Sunday 11 August 2013

Supplemen Shaklee Untuk Darah Tinggi

Assalamualaikum,

Sekarang ramai betul mereka yang terkena penyakit yang satu ini, iaitu darah tinggi atau panggilan saintifiknya Hypertension. Saya pun suatu ketika dahulu pernah terkena penyakit darah tinggi ni, mungkin di sebabkan kegemukan...sebb lepas mengamalkan diet dan berat badan pun turun di samping cuba mengawal tekanan sekeliling..alhamdulillah sekarang dah takde lagi..




APA ITU DARAH TINGGI/HYPERTENSION

Hypertension merujuk kepada tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa.Tekanan darah adalah kekuatan darah mengalir di dinding pembuluh darah yabg keluar dari jantung (pembuluh arteri) dan yang akan kembali ke jantung (pembuluh balik) Berikut adalah bacaan yang menentukan samada kita terkena penyakit darah tinggi atau tidak
 

Bacaan tekanan darah terbahagi kepada dua iaitu sistolik dan diastolik.
Sistolik adalah bacaan bacaan tekanan darah yang terjadi bila otot jantung berdenyut mengepam untuk mendorong darah keluar melalui arteri
Diastolik pula adalah bacaan tekanan darah bilamana otot jantung berehat membiarkan darah kembali masuk ke jantung.

Walaubagaimanapun tekanan darah akan berubah-ubah mengikut keperluan badan dan keadaan semasa. Ia juga di pengaruhi oleh aktiviti fizikal dan gangguan emosi. Biasanya tekanan darah akan meningkat di pagi hari dan akan lebih rendah ketika kita tidur atau berehat.

PUNCA TEKANAN DARAH TINGGI

  • Cara hidup yang tidak aktif
  • Umur yang melebihi 35 tahun
  • Kegemukan
  • Paras kolesterol tinggi
  • Faktor keturunan 
  • Pengambilan alkohol dan merokok
  • Pengambilan garam yang berlebihan
  • Ubat-ubatan seperti steroid dan ubat anti radang
  • Penyakit buah pinggang

TANDA-TANDA ANDA TERKENA DARAH TINGGI

  • Sebahagian besar tidak menunjukkan sebarang tanda yang anda terkena penyakit darah tinggi (silent killer)
  • Sakit kepala
  • Jantung berdebar-debar
  • Mudah lelah
  • Penglihatan menjadi kabur
  • Wajah memerah
  • Hidung berdarah
  • Sering buang air kecil, terutama di malam hari
  • Telinga berdesing
  •  Dunia terasa berputar/pitam
 Jika terdapat tanda-tanda di atas, adalah sebaiknya jika anda melakukan pemeriksaan tekanan darah samada di klinik atau sendiri (menggunakan mesin pengukur tekanan darah).

KESAN PENYAKIT DARAH TINGGI/HYPERTENSION

Disebabkan oleh tekanan darah yang tinggi boleh menyebabkan risiko penyakit-penyakit berikut

  • Stroke
  • Anerisma
  • Kegagalan jantung
  • Serangan Jantung
  • Kegagalan buah pinggang


Walaubagaimanapun, kita mempunyai pelbagai kaedah untuk mengawal tekanan darah tinggi, salah satu daripadanya adalah dengan pengambilan supplemen.

Vitamin Shaklee yang disarankan kepada penghidap darah tinggi:-
  • Vitamin Asas iaitu Vitalea, B Complex dan Vita-C –> membekalkan sokongan yang diperlukan oleh sistem imun badan untuk melawan sebarang kesan jangkitan dan mengekalkan kesihatan kardio-vaskular.
  • Carotomax, Vita-C dan Vita-E –> gabungan nutrien antioksidan penting untuk mengurangkan risiko penyakit yang terhasil daripada aktiviti radikal bebas.
  • Omega Guard –> merendahkan paras kolesterol tidak baik dan meningkatkan fungsi jantung
  • Garlic Complex –> mengawal jangkitan, menurunkan tekanan darah, menurunkan kolesterol dan memelihara kesihatan selular.
Credit: vitaminsemulajadi.com

 Hubungi saya untuk mendapatkan konsultansi dan gift secara percuma...;-)


 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...