Thursday 12 December 2013

Faktor Susah Hamil


Setiap pasangan yang telah mendirikan rumahtangga pasti ingin cahayamata untuk menyerikan rumahtangga yang telah di bina. Walaubagaimanapun, ada juga yang telah mendirikan rumahtangga sekian lama masih belum di kurniakan cahayamata.

Kajian yang di buat menyatakan di kalangan pasangan suami isteri yang subur, hanya 25% yang berjaya hamil setelah percubaan pertama, manakala 75% lagi perlu mencuba beberapa kali untuk hamil. Berikut adalah antara faktor-faktor yang menyebabkan pasangan suami isteri susah hamil:

Usia Wanita
Tahap kesuburan seseorang wanita makin menurun seiring dengan peningkatan usia wanita tersebut. Tahap kesuburan wanita mula menurun apabila mereka berusia 30 tahun dan semakin berkurangan dari tahun ke setahun.

Usia dan Tahap Kesihatan Lelaki
Tahap kesuburan lelaki juga berkurangan apabila usia meningkat di samping tahap kesihatan lelaki tersebut. Walaubagaimanapun tahap kesuburan kaum lelaki tidaklah menurun secepat wanita, biasanya tahap kesuburan lelaki bermula seawal umur 40 tahun.

Gaya Hidup
Gaya hidup seseorang juga mempengaruhi keupayaan seseorang untuk hamil. Faktor pemakanan, senaman, tahap stress yang di alami, tabiat tidur , merokok dan lain-lain lagi akan mempengaruhi tahap kesuburan seseorang. Untuk memastikan anda untuk berjaya hamil hendaklah betul-betul menjalani gaya hidup yang sihat, tidak merokok, minum minuman keras, tidur yang cukup, makanan yang seimbang dan bersenam.

Stress Yang Melampau
Stress yang melampau beleh menyebabkan peluang anda untuk hamil tipis. Olehkerana itu hendaklah kita hindari dari stress yang melampau dengan cara mengamalkan zikir, solat sunat dan mengaji quran.

Pakaian
Bagi lelaki, pemakaian seluar yang ketat boleh menyebabkan sperma yang di hasilkan kurang & tidak subur berbanding mereka yang memakai seluar yang longgar.

Masalah Hormon
Sesetengah wanita tiada masalah untuk hamil, tetapi mereka tidak mampu menghasilkan hormon progesterone yang mencukupi bagi mengekalkan kehamilan. Oleh itu, sekiranya anda risau tentang kemungkinan ada masalah hormon ataupun masalah fizikal yang menyukarkan kehamilan, segeralah berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.

Pengambilan Kafein
Sekiranya anda mengambil lebih daripada satu atau dua cawan kopi setiap hari, anda sebenarnya mengurangkan keupayaan diri untuk hamil. Ada kajian mendapati bahawa jumlah kafein yang ada dalam tubuh boleh menganggu kemampuan telur untuk melekat dalam uterus

Berat Badan Yang Berlebihan
Wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan akan menyebabkan kelebihan hormon estrogen, yang menyebabkan ovulasi yang tidak teratur dan meningkatkan risiko keguguran. Lelaki yang berlebihan berat badan juga akan melemahkan sperma dan jumlah sperma juga mungkin akan berkurang.

Akan tetapi jika setelah beberapa bulan berkahwin dan anda masih belum hamil, adalah lebih baik untuk anda berjumpa dengan pakar untuk menjalani pemeriksaan lebih lanjut. Shaklee juga ada menyediakan Set Subur untuk memberi lebih peluang untuk anda hamil. Ramai yang telah mendapat berita yang menggembirakan setelah mengamalkan Set Kesuburan Shaklee. Kita hendaklah berusaha untuk mendapatkan sesuatu dengan izin Allah. InsyaAllah.

Untuk mendapat Set Kesuburan Shaklee dan konsultansi percuma bolehlah pm/sms/whatsapp 012 3945670 (Izzah). InsyaAllah saya akan cuba membantu anda.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...