Friday 24 May 2013

Birthday Haseef

Tanggal 24 May 2012, lahirlah khalifah Allah dan juga anak mama yang tersayang, Haseef Luqman bin Shamarol Fuad (Adik). Alhamdulillah, hari ini genap setahun umur Haseef. Selepas berehat selama 8 tahun akhirnya mama, babah, kakak2 dan abang di anugerahi Illahi dengan permata yang tidak ternilai. Sepanjang mengandungkan adik bermacam dugaan mama tempuhi...Alhamdulillah itu semua dugaan buat kita dan juga menguatkan lagi hubungan keluarga kita...Allah tidak menduga kita jika kita tidak mampu menempuhinya.

Syukur tidak terkira juga kerana mama juga telah di beri peluang untuk menyusukan adik (exclusive) sehingga sekarang, dengan asas penyusuan (demand vs supply) dan bantuan dari set penyusuan Shaklee dan hati yang kental, berjaya juga mama menyusukan adik sehingga umur setahun. InsyaAllah akan mama terus memberi hak adik sehingga adik berumur 2 tahun.




Celebrate birthday adik sekali ngan Mia, mother's day & birthday ayah long & ayah lang...







Semoga anak-anak mama berada di bawah rahmatNYA dan menjadi anak yang soleh dan solehah dan berjaya dunia akhirat. AMIN..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...