Saturday 28 September 2013

Tips Mengurangkan Risiko Kanser Payudara

Ada beberapa panduan untuk kita kaum wanita (lelaki pun boleh) untuk mengurangkan risiko kanser payudara.

  1. Jauhkan kegemukkan kerana lemak mengeluarkan hormon estrogen yang menggalakkan pertumbuhan sel-sel kanser. Wanita gemuk dan menghidap ovari bengkak PCOS ada risiko menghidap kanser rahim dan payudara.
  2. Jauhkan penggunaan berpanjangan pil hormon yang mengandungi hormon estrogen seperti HRT atau pil perancang
  3. Makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan.
  4. Jauhkan gula dan tepung putih
  5. Makan ikan, dada ayam, telur dan sedikit daging merah sebagai sumber protein. Jauhkan dari cara memasak yang tak sihat seperti deep fried dan bakar hangus
  6. Amalkan penyusuan bayi anda selama 2 tahun
  7. Jangan merokok dan minum arak
  8. Amalkan exercise 30 minit setiap hari
  9. Jika ada ahli keluarga menghidap kanser ambil langkah tertentu, buat pemeriksaan berkala dan boleh makan ubat untuk blok hormon estrogen seperti tamoxifene
  10. Makan multivitamin seperti Vitamin E dan C, Fish Oil (Omegaguard Shaklee) dan supplement yang mengandungi resveraterol
  11. Bila mandi, amalkan tuam payudara dengan tuala suam panas dan urut payudara dari sekitar luar ke arah puting dan basuh puting dengan sabun untuk hilangkan kesumbatan pada saluran susu
credit: FB Dr. Hamid Arshat



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...