Friday, 12 September 2014

Tampil Cantik Dengan Set Skin Care Nutri White Shaklee

Selain daripada supplemen untuk kesihatan badan, Shaklee juga ada menyediakan Set Kecantikan Kulit Muka, iaitu Nutri White Shaklee dan Enfuselle Shaklee. Harini akak nak bercerita pasal Nutri White Shaklee.


 
Akak ada dengar jugak, ada yang menyatakan yang Nutri White Shaklee ni lebih kurang sama dengan SKII tapi lebih murah berbanding dengan SKII dan medapat manafaat yang hampir sama. 

SKIN CARE NUTRIWHITE - lebih sesuai utk kulit normal tanpa sensitiviti dan jerawat yang teruk sbb ianya berfungsi lebih kepada mencerah, dan kandungan vitamin C yg tinggi tak sesuai utk kulit yg sensitif dan berjerawat teruk. Nutri White Shaklee bertindak dengan 5 cara iaitu 

1. Menghalang kerosakan akibat daripada sinar matahari dan alam sekitar. Ia melindungi kulit anda daripada rosak, gelap kesan dari sinar cahaya matahari dan uv. 
2. Mengurangkan pigmentasi kulit muka anda dan mencegah kulit muka menjadi kusam 
3. Menyekat pigmentasi gelap dan tompok-tompk gelap 
4. Mencerahkan kulit muka 
5. Memperbaharui sel kulit muka, mengeluarkan sel-sel mati. 

Gentle Action Makeup Remover


~ Menjadikan kulit lebih licin, lembut dan berseri 
~ Tunas pokok Bic menghilangkan sel mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan 
~ Aloe vera menyegarkan dan menegangkan kulit muka 
~ Lembut, tidak berminyak dan kulit anda akan kelihatan lebih berseri

Gentle Deep Foaming Cleanser


~ Membersihkan dan menyegarkan kulit muka 
~ Rumpai laut menghilangkan kotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan 
~ Alga hijau menyahtoksin dan melembapkan 
~ Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen 
~ Lembut dan menyegarkan

Soothing Radiance Whitening Softener


~ Ia lembut dan mengembalikan kulit pada PH yang seimbang
~ Kulit berasa lebih segar dan tegang dengan Rosemary 
~ Kudzu menegangkan dan mencerahkan 
~ Marshmallow melembapkan 
~ Ianya sangat berkesan 


 


Daily Defense Whitening Essence


~ Bearberry untuk mencerahkan dan menegangkan kulit 
~ Strawberi Begonia untuk mengimbangkan pigmen 
~ Kacang soya untuk melembutkan dan mengurangkan tompok-tompok hitam 
~ Mulberi untuk mencegah daripada kerosakan kesan daripada cahaya matahari
~ Vitamin C aktif di tambah untuk memperbaiki kulit serta mengembalikan seri wajah 
~ Lembut dan mudah di serap oleh kulit

Spot Whitening Treatment


~ Memperbaiki kesan-kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat 
~ Kuasa pencerahan dari Likuoris dan Peony amat bernilai di sebabkan kesannya dalam mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit 
~ Cats claw menegangkan kulit 
~ Vitamin C aktif membawa kecerahan yang baru untuk kulit dan kulit yang lebih halus 



Ultimate Protection Whitening Lotion


~ Kaya dengan pati botani seperti mulberi untuk mencegah kerosakan kulit kesan dari cahaya matahari. 
~ Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit 
~ Pelembap bertindak daripada semua sudut 
~ Melindungi dari kesan cahaya matahari 
~ Membantu membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran

Overnight Renewal Whitening Cream


~ Memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit sewaktu tidur 
~ Linden menyihatkan serta melembapka kulit secara mendalam 
~ Scullcap mencerah dan menghilangka radang kulit 
~ Vitamin C aktif mengurangkan tompok hitam, mengembalikan keserian wajah 
~ Di waktu pagi, terasa kulit yang gebu, halus, cerah dan berseri

Jom Layan Testimoni Pengguna Nutriwhite Shaklee











Bestkan...Setanding SKII  Tapi Dengan Harga Yang Lebih Murah

Untuk mendapatkan Set Skin Care Nutri White Shaklee bolehlah Pm/sms/whatsapp 012 3945670 (Kak Izzah) dan konsultansi secara ekslusif akan di berikan 


 TAMPIL SIHAT DAN CANTIK
Anda Adalah Keutamaan Kami.

Promosi Berganda September 2014

Alhamdulillah bulan ni buat julung-julung kalinya, Shaklee mengadakan dua promosi serentak. Promosi untuk Shaklee Collagen Powder & Mealshake Shaklee 

1. Shaklee Collagen Powder - Buy 6 free 1 ( Bulan September 2014 sahaja) 
 dan
2. Mealshake Shaklee - Buy 3 free 1 ( Bulan September & Oktober 2014) 


 
Ha...sapa2 yg nak cuba atau nak borong Collagen dan Mealshake bulan ni adalah masa yang terbaik untuk kita borong... Dan berita terbaru yang kami baru dapat setiap pembelian promosi Mealshake Buy 3 free 1, 10% daripada jualan akan di salurkan kepada 2,000 keluarga yang kurang berkemampuan untuk selama setahun. 




Sambil membeli sambil kita menderma. Alhamdulillah

Jadi untuk mendapatkan Shaklee Collagen Powder atau Mealshake Shaklee bolehlah Pm/sms/whatsapp 012 3945670 (Kak Izzah) dan konsultansi secara ekslusif akan di berikan 


TAMPIL SIHAT DAN CANTIK
Anda Adalah Keutamaan Kami.

Saturday, 6 September 2014

Cawangan Shaklee

Cawangan shaklee

Ibu Pejabat Shaklee Malaysia
Shaklee Products (M) Sdn Bhd

A-3A-02, Empire Tower
Empire Subang,
Jalan SS16/1,
47500 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Peta Lokasi
Telefon :603-5622 3188
Fax : 603-5622 3199
 E-mel : support@shaklee.com.my
Waktu Perniagaan
 Isnin hingga Sabtu: 10:00 pagi hingga 7:00 malam
Sila hubungi:
 Khor Cheng Huat, Pengurus Kanan Operasi

Kuala Lumpur
31, Jalan 2A/27A, Section 1,
Wangsa Maju Setapak,
 53300 Kuala Lumpur.(area sebelah Alpha Angel)
Telefon : 603-4142 6442
 Fax: 603-4149 6313
Hubungi :
Ida ( Penyelia Cawangan)
Isnin hingga Jumaat
 10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu (Pertama & Ketiga):
10:00 a.m. to 7:00 p.m


Penang
A-2, Jalan Todak 1,
Pusatbandar Seberang Jaya,
13700 Perai.
Telefon : 604-397 4325
Fax: 604-397 4324
Hubungi : Cannie Teoh(Penyelia Cawangan)
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu
(Pertama & Ketiga):
10:00 a.m. to 7:00 p.m


Ipoh
32, Medan Istana 1,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh.
Telefon: 605-241 8260
Fax: 605-241 8263
Hubungi : Eunice Lau
(Penyelia Cawangan)
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu(Pertama & Ketiga):
10:00 a.m. to 7:00 p.m

Johor Bahru
14, Jalan Molek 1/10,
Taman Molek,
81100 Johor Bahru.
Telefon: 607-352 5188
Fax: 607-352 4188
Hubungi : Fiona Chow
(Penyelia Cawangan)
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu (Pertama & Ketiga):
10:00 a.m. to 7:00 p.m


Kota Bharu
319, Section 25, Bandar Kota Bharu,
Jalan Sultan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu.(Area depan Billion)
Telefon: 609-747 8688
Fax: 609-747 7711 Ahad hingga Khamis
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu (Pertama & Ketiga):
10:00 a.m. to 7:00 p.m

Kota Kinabalu
Lot 7, Tkt Bawah, Lorong Lengkuas,
Wisma Damai, Jalan Damai, Luyang
88300 Kota Kinabalu.
Telefon : 6088-272 087
Fax: 6088-272 089
Hubungi : Amir Bin Kissi
(Penyelia Cawangan)
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu(Pertama & Ketiga):
10:00 a.m. to 7:00 p.m

Friday, 5 September 2014

Bermasker Dengan ESP & Vitamin E Shaklee

Assalamualaikum....

Harini terasa penat sangat....maklumlah seharian duk settlekan order dan anak-anak. Balik nak kena masak lagi (walaupun penat), itulah pengorbanan seorang ibu.

Masuk jah dapur akak terpandangkan ESP & barang2 Shaklee yang lain. Duk terfikir ni kalau buat masker sendiri ni best gak. Oklah nanti dah habis masak kita bermasker lak. Harini akak masak simple2 jah untuk suami & anak2, ikan singgang, goreng telur & budu...tapi simple2 pun bertambah diaorang. 

Masker ESP & Vitamin E

Senang jah nak buat ni...

Barang yang kena ada





  1. ESP
  2. Vitamin E
  3.  Air
Mula-mula Kapsul Vitamin E tu hendaklah di cucuk dengan jarum supaya boleh keluar minyak & Vit E tu, lepas tu picitkan sikit ke dalam bekas. Ambik suku sudu besar ESP di masukkan dalam Vit E tadi & campur sedikit dengan air. Gaulkan hingga sebati, jangan pekat sangat jangan cair sangat. (biar senang sapu & melekat kat muka)




Lepas tu bolehlah tepek kat muka & biarkan 15 minit - 30 minit ke...atau nak biarkan sampai esok pagi. Lepas tu bolehlah cuci dengan air sampai bersih


Lepas dah cuci muka terasa lembut & moist sangat. Boleh jugak hilangkan parut2 kat muka tu jika selalu di amalkan.

Nie antara kebaikan ESP & Vitamin E Shaklee

Kebaikan ESP

  •  Di lengkapi dengan unsur kalsium untuk elakkan kerapuhan tulang kerana serbuk soya yang bersifat keasidan
  • Membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam
  • Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan
  • Membantu menjadikan kulit lebih berseri dan menganjalkan kulit/awet muda kerana protein penting untuk kulit
  • Merangsang regenerasi kulit, otot dan mengurangkan kedutan
  • Memberi ton warna kulit yang sekata
  • Membantu menghilangkan parut jerawat di muka
  • Protein yang lengkap (mengandungin 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan)
  • Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral
  • Rendah lemak tanpa kolesterol
  • Diproses pada kadar suhu rendah dan menjaga kualiti protein yang tinggi
  • Di proses menggunakan air bukannya alkohol untuk memelihara kandungan isoflavone
  • Protein soya (tumbuhan) lebih mudah di hadam berbanding protein haiwan
  • Membantu mengurangkan risiko kanser
  • Bertindak sebagai antioksidan
  • Menguatkan sistem imun tubuh
  • Mempertingkatkan tahap kolesterol baik
  • Memelihara kesihatan jantung
  • Membaiki pigmentasi - membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, pigmentasi, kedutan dan kesan tua
  • Membaiki memori - meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan
  • Pembekal tenaga - membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan
  • Baik untuk hormon - kacang soya kaya dengan isoflavones
  • Membantu merendah paras kolesterol
  • Mencegah osteoporosis
  • Membantu pembentukan sel-sel baru
  • Membantu menyembuhkan gastrik
  • Memberi kekenyangan, sesuai untuk diet menguruskan badan
  • Mempercepatkan proses pemulihan luka selepas pembedahan
Kebaikan Vitamin E Shaklee
  •  Melindung Jantung - Pengambilan 800IU sehari vitamin E mampu melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan kolesterol HDL (kolesterol baik), mengurangkan tekanan darah, menghalang platelet darah melekat pada dinding arteri, menghalang anemia hemolitik dan lain-lain
  • Mempertingkatkan  Kemampuan Reproduktif - lelaki yang mengambil 600IU - 800IU sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka
  • Anti-Penuaan - 1 kapsul sehari mampu membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, acne dan bintik penuaan. Ia juga mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha
  • Anti-Oksidan yang Kuat - Pengambilan lebih dari 1,200IU sehari untuk anti oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas
  • Memperbaiki Masalah Oksidasi - katarak dan masalah penglihatan
  • Kelestarian Lelaki - Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih banyak
  • Memperbaiki Arthritis - Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos dan sakit sendi
  • Menghalang Keguguran - Merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom prahaid dan sindorm menopaus. Di gunakan pada ujian klinikal untuk menghalang kematian janin dan keguguran
  • Memperbaiki Parut - Memperbaiki bengkak dan ulser kulit dan boleh di sapukan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut 

Bestkan...Supplemen Shaklee ni ada sesetengahnya bukan sahaja boleh di makan, boleh di buat rawatan luaran jugak.

Kalau anak2 akak ada luka2 ke, akak cuma sapu Vitamin E, luka cepat jah sembuh & tak tinggalkan parut pun. Alhamdulillah.

Selain dari ESP dan Vitamin E. Sustained Release Vitamin C Shaklee pun boleh jugak di buat masker. Tak yah dah nak cucuk-cucuk Vitamin C muka tu..sapu jah Vitamin C Shaklee.

Agak-agak kalau malas nak bancuh ESP & Vitamin E, boleh jah sapukan Vitamin E sahaja kat muka dan biarkan 15-30 minit pastu bersihkan. Senangkan...

Untuk mendapatkan Produk Shaklee bolehlah Pm/sms/whatsapp 012 3945670 (Kak Izzah)
dan konsultansi secara ekslusif akan di berikan

Anda Adalah Keutamaan Kami.






Wednesday, 3 September 2014

Apa Itu Kolesterol

Assalamualaikum...

Sekarang kita di hidangkan dengan pelbagai jenis makanan yang berkolesterol tinggi seperti nasi lemak, roti canai dan bermacam lagi. Makanan seperti inilah yang menyebabkan masalah kolesterol yang tinggi di dalam salur darah.

Di anggarkan bahawa satu daripada tiga orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi dan kebanyakan daripada mereka tidak menyedari bahawa mereka mempunyai paras kolesterol yang tinggi.

Jika anda mempunyai kadar kolesterol yang tinggi anda berisiko untuk
  • serangan jantung meningkat sebanyak 15.6%
  • serangan ahmar meningkat sebanyak 11%
  • penyakit darah tinggi
  • penyakit hati berlemak
  • masalah ketidakseimbangan hormon
Apa itu Kolesterol

Kolesterol merupakan bahan lemak yang terdapat dalam salur darah dan kesemua sel badan. Ia merupakan komponen tubuh yang penting  untuk pembentukan sel membran, hormon, hempedu dan tisu-tisu lain dalam badan.

Jenis-jenis Kolesterol



Terdapat dua jenis kolesterol utama dalam darah

      1. LDL (Lipoprotein Ketumpatan Rendah)
  • di kenali sebagai kolesterol jahat kerana paras Kolesterol LDL yang terlalu tinggi dalam darah boleh membentuk sejenis bahan melekit (plak) dalam saluran darah anda. Plak ini akan menyumbatkan saluran darah dan menyekat aliran darah, seperti yang berlaku semasa serangan jantung atau angin ahmar
      2. HDL (Lipoprotein Ketumpatan Tinggi)
  • di kenali sebagai kolesterol baik kerana ia membantu mengangkut kolesterol dari salur darah balik ke hati untuk di singkirkan. Dalam erti kata lain, HDL berperanan  untuk membersih saluran darah

Cara Untuk Merendahkan Paras Kolesterol
  •  Amalkan pemakanan seimbang, rendah lemak tepu dan tinggi serat larut
  • Bersenam dengan lebih kerap
  • Turunkan berat badan
  • Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan penambahan Fitoserol ke dalam diet harian

Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan pengambilan kolesterol tidak melebihi 300mg sehari. Akan tetapi bagi mereka yang menghidap penyakit jantung pengambilan kolesterol di hadkan kurang daripada 200mg sehari.

Walaubagaimanapun pengambilan kolesterol oleh rakyat Malaysia biasanya melebihi dari 300mg sehari. Contohnya:


Sarapan Pagi
Roti Canai
Kandungan Kolesterol : 350mg

 Makan Tengahari
Nasi Lemak
Kandungan Kolesterol : 213mg

Makan Malam
Kuew Teow
Kandungan Kolesterol : 235mg

Tengokk...Pengambilan Kolesterol anda sebanyak 798mg...hampir tiga kali ganda lebih dari pengambilan yang di syorkan...fuhhh...

Phytocol-ST Shaklee di reka khusus untuk menurunkan paras kolesterol di dalam salur darah anda. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Phytocol-ST Shaklee bolehlah klik di SINI.

Turunkan Paras Kolesterol Dengan Phytocol-ST



Apa itu Phytocol-ST Shaklee

Phytocol-ST Shaklee adalah formula proprietari yang membekalkan 2,000mg Fitosterol setiap hari. 



Salah satu cara untuk menurunkan paras kolesterol dalam salur darah adalah dengan mengambil Fitosterol dalam diet harian kita, ia di syorkan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH).  

Apa Itu Fitosterol

 Fitosterol (dirujuk sebagai sterol dan sterol tumbuhan) wujud secara semulajadi dalam kandungan yang sedikit dalam sumber makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, biji-bijian dan minyak sayuran.  

Bagaimana Fitosterol Bertindak



Struktur Fitosterol adalah hampir sama seperti kolesterol. Dengan pengambilan Fitosterol ia akan bersaing dengan kolesterol untuk tapak penyerapan dalam sistem penghadaman. Hasilnya, penyerapan kolesterol di halang dan akan di singkirkan keluar bersama-sama Fitosterol. Ini bermaksud, apabila anda mengambil lebih banyak Fitosterol, maka semakin kurang kolesterol yang dapat di serap oleh tubuh dan semakin tinggi peluang untuk anda menurunkan paras kolesterol. 

Kita memerlukan 2,000mg Fitosterol dalam diet harian untuk membantu menurunkan paras kolesterol secara semulajadi. Untuk mendapatkan 2,000mg Fitosterol melalui makanan harian yang anda makan adalah bersamaan dengan;


 200 biji lobak merah



70 keping roti gandum 


425 biji tomato 

Banyakkan...larat ke kita nak makan semua tu untuk sehari. Rasanya tak sanggup... Dengan pengambilan 4 biji Phytocol-ST kita dapat memperolehi khasiat 2,000mg Fitosterol.

Untuk mendapatkan Phytocol-ST Shaklee bolehlah Pm/sms/whatsapp 012 3945670 (Kak Izzah)
dan konsultansi secara ekslusif akan di berikan

Anda Adalah Keutamaan Kami.

Thursday, 28 August 2014

New HQ Sunway Pinnacle

Assalamualaikum, Lama betul rasanya tak bersiaran, 27 hb Aug baru ni akak berkesempatan untuk melawat ofis baru Shaklee kat Bandar Sunway. Dapat notis dari Shaklee yang HQ di Empire Subang akan di tutup bermula 23 Aug 2014 dan HQ baru akan di buka di Bandar Sunway kat Sunway Pinnacle bermula 25 Aug 2014.
Yang bestnya kat tempat baru ni siap ada playground untuk anak2 bermain. So takdelah diaorang rasa bosan bila terpaksa menunggu mama diaorng bershopping. Bila dapat tahu ada playground rasa excited sangat nak gi buat lawatan. Sampai2 jah first thing kauorang akan jumpa pintu masuk dan kaunter membeli (senanglah keje akak macamni)
Dah setel shopping, time utk jejalan lawat kawasan lak...masyaAllah besarnya, siap ada bilik untuk buat discussion lagi. Macamni dah tak pening dah nak cari tempat untuk coaching anak2 buah. Dari tempat santai kita boleh menjamu mata tengok Sunway Lagoon lagi. Memang bestlah ofis baru ni...Ni akak sertakan beberapa keping gambar untuk tatapan kauorang semua.
# tapi walau macamanapun Empire Shaklee tetap di hatiku...kat situlah akak mula mula bertapak...:-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...