Tuesday 11 November 2014

Bolehkah Penghidap G6PD mengambil Supplemen Shaklee??

Sebelum ni, akak cuma tahu serba sikit jah mengenai penyakit G6PD, pada masa tu cuma tahu pesakit G6PD ni tak boleh makan kacang parang dan tak boleh bau ubat nyamuk sembur Ridsect.

Tapi sehari lepas melahirkan anak ke 4, anak akak di sahkan menghidap G6PD. Sedih jugak, sebab masa tu tak tahu sangat berkenaan penyakit ni. Tapi alhamdulillah selepas 8 tahun menunggu, akhirnya lahirlah Haseef Luqman permata hatiku, suami, kakak2 dan abang. Masa mula-mula melahirkan Haseef, akak tengok muka dia sedikit lebam, tapi tak sempat tengok lama2 sebab bersalin pada umur 40 tahun ni, penatnya lain macam. (masa tu tak jumpa lagi dengan Shaklee). Keluar dari wad bersalin, hubby pun ada cakap muka dia sikit lebam, mungkin sebab sel darah merah dia pecah kot. Tapi lebam tu sekejap jah, lepas tu terus hilang. Alhamdulillah.

Biasanya baby yang ada G6PD ni akan mendapat penyakit kuning, dan biasanya hospital akan menahan baby kat hospital sekurang-kurangnya 10 hari untuk memantau keadaan penyakit kuning baby tersebut. Alhamdulillah kat hospital akak bersalin, ibu di benarkan untuk menemani anak selama ia di tahan. Bolehlah akak menyusukan Haseef sepanjang masa. Hari ke 5, kuning baby dah menurun dan kami di benarkan keluar hospital. Tapi selama sebulan setiap 2 hari sekali terpaksa berulang alik kat hospital untuk memantau keadaan kuning baby dan bila kuning dah ok dalam masa sebulan tu barulah kena pergi hospital seminggu sekali. Apa yang akak lakukan untuk memastikan kuning baby berkurangan adalah kerap menyusu badan, supaya baby kencing atau berak dengan lebih kerap.

Apa itu G6PD


G6PD (Glucose 6 Phosphate Dhydrogenes) adalah sejenis enzim dalam sel darah merah

Fungsi G6PD


Dalam sel darah merah terdapat sejenis enzim yang bertanggungjawab mengekalkan kestabilan sel darah merah daripada pecah iaitu enzim G6PD. Apabila paras enzim ini rendah, sel darah merah tidak mampu menahan keadaan stress seperti dalam kes jangkitan teruk atau apabila bahan kimia atau ubat-ubatan tertentu diambil, sekaligus menyebabkan sel darah merah pecah.

Diagnosis.


Kekurangan enzim G6PD sangat ketara di kalangan masyarakat Asia. Semasa bersalin, darah dari tali pusat bayi akan di hantar untuk pemeriksaan G6PD di makmal. 

Sekiranya anak anda di diagnosis menghidap G6PD, anak anda di kehendaki tinggal di wad sekurang-kurangnya sehingga berumur 10 hari untuk pemantauan. Ini perlu kerana bayi yang ada kuning (jaundice) dengan serta merta boleh menyebabkan kecacatan otak dan pendengaran.

Kekurangan enzim ini adalah keadaan yang diwarisi melalui keturunan. Ia ditentukan oleh bahan baka yang dibawa oleh kromosom X. Oleh itu kebanyakan mereka yang mempunyai kekurangan enzim G6PD adalah kaum lelaki, manakala kaum perempuan biasanya adalah pembawa.

Apa Yang Perlu Di Elakkan Bila Anak Kekurangan G6PD


  • Kacang Parang
  • Memberi Ubat-ubatan Sendiri Tanpa Arahan Doktor
  • Ubat Gegat
  • Ubat-ubat Tradisional, Jamu atau Senseh
  • Nila
  • Ubat Nyamuk 

Gejala/Tanda-tanda


Tanda-tanda yang terjadi sekiranya sel darah merah pecah (hemolisis) termasuk : Akibat daripada kekurangan darah
  • kelihatan pucat
  • demam
  • bayi akan mendapat kuning (jaundice) serta merta
  • Air kencing berdarah atau berwarna teh pekat
  • tidak bermaya (atau keletihan yang teramat)
  • pening
  • degupan jantung yang laju
  • sukar bernafas
  • sakit dada
Jika ini berlaku, dapatkan rawatan hospital dengan segera.

Senarai Ubat-ubatan Yang Patut Di Elak







































sumber: Myhealth.gov

Penghidap G6PD boleh hidup secara normal tetapi mesti mengelakkan makanan dan ubatan yang di sebut di atas. Dan setiap kali hendak mengambil ubatan hendaklah mendapat nasihat dari doktor/ ahli farmasi terlebih dahulu, jika anda tidak tahu kandungan ubat tersebut. Bawa senarai ubat dan tunjukkan kepada doktor bila anak anda sakit, beritahu bahawa anak anda menghidap G6PD. Bagi ibu yang menyusu bayi G6PD hendaklah mengelakkan ubatan dan makanan seperti di atas.

Shaklee dan G6PD


Bolehkah penghidap G6PD mengambil Supplemen Shaklee??? Ada supplemen Shaklee yang tidak boleh di ambil oleh penghidap G6PD dan ibu yang menyusu bayi G6PD. Alfalfa tidak boleh di ambil oleh penghidap G6PD kerana Alfalfa berasaskan herba dan tinggi kandungan Vitamin K. Penghidap G6PD tidak boleh mengambil Vitamin K dalam dosage yang tinggi. Di dalam Vitalea juga mengandungi sedikit Alfalfa, tetapi masih boleh di ambil oleh penghidap G6PD, bergantung kepada tahap G6PD yang di alami.

Bagi ibu yang menyusu bayi G6PD, bolehlah mengambil  supplemen yang lain seperti Vitalea, B Complex, Vitamin C dan Ostematrix. Dan bagi penghidap G6PD bolehlah mengambil Supplemen Shaklee kecuali Alfalfa Shaklee.


Untuk mendapatkan Supplemen Shaklee anda bolehlah;

☏ Pm/sms/whatsapp :  012 3945670 (Kak Izzah) 

✉ Email : nurizzah7374@gmail.com

FB : Nur Izzah Samsudin

Fanpage : Lovelymamashop 

COD : Shah Alam, Klang, Bandar Sunway, Subang, Kota Kemuning, Bukit Kemuning, Jalan Kebun, Bukit Naga dan Kampung Jawa



Konsultansi percuma secara ekslusif akan di berikan dengan setiap pembelian.

TAMPIL SIHAT DAN CANTIK 
Anda Adalah Keutamaan Kami




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...