Saturday 20 September 2014

Its all about me...

Assalamualaikum.... 

Menyahut Cabaran 30 hari blogging. Ni akak nak bercerita serba sikit pasal diri akak ni..Nama akak Nur Izzah Samsudin, berasal dari Terengganu, tapi sekarang menetap di Klang, Selangor. Melahirkan 2 orang puteri dan 2 orang putera, alhamdulillah anugerah yang tiada ternilai. 

Ok ni gambar terbaru akak, di ambil pada bulan 5 tahun ni...agak lama gak akak tak ambik gambar sendiri, sebab akak sebenarnya tak suka sgt bergambar ni. 



Ok sekarang kita bercerita 5 fakta tentang diri akak 

1. Akak adalah anak ke 2 dari 6 adik beradik. Biasalah bila anak ke 2 ni perangai dia lain sikit. Seorang yang agak keras kepala @ degil. Bila nakkan sesuatu pasti akan dapatkannya. 

2. Seorang yang akak pemalu dan pendiam. Lebih banyak mendengar & menganalisis dari bercakap. 

3. Bila melakukan sesuatu akan melakukan dengan bersungguh2. Tidak suka kerja yang di lakukan secara ala kadar. Teliti dalam melakukan sesuatu 

4. Seorang yang agak susah untuk menangis, agak keras hati dalam menghadapi kemelut dalam kehidupan. Tapi bila tengok cerita sedih especially tentang seorang ibu atau cerita kekeluargaan, cepat sangat air mata ni mengalir (pelik betullah)... 

5. Seorang anak, adik, kakak, ibu & isteri yang amat menitik beratkan ikatan kekeluargaan. Dan seorang anak yang sangat bertuah kerana mempunyai ma & pa yang amat menyayangi dan mengajar erti sebuah kehidupan. 

Itulah serba sedikit tentang akak, kalau nak cerita bercerita lagi rasanya sepuluh muka surat pun tak habis ni...hihi... 

Dan last sekali ni anak2 kesayangan akak, my life..;-) 





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...