Saturday, 31 May 2014

Jantung Sihat Dengan COQ 10 Shaklee

Assalamualaikum,

Dewasa ini kerap kita mendengar anak-anak muda yang menghidap penyakit lemah jantung dan terkena serangan jantung. Oleh sebab itulah kita di sarankan untuk melakukan pergerakan aktiviti atau senaman untuk memastikan tubuh badan dan jantung kita terjaga. Selain daripada melakukan senaman kita juga boleh mengamalkan pengambilan supplemen untuk memastikan jantung kita sentiasa dalam keadaan sihat.

Shaklee ada mengeluarkan produk terkini untuk memastikan Jantung yang sihat iaitu COQ 10

Apa itu COQ 10

COQ 10 merupakan sejenis vitamin antioksida larut lemak yang terbentuk secara semulajadi di dalam setiap sel tubuh badan kita. Tubuh kita memerlukan 10mg COQ 10 sehari iaitu bersamaan dengan 0.33kg daging atau 0.61kg ayam sehari....mmmm....banyak tu..

COQ 10 adalah bahan semulajadi di dalam badan yang membantu menukarkan makanan kepada tenaga. Proses penghasilan tenaga yang berulang kali ini membolehkan jantung kekal berdegup dengan cergas dan membolehkan organ lain berfungsi dengan sempurna untuk pengaliran tenaga yang berterusan di dalam badan.

Di dalam setiap COQ 10 Shaklee mengandungi 28mg COQ 10, Vitamin E dan Ekstrak Teh Hijau, ia di bentuk sebagai bioketersediaan yang mana ia di reka khas agar memastikan potensi penguraian maksimun dan penyerapan yang lebih baik.

COQ 10 juga bertindak sebagai antioksida dan melindungi arteri daripada pengoksidaan low density Lipo Protein (LDL) atau kolesterol jahat.

COQ 10 adalah amat penting bagi tubuh badan kita kerana tanpa COQ 10, sel-sel dalam badan kita tidak akan berfungsi dengan sempurna, yang mana COQ 10 ini menggalakkan fungsi kesihatan saluran darah dan meningkatkan peredaran darah ke seluruh badan.

Haa....sapa2 nak jantung yang sihat, kulit cerah berseri, wajib cuba COQ 10 Shaklee.



pm/sms/whatsapp 012 3945670 (Kak Izzah) untuk dapatkan COQ 10 dan anda akan mendapat konsultansi percuma.


Saturday, 24 May 2014

HAPPY BIRTHDAY ADIK

Alhamdulillah dah 2 tahun dah anak mama, rasanya baru semalam mama tulis blog celebrate birthday adik masa umur setahun. Dan alhamdulillah juga mama dan adik berjaya dengan misi fully breastfeed sehingga umur 2 tahun. Syukur ke hadrat Illahi. 

Bersempena dengan birthday adik, akhirnya berjaya jugak buat resepi Chocolate Banana Cake resepi di ambil dari blog Mycutelilrascal...sedap (ala2 secret recipe gitu). Nanti akak sharekan resepinya ya...






Resepi Chocolate Banana Cake (ala2 Secret Recipe gitu)

Kek Span Coklat 

Bahan A:
4 biji telur
120g gula kastor
1 camca besar ovallate
1 camca besar mayonis

Bahan B:
80 gram tepung gandum
20 gram tepung jagung
20 gram serbuk koko
1 sudu teh baking powder

65 gram mentega cair - sejukkan suhu bilik

Cara-cara:
1. Satukan kesemua bahan B dan ayak sebanyak 5 kali, pegang pengayak tu tinggi2 to aerated the flour.
2. Campurkan kesemua Bahan A dalam mangkuk besar, pukul dengan hand mixer sampai kembang HIGH-SPEED selama 15 MINIT. Sila bersabar dengan kebisingan mixer dan kelenguhan tangan.
3. Masukkan adunan Bahan B yang dah diayak tadi, pukul 2-3 minit sampai sebati
4. Masukkan mentega cair dan kacau sebati. Masukkan dalam loyang kek (i guna 8'' round tin) yang telah letak baking paper dan dah di gris dengan mentega. Bakar dalam pre-heated oven selama 45 minit, 170C.
5. Bila kek dah masak, hentak2 perlahan sikit dan terus terbalikkan kek atas redai (jangan keluarkan kek dulu, step ni macam buat chiffon cake).
6. Bila dah sejuk, lalukan pisau keliling kek dan boleh keluarkan kek.


Chocolate Mousse
Source: Mars and Family / Amal Hayati

Bahan:
250 gm. Non-Dairy Whip Cream
150 gm. Dairy whip cream
(i just total up 400gm double cream and whipped till just stiff)

1 tsp. essence vanila
1 sudu makan rata serbuk gelatin yang halal
4 sudu besar air 
(Bagi yang tak mahu menggunakan gelatin, boleh gantikan dengan agar-agar serbuk dan double boilekan gelatin sehingga hancur)

50 gm. serbuk koko } ( serbuk koko dan gula ising di ayak bersama)
80 gm. gula ising }
1 1/2 sudu makan Nescafe } ( Campurkan nescafe bersama air panas)
1 1/2 sudu makan air panas }
1 sudu kecil chocolate emulco
2 - 4 biji pisang Del Monte atau pun pisang berangan - dihiris tebal


Cara-cara:
(1) Pukul kedua-dua whipping cream secara berasingan. ( Untuk dairy whipping cream, pukul sehingga ia menjadi pekat sahaja. Sebaik sahaja ia menjadi pekat terus berhenti dari memukulnya. Sekiranya terus memukul ia akan menjadi cair. Untuk non dairy whipping cream, kita boleh terus memukul sehingga ia menjadi lebih kurang tiga kali ganda kembangnya.) 
(2) Kemudian campurkan kesemua bahan untuk mousse termasuklah kedua-dua whipping cream yang telah dipukul tadi. ( Pastikan campuran gelatin atau agar-agar serbuk tadi tidak sejuk. Sekiranya telah sejuk ia akan menjadi beku dan bergentel2. Sebaik-baiknya campuran gelatin ini disediakan setelah kesemua bahan untuk mousse telah dicampurkan)

Tuesday, 18 March 2014

Resepi ESP

Assalamualaikum.....

Sebelum bercerita lebih lanjut lagi, jom kita luangkan sikit masa mendoakan MH370, semoga semuanya dalam keadaan selamat.

Bersempena dengan bulan Promosi ESP bulan March ini, akak ingin berkongsi beberapa resepi yang boleh di sajikan dengan ESP Shaklee ni...

Kalau tiap2 hari minum benda yang sama jah, tentu akan terasa boring jugakkan. Apa kata kita varietykan cara hidangan ESP kita...tapi yang pasti bagi saya minum ESP ngan air kosong sejuk is the best...;-)

  • ESP + Plain Water (tambah air batu pun best)
  • ESP + Fresh Milk
  • ESP + Yogurt Drink
  • ESP + Fresh Milk + Kurma
  • ESP + Performance Drink + Mealshake
  • ESP + Nesvita (3 in 1)
  • ESP + Juice Drink
  • ESP + Ribena
  • ESP + Milo 
  • ESP + Horlicks
  • ESP + Sirap Bandung
  • ESP + Collagen
ESP juga boleh di tambah dalam kek yang tidak perlu di masak...contohnya kek aiskrim...

ESP juga boleh di jadikan masker, boleh di campurkan dengan Vitamin C atau Vitamin E...memang terasa kelembutan kulit selepas memakai masker ESP.

Sebenarnya banyak lagi cara menyediakan ESP ni, tapi ESP tidak boleh di bancuh menggunakan air panas dan air berkafein seperti kopi, nescafe dan teh.

Kadar pengambilan ESP sehari adalah tidak boleh melebihi 3 sudu besar.

Jom cepat kepada sesiapa yang ingin membeli atau ingin mencuba ESP Shaklee...tinggal beberapa hari lagi untuk promosi...memang best takkan menyesal punyalah... 

pm/sms/whatsapp/telegram 012 3945670 konsultansi percuma akan di beri...

Saturday, 8 March 2014

Set Kencing Manis Shaklee

Assalamualaikum,

Sekarang ni pelbagai penyakit di hidapi oleh pelbagai peringkat umur. Antara penyakit yang femes, adalah penyakit Kencing Manis atau Diabetes.


Penyakit Kencing Manis adalah sejenis penyakit yang di cirikan dengan keadaan hierglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah). Penyakit Kencing Manis berpunca  samada dari pankreas badan yang tidak menghasilkan cukup hormon insulin untuk memecahkan glukosa ataupun kerana kegagalan hormon insulin itu sendiri untuk bertindak terhadap sel reseptor dalam darah. Apabila tahap glukosa dalam darah meningkat lebih dari tahap tertentu, glukosa selebihnya akan masuk ke dalam urin (air kencing)

Secara umumnya penyakit kencing manis terbahagi kepada dua:

  1. Diabetes Jenis Pertama (I) - di kenali sebagai diabetes bersandar insulin (Insulin Dependent Diabetes Mellitus)  atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I di cirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kalenjar pankreas. Biasanya penghidap diabetes jenis I mendapat simptom semasa kanak-kanak atau remaja. Di sebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk mengawal tahap glukosa darah
  2. Diabetes Jenis Kedua (II) - disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin atau penghasilan insulin yang berkurangan). Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh di kawal secara pemantauan pengambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, pengambilan ubatan atau suntikan insulin

Antara tanda-tanda seseorang itu menghidap penyakit Kencing Manis
  • Sering dahaga
  • Sering ke tandas
  • Terasa lemah badan
  • Berat badan turun dengan cepat
  • Penglihatan semakin kabur
  • Terasa pening kepala
Mereka yang berisiko menghidap Kencing Manis
  • Mereka yang mempunyai keturunan menghidap kencing manis
  • Mereka yang mempunyai berat badan yang agak tinggi
  • Mereka yang pernah mempunyai radang pada pankreas
  • Wanita mengandung yang pernah menghadapi kencing manis ketika hamil
Kesan Penyakit Kencing Manis
  • Kegagalan ginjal
  • Merosakkan penglihatan
  • Halangan aliran darah ke limpa yang menyebabkan gangren(kemerosotan sel/kematian tisu/akibat kekurangan oksigen)
  • Berisiko mengdapat sakit jantung koroner
  • Berisiko mendapat strok
  • Bagi ibu mengandung berisiko keguguran janin, kelahiran pramatang, kecacatan janin
Rawatan/Kawalan untuk Pesakit Kencing Manis
  • Penjagaan pemakanan - mengawal pengambilan kandungan gula dan kalori
  • Bersenam - kekurangan aktiviti beriadah akan menyebabkan nilai kalori bertambah di dalam badan
  • Mengawal berat badan
  • Pemeriksaan doktor secara berkala

Shaklee juga ada menyediakan Set untuk Kencing Manis/ Diabetes

Supplemen asas untuk kencing manis
  • B Complex - menukarkan gula kepada tenaga
  • Zinc Complex - menurunkan paras glukos dalam badan
  • Vitalea - multivitamin dan mineral keperluan tubuh
Set Tambahan untuk Kencing Manis
  • Vivix
  • GLA Complex
  • Omegaguard
  • Sustained Release Vitamin C
  • Garlic Complex


Jika berminat untuk mendapatkan Set Kencing Manis Shaklee jom pm/sms/whatsapp/telegram 012 3945670 (Izzah)


 


Friday, 7 March 2014

Manafaat ESP

ESP merupakan makanan tambahan yang berasaskan kacang soya. Ia hanya menggunakan kacang soaya non-GMO (non-Genentically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. ESP mengandungi 9 asid amino, 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.


Kebaikan dan kelebihan ESP

  • Di lengkapi dengan unsur kalsium untuk elakkan kerapuhan tulang kerana serbuk soya yang bersifat keasidan
  • Membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam
  • Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan
  • Membantu menjadikan kulit lebih berseri dan menganjalkan kulit/awet muda kerana protein penting untuk kulit
  • Merangsang regenerasi kulit, otot dan mengurangkan kedutan
  • Memberi ton warna kulit yang sekata
  • Membantu menghilangkan parut jerawat di muka
  • Protein yang lengkap (mengandungin 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan)
  • Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral
  • Rendah lemak tanpa kolesterol
  • Diproses pada kadar suhu rendah dan menjaga kualiti protein yang tinggi
  • Di proses menggunakan air bukannya alkohol untuk memelihara kandungan isoflavone
  • Protein soya (tumbuhan) lebih mudah di hadam berbanding protein haiwan
  • Membantu mengurangkan risiko kanser
  • Bertindak sebagai antioksidan
  • Menguatkan sistem imun tubuh
  • Mempertingkatkan sistem imun tubuh
  • Mempertingkatkan tahap kolesterol baik
  • Memelihara kesihatan jantung
  • Membaiki pigmentasi - membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, pigmentasi, kedutan dan kesan tua
  • Membaiki memori - meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan
  • Pembekal tenaga - membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan
  • Baik untuk hormon - kacang soya kaya dengan isoflavones
  • Membantu merendah paras kolesterol
  • Mencegah osteoporosis
  • Membantu pembentukan sel-sel baru
  • Membantu menyembuhkan gastrik
  • Memberi kekenyangan, sesuai untuk diet menguruskan badan
  • Mempercepatkan proses pemulihan luka selepas pembedahan
Setiap satu canister ESP (850 gram) di hasilkan daripada 30kg kacang soya. Satu hidangan ESP ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu. ESP adalah rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid urik dan sangat mudah di serap oleh badan. Klik ESP untuk mengetahui lebih lanjut.

Friday, 7 February 2014

Nipple Crack/Bernanah (Blister)

Assalamualaikum,

Bagi ibu-ibu yang menyusu mungkin ada yang pernah terkena nipple crack dan bernanah. Baru-baru ni akak juga tidak terlepas terkena nipple crack dan bernanah sekali. Apapun alhamdulillah, setelah 1 tahun 8 bulan menyusukan haseef inilah kali pernah terkena nipple crack dan terus bernanah. Barulah rasa nikmat menyusu...kan...

Risau gak pada mulanya, tapi terus jah gi klinik check ngan doktor. Alhamdulillah, doktor kata takde apa2 serious cuma bernanah sikit mungkin di sebabkan oleh infection. Doktor bagi antibiotik, ubat tahan sakit dan juga nak bagi vitamin C 500mg. Tapi akak bagitau akak tak nak Vit C tu sebb dah ambik Vitamin C 500mg Shaklee. Terus doktor cakap, bagus...terus ambik vitamin C Shaklee untuk cepatkan proses penyembuhan luka.

Treatment Untuk Nipple Crack/Bernanah

  • Jika sudah bernanah better jumpa doktor untuk dapatkan rawatan dan ubat antiobiotik (untuk matikan kuman)
  • Selalu basuh dengan air garam/panas
  • Kalau boleh stop dulu menyusu baby kat sebelah breast yang terkena infection, menyusu kat sebelah lagi
  • Tapi make sure breast yang terkena infection hendaklah sentiasa di perah/ di kosongkan
  • Sapu susu ibu kat tempat yang crack atau minyak gamat, minyak zaitun, apa2 jenama nipple jel
  • Akak pulak sapu Vitamin E Shaklee - Alhamdulillah kejap jah baik luka.
  • Boleh tuam breast dengan tuala suam, supaya mudah untuk proses memerah (proses let down)
Alhamdulillah dengan pengambilan ubat antibiotik, Vitamin C Shaklee dan sapuan Vitamin E Shaklee, luka dah sembuh dalam masa beberapa hari sahaja.

Inilah dugaan bagi ibu2 menyusu, tapi insyaAllah akan cuba di tempuhi dengan memberikan hak kepada yang tersayang....

Wednesday, 5 February 2014

Vitalea Multivitamin Shaklee

Bersempena dengan promosi bulan Februari 2014 iaitu Vitalea Shaklee, jom kita bercerita lebih lanjut mengenai Vitalea. 

Vitalea merupakan multi vitamin dan mineral yang perama di cipta di dunia. Ia terlebih dahulu di kenali sebagi "Vitalize-Mineral" dan selepas itu disingkatkan menjadi "Vita-Min". Setiap tablet Vitalea mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang di ekstrak daripada sayuran dan buahan, 12 vitamin dan 7 mineral penting yang di sarankan oleh RDA.

Tablet Vitalea di saluti dengan serbuk nutrisi iaitu spirulina. Ia di hasilkan dengan kaedah terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks yang di sebut sebagai Explo-Tab. Ia merupakan multi vitamin  yang paling pantas terlarut di dalam air dan juga tubuh manusia di dunia, yang mana mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil manusia.

Manafaat Utama Vitalea

  • Penambahan Tenaga Segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental,sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian
  • Pelengkap Nutrisi - Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran dan anaemia
  • Keupayaan Sistem Produktif - Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar
  • Metabolisma - sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan
  • Elemen Penting Pada Sel Tubuh - menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid 
  • Melindungi Organ - melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati    
Nutrisi-nutrisi yang terdapat di dalam Vitalea Shaklee
  • Vitamin A - Untuk kesihatan mata, kulit, anti oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, sistem respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat
  • Vitamin D - Untuk kesihatan tulang, mencegah tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis
  • Vitamin E - Sebagai anti oksida, untuk kepejalan kulit, kulit berseri, melancar aliran darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem produktif lelaki dan mengurangkan kesan parut
  • Vitamin C - Anti oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahan penyakit, mempercepatkan sembuh luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah
  • Asid Folik - Untuk kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulser mulut dan kesihatan kulit  
  • Vitamin B1 - Menukarkan makanan kepada tenaga, menguatkan memori, kecerdasan mental, membina dan merangsang peredaran darah, membantu tumbesaran, masalah keresahan, mabuk laut/ darat, mengurangkan petanda herpes
  • Vitamin B2 - Tukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan
  • Vitamin B3 - Tukarkan makanan kepada tenaga, menghasilkan hormon, merangsang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit birit, migrain, ulser, nagas berbau dan baik untuk perut dan usus
  • Vitamin B6 - Untuk metabolisma protein, baiki otot, sengugut, penenang, tenaga, elakkan muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekejangan, kebas dan anemia
  • Vitamin B12 - Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetis dan rabun
  • Biotin - bantu B-Kompleks berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambut beruban dan gugur, diabetis, sakit otot, ekzema dan keradangan kulit  
  • Vitamin B5 - Meredakan tekanan, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotik, mencegah jangkitan, percepat sembuh luka
  • Kalsium - menguatkan tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis
  • Fosforus - Meningkatkan kepadatan tulang, diabetis, batu karang, mencegah pereputan tulang, menbantu tumbesaran, meredakan kesakitan akibat atritis, anoreksia
  • Iodin - baik untuk tiroid, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligamen/otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan
  • Zat Besi - Membentuk hemaglobin, redakan PMS, membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia
  • Magnesium - Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetis, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadaman
  • Copper - Membantu menukarkan zat besi kepada hemoglobin, kesihatan rambut, ederma, penyakit berkaitan tulang
  • Zink - menguatkan sistem imun, mempercepatkan proses sembuh luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau dan ketajaman minda
Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vitalea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vitalea Shaklee jugal telah di pilih oleh Center for Science di US sebagai THE BEST MULTI VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000. 

Jika berminat untuk mendapatkan Multivitamin Vitalea Shaklee jom pm/sms/whatsapp/telegram 012 3945670 (Izzah)


 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...