak nak bagi kelim karipap terbuka semasa di goreng, sebelum di goreng sapu sikit air kat kelim tu
Isi Karipap Kentang
Bahan
 
5-7 biji kentang sederhana besar ( dipotong dadu ) 
1 biji bawang besar ( potong dadu ) 
3 ulas bawang merah ( dikisar ) 
3 ulas bawang putih  ( dikisar ) 
segengam ikan bilis atau udang kering ( dikisar ) Boleh ganti daging kisar atau ayam 
3 sudu besar cili kering kisar ( kurangkan kalau tak suka pedas) 
3 sudu besar serbuk kari 
2 tangkai daun sup ( kalau suka boleh letak ) 
Minyak masak untuk menumis
Cara Masak Inti Karipap Kentang
1. Panaskan minyak dalam kuali.Kemudian masukkan separuh bawang besar yang sudah di potong dadu tadi.Yang separuh lagi, masukkan bila kentang sudah empuk nanti.
2. Bila sudah naik bau, masukkan bahan kisar tadi.Kacau perlahan sehingga naik bau, masukkan pula serbuk kari.Diikuti masukkan gula, garam dan perasakan.
3. Masukkan pula kentang yang sudah dipotong dadu tadi. Toskan airnya terlebih dahulu.Masukkan dua cawan air supaya kentang cepat empuk.
4. Tutup kuali dengan tudung periuk atau penutup pengukus supaya wap air dapat lembutkan kentang dengan cepat.
5. Biarkan sehingga kentang empuk, airnya juga sudah kering dan masukkan separuh lagi bawang besar yang dipotong dadu tadi bersama daun sup yang dihiris.
6. Angkat inti kentang dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai supaya cepat sejuk dan boleh di buat inti karipap.
Dan inilah hasilnya....Sedap...
Resepi Karipap Rangup

Untuk mendapatkan Supplemen Shaklee anda bolehlah Pm/sms/whatsapp 012 3945670 (Kak Izzah) dan konsultansi percuma secara ekslusif akan di berikan.


COD : Shah Alam, Klang, Bandar Sunway, Subang, Kota Kemuning, Bukit Kemuning, Jalan Kebun, Bukit Naga dan Kampung Jawa

TAMPIL SIHAT DAN CANTIK 
Anda Adalah Keutamaan Kami


Sunday, 12 October 2014

Resepi Kek Butter/ Mentega

Assalamualaikum,

Semalam anak2 sibuk nak makan kek...Duk pikir2 nak buat kek apa, dan memandangkan bahan yang ada kat rumah nie..so akak pikir buat kek mentega/ butter jelah..Resepi kek nie akak dapat dari aziejaya.blogspot.com...
Kebanyakkan resepi dari blog nie memang menjadilah, thanks kak azie.

Resepi Kek Mentega/ Butter

Oleh: Azie Kitchen 
Bahan bahan:
250g pure butter - saya guna jenama Anchor
250g tepung naik sendiri
180g gula kaster
4 biji telur
1/2 cawan susu segar

Cara cara:
1. Panaskan oven dalam 20 atau 30 minit.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang, gebu dan bertukar warna menjadi putih (low speed kemudian sederhana kemudian high speed)
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji di selang seli dengan  tepung
4. Masukkan susu segar dan pukul lagi sampai sebati.
5. Masukkan dalam loyang dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180 selama 40 minit atau sehingga masak.

Walaupun rupanya tak semengah mana, tapi rasanya meletup...tak sampai ke malam, keknya licin. En. Hubby pun yang tak berapa suka sangat ngan kek ni pun asyik duk menambah jah makan kek ni..hihi..


Thursday, 25 September 2014

Resepi Monte Cristo Sandwich

Assalamualaikum,

Pagi ni teringin lak nak makan style Mat Saleh...hihi..Asyik masak nasi goreng, mee goreng, cekodok jah . So pagini kita ubah selera sikit, kita buat Monte Cristo Sandwich.
Jom kita pakat buat Sandwich ni, resepi ni akak ambik dari Bukuresepi.com

Bahan-Bahannya

6 keping roti
Mayonnaise secukupnya
4 keping keju cheddar
4 keping turkey/ayam slices - dicelur dalam air mendidih beberapa saat sebelum diangkat
1 biji telur
1/4 cawan susu
Lada hitam secukupnya
2 sudu besar butter / marjerin / planta
2 sudu besar minyak sayuran


Cara-cara : 

1. Sapukan mayonnaise keatas 1 keping roti (sapu sebelah muka aje). Akak main letak jah..tak sapu pun.





2. Letak kan sekeping keju & sekeping turkey/ayam slice keatas roti.



3. Letak kan sekeping roti kosong keatas salah satu set roti tadi.
4. Kemudian letak kan turkey/ayam slice dan sekeping keju keatas roti.
5. Sapukan mayonnaise keatas sekeping roti lain (sapu sebelah saja) & bahagian mayonnaise di letak kan atas sandwich tadi (sebagai penutup).

Ini aturan dia..

roti mayonnaise --> keju & turkey/ayam slice --> roti kosong --> keju & turkey/ayam slice -->roti mayonnaise

6. Panaskan minyak & butter/marjerin/planta.
7. Pukul telur, susu & lada hitam.
8. Celup kedua-dua permukaan atas roti kedalam bancuhan telur & letak kan keatas minyak panas. Biarkan selama 4 - 5 minit sebelum diterbalik kan kebahagian sebelah.
9. Siap untuk dihidangkan bersama chilli sauce, jem cherry atau serbuk gula icing.

So inilah hasilnya..walaupun macam sedikit hangit..hihi..tapi SEDAPP....abis licin..


credit to: bukuresepi.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...