Sunday 26 October 2014

Vagina Mantap dengan Senaman Kegel

Kecantikan dan wanita memang tidak dapat di pisahkan. Ia umpama aur dan tebing, bulan dan bintang..hihi..

Tapi cantik bukan sahaja dari luaran, dalaman juga harus di jaga. Harini akak bukan nak bercerita pasal kecantikan luaran, tetapi akak nak bercerita pasal cantik dalaman. Ok, harini nak bercerita pasal sistem peranakan dan Miss V. Bagi kaum perempuan sudah semestinya kita mengambil berat tentang kesihatan sistem peranakan dan Miss V ni. Kecantikan luaran akan lebih terserlah apabila kecantikan dalaman kita terjaga.

Pernah dengar pasal Senaman Kegel, mai nak citer sikit apa itu Senaman Kegel. Senaman ini amat penting untuk kaum wanita, samada yang dah berkahwin atau belum. Tapi kalau yang dah kahwin dan beranak pinak, wajiblah melakukan senaman ni. Senaman kegel atau senaman kemutan untuk menguatkan otot vagina terutama bagi mereka yang lepas bersalin. 

Fungsi dan Faedah Senaman Kegel 

♥ mampu membantu mengatasi masalah seperti tidak boleh mengawal kencing 
♥ mengurangkan kes peranakan turun 
♥ meningkatkan aliran darah ke uterus atau vagina 
♥ meningkatkan kualiti hubungan kelamin 
♥ menguatkan otot vagina seterusnya memudahkan proses bersalin dan mengurangkan koyak pada perinium 

Teknik Melakukan Senaman Kegel 

♥ Senaman Kegel patut dilakukan di kawasan otot vagina dan otot dubur. Bagi wanita, tumpuan patut diberikan pada bahagian otot vagina dan dubur 
♥ Tekniknya ialah dengan menyedut dan menahan otot vagina anda tanpa menahan nafas seperti membuang air kecil, buat kemutan dibahagian vagina seolah-olah anda cuba untuk menghentikan aliran air kencing (kemutan itu dipanggil 'Kegel') 
♥ Tahan sebentar otot anda dengan kiraan 10, kemudian relaxkan otot dan sambung buang air kecil, otot vagina anda kuat sekiranya tiada air kencing yang menitik sewaktu melakukan kemutan tersebut (tanpa menggerakkan kaki dan menahan nafas).

Untuk memastikan kaedah senaman Kegel yang anda lakukan betul, masukkan jari yang telah dicuci bersih ke dalam vagina dan cuba cengkam jari anda menggunakan otot vagina. Jika ada dapat rasa cengkaman tersebut, bermakna senaman kegel anda adalah betul. 

Kaedah Senaman Yang Sempurna Setelah anda mengenalpasti teknik senaman Kegel yang betul, lakukannya pada waktu pundi kencing anda sedang/telah kosong dengan menyedut dan mencengkam otot seolah seperti sedang menahan diri dari membuang air kecil. 

Sebolehnya jangan lakukan senaman Kegel ini sewaktu sedang kencing terlalu kerap kerana ia boleh menyebabkan kencing tidak lawas. Anda boleh lakukan senaman ini pada bila-bila masa mengikut mana-mana posisi samada sedang berdiri, duduk atau berbaring. 

Lakukan senaman ini sebanyak 4 kali setiap sessi dengan kiraan 10 sewaktu kemutan dan 10 lagi sewaktu merehatkan otot, dan ulang semula proses tersebut. 

Selain senaman kegel, bolehlah jugak mengamalkan pengambilan supplemen Alfalfa Shaklee.

Antara fungsi Alfalfa Shaklee adalah untuk mengetatkan vagina, mengatasi masalah keputihan dan menegangkan payudara.

Untuk mendapatkan Alfalfa Shaklee bolehlah Pm/sms/whatsapp 012 3945670 (Kak Izzah) dan konsultansi secara ekslusif akan di berikan 


 TAMPIL SIHAT DAN CANTIK
Anda Adalah Keutamaan Kami.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...