Assalamualaikum...
Entry sebelum ni akak dah perkenalkan serba sedikit tentang diri akak...
So arini nak bercerita lak 5 cara nak memenangi hati akak...hihi...;-)
1. Mengambil Berat
Kadang-kadang kita suka bila orang mengambil berat tentang diri kita. Sama gak ngan akak. Sekali sekala kalau ada yang bertanya khabar mesti rasa gembirakan. Sekadar msg atau telefon pun dah ok. Terasa diri ini di sayangi
2. Menghargai
Akak suka kalau seseorang itu menghargai apa yang kita buat atau apa yang kita beri. Ucapan terima kasih dan menghargai pemberian itu adalah amat bermakna. Dan sesekali menghargai kita dengan menghadiahkan sesuatu pun ok gak...hihi
3. Ruang waktu
Kadang-kadang bila kita tengah marah atau runsing, kita tak suka di ganggu. Akak amat hargai apabila kita marah, seseorang itu memberi ruang untuk kita menenangkan diri. Just say sorry dan beri ruang waktu, in sha Allah esok oklah tu.
4. Mendengar dan Menghargai
Kadang2 bila kita di landa masalah, kita perlukan seseorang untuk mendengar luahan kita. Seseorang itu perlulah seorang pendengar yang baik dan amanah. Tidak menikam kita dari belakang...kita duk bercerita kat dia, dia lak duk bercerita kat orang lain...atau ngan kata lain, talam dua muka.
5. Jujur
Hendaklah jujur bila berkawan atau dalam sesebuah hubungan. Akak tak suka mereka yang hipokrit atau suka menipu.
Ok, setakat ni jelah ya...senangkan nak menangi hati akak....:-)