Wednesday 3 September 2014

Apa Itu Kolesterol

Assalamualaikum...

Sekarang kita di hidangkan dengan pelbagai jenis makanan yang berkolesterol tinggi seperti nasi lemak, roti canai dan bermacam lagi. Makanan seperti inilah yang menyebabkan masalah kolesterol yang tinggi di dalam salur darah.

Di anggarkan bahawa satu daripada tiga orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi dan kebanyakan daripada mereka tidak menyedari bahawa mereka mempunyai paras kolesterol yang tinggi.

Jika anda mempunyai kadar kolesterol yang tinggi anda berisiko untuk
  • serangan jantung meningkat sebanyak 15.6%
  • serangan ahmar meningkat sebanyak 11%
  • penyakit darah tinggi
  • penyakit hati berlemak
  • masalah ketidakseimbangan hormon
Apa itu Kolesterol

Kolesterol merupakan bahan lemak yang terdapat dalam salur darah dan kesemua sel badan. Ia merupakan komponen tubuh yang penting  untuk pembentukan sel membran, hormon, hempedu dan tisu-tisu lain dalam badan.

Jenis-jenis Kolesterol



Terdapat dua jenis kolesterol utama dalam darah

      1. LDL (Lipoprotein Ketumpatan Rendah)
  • di kenali sebagai kolesterol jahat kerana paras Kolesterol LDL yang terlalu tinggi dalam darah boleh membentuk sejenis bahan melekit (plak) dalam saluran darah anda. Plak ini akan menyumbatkan saluran darah dan menyekat aliran darah, seperti yang berlaku semasa serangan jantung atau angin ahmar
      2. HDL (Lipoprotein Ketumpatan Tinggi)
  • di kenali sebagai kolesterol baik kerana ia membantu mengangkut kolesterol dari salur darah balik ke hati untuk di singkirkan. Dalam erti kata lain, HDL berperanan  untuk membersih saluran darah

Cara Untuk Merendahkan Paras Kolesterol
  •  Amalkan pemakanan seimbang, rendah lemak tepu dan tinggi serat larut
  • Bersenam dengan lebih kerap
  • Turunkan berat badan
  • Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan penambahan Fitoserol ke dalam diet harian

Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan pengambilan kolesterol tidak melebihi 300mg sehari. Akan tetapi bagi mereka yang menghidap penyakit jantung pengambilan kolesterol di hadkan kurang daripada 200mg sehari.

Walaubagaimanapun pengambilan kolesterol oleh rakyat Malaysia biasanya melebihi dari 300mg sehari. Contohnya:


Sarapan Pagi
Roti Canai
Kandungan Kolesterol : 350mg

 Makan Tengahari
Nasi Lemak
Kandungan Kolesterol : 213mg

Makan Malam
Kuew Teow
Kandungan Kolesterol : 235mg

Tengokk...Pengambilan Kolesterol anda sebanyak 798mg...hampir tiga kali ganda lebih dari pengambilan yang di syorkan...fuhhh...

Phytocol-ST Shaklee di reka khusus untuk menurunkan paras kolesterol di dalam salur darah anda. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Phytocol-ST Shaklee bolehlah klik di SINI.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...