Friday, 5 September 2014

Bermasker Dengan ESP & Vitamin E Shaklee

Assalamualaikum....

Harini terasa penat sangat....maklumlah seharian duk settlekan order dan anak-anak. Balik nak kena masak lagi (walaupun penat), itulah pengorbanan seorang ibu.

Masuk jah dapur akak terpandangkan ESP & barang2 Shaklee yang lain. Duk terfikir ni kalau buat masker sendiri ni best gak. Oklah nanti dah habis masak kita bermasker lak. Harini akak masak simple2 jah untuk suami & anak2, ikan singgang, goreng telur & budu...tapi simple2 pun bertambah diaorang. 

Masker ESP & Vitamin E

Senang jah nak buat ni...

Barang yang kena ada





  1. ESP
  2. Vitamin E
  3.  Air
Mula-mula Kapsul Vitamin E tu hendaklah di cucuk dengan jarum supaya boleh keluar minyak & Vit E tu, lepas tu picitkan sikit ke dalam bekas. Ambik suku sudu besar ESP di masukkan dalam Vit E tadi & campur sedikit dengan air. Gaulkan hingga sebati, jangan pekat sangat jangan cair sangat. (biar senang sapu & melekat kat muka)




Lepas tu bolehlah tepek kat muka & biarkan 15 minit - 30 minit ke...atau nak biarkan sampai esok pagi. Lepas tu bolehlah cuci dengan air sampai bersih


Lepas dah cuci muka terasa lembut & moist sangat. Boleh jugak hilangkan parut2 kat muka tu jika selalu di amalkan.

Nie antara kebaikan ESP & Vitamin E Shaklee

Kebaikan ESP

  •  Di lengkapi dengan unsur kalsium untuk elakkan kerapuhan tulang kerana serbuk soya yang bersifat keasidan
  • Membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam
  • Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan
  • Membantu menjadikan kulit lebih berseri dan menganjalkan kulit/awet muda kerana protein penting untuk kulit
  • Merangsang regenerasi kulit, otot dan mengurangkan kedutan
  • Memberi ton warna kulit yang sekata
  • Membantu menghilangkan parut jerawat di muka
  • Protein yang lengkap (mengandungin 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan)
  • Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral
  • Rendah lemak tanpa kolesterol
  • Diproses pada kadar suhu rendah dan menjaga kualiti protein yang tinggi
  • Di proses menggunakan air bukannya alkohol untuk memelihara kandungan isoflavone
  • Protein soya (tumbuhan) lebih mudah di hadam berbanding protein haiwan
  • Membantu mengurangkan risiko kanser
  • Bertindak sebagai antioksidan
  • Menguatkan sistem imun tubuh
  • Mempertingkatkan tahap kolesterol baik
  • Memelihara kesihatan jantung
  • Membaiki pigmentasi - membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, pigmentasi, kedutan dan kesan tua
  • Membaiki memori - meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan
  • Pembekal tenaga - membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan
  • Baik untuk hormon - kacang soya kaya dengan isoflavones
  • Membantu merendah paras kolesterol
  • Mencegah osteoporosis
  • Membantu pembentukan sel-sel baru
  • Membantu menyembuhkan gastrik
  • Memberi kekenyangan, sesuai untuk diet menguruskan badan
  • Mempercepatkan proses pemulihan luka selepas pembedahan
Kebaikan Vitamin E Shaklee
  •  Melindung Jantung - Pengambilan 800IU sehari vitamin E mampu melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan kolesterol HDL (kolesterol baik), mengurangkan tekanan darah, menghalang platelet darah melekat pada dinding arteri, menghalang anemia hemolitik dan lain-lain
  • Mempertingkatkan  Kemampuan Reproduktif - lelaki yang mengambil 600IU - 800IU sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka
  • Anti-Penuaan - 1 kapsul sehari mampu membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, acne dan bintik penuaan. Ia juga mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha
  • Anti-Oksidan yang Kuat - Pengambilan lebih dari 1,200IU sehari untuk anti oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas
  • Memperbaiki Masalah Oksidasi - katarak dan masalah penglihatan
  • Kelestarian Lelaki - Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih banyak
  • Memperbaiki Arthritis - Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos dan sakit sendi
  • Menghalang Keguguran - Merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom prahaid dan sindorm menopaus. Di gunakan pada ujian klinikal untuk menghalang kematian janin dan keguguran
  • Memperbaiki Parut - Memperbaiki bengkak dan ulser kulit dan boleh di sapukan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut 

Bestkan...Supplemen Shaklee ni ada sesetengahnya bukan sahaja boleh di makan, boleh di buat rawatan luaran jugak.

Kalau anak2 akak ada luka2 ke, akak cuma sapu Vitamin E, luka cepat jah sembuh & tak tinggalkan parut pun. Alhamdulillah.

Selain dari ESP dan Vitamin E. Sustained Release Vitamin C Shaklee pun boleh jugak di buat masker. Tak yah dah nak cucuk-cucuk Vitamin C muka tu..sapu jah Vitamin C Shaklee.

Agak-agak kalau malas nak bancuh ESP & Vitamin E, boleh jah sapukan Vitamin E sahaja kat muka dan biarkan 15-30 minit pastu bersihkan. Senangkan...

Untuk mendapatkan Produk Shaklee bolehlah Pm/sms/whatsapp 012 3945670 (Kak Izzah)
dan konsultansi secara ekslusif akan di berikan

Anda Adalah Keutamaan Kami.






Wednesday, 3 September 2014

Apa Itu Kolesterol

Assalamualaikum...

Sekarang kita di hidangkan dengan pelbagai jenis makanan yang berkolesterol tinggi seperti nasi lemak, roti canai dan bermacam lagi. Makanan seperti inilah yang menyebabkan masalah kolesterol yang tinggi di dalam salur darah.

Di anggarkan bahawa satu daripada tiga orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi dan kebanyakan daripada mereka tidak menyedari bahawa mereka mempunyai paras kolesterol yang tinggi.

Jika anda mempunyai kadar kolesterol yang tinggi anda berisiko untuk
  • serangan jantung meningkat sebanyak 15.6%
  • serangan ahmar meningkat sebanyak 11%
  • penyakit darah tinggi
  • penyakit hati berlemak
  • masalah ketidakseimbangan hormon
Apa itu Kolesterol

Kolesterol merupakan bahan lemak yang terdapat dalam salur darah dan kesemua sel badan. Ia merupakan komponen tubuh yang penting  untuk pembentukan sel membran, hormon, hempedu dan tisu-tisu lain dalam badan.

Jenis-jenis Kolesterol



Terdapat dua jenis kolesterol utama dalam darah

      1. LDL (Lipoprotein Ketumpatan Rendah)
  • di kenali sebagai kolesterol jahat kerana paras Kolesterol LDL yang terlalu tinggi dalam darah boleh membentuk sejenis bahan melekit (plak) dalam saluran darah anda. Plak ini akan menyumbatkan saluran darah dan menyekat aliran darah, seperti yang berlaku semasa serangan jantung atau angin ahmar
      2. HDL (Lipoprotein Ketumpatan Tinggi)
  • di kenali sebagai kolesterol baik kerana ia membantu mengangkut kolesterol dari salur darah balik ke hati untuk di singkirkan. Dalam erti kata lain, HDL berperanan  untuk membersih saluran darah

Cara Untuk Merendahkan Paras Kolesterol
  •  Amalkan pemakanan seimbang, rendah lemak tepu dan tinggi serat larut
  • Bersenam dengan lebih kerap
  • Turunkan berat badan
  • Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan penambahan Fitoserol ke dalam diet harian

Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan pengambilan kolesterol tidak melebihi 300mg sehari. Akan tetapi bagi mereka yang menghidap penyakit jantung pengambilan kolesterol di hadkan kurang daripada 200mg sehari.

Walaubagaimanapun pengambilan kolesterol oleh rakyat Malaysia biasanya melebihi dari 300mg sehari. Contohnya:


Sarapan Pagi
Roti Canai
Kandungan Kolesterol : 350mg

 Makan Tengahari
Nasi Lemak
Kandungan Kolesterol : 213mg

Makan Malam
Kuew Teow
Kandungan Kolesterol : 235mg

Tengokk...Pengambilan Kolesterol anda sebanyak 798mg...hampir tiga kali ganda lebih dari pengambilan yang di syorkan...fuhhh...

Phytocol-ST Shaklee di reka khusus untuk menurunkan paras kolesterol di dalam salur darah anda. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Phytocol-ST Shaklee bolehlah klik di SINI.

Turunkan Paras Kolesterol Dengan Phytocol-ST



Apa itu Phytocol-ST Shaklee

Phytocol-ST Shaklee adalah formula proprietari yang membekalkan 2,000mg Fitosterol setiap hari. 



Salah satu cara untuk menurunkan paras kolesterol dalam salur darah adalah dengan mengambil Fitosterol dalam diet harian kita, ia di syorkan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH).  

Apa Itu Fitosterol

 Fitosterol (dirujuk sebagai sterol dan sterol tumbuhan) wujud secara semulajadi dalam kandungan yang sedikit dalam sumber makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, biji-bijian dan minyak sayuran.  

Bagaimana Fitosterol Bertindak



Struktur Fitosterol adalah hampir sama seperti kolesterol. Dengan pengambilan Fitosterol ia akan bersaing dengan kolesterol untuk tapak penyerapan dalam sistem penghadaman. Hasilnya, penyerapan kolesterol di halang dan akan di singkirkan keluar bersama-sama Fitosterol. Ini bermaksud, apabila anda mengambil lebih banyak Fitosterol, maka semakin kurang kolesterol yang dapat di serap oleh tubuh dan semakin tinggi peluang untuk anda menurunkan paras kolesterol. 

Kita memerlukan 2,000mg Fitosterol dalam diet harian untuk membantu menurunkan paras kolesterol secara semulajadi. Untuk mendapatkan 2,000mg Fitosterol melalui makanan harian yang anda makan adalah bersamaan dengan;


 200 biji lobak merah



70 keping roti gandum 


425 biji tomato 

Banyakkan...larat ke kita nak makan semua tu untuk sehari. Rasanya tak sanggup... Dengan pengambilan 4 biji Phytocol-ST kita dapat memperolehi khasiat 2,000mg Fitosterol.

Untuk mendapatkan Phytocol-ST Shaklee bolehlah Pm/sms/whatsapp 012 3945670 (Kak Izzah)
dan konsultansi secara ekslusif akan di berikan

Anda Adalah Keutamaan Kami.

Thursday, 28 August 2014

New HQ Sunway Pinnacle

Assalamualaikum, Lama betul rasanya tak bersiaran, 27 hb Aug baru ni akak berkesempatan untuk melawat ofis baru Shaklee kat Bandar Sunway. Dapat notis dari Shaklee yang HQ di Empire Subang akan di tutup bermula 23 Aug 2014 dan HQ baru akan di buka di Bandar Sunway kat Sunway Pinnacle bermula 25 Aug 2014.
Yang bestnya kat tempat baru ni siap ada playground untuk anak2 bermain. So takdelah diaorang rasa bosan bila terpaksa menunggu mama diaorng bershopping. Bila dapat tahu ada playground rasa excited sangat nak gi buat lawatan. Sampai2 jah first thing kauorang akan jumpa pintu masuk dan kaunter membeli (senanglah keje akak macamni)
Dah setel shopping, time utk jejalan lawat kawasan lak...masyaAllah besarnya, siap ada bilik untuk buat discussion lagi. Macamni dah tak pening dah nak cari tempat untuk coaching anak2 buah. Dari tempat santai kita boleh menjamu mata tengok Sunway Lagoon lagi. Memang bestlah ofis baru ni...Ni akak sertakan beberapa keping gambar untuk tatapan kauorang semua.
# tapi walau macamanapun Empire Shaklee tetap di hatiku...kat situlah akak mula mula bertapak...:-)

Tuesday, 8 July 2014

Gastrik DI Bulan Puasa

Dah hampir ke penghujung bulan ramadan dah kita. Tak lama lagi nak sambut syawal, hari kemenangan umat islam di seluruh dunia. Tetapi dunia di kejutkan dengan berita yang amat menyedihkan, yang mana kapal terbang MAS MH17, telah di tembak jatuh di Ukraine pada 17/7/2014....seramai 298 telah terkorban didalam kejadian tu, termasuk 48 rakyat malaysia. Terkedu akak apabila mendapat berita berkenaan nahas tu, waktu tu bangun utk bersahur, hubby bagitau yg kapal terbang MAS terhempas...Ya Allah betul ke ni...baru jah kita di kejutkan dgn berita kehilangan pesawat MH370, sekarang MH17 pulak. Marilah kita sama2 sedekahkan Al Fatihah untuk mangsa MH370 & MH17 yang beragama islam, moga roh mereka di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan mereka yang beriman. Dan moga Allah memudahkan proses pencarian MH370 & tindakan di ambil ke atas mereka yang menembak jatuh MH17. Dah hujung2 ramadan ni, makin lemaulah kita ya...akak pun baru 2-3 hari ni di serang gastrik yang teruk jgklah...muntah2 dan sakit perut yang teramat. Nie gara2 berbuka puasa tak ingat, semua jenis makanan di bedalnya...tak kisahlah makanan tu berangin atau tak, semuanya nak masuk perut (nafsu2...). Lepas sehari tak larat bangun, akak minum ESP & Performance drink, alhamdulillah sakit perut memulas dah makin berkurangan...so sapa2 yang mengalami gastrik tu bolehlah amalkan Set Gastrik Shaklee. InsyaAllah kita akan dapat rasa perubahannya.

Monday, 16 June 2014

Dehidrasi

Assalamualaikum,

Tak lama lagi bulan Ramadan akan menjelma....biasanya kalau dah nak masuk bulan Ramadan ni, cuaca selalunya akan jadi panas terik. Badan pun selalu berpeluh terutama sekali bagi mereka yang sentiasa di luar rumah. Jadi pastikan anda minum air yang secukupnya untuk menggelakkan terjadinya Dehidrasi. 




Apa itu Dehidrasi

Dehidrasi adalah gangguan dalam keseimbangan cairan ataupun air yang terdapat pada tubuh. Yang mana apabila pengeluaran air atau cairan lebih banyak daripada pemasukan cairan. Kehilangan cairan tubuh disertai dengan adanya gangguan keseimbangan pada zat elektrolit tubuh. Dehidarasi terjadi apabila badan;

    ♥ Kekurangan zat natrium
    ♥ Kekurangan air
    ♥ Kekurangan natrium dan air. 

Terdapat beberapa tahap dehidrasi iaitu;

Dehidrasi Ringan
Dehidrasi ringan adalah apabila badan kehilangan cairan antara 2-5% dari berat badan. Antara tanda-tanda dehidrasi ringan adalah seperti mulut dan bibir kering, kulit mengering, denyut jantung meningkat, kering tekak dan sakit kepala.

Dehidrasi Sedang
Dehidrasi Sedang adalah apabila badan kehilangan cairan sekitar 5% dari berat badan. Tanda-tanda dehidrasi sedang antara lainnya adalah seperti mengantuk, pitam, otot menjadi lemah, mata kering, haus, air kencing yang sedikit dan pekat, silau bila melihat cahaya dan suhu tubuh meningkat.

Dehidrasi Berat
Dehudrasi Berat adalah apabila badan kehilangan cairan sekitar 8% dari berat badan. Antara tanda d-tanda dehidrasi berat yang lain adalah apabila urine berwarna kuning gelap, hipertensi, badan menjadi dingin, cramp otot, tubuh badan menjadi agak lemah, lidah menjadi bengkak, mata cekung, menggigil, penurunan fungsi ginjal, kulit menjadi kering, pitam @ pengsan.

Penyebab Dehidrasi

1. Muntah, kerana muntah dapat menghilangkan cairan dalam tubuh dalam jumlah besar.
2. Olahraga yang berlebihan yang tidak di seimbangi dengan pengambilan air yang mencukupi
3. Sinar panas cahaya matahari.
4. Diet yang ketat
5. Pengambilan ubat-ubatan dalam jangka masa yang lama

Berikut antara tanda-tanda anda di serang dehidrasi

1. Mulut kering dan lidah bengkak

Mulut kering dan lidah menjadi sedikit bengkak adalah signal tubuh mengalami dehidrasi. Cara terbaik untuk menghindari dehidrasi adalah minum ketika haus. Tapi jika sudah minum masih ada tanda-tanda dehidrasi, mungkin ada penyebab yang lain

2. Urine berwarna kuning pekat

Jika tubuh mengalami dehidrasi, ginjal akan cuba menghentikan produksi urine. Akibatnya urine akan berwarna menjadi lebih gelap atau kuning pekat.

3. Sembelit (sukar buang air besar)

Ketika tubuh cukup air, makanan yang dimakan akan bergerak bebas. Usus besar (kolon) akan menyerap air dari makanan yang dimakan dan kemudian akan di keluarkan melalui sistem perkumuhan

Apabila ketika mengalami dehidrasi, sisa kumuhan akan menjadi keras dan kering. Hasilnya adalah sembelit.

4. Kulit menjadi kurang elastik

Dalam keadaan normal, jika kita mencubit kulit di tangan dan dilepaskan ia akan kembali menjadi normal. Akan tetapi ketika kulit mengalami dehidrasi, apabila kulit dicubit dan dilepaskan akan lambat menjadi normal.

5. Jantung Berdebar-debar

Jantung memerlukan tubuh badan yang sihat dan normal untuk berfungsi dengan elok. Jika terjadi penurunan aliran darah dan perubahan kadar elektrolit di sebabkan dehidrasi, biasanya jantung akan berdebar-debar.

6. Cramp otot atau Kejang-kejang
Meski belum diketahui pasti bagaimana dehidrasi mempengaruhi fungsi otot tapi di katakan berkait rapat dengan ketidakseimbangan elektrolit. Elektrolit seperti natrium dan kalium adalah ion  yang membuat otot bekerja.

7. Pening @ Pitam

Dehidrasi juga bisa menyebabkan pening  atau pitam. Salah satu tanda-tanda dehidrasi adalah tubuh merasa melayang ketika bangun dari posisi duduk atau tidur.

8. Lelah

Dehidrasi kronis akan membuat tekanan darah rendah dan kurang pengaliran oksigen ke jantung. Tanpa oksigen yang cukup, otot dan fungsi saraf akan bekerja lambat sehingga kita mudah lelah.

9. Air mata kering

Air mata digunakan untuk membersihkan dan membasahi mata. Jika cairan di tubuh kurang, boleh membuatkan pengaliran air mata terhenti.

10. Badan selalu merasa kepanasan

Air memainkan peranan penting dalam pengawalan suhu tubuh. Ketika tubuh mulai panas kulit akan mula berpeluh. Dengan berpeluh, suhu tubuh akan turun semula. Saat mengalami dehidrasi, tubuh akan berhenti mengeluarkan peluh yang mana akan membuat badan mula merasa kepanasan.

Bagi mereka yang mengalami dehidrasi dan ingin menggelakkan diri dari terkena dehidrasi eloklah mengambil minuman isotonik seperi Performance Drink Shaklee.

 

Thursday, 12 June 2014

Merawat Ekzema dengan Set Ekzema Shaklee

Assalamualaikum....

Hari ini akak nak bercerita pasal ekzema pulak...Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia.


Kesan penyakit ini pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala, manakala pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku.


Penyakit ini boleh dihidapi pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik (diwarisi dari ibu bapa).

Untuk meredakan kesakitan/kegatalan akibat Ekzema ini, bolehlah mengamalkan pengambilan Set Ekzema Shaklee seperti berikut;




Bagi bayi yang berumur kurang dari 1 tahun

Ibu yang menyusu bolehlah mengambil ESP dan Omegaguard, khasiat supplemen ini akan di salurkan melalui susu ibu kepada bayi tersebut.
  • ESP berfungsi untuk membaiki sel-sel kulit yang rosak 
  • Omegaguard membantu menguatkan membran sel kulit dan mencegah keradangan dan mengurangkan kegatalan kulit 
  • Herb blend dan Vitamin E adalah untuk kegunaan luaran, bolehlah di sapukan di bahagian yang gatal. Ia adalah untuk merawat luka, merawat parut dan mengurangkan kerengsaan kulit

Bagi Kanak-kanak yang berumur 1 tahun ke atas
  • Omegaguard membantu menguatkan membran sel kulit dan mencegah keradangan dan mengurangkan kegatalan kulit 
  • Mealshake merupakan multivitamin yang membantu membaiki kulit yang rosak dan memudarkan parut
  • Herb blend dan Vitamin E adalah untuk kegunaan luaran, bolehlah di sapukan di bahagian yang gatal. Ia adalah untuk merawat luka, merawat parut dan mengurangkan kerengsaan kulit
Bagi Orang Dewasa
  • ESP berfungsi untuk membaiki sel-sel kulit yang rosak 
  • Omegaguard membantu menguatkan membran sel kulit dan mencegah keradangan dan mengurangkan kegatalan kulit 
  • Vitamin E membantu merawat sel kulit yang rosak dan juga memudarkan parut. Boleh di makan dan di sapu pada bahagian kulit yang bermasalah
  • Alfalfa pula menyahtoksin dalam badan dan menguatkan sistem dalaman badan
Selain daripada pengambilan Supplemen di atas, pesakit ekzema juga perlulah
  1. Menyapu krim/losyen seperti herb blend pada setiap masa untuk mengelakkan kulit dari menjadi kering dan gatal
  2. Mengambil permakanan yang berkhasiat
  3. Elakkan dari mengambil makanan yang gatal seperti seafood
  4. Jaga kebersihan diri
Berikan yang terbaik untuk keluarga anda, untuk mendapatkan Set Ekzema Shaklee bolehlah pm/sms/whatsapp/telegram 012 3945670 (kak izzah), setiap pembelian akan di berikan konsultansi secara ekslusif. 

ANDA ADALAH KEUTAMAAN KAMI

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...