Thursday 20 November 2014

Petua Mengatasi Perut Buncit Terutamanya Lepas Bersalin

Perut Buncit lepas bersalin....biasalah tu, itulah pengorbanan seorang ibu. 

Perut Buncit


Sebab tulah orang dulu-dulu memang betul-betul di jaga ketika pantang. Yalah bukan senang nak kembalikan balik bentuk badan macam sebelum bersalin. Bukan macam sekarang macam-macam pusat kuruskan badan dan kecantikan di sediakan. Yang penting ada ongkosnya.

Harini, akak nak berkongsi petua-petua orang dulu untuk mengembalikan bentuk badan dan menghindarkan perut dari buncit (yalah mana tak buncit, 9 bulan ada orang kat dalam tu). Tapi petua nie bagi yang tak bersalin tu pun boleh gak kalau nak amalkan.

Ni Antara Petua Yang Boleh Di amalkan


1. Ambil beberapa biji limau kasturi dan sedikit kapur makan. Perahkan jus limau dan gaul bersama kapur tadi. Sapukan pada perut dan bolehlah pakai bengkung. Boleh di amalkan semasa berpantang dan bila-bila masa sahaja.

2. Satukan satu camca besar kapur sirih, 20 titik minyak kayu putih dan satu camca besar air limau nipis. Sapukan pada perut. Lakukan selama beberapa minggu selepas bersalin.

3. Tumbuk halus beberapa helai daun jambu batu dan sebuku halia. Letakkan sedikit air dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Gaul rata, kemudian sapukan pada perut. Biarkan sehingga ia kering. Amalkan setiap malam. Boleh juga di amalkan pada perut ibu yang kembung.

4. Tumbuk kapur sirih, daun jambu batu dan halia hingga lumat. Sapukan pada bahagian perut dengan menggunakan bengkung. Lakukan setiap malam.

5. Lima biji buah delima di ambil isinya. Kemudian tumbuk lumat, masukkan ke dalam dua gelas air besar dan campurkan dengan sedikit garam. Minum setiap pagi selepas sarapan. Amalkan selama dua minggu pada setiap bulan.

6. Ambil 2 sentimeter kunyit hidup dan tumbuk hingga lumat. Selepas itu, ambil air patinya dan campurkan dengan sebiji limau nipis. Minum di iringi selawat pada waktu pagi dan malam.

7. Bancuh secawan teh pekat. Campurkan dengan sedikit gula dan perahan sebiji limau nipis. Minum sementara air masih suam. Petua ini boleh di amalkan selesai proses berpantang.

8. Angkat kak sambil berbaring dan tangan di letakkan di bawah kepala. Lakukan senaman ringan ini setiap hari selama 20 minit.

9. Bancuh segelas air dengan sedikit kapur. Perapkan air kapur sehingga mendap kapurnya ke bawah gelas. Ambil air yang jernih di sebelah atas dan perahkan sebiji limau nipis. Minum air tersebut dua kali pada setiap hari iaitu pada sebelah pagi dan malam

10. Rebus 10 helai daun salam dalam air sebanyak dua gelas. Rebuskan hingga mendidih. Sejukkan dan minum dua kali pada setiap hari.

Selain dari petua tradisional di atas, bolehlah juga mengamalkan Set Kurus Shaklee. 



Untuk mendapatkan Supplemen Shaklee anda bolehlah;

☏ Pm/sms/whatsapp :  012 3945670 (Kak Izzah) 

✉ Email : nurizzah7374@gmail.com

FB : Nur Izzah Samsudin

Fanpage : Lovelymamashop 

COD : Shah Alam, Klang, Bandar Sunway, Subang, Kota Kemuning, Bukit Kemuning, Jalan Kebun, Bukit Naga dan Kampung Jawa


Konsultansi percuma secara ekslusif akan di berikan dengan setiap pembelian.


TAMPIL SIHAT DAN CANTIK 
Anda Adalah Keutamaan Kami




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...