Tuesday 8 October 2013

10 Perkara Yang Merosakkan Otak

Otak adalah anugerah Illahi yang amat berharga dan sudah semestinya perlu untuk kita menjaga anugerah itu. Walaubagaimanapun terdapat beberapa perkara yang boleh merosakkan otak kita.

  1. Tidak Mengambil Sarapan Pagi - Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga, iaitu sebanyak 25% daripada keperluan tenaga. Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Banyak sel-sel otak akan mati dan keseluruhan  akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut. Walau sesibuk mana sekalipun kita sarapan pagi perlulah di ambil, terutamanya bagi anak-anak yang sedang belajar. Anda boleh mencuba MealShake Shaklee, pengganti sarapan yang mudah disediakan, banyak khasiat dan sedap (perisa vanilla french)
  2. Terlebih Makan - Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin baik. Makan berlebihan menyebabkan banyak darah di alirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan, menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak. Ini mengakibatkan mengantuk, malas dan hilang daya fokus
  3. Merokok- Asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel-sel otak
  4. Mengambil Gula Berlebihan - Gula yang berlebihan dalam badan boleh menganggu penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak yang sihat
  5. Menghidu Udara Yang Tercemar - Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Menghidu udara tercemar menyebabkan kerosakan sel-sel otak. Berkawan dengan perokok juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang sangat merbahaya kepada otak
  6. Tidur Yang Berlebihan - Tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita. Namun tidur yang berlebihan akan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang
  7. Tidur Dengan Menutup Muka - Tidur sambil meniarap dan menekup muka ke bantal atau menutup dengan buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan di sedut semula semasa bernafas. Ini boleh menyebabkan otak berkurangan oksigen
  8. Kurang Berimaginasi - Berfikir merupakan satu cara yang baik untuk mengasah otak kita. Kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun
  9. Jarang Berfikir - Jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembap dan tidak aktif. Maka, selalu berfikir akan melatih otak kita bekerja dan meningkatkan keupayaan otak kita
  10. Tidak Membaca Al Quran - Al Quran merupakan kalimah-kalimah Allah S.W.T. Membacanya akan memberi manafaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya daripada rosak. Tidak membaca Al Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dangkal.

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...