Friday 3 October 2014

Petua Mengatasi Jeragat


Petua-petua Semulajadi Untuk Mengatasi JERAGAT


1. Kulit Pisang



Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkannya selama 5 - 10 minit dan bersihkan muka dengan air bersih

2. Putih Telur


Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih

3. Daun Sirih Muda


Kutip beberapa helai daun sirih muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai daun dan gosok di sekitar tempat jeragat tersebut

4. Daun Betik, Beras & Kulit Kayu Manis


Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah ia kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air agak-agak boleh di dikisar (jangan terlalu banyak) bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh muka anda dan biarkan ia kering lebih kurang 15 - 20 minit. Kemudian lembabkan muka, gosok (seperti scrub) dan cuci. Bagi mendapatkan kesegaran, cuci muka anda dengan air suam

5. Hampas Kelapa


Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka anda. Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. 

6. Kunyit Hidup, Tepung Ubi, Putih Telur & Limau Purut/ Nipis


Ambil sedikit kunyit hidup, sedikit tepung ubi, sebiji telur (ambil putih telur sahaja) dan sebiji limau purut/ nipis. Tumbuk kunyit hidup lumat dan campurkan dengan tepung ubi dan putih telur. Kacau sehingga sebati bersama perahan air limau. Sapukan pada kulit muka yang berjeragat selama 25 minit sebelum di cuci

7. Supplemen



Pengambilan Supplemen seperti Vitamin C, Collagen, ESP dan GLA, untuk ketahui lebih lanjut klik DI SINI
Itulah antara petua-petua semulajadi yang boleh di amalkan. Kenalah amalkan secara konsisten jika ingin melihat hasilnya.
Untuk mendapatkan Supplemen Shaklee bolehlah Pm/sms/whatsapp 012 3945670 (Kak Izzah) dan konsultansi percuma secara ekslusif akan di berikan 


TAMPIL SIHAT DAN CANTIK 
Anda Adalah Keutamaan Kami




2 comments:

  1. ni pilih ke atau kena buat semua..?

    ReplyDelete
  2. salam zulhilmitempoyak, boleh pilih mana satu yang berkenan di hati...:-)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...