Friday 21 November 2014

Resepi Donut Gebu

Petang tadi, anak2 dara ni mengeluh kebosanan. Kakak Aliya ckp nak buat pancake, tapi susu tak delah pulak. Nak keluar beli malasnyalah. Hujan lebat lak tu. So untuk hilangkan kebosanan diaorang, akak suggest suruh buat donut. Google punya google jumpalah resepi donut gebu ni, dari blog akubukanchef...

So bermulalah aktiviti petang diaorang...dan inilah hasilnya...




Ni akak nak share resepi Donut Gebu 


Bahan-bahan 


3 cawan tepung gandum. Ayak dulu bagi tepung ringan. 
1 peket yis 
1 cawan air suam 
3 sudu besar susu pekat 
4 sudu besar gula 
1/2 sudu teh garam 
3 sudu besar mentega cair. 
Sebijik telur 

Cara Masak


Memula masuk gula dengan susu pekat dalam air suam. Bancuh sampai gula hancur. Masuk yis. Tunggu sampai yis hidup. Nak tau dia hidup ialah dia berbuih. Macam buih teh tarik tu. Lagi lama di biarkan dia berbuih lagi senang kembang donut kita. 

Dalam bekas lain, pukul sebijik telur. Pukul bagi sekata ja. Masuk dalam mentega cair. Kacau. Bila dah berbuih yis tu, campur mentega telur tu masuk dalam yis. Kacau. 

Ayak tepung, masuk garam. Masuk campuran yis. Uli adunan. Doh ni memang agak lembik. So bila nak uli tu sila buh tepung kat tangan. Lepas uli biar doh 45 minit. Doh akan kembang sekali ganda inshaallah. 

Pastu bentuk kan la ikut suka. Samada ikut acuan yang sedia ada atau buat bulat2 kecil. Lepas bentuk rehatkan lagi selama 5-10 minit. Goreng api sederhana. Jgn panas nanti donut rentung luar dalam tak masak. Nanti masa goreng dia akan kembang lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...