Friday, 3 October 2014

Petua Mengatasi Jeragat


Petua-petua Semulajadi Untuk Mengatasi JERAGAT


1. Kulit Pisang



Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkannya selama 5 - 10 minit dan bersihkan muka dengan air bersih

2. Putih Telur


Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih

3. Daun Sirih Muda


Kutip beberapa helai daun sirih muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai daun dan gosok di sekitar tempat jeragat tersebut

4. Daun Betik, Beras & Kulit Kayu Manis


Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah ia kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air agak-agak boleh di dikisar (jangan terlalu banyak) bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh muka anda dan biarkan ia kering lebih kurang 15 - 20 minit. Kemudian lembabkan muka, gosok (seperti scrub) dan cuci. Bagi mendapatkan kesegaran, cuci muka anda dengan air suam

5. Hampas Kelapa


Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka anda. Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. 

6. Kunyit Hidup, Tepung Ubi, Putih Telur & Limau Purut/ Nipis


Ambil sedikit kunyit hidup, sedikit tepung ubi, sebiji telur (ambil putih telur sahaja) dan sebiji limau purut/ nipis. Tumbuk kunyit hidup lumat dan campurkan dengan tepung ubi dan putih telur. Kacau sehingga sebati bersama perahan air limau. Sapukan pada kulit muka yang berjeragat selama 25 minit sebelum di cuci

7. Supplemen



Pengambilan Supplemen seperti Vitamin C, Collagen, ESP dan GLA, untuk ketahui lebih lanjut klik DI SINI
Itulah antara petua-petua semulajadi yang boleh di amalkan. Kenalah amalkan secara konsisten jika ingin melihat hasilnya.
Untuk mendapatkan Supplemen Shaklee bolehlah Pm/sms/whatsapp 012 3945670 (Kak Izzah) dan konsultansi percuma secara ekslusif akan di berikan 


TAMPIL SIHAT DAN CANTIK 
Anda Adalah Keutamaan Kami




Jeragat - Punca dan Cara Merawatnya



Jeragat, apa itu jeragat?? Masalah kulit yang sentiasa melanda rakyat Malaysia lazimnya adalah jerawat dan jeragat. Sebelum ini akak dah bincangkan pasal jerawat. So harini jom kita intai-intai lak masalah yang satu ni lak, iaitu JERAGAT...



Jeragat atau nama medikalnya Melasma adalah tompok-tompok hitam yang muncul di muka, biasanya ia muncul di bahagian pipi dan ada juga di bahagian dahi dan hidung. Masalah ini biasa di hidapi oleh kaum wanita berbanding lelaki dan biasanya terjadi pada mereka yang berumur 25 - 50 tahun.

Punca Terjadinya Jeragat

1. Cahaya Matahari - Terdedah terlampau lama kepada cahaya matahari tanpa sebarang pelindung matahari boleh menyebabkan terjadinya jeragat.

2. Ubat Hormon - Pengambilan ubat hormon seperti ubat kehamilan atau pencegah kehamilan juga boleh menyebabkan jeragat

3. Ubat-ubatan - Pemakaian ubat antibiotik, anti epilepsi dan anti peradangan

4. Kosmetik - pemakaian kosmetik yang mengandungi merkuri, hidrokuinin atau asam slisilat akan menyebabkan kulit menjadi nipis & sensitif kepada cahaya matahari

Apabila kulit menjadi nipis dan kita semakin berumur, ia tidak lagi mampu menghasilkan pigmen kulit yang baru. Oleh itu pigmen kulit lama yang telah mati dan tidak dapat di perbaharui akan kelihatan hitam dan bertompok-tompok pada kulit wajah.
Semakin lama pigmen kulit yang mati akan menjadi semakin banyak. Maka terjadilah jeragat yang makin bertambah dari hari ke sehari.

Cara Mengatasi/ Merawat Jeragat

Salah satu cara untuk mengatasi/ merawat jeragat adalah dengan pengambilan Supplemen. Shaklee ada menawarkan supplemen untuk penjagaan kulit dan juga rawatan untuk masalah jeragat.

Supplemen tersebut adalah.





Merangsang pembentukan kolagen,  untuk kulit lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pigmentasi




membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, acne, jeragat dan bintik penuaan. Ia juga mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.





Kolagen menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu tubuh badan kita




Asid Amino yang terkandung dalam ESP amat penting untuk pembentukan otot, kuku, rambut, kulit dan lain-lain bahagian anggota badan. ESP juga membantu memulihkan pigmentasi pada kulit 




GLA Complex membantu menstabilkan hormon badan kita

Selain daripada itu, terdapat juga petua lain untuk merawat jeragat, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, bolehlah klik DI SINI.

Untuk mendapatkan Supplemen Shaklee bolehlah Pm/sms/whatsapp 012 3945670 (Kak Izzah) dan konsultansi percuma secara ekslusif akan di berikan 


TAMPIL SIHAT DAN CANTIK 
Anda Adalah Keutamaan Kami

Street Art Laman Seni Seksyen 7 Shah Alam

Petang tadi, sementara duk tunggu kakak-kakak balik dari sekolah. Anak terunaku ajak gi ke Laman Seni, Seksyen 7, Shah Alam. Alahai anak apalah ada kat sana nak oii...Tapi tak pelah, bawaklah jugak, ambik hati...

Tapi sampai sana, terkesima sekejap tengok betapa kreatifnya dia orang ni. Laman Seni ni letaknya belakang shop lot kat Seksyen 7, Shah Alam. Ni alamatnya ,Lorong Belakang kawasan komersial Jalan Plumbum Q 7/Q, Seksyen 7, Shah Alam. Terletak di belakang kedai Fareeda dan Tutti Frutti.  Macam-macam street art ada kat sana. Memang kreatif betul. 

Tak nak citer panjang jom kita layan gambar-gambarnya (cuci mata kejap)


















Memang bestlah tempat nie...bawak anak-anak jalan, sambil-sambil tu para ibu bolehlah gi shopping kat butik di situ. Cantik-cantik bajunya.

Next time nak bawak kakak-kakaknya pulak.

Untuk mendapatkan Supplemen Shaklee bolehlah Pm/sms/whatsapp 012 3945670 (Kak Izzah) dan konsultansi percuma secara ekslusif akan di berikan 

TAMPIL SIHAT DAN CANTIK 
Anda Adalah Keutamaan Kami

Thursday, 2 October 2014

Detox Atau Detoksifikasi

Detox....apa benda detox ni??



Detox atau detoksifikasi adalah proses pembuangan/ pembersihan bahan toksin atau zat-zat beracun dari tubuh badan manusia. Proses detox atau nyahtoksin berlaku melalui perkumuhan, perpeluhan dan pembuangan air najis.  Bayangkan dah berapa lama kita hidup dan berapa lama toksin-toksin terkumpul di dalam badan kita. Di sebabkan oleh toksin-toksin/ zat-zat beracun inilah badan kita akan menjadi lemah dan kurang bertenaga.

Tanda Toksin Berlebihan Dalam Badan

1. Sering Berasa Letih dan Lesu
2. Lemah daya ingatan dan daya tumpuan
3. Sering mengalami sembelit atau cirit birit
4. Timbul jerawat dan bintik hitam
5. Keguguran rambut dan kerapuhan kuku
6. Sering mengalami sakit pada leher, kepala, bahu dan tengkuk
7. Cepat marah dan murung
8. Kitaran haid tidak normal
9. Sering merasa sakit pada bahagiantulang belakang, pinggang dan sendi

Kesan Toksin Berlebihan Dalam Badan

Toksin yang berlebihan di dalam badan akan menyebabkan terjadinya beberapa penyakit yang serius seperti

1. Darah Tinggi
2. Jantung
3. Hati
4. Buah Pinggang
5. Kencing Manis
6. Obesiti

Proses Detox

1. Minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari
2. Makan sayuran atau buah-buahan seperti lemon, limau, oren
3. Berpuasa
4. Sauna
5. Bersenam
6. Minum teh hijau
7. Pengambilan supplemen iaitu Alfalfa Shaklee, DTX Shaklee dan Herb Lax Shaklee

Supplemen Shaklee Untuk Proses Detox 

http://izzahpermatahati.blogspot.com/search/label/Alfalfa%20Complex

Alfalfa

Alfalfa yang bersifat alkali boleh mengembalikan kenormalan badan kita yang berasid dan menghilangkan toksik dalam badan.

Alfalfa bertindak meransang aliran hempedu, dan juga membuang mineral-mineral yang berbahaya dalam badan. Ia juga membantu masalah gout dan mengurangkan kolestrol dalam darah.


DTX Complex 

Kandungan utama menyebabkan DTX Complex Shaklee lain daripada yang lain ialah diekstrak daripada biji benih pokok susu tisel dan cendawan Reshi yang mempunyai antioksida yang tinggi. Iaitu berfungsi untuk menyokong keupayaan badan untuk menghasilkan protein untuk menjana semula sel-sel hati yang telah rosak.

Herb-Lax 

Bertindak untuk membersihkan usus kita daripada sisa lemak dan toksik yang melekat di dalam usus ataupun colon. Herb-lax bertindak untuk meransang usus untuk mempercepatkan proses detox dan pembersihan secara lembut iaitu membuang najis-najis yang tersekat ataupun tersimpan lama.

Selain itu, keberkesanan Herb-Lax menghilangkan bau badan, melegakan sembelit, mengurangkan masalah jerawat dan usus boleh berfungsi dengan keadaan baik.

Proses Detox membuatkan proses penyerapan supplemen ke dalam badan menjadi lebih optimum, barulah kita mendapat khasiat yang secukupnya.

Untuk mendapatkan Supplemen Shaklee bolehlah Pm/sms/whatsapp 012 3945670 (Kak Izzah) dan konsultansi percuma secara ekslusif akan di berikan 

atau 

klik

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=98c9832865e4ab224a1649e8e6e9a2a0


TAMPIL SIHAT DAN CANTIK 
Anda Adalah Keutamaan Kami


Tuesday, 30 September 2014

Punca Pori-pori Besar dan Tips Untuk Mengecilkannya

Assalamualaikum,

Mempunyai masalah liang pori-pori wajah yang besar. Keadaan ini menyebabkan kulit wajah nampak lebih kasar dan permukaan yang tidak sekata. Mesti rasa tak selesa dan segankan.


Kulit wajah mempunyai lebih 20,000 liang pori iaitu liang kecil pada permukaan wajah yang mengeluarkan peluh dan minyak.

Mereka yang mempunyai jenis kulit muka berminyak kebanyakannya mempunyai saiz liang pori yang lebih besar kerana lebihan peluh yang keluar dari folikey yang di kenali sebagai pilosebaceaous tidak dapat dikeluarkan, menyebabkan pori wajah menjadi lebih besar.

Macamana nak buat ya...pakai bedak/ foundation pun masih kelihatan pori-pori yang terbuka luas. 

Jom kita tengok antara penyebab terjadinya pori-pori terbuka luas nie...

1. Kotoran. Setiap hari kita terdedah dengan pelbagai kotoran yang hinggap di muka seperti sisa solekan, debu, asap dan bermacam lagi. Ini akan menyebabkan pori-pori akan tersumbat dan terbuka luas.

2. Minyak. Kulit muka yang berminyak secara berlebihan akan membuatkan pori-pori akan menjadi lebih besar. Fungsi sebenar minyak pada wajah adalah untuk menjaga pori-pori dengan membentuk lapisan, akan tetapi jika berlebihan akan menyebabkan pori-pori terbuka lebih luas.

3. Bakteria. Pertumbuhan bakteria pada wajah akan menyebabkan terjadinya whitehead atau blackhead yang mana akan menyebabkan pori-pori wajah tampak lebih besar.

4. Cuaca Panas. Pendedahan kepada sinar matahari dan bahang panas akan menyebabkan kita berpeluh dengan lebih banyak, ini juga akan mendorong kepada pembesaran saiz pori wajah.

5. Faktor Genetik. Ada sesetengah genetik mempunyai masalah liang pori wajah yang besar

6. Faktor Pemakanan.  Pemakanan yang tidak seimbang, berlemak dan berminyak juga adalah salah satu faktor penyumbang kepada pori wajah yang besar.

7. Perubahan hormon akibat hamil atau menopaus

8. Penuaan. Pori memerlukan struktur kolagen sihat bagi menyokong dindingnya dan membentuk pori yang kecil. Dinding pori di sokong oleh dermis dan epidermis. Apabila dermis kehilangan keanjalan, ia akan hilang sokongan fizikal yang menyebabkan kulit menjadi kendur dan pori menjadi lebih besar.

Berikut Adalah Tips Bagaimana Untuk Mengecilkan Liang Pori

1. Memastikan kulit wajah sentiasa di bersihkan sekurang-kurangnya dua kali sehari.

2. Memakai penyegar wajah untuk mengecilkan liang pori

3. Buang sel kulit mati (Scrub). Apabila sel kulit mati tidak di buang, ia akan menyebabkan liang pori anda akan tersumbat.

4. Wap Wajah. Anda boleh melakukan rawatan stim wajah hanya dari rumah. Apa yang anda perlukan adalah air panas, jus lemon, ais dan tuala. Caranya, isi mangkuk besar dengan air panas dan letakkan muka anda di atasnya selama 3-5 minit. Selepas itu letakan beberapa jus lemon di atas kain tuala anda yang basah dan sapu ke seluruh muka. Bilas dengan air dan sapu ais di muka anda. Lakukan sekurang-kurangnya sekali seminggu.

5. Guna masker wajah. Anda boleh buat sendiri masker wajah dengan menggunakan putih telur, madu, oat atau ESP & Vitamin C atau ESP & Vitamin E atau ESP & Yogurt.

6. Mengambil Kolagen. Salah satu fungsi kolagen adalah untuk mengecilkan liang pori wajah. Pori memerlukan struktur kolagen sihat bagi menyokong dindingnya dan membentuk pori yang kecil. Dinding pori di sokong oleh dermis dan epidermis. Apabila dermis kehilangan keanjalan, ia akan hilang sokongan fizikal yang menyebabkan kulit menjadi kendur dan pori menjadi lebih besar. Shaklee Collagen Powder sangat rendah dalam berat molekular iaitu sekitar 1,000 Dalton dan ia amat mudah untuk di serap oleh tubuh berbanding dengan berat molekular yang melebihi  dari 1,000 Dalton. Ia di ekstrak dari sisik ikan merah dan merupakan Collagen yang terbaik dan semulajadi.

7. Mengambil Vitamin C. Vitamin C akan meningkatkan pengeluaran kulit baharu yang mengandungi kolagen dan elastin. Vitamin C Sustained Release Shaklee adalah yang terbaik kerana setiap tablet Vitamin C Sustained Release Shaklee mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah oren dan pembebasan 1.5 vitamin C tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam.

8. Mengambil Protein. Tubuh kita memerlukan protein untuk bina dan baik pulih tisu-tisu tubuh. Setiap sel perlukan protein untuk kekal hidup, sihat. Dengan adanya protein yang mencukupi, sel-sel mati dapat disingkirkan dan diganti dengan pembinaan sel-sel baru. ESP merupakan sumber protein yang akan membekalkan 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia.

Dapat di simpulkan, pengambilan supplemen yang mencukupi adalah amat penting untuk memastikan kulit kita sihat. Kita bolehlah mengamalkan Shaklee Collagen Powder, Vitamin C Sustained Release dan ESP untuk memastikan kulit yang sihat dan liang pori jadi lebih mengecil.

http://izzahpermatahati.blogspot.com/search/label/Shaklee%20Collagen%20Powder









Shaklee Collagen Powder

 Vitamin C Sustained Release

 ESP


Untuk mendapatkan Supplemen Shaklee bolehlah Pm/sms/whatsapp 012 3945670 (Kak Izzah) dan konsultansi percuma secara ekslusif akan di berikan 

atau KLIK

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7854c8701c5da6d80d602a20133d2bf8


TAMPIL SIHAT DAN CANTIK 
Anda Adalah Keutamaan Kami





Friday, 26 September 2014

Redakan/ Rawat Gastrik Dengan Set Gastrik Shaklee

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.


Penyebab Gastrik

Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.

Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang memproses makanan sehingga hancur.
Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.

Punca-punca lain Gastrik:
  • Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Pengambilan kokain
  • Merokok
  • Stres
  • Gangguan autoimun
  • Penyakit crohn
  • Radiasi dan kemoterapi
  • Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
  • Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
  • Rembesan asid gastrik yang berlebihan
  • Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
  • Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.
Gastrik Terbahagi Kepada Dua:
  • Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.
  • Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.
Berikut adalah supplemen Shaklee untuk meredakan sakit Gastrik (Set Gastrik Shaklee)




B complex 

B complex Shaklee bertindak seperti “pain killer”kepada pesakit gastrik. Ia bertindak sebagai anti-stress atau penenang kepada pesakit gastrik selain membantu mengatasi sakit tersebut. 




Ostematrix 

Ostematrix ni terdiri daripada kalsium, magnesium, vitamin D dan beberapa gabungan mineral yg lain. Bagaimana ia berfungsi?? Ia bantu meneutralkan asid yang memasuki esofagus dan boleh mengelakkan berlakunya pedih ulu hati. Dan tahukah anda, kekurangan kalsium dalam tubuh juga boleh meningkatkan risiko terkena gastrik. 



ESP – soy protein isolate powder 

ESP ni sumber proteoin unggul dari NON-GMO soya yang tinggi sifat alkalinya. Ia dapat meneutralkan keasidan dalam perut. Paling penting, nutrient protein yang terdapat di dalam ESP sangat membantu dalam memperbaharui sel-sel tubuh bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berlebihan berikutan daripada proses pencernaan makanan.

Dengan pengambilan yang konsisten, In sha Allah, gastrik tak nak menjenguk lagi.

Untuk mendapatkan Set Gastrik Shaklee bolehlah Pm/sms/whatsapp 012 3945670 (Kak Izzah) dan konsultansi percuma secara ekslusif akan di berikan 

TAMPIL SIHAT DAN CANTIK 
Anda Adalah Keutamaan Kami.

credit: nutrisimalaysia

Bagaimana Mengatasi Masalah Jerawat

Jerawat merupakan satu penyakit kulit. Ia berlaku apabila pori-pori kulit tersumbat sehingga menimbulkan nanah yang meradang. 

JERAWAT

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan jerawat. Berikut antara faktor terjadinya jerawat

1. Perubahan Hormon 
Perubahan hormon yang berlaku ketika baligh remaja, mengandung, menyusukan anak, merancang kehamilan, datang haid ataupun menopause biasanya akan menyebabkan timbulnya jerawat. Ini di sebabkan oleh hormone androgen (testosterone) yang ada dalam badan lelaki dan wanita. 

2.Tekanan (Stress) Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.Tekanan ada dua, sama ada emosi atau fizikal. 

3.Pemakanan yg tidak seimbang, berlebihan lemak dan kurang zat. Antara makanan yang menggalakkan pertumbuhan jerawat adalah seperti kacang, seafood ,belacan,makanan berminyak/bergoreng,telur,daging,ayam goreng dan makanan berlemak

4.Toksin, iaitu bahan buangan beracun dalam tubuh kita. Jika sistem semula jadi tubuhnya tidak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit seseorang itu kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain. Oleh kerana itu kita hendaklah sentiasa detox badan kita untuk membuang toksin dalam badan.

5.Faktor Genetic atau keturunan. Ada keturunan yang tidak mengalami masalah jerawat. Contohnya; keturunan Arab yang tidak mempunyai masalah jerawat keturunan.

6. Penggunaan set penjagaan muka yang tidak sesuai. Setiap orang mempunyai kulit berbeza , normal, berminyak, kering atau kombinasi. Untuk mengetahui jenis kulit kita, di syorkan agar berjumpa doktor untuk melakukan scan berkomputer pada kulit muka yang akan di analisis oleh sistem komputer.

8.Persekitaran & Pencemaran Habuk atau udara yang tercemar seperti asap dan bahan kimia terutamanya di bandar-bandar besar,kilang-kilang boleh menyebabkan jerawat dihadapi oleh hampir semua penduduk kawasan tersebut.Bahan-bahan ini menutup liang roma dan menyebabkan inflammasi (radang) kemerah-merahan pada kulit. 

9.Jangkitan pada kulit & Resdung Kuman (bacteria) jenis propionobacterium acnes boleh membiak di kelenjar sebum di kulit anda dan menyebabkan jerawat. Atas sebab itu jerawat dinasihatkan tidak dipicit kerana apabila dipicit, kuman di dalam kulit tersebar ke kawasan sekitar dan menyebabkan jerawat di permukaan yang lebih luas. 

10.Faktor Cuaca Perubahan cuaca serta cuaca panas juga adalah faktor jerawat keluar. 

Tips Elak Jerawat :-

1. Pencucian muka menggunakan produk pencuci muka antibakteria.

2. Basuk muka 2 kali sehari iaitu pada mandi pagi dan petang.

3.Jika menggunakan produk rawatan jerawat, sapukan juga pada kawasan yang terdekat dan bukannya ditempat yang ditumbuhi jerawat sahaja.
 

4. Amalkan penggunaan produk yang mengandungi asid salisilik yang mampu membersihkan pori dari kekotoran. 
 

5. Penggunaan alat solek atau penjagaan muka non-comedogenic supaya tidak berlaku iritasi ataupun alergi pada kulit. 

6. Membuat rujukan kepada pakar dermatologi tentang cara membuang bintik hitam tanpa meninggalkan kesan parut.
 

7. Elakkan menyentuh muka tanpa memastikan tangan itu bersih terdahulu. Ini kerana tangan merupakan anggota badan yang paling banyak mempunyai bakteria.
 

8. Jangan sesekali memicit jerawat kerana ianya boleh meninggalkan kesan parut.

9. Amalkan permakanan seimbang. Kurangkan pengambilan makanan manis dan berlemak.  Lebihkan sayuran dan buah.

10. Sentiasa melakukan proses detox, sekurang-kurangnya sekali seminggu

11. Melakukan senaman. Senaman juga merupakan salah satu cara/ proses detox.

12. Pengambilan supplemen untuk mengelakkan jerawat.

Shaklee juga ada menyediakan supplemen untuk menggelak atau merawat jerawat iaitu Set Kecantikan Kulit Shaklee yang terdiri daripada Vitamin C, Vitamin E dan B Complex.

Untuk penjagaan luaran pulak, bolehlah menggunakan Set Skin Care Enfuselle.


Untuk mendapatkan Set Kecantikan Kulit Shaklee dan Set Skin Care Enfuselle bolehlah Pm/sms/whatsapp 012 3945670 (Kak Izzah) dan konsultansi percuma secara ekslusif akan di berikan 

TAMPIL SIHAT DAN CANTIK 
Anda Adalah Keutamaan Kami.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...