Thursday 30 May 2013

Supplemen Kanak-kanak Shaklee

SET KANAK-KANAK SHAKLEE


SELSEMA                            BATUK
         ATHMA                            KURANG SELERA MAKAN
              SELALU DEMAM               KURANG TUMPUAN


Anak adalah anugerah Illahi yang tiada ternilai. Tentu kita mengimpikan yang terbaik untuk anugerah ini. Dengan kesihatan yang baik pasti kehidupan mereka akan lebih bertenaga dan ceria. Bila badan cergas pasti mereka juga akan lebih dapat memberi perhatian di dalam pelajaran. Tidak salah untuk kita melabur sedikit bagi memastikan kesihatan anak-anak kita terjaga.

Set Kanak-kanak Shaklee terdiri daripada Meal Shake dan Omega Guard 




MEALSHAKE

Mealshake merupakan makanan segera (berperisa vanilla) yang diperlukan oleh kanak-kanak kerana ia rendah lemak dan rendah glycemic. Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan. Ia juga kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat sesuai untuk kanak2 yang takde selera makan, sembelit, kurang tumpuan, athma, selalu batuk selsema dan mereka yang inginkan tumbesaran yang sihat. 

OMEGAGUARD

Omegaguard merupakan minyak ikan terbaik yang menggunakan penyulingan molekul 3 peringkat di bawah suhu rendah yang terjaga.  Ia mengandungi 1000mg asid lemak omega3 termasuk DHA(asik dokosaheksanoik) dan EPA (Asid Eikosapentanoik) yang ditemui dalam ikan laut dalam. Omegaguard juga menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan mata, ia juga membantu dalam proses pembelajaran anak-anak kita (memberi lebih tumpuan)

Tentu anda ingin yang terbaik untuk anak-anak andakan...Saya juga telah berikan yang terbaik untuk anak saya, sebelum ni anak saya sering selsema, meleleh air hidung, kesian tengok..mesti terganggu masa nak belajar. Setelah mengambil set kanak-kanak di atas alhamdulillah selsema pun dah hilang...harapnya dapatlah memberi lebih tumpuan dalam pelajaran.

Untuk mendapatkan yang terbaik bagi anak-anak anda jom pm/sms/whatsapp;











Friday 24 May 2013

Birthday Haseef

Tanggal 24 May 2012, lahirlah khalifah Allah dan juga anak mama yang tersayang, Haseef Luqman bin Shamarol Fuad (Adik). Alhamdulillah, hari ini genap setahun umur Haseef. Selepas berehat selama 8 tahun akhirnya mama, babah, kakak2 dan abang di anugerahi Illahi dengan permata yang tidak ternilai. Sepanjang mengandungkan adik bermacam dugaan mama tempuhi...Alhamdulillah itu semua dugaan buat kita dan juga menguatkan lagi hubungan keluarga kita...Allah tidak menduga kita jika kita tidak mampu menempuhinya.

Syukur tidak terkira juga kerana mama juga telah di beri peluang untuk menyusukan adik (exclusive) sehingga sekarang, dengan asas penyusuan (demand vs supply) dan bantuan dari set penyusuan Shaklee dan hati yang kental, berjaya juga mama menyusukan adik sehingga umur setahun. InsyaAllah akan mama terus memberi hak adik sehingga adik berumur 2 tahun.




Celebrate birthday adik sekali ngan Mia, mother's day & birthday ayah long & ayah lang...







Semoga anak-anak mama berada di bawah rahmatNYA dan menjadi anak yang soleh dan solehah dan berjaya dunia akhirat. AMIN..



Saturday 4 May 2013

Jom Mengundi

Harini bangun awal sebab semangat nak mengundi. Tapi sedih jgk sbb tak mengundi kat kampung halaman sendiri, mengundi kat kampung hubby ( i miss my hometown :( )...xpelah yang penting kita laksanakan tanggungjawab kita sebagai rakyat malaysia...excited sgt nak pergi mengundi & nak tahu keputusan malam ni.  Selama sebulan ramai dok berkempen..meriah sungguh..harini tibalah waktunya..semoga anda semua membuat pilihan yang tepat...;)..




Tapi sebelum pi mengundi tu..jom kita pekena ESP dahulu, utk membekalkan tenaga ....




Dah sampai banting, kita isi perut kejap, makan nasi lemak sotong kat banting..kalu balik banting memang tak pernah miss sarapan kat sini..memang terbaiklah....






Alhamdulillah selesai sudah tanggungjawabku sebagai rakyat malaysia. Timbul keinsafan bila melihat mereka yang tidak berkemampuan pun datang mengundi. Malam ni tunggu keputusan pulak. Hopefully semua berjalan dengan lancar


Friday 3 May 2013

Ostematrix Shaklee (Lebih Dari Sekadar Kalsium)

Harini pagi-pagi pergi dentist sbb lama dah tangguh duk tahan gigi yang sakit nie. Ingatkan nak tampal je, tapi bila doktor check gigi dah parah dah..jawabnya kenalah korbankan sebatang gigi..huhu sedih..Nilah dari dulu tak nak ambik kalsium...malas sangat nak minum susu..sekarang satu-satu gigi sakit.  Ni yang kita boleh nampak dan rasa, macamana pulak yang tak boleh nampak, tulang. Badan kita mula kekurangan kalsium seawal umur 30 tahun, di sebabkan itulah kita perlu mengambil kalsium untuk mengganti balik kalsium yang telah hilang itu. Kekurangan kalsium akan menyebabkan penyakit senyap yang amat merbahaya iaitu osteoporosis.

Shaklee ada menawarkan supplemen kalsium (bukan sekadar kalsium, tetapi juga mengandungi magnesium, vitamin D, mineral zink, tembaga dan manganese) iaitu Ostematrix Shaklee...Napelah saya tak di ketemukan dengan Shaklee ni dari dulu, tapi better late than neverkan...sekarang alhamdulillah tiap-tiap hari mesti nak kena makan Ostematrix. Senang, tak payah bancuh, boleh terus makan dan gi travel pun senang, bawak jah dalam botol @ masukkan dalam pil box then masukkan dlm handbag..dah boleh gi jalan memana di samping vitamin-vitamin kesayanganku.


OSTEMATRIX SHAKLEE

 Kandungan Ostematrix Shaklee

# Kalsium - 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium dari sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi
# Magnesium - 400 mg(100% DV) untuk membantu menggabungkan kalsium kedalam tulang
# Vitamin D - 400 IU (100% DV) untuk merangsang penyerapan kalsium

Siapa yang memerlukan Ostematrix Shaklee
  • Ibu Mengandung
  • Ibu Menyusu
  • Kaum wanita 
  • Kaum Lelaki
  • Mereka yang telah berumur

Kelebihan Ostematrix Shaklee
  • Mengekalkan paras tekanan darah menjadi normal
  • Mengurangkan simptom pms, membantu kontraksi muscle dan transmisi saraf
  • Mencegah sembelit
Kepentingan kalsium memang tak dapat di nafikan. Oleh kerana itu sayangilah diri anda. Dapatkan Ostematrix Shaklee sekarang....

pm/sms/whatsapp

Nur Izzah Samsudin (SID No. 949541)
012-3945670


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...