Friday, 26 September 2014

Bagaimana Mengatasi Masalah Jerawat

Jerawat merupakan satu penyakit kulit. Ia berlaku apabila pori-pori kulit tersumbat sehingga menimbulkan nanah yang meradang. 

JERAWAT

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan jerawat. Berikut antara faktor terjadinya jerawat

1. Perubahan Hormon 
Perubahan hormon yang berlaku ketika baligh remaja, mengandung, menyusukan anak, merancang kehamilan, datang haid ataupun menopause biasanya akan menyebabkan timbulnya jerawat. Ini di sebabkan oleh hormone androgen (testosterone) yang ada dalam badan lelaki dan wanita. 

2.Tekanan (Stress) Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.Tekanan ada dua, sama ada emosi atau fizikal. 

3.Pemakanan yg tidak seimbang, berlebihan lemak dan kurang zat. Antara makanan yang menggalakkan pertumbuhan jerawat adalah seperti kacang, seafood ,belacan,makanan berminyak/bergoreng,telur,daging,ayam goreng dan makanan berlemak

4.Toksin, iaitu bahan buangan beracun dalam tubuh kita. Jika sistem semula jadi tubuhnya tidak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit seseorang itu kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain. Oleh kerana itu kita hendaklah sentiasa detox badan kita untuk membuang toksin dalam badan.

5.Faktor Genetic atau keturunan. Ada keturunan yang tidak mengalami masalah jerawat. Contohnya; keturunan Arab yang tidak mempunyai masalah jerawat keturunan.

6. Penggunaan set penjagaan muka yang tidak sesuai. Setiap orang mempunyai kulit berbeza , normal, berminyak, kering atau kombinasi. Untuk mengetahui jenis kulit kita, di syorkan agar berjumpa doktor untuk melakukan scan berkomputer pada kulit muka yang akan di analisis oleh sistem komputer.

8.Persekitaran & Pencemaran Habuk atau udara yang tercemar seperti asap dan bahan kimia terutamanya di bandar-bandar besar,kilang-kilang boleh menyebabkan jerawat dihadapi oleh hampir semua penduduk kawasan tersebut.Bahan-bahan ini menutup liang roma dan menyebabkan inflammasi (radang) kemerah-merahan pada kulit. 

9.Jangkitan pada kulit & Resdung Kuman (bacteria) jenis propionobacterium acnes boleh membiak di kelenjar sebum di kulit anda dan menyebabkan jerawat. Atas sebab itu jerawat dinasihatkan tidak dipicit kerana apabila dipicit, kuman di dalam kulit tersebar ke kawasan sekitar dan menyebabkan jerawat di permukaan yang lebih luas. 

10.Faktor Cuaca Perubahan cuaca serta cuaca panas juga adalah faktor jerawat keluar. 

Tips Elak Jerawat :-

1. Pencucian muka menggunakan produk pencuci muka antibakteria.

2. Basuk muka 2 kali sehari iaitu pada mandi pagi dan petang.

3.Jika menggunakan produk rawatan jerawat, sapukan juga pada kawasan yang terdekat dan bukannya ditempat yang ditumbuhi jerawat sahaja.
 

4. Amalkan penggunaan produk yang mengandungi asid salisilik yang mampu membersihkan pori dari kekotoran. 
 

5. Penggunaan alat solek atau penjagaan muka non-comedogenic supaya tidak berlaku iritasi ataupun alergi pada kulit. 

6. Membuat rujukan kepada pakar dermatologi tentang cara membuang bintik hitam tanpa meninggalkan kesan parut.
 

7. Elakkan menyentuh muka tanpa memastikan tangan itu bersih terdahulu. Ini kerana tangan merupakan anggota badan yang paling banyak mempunyai bakteria.
 

8. Jangan sesekali memicit jerawat kerana ianya boleh meninggalkan kesan parut.

9. Amalkan permakanan seimbang. Kurangkan pengambilan makanan manis dan berlemak.  Lebihkan sayuran dan buah.

10. Sentiasa melakukan proses detox, sekurang-kurangnya sekali seminggu

11. Melakukan senaman. Senaman juga merupakan salah satu cara/ proses detox.

12. Pengambilan supplemen untuk mengelakkan jerawat.

Shaklee juga ada menyediakan supplemen untuk menggelak atau merawat jerawat iaitu Set Kecantikan Kulit Shaklee yang terdiri daripada Vitamin C, Vitamin E dan B Complex.

Untuk penjagaan luaran pulak, bolehlah menggunakan Set Skin Care Enfuselle.


Untuk mendapatkan Set Kecantikan Kulit Shaklee dan Set Skin Care Enfuselle bolehlah Pm/sms/whatsapp 012 3945670 (Kak Izzah) dan konsultansi percuma secara ekslusif akan di berikan 

TAMPIL SIHAT DAN CANTIK 
Anda Adalah Keutamaan Kami.

Thursday, 25 September 2014

Resepi Monte Cristo Sandwich

Assalamualaikum,

Pagi ni teringin lak nak makan style Mat Saleh...hihi..Asyik masak nasi goreng, mee goreng, cekodok jah . So pagini kita ubah selera sikit, kita buat Monte Cristo Sandwich.
Jom kita pakat buat Sandwich ni, resepi ni akak ambik dari Bukuresepi.com

Bahan-Bahannya

6 keping roti
Mayonnaise secukupnya
4 keping keju cheddar
4 keping turkey/ayam slices - dicelur dalam air mendidih beberapa saat sebelum diangkat
1 biji telur
1/4 cawan susu
Lada hitam secukupnya
2 sudu besar butter / marjerin / planta
2 sudu besar minyak sayuran


Cara-cara : 

1. Sapukan mayonnaise keatas 1 keping roti (sapu sebelah muka aje). Akak main letak jah..tak sapu pun.





2. Letak kan sekeping keju & sekeping turkey/ayam slice keatas roti.



3. Letak kan sekeping roti kosong keatas salah satu set roti tadi.
4. Kemudian letak kan turkey/ayam slice dan sekeping keju keatas roti.
5. Sapukan mayonnaise keatas sekeping roti lain (sapu sebelah saja) & bahagian mayonnaise di letak kan atas sandwich tadi (sebagai penutup).

Ini aturan dia..

roti mayonnaise --> keju & turkey/ayam slice --> roti kosong --> keju & turkey/ayam slice -->roti mayonnaise

6. Panaskan minyak & butter/marjerin/planta.
7. Pukul telur, susu & lada hitam.
8. Celup kedua-dua permukaan atas roti kedalam bancuhan telur & letak kan keatas minyak panas. Biarkan selama 4 - 5 minit sebelum diterbalik kan kebahagian sebelah.
9. Siap untuk dihidangkan bersama chilli sauce, jem cherry atau serbuk gula icing.

So inilah hasilnya..walaupun macam sedikit hangit..hihi..tapi SEDAPP....abis licin..


credit to: bukuresepi.com

Mengapa Badan Kita Memerlukan Supplemen

Apa itu Supplemen

Suplemen adalah produk-produk pemakanan yang mengandungi vitamin, garam galian, asid amino, dan herba, dan sebarang ekstrak campuran bahan-bahan ini.
 



7 Sebab Mengapa Badan Kita Memerlukan Supplemen

1. Dalam sesetengah situasi, badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh di perolehi daripada makanan. Contohnya Vitamin C dan Vitamin E yang di perolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan  anti penuaan.

2. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang di tanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayur dari tanah yang subur. Racun perosak, racun  serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

3. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Contohnya, Vitamin C dan enzim mudah di musnahkan oleh haba semasa memasak.

4. Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik boleh menganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafien, lemak, gula dan garam dapat mengurangkan  simpanan zat makanan di dalam tubuh.

5. Makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang di cadangkan.

6. Gaya hidup masa kini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan bahan kimia.

7. Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya di luar dan hidangan malam di sediakan seringkas mungkin, maka pengambilan makanan seimbang kadangkala tidak di titik beratkan.


Untuk mendapatkan Supplemen Shaklee bolehlah Pm/sms/whatsapp 012 3945670 (Kak Izzah) dan konsultansi percuma secara ekslusif akan di berikan 

TAMPIL SIHAT DAN CANTIK 
Anda Adalah Keutamaan Kami.

Sunday, 21 September 2014

5 Cara Menangi Hati...

Assalamualaikum... 

Entry sebelum ni akak dah perkenalkan serba sedikit tentang diri akak... So arini nak bercerita lak 5 cara nak memenangi hati akak...hihi...;-) 

1. Mengambil Berat 
Kadang-kadang kita suka bila orang mengambil berat tentang diri kita. Sama gak ngan akak. Sekali sekala kalau ada yang bertanya khabar mesti rasa gembirakan. Sekadar msg atau telefon pun dah ok. Terasa diri ini di sayangi 

2. Menghargai 
Akak suka kalau seseorang itu menghargai apa yang kita buat atau apa yang kita beri. Ucapan terima kasih dan menghargai pemberian itu adalah amat bermakna. Dan sesekali menghargai kita dengan menghadiahkan sesuatu pun ok gak...hihi 

3. Ruang waktu 
Kadang-kadang bila kita tengah marah atau runsing, kita tak suka di ganggu. Akak amat hargai apabila kita marah, seseorang itu memberi ruang untuk kita menenangkan diri. Just say sorry dan beri ruang waktu, in sha Allah esok oklah tu. 

4. Mendengar dan Menghargai 
Kadang2 bila kita di landa masalah, kita perlukan seseorang untuk mendengar luahan kita. Seseorang itu perlulah seorang pendengar yang baik dan amanah. Tidak menikam kita dari belakang...kita duk bercerita kat dia, dia lak duk bercerita kat orang lain...atau ngan kata lain, talam dua muka. 

5. Jujur 
Hendaklah jujur bila berkawan atau dalam sesebuah hubungan. Akak tak suka mereka yang hipokrit atau suka menipu. 

Ok, setakat ni jelah ya...senangkan nak menangi hati akak....:-)

Saturday, 20 September 2014

Its all about me...

Assalamualaikum.... 

Menyahut Cabaran 30 hari blogging. Ni akak nak bercerita serba sikit pasal diri akak ni..Nama akak Nur Izzah Samsudin, berasal dari Terengganu, tapi sekarang menetap di Klang, Selangor. Melahirkan 2 orang puteri dan 2 orang putera, alhamdulillah anugerah yang tiada ternilai. 

Ok ni gambar terbaru akak, di ambil pada bulan 5 tahun ni...agak lama gak akak tak ambik gambar sendiri, sebab akak sebenarnya tak suka sgt bergambar ni. 



Ok sekarang kita bercerita 5 fakta tentang diri akak 

1. Akak adalah anak ke 2 dari 6 adik beradik. Biasalah bila anak ke 2 ni perangai dia lain sikit. Seorang yang agak keras kepala @ degil. Bila nakkan sesuatu pasti akan dapatkannya. 

2. Seorang yang akak pemalu dan pendiam. Lebih banyak mendengar & menganalisis dari bercakap. 

3. Bila melakukan sesuatu akan melakukan dengan bersungguh2. Tidak suka kerja yang di lakukan secara ala kadar. Teliti dalam melakukan sesuatu 

4. Seorang yang agak susah untuk menangis, agak keras hati dalam menghadapi kemelut dalam kehidupan. Tapi bila tengok cerita sedih especially tentang seorang ibu atau cerita kekeluargaan, cepat sangat air mata ni mengalir (pelik betullah)... 

5. Seorang anak, adik, kakak, ibu & isteri yang amat menitik beratkan ikatan kekeluargaan. Dan seorang anak yang sangat bertuah kerana mempunyai ma & pa yang amat menyayangi dan mengajar erti sebuah kehidupan. 

Itulah serba sedikit tentang akak, kalau nak cerita bercerita lagi rasanya sepuluh muka surat pun tak habis ni...hihi... 

Dan last sekali ni anak2 kesayangan akak, my life..;-) 





Petua Cantik Dan Awet Muda

Assalamualaikum...

Harini akak nak berkongsi beberapa petua untuk kelihatan cantik menawan..






1. Petua Awet Muda
Setiap hari bolehlah amalkan zikir berikut
a) Ya Badiyah (1 kali)
b) Ya Nur (1 kali)
c) Ya Hadi (1 kali)
d) Ya Allah (3 kali)

Selepas di baca bolehlah di tiupkan di tapak tangan dan di sapu ke muka.

2. Petua Isteri Sentiasa Cantik

Selepas setiap kali solat isyak, sediakan segelas air kosong, selepas itu bolehlah di bacakan

a) Al Fatihah (1 kali)
b) Ayat Qursi (1 kali)

c) Surah Al Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali



Selepas itu bolehlah di tiupkan pada air tadi dan di minum.

InsyaAllah...jom kita amalkan...  

Untuk mendapatkan Supplemen Shaklee bolehlah Pm/sms/whatsapp 012 3945670 (Kak Izzah) dan konsultansi percuma secara ekslusif akan di berikan 

TAMPIL SIHAT DAN CANTIK 
Anda Adalah Keutamaan Kami.

Dapatkan Kulit Yang Cantik Dan Sihat Dengan Skin Care Enfuselle

SKIN CARE ENFUSELLE 


Skin Care Enfuselle sesuai untuk masalah kulit berminyak, terlalu kering, dan sensitif. 

Ia terbahagi kepada 2 set iaitu 

1) Normal to Dry Skin : sesuai utk mereka yg mempunyai kulit yang kering dan sensitif 

2) Normal to Oily Skin - sesuai utk kulit berminyak dan berjerawat serta sensitif 

Set Skin Care Enfuselle untuk Normal to Dry Skin terdiri daripada : 
 

1) Hydrating Cleansing Lotion 

 ~ Emulsi berkrim ini bertindak menanggalkan kotoran, bahan pencemaran dan mekap tanpa menjejaskan lapisan minyak semulajadi kulit. 
~ Emolien yang kaya serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit halus, seimbang dan berseri 
~ Mencerahkan tona kulit 
~ pH yang seimbang 
~ Hipoalergenik 

2) Hydrating Toner 

~ Meneutralkan Tindak Balas Yang Boleh Merosakkan Kulit 
~ Hydrating Toner melegakan dan menyediakan kulit untuk rawatan Enfuselle. 
~Terbukti secara klinikal meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip 
~ pH yang seimbang 
~ Rumusan tanpa alkohol yang menyejat dengan cepat tanpa mengeringkan kulit 
~ Melindungi lapisan minyak semulajadi kulit, menyucikan dan melembutkan dengan ekstrak witch hazel dan kamomil

3) Hydrating Moisturizer 

~ Melembapkan Kulit Sehingga 24 Jam 
~ Krim tanpa minyak dan tidak melekit yang kaya dengan agen pelembap bagi menyerlahkan kehalusan dan keanjalan kulit dengan serta-merta. 
~ Terbukti secara klinikal 102% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari, 195% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari dan 21% pengurangan kedutan dalam masa 28 hari 
~ Kesan yang ketara dapat dilihat dengan serta-merta, dan ia berterusan sehingga 24 jam 
~ Garis-garis halus berkurangan dengan ketara ~ Hipoalergenik

4) Eye Treatment 

 ~ Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara 
~ Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus.
~ Terbukti secara klinkkal 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu, 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu dan 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu 
~Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu 
~ Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata 
~ Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut 
~ Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap. 

Set Skin Care Enfuselle untuk Normal to Oily Skin terdiri daripada :

1) Purifying Cleansing Gel 

~ Gel berbusa bertindak dengan lembut untuk menyingkirkan bahan pencemaran, mekap dan minyak berlebihan. 
~ Bahan-bahan khas serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit terasa segar dan lembut 
~ Mencerahkan tona kulit 
~ pH yang seimbang 
~ Hipoalergenik 


2) Purifying Toner 

~ Dengan Tiga Tindakan Untuk Menghentikan Kerosakan Pro-Oksida 
~ Purifying Toner merangsang dan menyegarkan kulit sebagai persediaan rawatan Enfuselle. 
~ Terbukti secara klinikal meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip 
~ pH yang seimbang 
~ Menyegarkan dan memperhalus kulit dengan ekstrak likoris, ginseng dan witch hazel 
~ Meminimumkan kemunculan liang-liang yang besar pada kulit 
~ Membantu mengawal kulit berminyak 
~ Hipoalergenik

3) Balancing Moisturizer 

~ Formula Ringkas untuk Menyubur dan Melembapkan Kulit 
~ Formula yang ringkas, tidak berminyak dan mampu mengawal pengeluaran minyak pada wajah bertindak dengan membekalkan kelembapan segera yang kulit anda perlukan bagi menjadikan wajah kelihatan halus serta tidak berkilat. 
~ Terbukti secara klinikal 146% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari, 268% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari dan 173% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 28 hari 
~ Membantu mengembalikan keseimbangan minyak pada kulit ~ Hipoalergenik

4) Eye Treatment 

~ Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara 
~ Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus 
~ Terbukti secara klinikal 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu, 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu, 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu dan 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu 
~ Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu 
~ Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata 
~ Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap. 

Untuk mendapatkan Set Skin Care Enfuselle Shaklee bolehlah Pm/sms/whatsapp 012 3945670 (Kak Izzah) dan konsultansi percuma secara ekslusif akan di berikan   

TAMPIL SIHAT DAN CANTIK 
Anda Adalah Keutamaan Kami.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...