Friday, 21 November 2014

Vitamin B Complex Shaklee

Vitamin B Complex Shaklee adalah vitamin yang mempunyai asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar serapan (bioavalilability) yang sangat tinggi dan berkualiti.

Vitamin B Complex


Vitamin B Complex Shaklee adalah yang terbaik kerana ia mengandungi kesemua 8 vitamin B iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotion sebagaimana di nyatakan di dalam RDA.

Vitamin B adalah vitamin larut air, yang mana sebarang lebihan tidak akan di simpan sebaliknya di singkirkan melalui sistem pencernaan. Oleh kerana itu adalah penting untuk kita mengambil Vitamin B Complex setiap hari.

Manafaat Vitamin B Complex


1. Menukar Makanan Kepada Tenaga

Vitamin B Complex membantu sistem penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan/ kelesuan

2. Melawan Tekanan

Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia

3. Membantu Tumbesaran

Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang

4. Masalah Rambut Beruban Dan Gugur

Membaiki masalah kuli kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut

5. Baik Untuk Mata

Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah ketarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian/ fokus

6. Mencegah Anemia

Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang pejalanan darah dalam badan, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut

7. Meredakan Sengugut

Baik untuk masalah sengugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit

8. Mencegah Perlcche

Di kenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah (glossitis) dan nafas berbau

9. Detoksifikasi

Meredakan alahan


Tanda-tanda Tubuh Kekurangan Vitamin B

  • sensitif
  • terlalu defensive
  • minda yang tertutup
  • keletihan
  • mudah marah
  • mudah merajuk
  • emosi yang tidak stabil
  • kemurungan
  • sembelit
  • mudah panik
  • darah gemuruh
  • kurang selera makan
  • kulit wajah nampak kusam

Siapa Yang Memerlukan Vitamin B Complex

  • Ibu yang menyusukan
  • Ibu yang hamil 
  • Ibu yang sedang berpantang 
  • Mereka yang inginkan kulit yang cantik dan sihat 
  • Mereka yang ingin mendapatkan anak
  • Mereka yang mengalami masalah migrain
  • Mereka yang mengalami alahan/eczema
  • Mereka yang mengalami masalah rambut 
  • Mereka yang ingin mengawal paras kolestrol 

Untuk mendapatkan Vitamin B Complex Shaklee anda bolehlah;

☏ Pm/sms/whatsapp :  012 3945670 (Kak Izzah) 

✉ Email : nurizzah7374@gmail.com

FB : Nur Izzah Samsudin

Fanpage : Lovelymamashop 

COD : Shah Alam, Klang, Bandar Sunway, Subang, Kota Kemuning, Bukit Kemuning, Jalan Kebun, Bukit Naga dan Kampung Jawa

Atau Untuk Beli Online Boleh Klik



Konsultansi percuma secara ekslusif akan di berikan dengan setiap pembelian.

TAMPIL SIHAT DAN CANTIK 
Anda Adalah Keutamaan Kami



Resepi Donut Gebu

Petang tadi, anak2 dara ni mengeluh kebosanan. Kakak Aliya ckp nak buat pancake, tapi susu tak delah pulak. Nak keluar beli malasnyalah. Hujan lebat lak tu. So untuk hilangkan kebosanan diaorang, akak suggest suruh buat donut. Google punya google jumpalah resepi donut gebu ni, dari blog akubukanchef...

So bermulalah aktiviti petang diaorang...dan inilah hasilnya...




Ni akak nak share resepi Donut Gebu 


Bahan-bahan 


3 cawan tepung gandum. Ayak dulu bagi tepung ringan. 
1 peket yis 
1 cawan air suam 
3 sudu besar susu pekat 
4 sudu besar gula 
1/2 sudu teh garam 
3 sudu besar mentega cair. 
Sebijik telur 

Cara Masak


Memula masuk gula dengan susu pekat dalam air suam. Bancuh sampai gula hancur. Masuk yis. Tunggu sampai yis hidup. Nak tau dia hidup ialah dia berbuih. Macam buih teh tarik tu. Lagi lama di biarkan dia berbuih lagi senang kembang donut kita. 

Dalam bekas lain, pukul sebijik telur. Pukul bagi sekata ja. Masuk dalam mentega cair. Kacau. Bila dah berbuih yis tu, campur mentega telur tu masuk dalam yis. Kacau. 

Ayak tepung, masuk garam. Masuk campuran yis. Uli adunan. Doh ni memang agak lembik. So bila nak uli tu sila buh tepung kat tangan. Lepas uli biar doh 45 minit. Doh akan kembang sekali ganda inshaallah. 

Pastu bentuk kan la ikut suka. Samada ikut acuan yang sedia ada atau buat bulat2 kecil. Lepas bentuk rehatkan lagi selama 5-10 minit. Goreng api sederhana. Jgn panas nanti donut rentung luar dalam tak masak. Nanti masa goreng dia akan kembang lagi.

Thursday, 20 November 2014

Petua Mengatasi Perut Buncit Terutamanya Lepas Bersalin

Perut Buncit lepas bersalin....biasalah tu, itulah pengorbanan seorang ibu. 

Perut Buncit


Sebab tulah orang dulu-dulu memang betul-betul di jaga ketika pantang. Yalah bukan senang nak kembalikan balik bentuk badan macam sebelum bersalin. Bukan macam sekarang macam-macam pusat kuruskan badan dan kecantikan di sediakan. Yang penting ada ongkosnya.

Harini, akak nak berkongsi petua-petua orang dulu untuk mengembalikan bentuk badan dan menghindarkan perut dari buncit (yalah mana tak buncit, 9 bulan ada orang kat dalam tu). Tapi petua nie bagi yang tak bersalin tu pun boleh gak kalau nak amalkan.

Ni Antara Petua Yang Boleh Di amalkan


1. Ambil beberapa biji limau kasturi dan sedikit kapur makan. Perahkan jus limau dan gaul bersama kapur tadi. Sapukan pada perut dan bolehlah pakai bengkung. Boleh di amalkan semasa berpantang dan bila-bila masa sahaja.

2. Satukan satu camca besar kapur sirih, 20 titik minyak kayu putih dan satu camca besar air limau nipis. Sapukan pada perut. Lakukan selama beberapa minggu selepas bersalin.

3. Tumbuk halus beberapa helai daun jambu batu dan sebuku halia. Letakkan sedikit air dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Gaul rata, kemudian sapukan pada perut. Biarkan sehingga ia kering. Amalkan setiap malam. Boleh juga di amalkan pada perut ibu yang kembung.

4. Tumbuk kapur sirih, daun jambu batu dan halia hingga lumat. Sapukan pada bahagian perut dengan menggunakan bengkung. Lakukan setiap malam.

5. Lima biji buah delima di ambil isinya. Kemudian tumbuk lumat, masukkan ke dalam dua gelas air besar dan campurkan dengan sedikit garam. Minum setiap pagi selepas sarapan. Amalkan selama dua minggu pada setiap bulan.

6. Ambil 2 sentimeter kunyit hidup dan tumbuk hingga lumat. Selepas itu, ambil air patinya dan campurkan dengan sebiji limau nipis. Minum di iringi selawat pada waktu pagi dan malam.

7. Bancuh secawan teh pekat. Campurkan dengan sedikit gula dan perahan sebiji limau nipis. Minum sementara air masih suam. Petua ini boleh di amalkan selesai proses berpantang.

8. Angkat kak sambil berbaring dan tangan di letakkan di bawah kepala. Lakukan senaman ringan ini setiap hari selama 20 minit.

9. Bancuh segelas air dengan sedikit kapur. Perapkan air kapur sehingga mendap kapurnya ke bawah gelas. Ambil air yang jernih di sebelah atas dan perahkan sebiji limau nipis. Minum air tersebut dua kali pada setiap hari iaitu pada sebelah pagi dan malam

10. Rebus 10 helai daun salam dalam air sebanyak dua gelas. Rebuskan hingga mendidih. Sejukkan dan minum dua kali pada setiap hari.

Selain dari petua tradisional di atas, bolehlah juga mengamalkan Set Kurus Shaklee. 



Untuk mendapatkan Supplemen Shaklee anda bolehlah;

☏ Pm/sms/whatsapp :  012 3945670 (Kak Izzah) 

✉ Email : nurizzah7374@gmail.com

FB : Nur Izzah Samsudin

Fanpage : Lovelymamashop 

COD : Shah Alam, Klang, Bandar Sunway, Subang, Kota Kemuning, Bukit Kemuning, Jalan Kebun, Bukit Naga dan Kampung Jawa


Konsultansi percuma secara ekslusif akan di berikan dengan setiap pembelian.


TAMPIL SIHAT DAN CANTIK 
Anda Adalah Keutamaan Kami




Diet Tapi Berat Badan Tak Turun...Otot Vs Lemak

Selalu kita tengok dua orang berbeza yang mempunyai berat badan yang sama tapi saiz badan yang berbeza.

Sorang mempunyai saiz badan yang besar menggelebeh dan sorang lagi saiz yang kecil dan padat.



Otot VS Lemak




Nape jadi macam tu ya...




Ini kerana Lemak adalah kurang tumpat berbanding dengan otot. Sebab tulah kita boleh tengok orang yang mempunyai banyak lemak, badan mereka agak menggeleber dan lebih besar berbanding dengan mereka yang mempunyai lebih otot.

Otot VS Lemak





Sebab itulah bila kita melakukan proses diet yang betul, ada sesetengah tu tidak mengalami perubahan berat badan yang ketara, tapi bila di kira pada ukuran badan memang jauh berbeza berbanding dengan sebelum ini. Ini di sebabkan semasa proses diet yang lemak-lemak badan di tukarkan kepada otot yang lebih mampat.




Jadi sebelum kita memulakan proses diet, ukuran yang patut di ambil adalah berat badan dan ukuran badan. Dari situlah baru kita boleh memastikan samada diet kita itu berjaya atau tidak. Proses pengukuran bukan semata-mata tertumpu kepada berat badan seseorang,



So jangan risau kalau kita mengambil Set Kurus Shaklee, tetapi berat badan tidak jugak turun atau hanya turun sedikit sahaja. Ini kerana lemak2 dalam badan kita telah di tukar menjadi otot. Di dalam proses Diet Shaklee, terdapat 3 stage iaitu Detox, Bakar & Bina.

Set Diet Shaklee




Bila lemak telah di bakar, kita akan membina balik otot-otot badan untuk memastikan bentuk badan kita tidak menggeleber.


So no worries ok. 




Untuk mendapatkan Supplemen Shaklee anda bolehlah;

☏ Pm/sms/whatsapp :  012 3945670 (Kak Izzah) 

✉ Email : nurizzah7374@gmail.com

FB : Nur Izzah Samsudin

Fanpage : Lovelymamashop 

COD : Shah Alam, Klang, Bandar Sunway, Subang, Kota Kemuning, Bukit Kemuning, Jalan Kebun, Bukit Naga dan Kampung Jawa


Konsultansi percuma secara ekslusif akan di berikan dengan setiap pembelian.


TAMPIL SIHAT DAN CANTIK 
Anda Adalah Keutamaan Kami






Wednesday, 19 November 2014

Bertuahnya Join Jutawan Group


Assalamualaikum...

Sebenarnya akak dah dapat beberapa hari dah greeting card ni...




sehari after birthday akak..tapi baru harini berkesempatan nak tulis dalam blog ni...

Sebenarnya seronok dan excited sangat sebab dapat kad & gift dari mama cery (jutawan shaklee). Seronok sebab rasa di hargai dan di ingati. Macam nilah kami di keluarga jutawan shaklee, tak kiralah sebesar mana pun pangkat atau bonus sentiasa tolong menolong, ingat mengingat dan tak pandang pada pangkat, semua sama. Yang berjaya mengajar pada yang belum berjaya. Untuk dapatkan ilmu tak perlu bayar satu sen pun, semua di lakukan dengan ikhlas.

Prinsip kami menolong mereka yang ingin berjaya dan ingin hidup yang lebih sihat, berkongsi apa yang ada. Bak kata pepatah tangan memberi lebih baik dari tangan menerima. Tapi...yang hendak di bantu tu tak bolehlah asyik makan bersuap jah...nak berjaya kenalah ada usaha, doa dan tawakal. Barulah boleh berjaya. Di dalam Shaklee tak ada istilah orang di atas goyang kaki, orang di bawah kerja bagai nak rak..No..no..no..sapa yang usaha dialah yang akan dapat. Kalau orang atas (upline) tak berusaha, so takde apa2lah yg dia dapat. Sebab shaklee ni memang MLM tapi bukannya berasaskan sistem pyramid. Tu yang buatkan akak yakin dengan Shaklee ni.

Group ini juga banyak mengajar akak tentang pasaran online, blogging dan yang paling akak suka amalan rohani.  Amalan rohani memang amat di titik beratkan dalam kumpulan ini. Kami saling ingat mengingati untuk melakukan amalan rohani. Semua yang di lakukan adalah kerana Allah. Allahuakbar, akak sangat bersyukur bertemu dengan group ni, yang bukan sahaja mengejar sales, tetapi ingin membantu orang lain untuk hidup lebih sihat.


Antara Kelebihan Menjadi Ahli Di bawah Group Saya


1. Penjimatan 20 - 25% untuk setiap pembelian
2. Konsultansi dan bimbingan ekslusif secara berterusan akan di berikan (samada secara online atau offline)
3. Tetap di layan sebagai pelanggan kesayangan walaupun join untuk makan sendiri
4. Setiap bulan sekiranya telah mencapai point yang telah di tetapkan, akan dapat cash rebate atau bonus pada pertengahan bulan depannya
5. Selain dari cash bonus terdapat juga car incentive, holiday trip, umrah dan conference.
6. Di ajar cara menjana income dari 2 angka hingga 6 angka, jika ada kemahuan dan usaha
7. Group yang supportive dan happening
8. Group yang membimbing menuju kebahagiaan dunia dan akhirat


Bersyukur sangat akak di temukan dengan Group Jutawan ni...

Pada sapa-sapa yang berminat untuk turut serta dalam kumpulan ini bolehlah dan ingin menjana income untuk menampung kos sara hidup yang makin tinggi, bolehlah...

☏ Pm/sms/whatsapp :  012 3945670 (Kak Izzah) 

✉ Email : nurizzah7374@gmail.com

FB : Nur Izzah Samsudin

Fanpage : Lovelymamashop 

COD : Shah Alam, Klang, Bandar Sunway, Subang, Kota Kemuning, Bukit Kemuning, Jalan Kebun, Bukit Naga dan Kampung Jawa


TAMPIL SIHAT DAN CANTIK 
Anda Adalah Keutamaan Kami


Tuesday, 18 November 2014

Apa Itu Anti Oksidan Dan Sumber Anti Oksidan

Assalamualaikum....

Anti Oksidan, mesti kauorang selalu dengar pasal Anti Oksidankan, tapi tahu tak apa itu anti oksidan?

Anti Oksidan



Apa Itu Anti Oksidan


Anti Oksidan adalah suatu zat dari pemakanan yang dapat melambatkan atau mencegah proses pengoksidaan. Ia memperbaiki sel badan yang mengalami kerosakan akibat radikal bebas. 

Ketika sel tubuh menggunakan oksigen secara semulajadi sel-sel tersebut dapat menghasilkan radikal bebas yang dapat menyebabkan kerosakan yang akan mengakibatkan penyakit seperti kanser.


Manafaat Anti Oksidan


1.  Mampu mengurangkan risiko kanser dan sakit jantung
2.  Melambatkan proses penuaan
3.  Meningkat imunisasi badan
4. Menjaga kesihatan mata, menghindar penyakit mata seperti glukoma


Sumber Anti Oksidan


1. Buah Strawberi 
Buah Strawberi mempunyai kandungan Antioksidan yang cukup tinggi. Antioksidan yang terkandung dapat melawan kolesterol serta Kanser. 

2. Buah Plum Buah Plum adalah sumber vitamin C yang sederhana serta penghasil antioksida semulajadi yang kuat. 

3. Buah Kiwi Zat Antioksidan dalam buah kiwi juga tinggi. VItamin A dan Vitamin E adalah yang paling banyak terdangdung dalam buah kiwi. 

4. Buah Anggur Buah Anggur kaya dengan antioksidan. Kandungan buah Anggur iaitu vitamin K, C, B1, B6, mangan serta kalium. Dengan mengambil buah Anggur, boleh mengurangkan sembelit. 

5. Buah Blueberry Kandungan Antioksidan dalam buah Blueberry cukup tinggi.Dan juga terdapat pelbagai vitamin yang baik untuk kesihatan. 

6. Buah Manggis Buah manggis juga mempunyai Antioksidan
yang cukup tinggi. Buah manggis juga mempunyai banyak kandungan vitamin yang baik untuk tubuh. Seperti Xanthone


Selain dari buah-buahan yang tinggi anti oksidan, kita juga 

boleh mendapat anti oksidan dari supplemen seperti;



1. Vitamin A  (Carotomax Shaklee)


Vitamin yang larut dalam lemak ini diperlukan dalam pembentukan tulang, pencernaan, dan kesihatan mata. selain itu, ia juga dapat membantu dalam sistem ketahanan tubuh dan kulit. Makanan yang kaya  vitamin A ialah hati, aprikot, mangga, jambu batu, betik, susu, yogurt, dan kuning telur. 

2. Vitamin C (Vitamin C Sustained Release Shaklee) 


Vitamin merupakan pembersih radikal bebas yang berada di dalam suatu lingkungan yang berair, seperti didalam sel. Vitamin C bekerja secara rapat dengan vitamin E untuk menghilangkan radikal bebas. Vitamin C banyak ditemui di dalam limau, strawberry, tomato, paprika hijau, brokoli, dan sayuran berdaun hijau. 

3. Vitamin E (Vitamin E Complex Shaklee)



Vitamin yang juga larut dalam lemak ini memelihara membran sel (yang sebagian besar terdiri dari asam lemak) dari kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Fungsi lain dari vitamin E adalah melindungi lemak di dalam LDL (kolestrol  jahat) dari proses oksidasi. Kacang, biji-bijian, sayuran berdaun hijau, minyak sayur, merupakan makanan yang kaya akan vitamin E.

credit: nutrisimalaysia.com

Supplemen Anti Oksidan ni juga di kenali sebagai Vitamin ACE

Vitamin ACE





Untuk mendapatkan Supplemen Shaklee anda bolehlah;

☏ Pm/sms/whatsapp :  012 3945670 (Kak Izzah) 

✉ Email : nurizzah7374@gmail.com

FB : Nur Izzah Samsudin

Fanpage : Lovelymamashop 

COD : Shah Alam, Klang, Bandar Sunway, Subang, Kota Kemuning, Bukit Kemuning, Jalan Kebun, Bukit Naga dan Kampung Jawa

Atau Untuk Beli Online Boleh Klik





Konsultansi percuma secara ekslusif akan di berikan dengan setiap pembelian.

TAMPIL SIHAT DAN CANTIK 
Anda Adalah Keutamaan Kami

Monday, 17 November 2014

Pentingnya Protein Untuk Tubuh Badan Kita

Apa itu Protein??


Protein terdiri daripada komponen-komponen kecil yang di panggil Asid amino, yang mana setiap asid amino adalah berbeza.

Protein yang elok adalah yang mempunyai kesemua jenis asid amino @ di kenali sebagai Essential Amino Acids (EAA).

Walaubagaimanapun EAA ini tidak dapat di hasilkan oleh tubuh badan manusia. Sebab tulah kita kena ambik sumber protein dari luar.
Tapi nak ambik sumber protein mestilah dari sumber makanan yang berkualiti.

ESP adalah satu2nya produk di pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino yang mana kacang soya yang di gunakan mengandungi Non GMO (non-Genetically Modified Organism) dan ia di prosess pada kadar suhu yang rendah untuk menjamin kualitinya.


ESP


Kenapa tubuh badan kita perlukan Protein...


Protein adalah unsur terpenting dalam tubuh badan manusia.

Sel dalam tubuh  bergantung kepada PROTEIN untuk bekerja dan membentuk tisu-tisu yang kemudiannya bergabung menjadi organ.

Rambut, tulang, kulit, otot-otot - semuanya terdiri daripada PROTEIN. Enzim, hormon dan antibodi juga terbina daripada PROTEIN. Oleh kerana itu tubuh badan memerlukan protein yang baik untuk menghasilkan sel yang baik.

Untuk ibu mengandung, adalah amat penting untuk memastikan pengambilan protein yang mencukupi. Ini adalah kerana kandungan memerlukan asid amino yang mencukupi untuk pembentukan ototnya.

Selain dari pembaharuan sel, protein juga penting untuk memperbaharui hormon dan enzim tubuh badan.

Antara Tanda Yang Tubuh Kita Kekurangan Protein


1. Wajah Yang Kusam
2. Parut hitam yang susah untuk hilang di wajah atau badan
3. Keguguran rambut
4. Lesu dan tidak bertenaga
5. Luka yang mudah meninggalkan parut


Risiko Kekurangan Protein

1. Anemia
2. Penyakit Buah Pinggang
3. Penyakit Hati
4. Kolesterol Tinggi Dalam Darah
5. Tekanan darah rendah
6. Kandungan gula dalam darah rendah
7. Fungsi saraf tak stabil
8. Ulser perut + usus
9. Luka lambat sembuh
10. Pengaliran darah yang tidak lancar
11. Penglihatan kurang baik
12. Badan menggeletar
13. Letih lesu, lemah
14. Tinggi kandungan air dalam tisu bdn
15. Terencat akal
16. Ketahanan badan terhadap jangkitan menjadi rendah



Untuk mendapatkan Supplemen Shaklee anda bolehlah;

☏ Pm/sms/whatsapp :  012 3945670 (Kak Izzah) 

✉ Email : nurizzah7374@gmail.com

FB : Nur Izzah Samsudin

Fanpage : Lovelymamashop 

COD : Shah Alam, Klang, Bandar Sunway, Subang, Kota Kemuning, Bukit Kemuning, Jalan Kebun, Bukit Naga dan Kampung Jawa



Konsultansi percuma secara ekslusif akan di berikan dengan setiap pembelian.

TAMPIL SIHAT DAN CANTIK 
Anda Adalah Keutamaan Kami













LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...