Monday 21 October 2013

SAKIT JANTUNG DI KALANGAN WANITA





Penyakit jantung biasanya sinonim dengan kaum adam. Walaubagaimanapun berdasarkan kajian baru-baru ni, penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu wanita di dunia ini, bukanlah kanser payu dara atau kanser rahim. Menurut Persekutuan Jantung Dunia seramai 17.3 juta orang meninggal dunia setiap tahun akibat penyakit jantung yangmana 8.6 juta daripadanya adalah wanita.
Statistik di Amerika Syarikat sejak 1984 menunjukkan lebih ramai wanita yang maut setiap tahun akibat sakit jantung berbanding lelaki.



Tanda-tanda Sakit Jantung Di Kalangan Wanita
  • Kepala - Rasa Pening Melayang
  • Tangan Belakang Rahang, Leher Dan Bahu - Sakit, tidak selesa dan rasa kebas
  • Paru-paru - Sukar untuk bernafas
  • Dada - Sakit, Tekanan, tidak selesa atau rasa sesak
  • Kulit - Peluh Dingin
  • Penat - merasa amat mudah penat, kadang-kadang beberapa hari hingga berminggu-minggu sebelum berlaku serangan jantung
  • Pedih ulu hati, batuk, jantung berdebar-debar atau hilang selera makan.
Jika terdapat tanda-tanda seperti di atas, elokkan jika anda berjumpa dengan pakar perubatan dengan segera.


Faktor Penyumbang kepada Penyakit Jantung

Terdapat 2 faktor iaitu

  1. Faktor yang boleh di ubahsuai - di sebabkan oleh faktor bangsa dan budaya iaitu dari segi pemakanan dan gaya hidup
  2. Faktor yang tidak boleh di ubahsuai - faktor keturunan, usia, jantina dan bangsa

Faktor yang boleh di ubahsuai
  • Penyakit Darah Tinggi, Diabetes atau Kencing Manis
  • Tahap kolesterol yang tinggi atau yang tidak normal untuk mengurangkan kolesterol dalam badan kita hendaklah bersenam dan boleh juga mengamalkan pengambilan supplemen Shaklee
  • Kegemukan atau obesiti
  • Gaya hidup yang tidak sihat, tidak bersenam dan makan makanan yang tidak sihat
  • Merokok
Rawatan Dan Pencegahan
  1. Mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat
  2. Kurangkan berat badan dengan menjaga pemakanan, penggambilan supplemen dan bersenam
  3. Pemeriksaan Jantung seawal umur 35 tahun setiap tahun, tetapi bagi mereka yang mempunyai risiko yang tinggi seperti risiko keturunan, penyakit seperti kencing manis atau darah tinggi perlulah melakukan pemeriksaan yang lebih awal\
  4. Hentikan merokok (kepada perokok), di dalam rokok mengandungi lebih kurang 4,000 kimia yang boleh menyebabkan raksi tindak balas dalam dinding pembuluh darah iaitu proses ' atherosclerosis-pengerasan saluran darah pada bahagian keledak lemak
Rawatan
  1. Dengan ubat-ubatan bergantung kepada keperluan pesakit
  2. Pembedahan pintasan jantung ataupun angioplasti
Wanita yang sudah putus haid merupakan golongan yang paling perlu berhati-hati kerana hormon estrogen (hormon yang boleh mencegah daripada ancaman sakit jantung) akan mulai hilang apabila putus haid.

Golongan wanita berdepan dengan penyakit jantung 10 hingga 15 tahun lebih lewat daripada golongan lelaki.

Oleh sebabkan itu, jagalah Jantung anda bermula dari sekarang...sayangilah diri anda...sayangilah keluarga anda....

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...