Friday 26 September 2014

Bagaimana Mengatasi Masalah Jerawat

Jerawat merupakan satu penyakit kulit. Ia berlaku apabila pori-pori kulit tersumbat sehingga menimbulkan nanah yang meradang. 

JERAWAT

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan jerawat. Berikut antara faktor terjadinya jerawat

1. Perubahan Hormon 
Perubahan hormon yang berlaku ketika baligh remaja, mengandung, menyusukan anak, merancang kehamilan, datang haid ataupun menopause biasanya akan menyebabkan timbulnya jerawat. Ini di sebabkan oleh hormone androgen (testosterone) yang ada dalam badan lelaki dan wanita. 

2.Tekanan (Stress) Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.Tekanan ada dua, sama ada emosi atau fizikal. 

3.Pemakanan yg tidak seimbang, berlebihan lemak dan kurang zat. Antara makanan yang menggalakkan pertumbuhan jerawat adalah seperti kacang, seafood ,belacan,makanan berminyak/bergoreng,telur,daging,ayam goreng dan makanan berlemak

4.Toksin, iaitu bahan buangan beracun dalam tubuh kita. Jika sistem semula jadi tubuhnya tidak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit seseorang itu kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain. Oleh kerana itu kita hendaklah sentiasa detox badan kita untuk membuang toksin dalam badan.

5.Faktor Genetic atau keturunan. Ada keturunan yang tidak mengalami masalah jerawat. Contohnya; keturunan Arab yang tidak mempunyai masalah jerawat keturunan.

6. Penggunaan set penjagaan muka yang tidak sesuai. Setiap orang mempunyai kulit berbeza , normal, berminyak, kering atau kombinasi. Untuk mengetahui jenis kulit kita, di syorkan agar berjumpa doktor untuk melakukan scan berkomputer pada kulit muka yang akan di analisis oleh sistem komputer.

8.Persekitaran & Pencemaran Habuk atau udara yang tercemar seperti asap dan bahan kimia terutamanya di bandar-bandar besar,kilang-kilang boleh menyebabkan jerawat dihadapi oleh hampir semua penduduk kawasan tersebut.Bahan-bahan ini menutup liang roma dan menyebabkan inflammasi (radang) kemerah-merahan pada kulit. 

9.Jangkitan pada kulit & Resdung Kuman (bacteria) jenis propionobacterium acnes boleh membiak di kelenjar sebum di kulit anda dan menyebabkan jerawat. Atas sebab itu jerawat dinasihatkan tidak dipicit kerana apabila dipicit, kuman di dalam kulit tersebar ke kawasan sekitar dan menyebabkan jerawat di permukaan yang lebih luas. 

10.Faktor Cuaca Perubahan cuaca serta cuaca panas juga adalah faktor jerawat keluar. 

Tips Elak Jerawat :-

1. Pencucian muka menggunakan produk pencuci muka antibakteria.

2. Basuk muka 2 kali sehari iaitu pada mandi pagi dan petang.

3.Jika menggunakan produk rawatan jerawat, sapukan juga pada kawasan yang terdekat dan bukannya ditempat yang ditumbuhi jerawat sahaja.
 

4. Amalkan penggunaan produk yang mengandungi asid salisilik yang mampu membersihkan pori dari kekotoran. 
 

5. Penggunaan alat solek atau penjagaan muka non-comedogenic supaya tidak berlaku iritasi ataupun alergi pada kulit. 

6. Membuat rujukan kepada pakar dermatologi tentang cara membuang bintik hitam tanpa meninggalkan kesan parut.
 

7. Elakkan menyentuh muka tanpa memastikan tangan itu bersih terdahulu. Ini kerana tangan merupakan anggota badan yang paling banyak mempunyai bakteria.
 

8. Jangan sesekali memicit jerawat kerana ianya boleh meninggalkan kesan parut.

9. Amalkan permakanan seimbang. Kurangkan pengambilan makanan manis dan berlemak.  Lebihkan sayuran dan buah.

10. Sentiasa melakukan proses detox, sekurang-kurangnya sekali seminggu

11. Melakukan senaman. Senaman juga merupakan salah satu cara/ proses detox.

12. Pengambilan supplemen untuk mengelakkan jerawat.

Shaklee juga ada menyediakan supplemen untuk menggelak atau merawat jerawat iaitu Set Kecantikan Kulit Shaklee yang terdiri daripada Vitamin C, Vitamin E dan B Complex.

Untuk penjagaan luaran pulak, bolehlah menggunakan Set Skin Care Enfuselle.


Untuk mendapatkan Set Kecantikan Kulit Shaklee dan Set Skin Care Enfuselle bolehlah Pm/sms/whatsapp 012 3945670 (Kak Izzah) dan konsultansi percuma secara ekslusif akan di berikan 

TAMPIL SIHAT DAN CANTIK 
Anda Adalah Keutamaan Kami.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...