Monday, 10 November 2014

Petua Rambut Cantik Dan Sihat

Rambut adalah mahkota wanita dan lelaki, Seharuslah ianya di jaga dengan rapi.



Harini akak nak share Petua untuk mendapatkan rambut cantik dan sihat secara natural dan alami.

Antara Petua-petua Orang Dahulu Yang Boleh Di Amalkan

Petua Mengelakkan Rambut Gugur 


Dapatkan beberapa helai daun lidah buaya dan daun bunga raya. Ramas atau mesin hingga lumat dan lumurkan di atas kepala selama lebih kurang satu jam dan di cuci bersih.Ulangi beberapa kali selama seminggu. InsyaAllah pasti membuahkan hasil.
Daun bunga raya bertindak melembutkan rambut dan lidah buaya pula boleh menyejukkan serta menyamankan kulit kepala. Ini dapat mengelakkan rambut gugur dan bertindak sebagai perapi rambut

Petua Elak Rambut Gugur-Rambut Lembut Dan Harum 


Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam sebuah bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga wangi. Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut akan berbau harum tanpa di syampu.

Petua Untuk Rambut Berminyak 


Campurkan sedikit syampu bersama kuning telur di dalam semangkuk air suam dan cucilah rambut seperti biasa. Lakukannya dua kali dalam seminggu. InsyaAllah masalah rambut berminyak akan dapat diatasi.

Petua UntukMasalah Rambut Kering 


Rawatan minyak panas amat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah ini. Caranya ialah panaskan minyak (minyak sayuran) kemudian lumurkan pada rambut menggunakan jari. Kemudian tekupkan kepala dengan tuala yang diwapkan. Biarkan dalan 20 minit dan bersihkan.

Petua Rambut Lembut Berkilat


Sediakan 2 biji telur dan fresh milk (Jangan guna susu lemak manis lak ya). Pukul telur selama 5 minit dan campurkan dengan susu. Sapukan ramuan tersebut pada rambut dan biarkan selama 10- 15 minit. Selepas itu bolehlah di bilas dengan air suam. Cuba amalkan seminggu sekali untuk mendapatkan rambut lembut berkilat.

So, bolehlah pilih untuk mengamalkan mana-mana petua di atas dan yang pastinya untuk mendapatkan hasil yang memuaskan hendak konsisten  melakukannya.

Di samping itu anda bolehlah mengurus dan menjaga rambut menggunakan Set Penjagaan Rambut Prosante Shaklee.



Untuk mendapatkan Supplemen/ Set Penjagaan Rambut Shaklee anda bolehlah;

☏ Pm/sms/whatsapp :  012 3945670 (Kak Izzah) 

✉ Email : nurizzah7374@gmail.com

FB : Nur Izzah Samsudin

Fanpage : Lovelymamashop 

COD : Shah Alam, Klang, Bandar Sunway, Subang, Kota Kemuning, Bukit Kemuning, Jalan Kebun, Bukit Naga dan Kampung Jawa



Konsultansi percuma secara ekslusif akan di berikan dengan setiap pembelian.

TAMPIL SIHAT DAN CANTIK 
Anda Adalah Keutamaan Kami

Set Penjagaan Rambut Prosante Shaklee

Assalamualaikum,

Rambut adalah mahkota wanita. Tak kiralah samada wanita itu bertudung atau tidak, mahkota ini hendaklah sentiasa di jaga. Begitu juga bagi kaum lelaki, kebersihan dan kesihatan rambut hendaklah sentiasa di jaga.


Jika tidak di jaga, rambut setiap orang akan sentiasa mengalami kerosakan di sebabkan diet yang tidak baik, kurang nutrisi, proses kimia, penggayaan, stress kehidupan dan kenkangan masa.

Sistem penjagaan rambut Prosante Shaklee akhirnya telah memberi penyelesaian kepada masalah-masalah tersebut. Ujian klinikal telah menunjukkan sistem penjagaan rambut Prosante secara semulajadi mengurangkan kehilangan rambut sewaktu bersikat, meningkatkan ketebalan rambut  dan mengurangkan kerosakkan untuk semua jenis rambut.

Revitalizing Shampoo

 

Revitalising Shampoo

Untuk Beli Online Klik Di Sini

 

Revitalizing Shampoo di formulasikan dengan humectants dan protein berasaskan sayuran untuk kutikel rambut yang lebih licin dan memberi lebih lantunan pada rambut. Mengandungi sistem pembersihan patent-pending.


Revitalizing Shampoo Berfungsi Untuk;


  • Membantu mengurangkan kusut dan mengekalkan imbangan kelembapan dan lebih kilauan
  • Mengimbangi ph kulit kepala dan menyemai rambut dengan humectant
  • Menanggalkan minyak berlebihan, kotoran dan produk dandanan rambut
  • Tidak menanggalkan kelembapan penting rambut, menjadikan kutikel rambut sentiasa licin dan tahan dari rosak walau dalam keadaan basah
  • Menampilkan Scalp Health Complex untuk menenangkan dan melembapkan rambut, membuatkan kepala terasa selesa, segar dan bertenaga

Purifying Shampoo

Purifying Shampoo

Untuk Beli Online Klik Di Sini

 

Purifying Shampoo membersih secara mendalam di samping melindungi kelembapan asli. Sesuai untuk rambut yang di warnakan.


Purifying Shampoo Berfungsi Untuk;

  • Membebaskan rambut dari sebum/ minyak yang terkumpul, pencemaran alam sekitar dan penggunaan produk dandanan rambut.
  • Mengembalikan sinaran dan menyerlahkan tesktur asli rambut
  •  Keseimbangan pH balanced untuk melindungi kutikel rambut dan menjamin body, lift dan kilau
  • Menangani cabaran alam sekitar dengan melindungi kelembapan dan imbangan rambut
  • Menampilkan Scaplt Health Complex untuk mengurangkan rambut dari kelihatan berminyak dan berkelemumur. 

Lightweigh Conditioner

 

Lightweight Conditioner

Untuk Beli Online Klik Di Sini

 

Untuk memulihkan tekstur dan kekuatan dan membantumencapai volume dan kondisi yang optimum
  • Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menyebabkannya terlalu melekit
  • Mengembalikan elemen struktur agar rambut tampak lebat, berkilat dan sihat
  • Menghilangkan kesan statik agar rambut lebih mudah digayakan dan diurus

Replenishing Conditioner

Replenishing Conditioner

  Untuk Beli Online Klik Di Sini

 

Untuk melembap dan mengisi setiap helai rambut 
  • Pelembap yang pekat untuk memastikan agar rambut sentiasa berkilat dan halus selembut sutera
  • Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
  • Menguatkan rambut dengan khasiat protein dan humektan asli

Nourishing Scalp Treatment  

 

Nourishing Scalpt Treatment

Untuk Beli Online Klik Di Sini

 

Nourishing Scalp Treatment merawat ke pangkal masalah dengan serum derma available yang merangsang peredaran, melindungi dan menyuburkan rambut dan kulit kepala. Nourising Scalpt Treatment terdiri daripada gabungan 10 vitamin, mineral dan herba yang menyuburkan kulit kepala dan rambut.
  •  Terbukti mengurangkan rambut gugur dan menguatkan rambut
  •  Mengandungi kompleks ekslusif yang amat derma tersedia yang di perolehi secara semulajadi dalam merawat rambut agar sihat dan kuat
  • Formula tanpa bilasan cukup lembut untuk di gunakan setiap hari bagi manfaat yang segera
  • Di serap dengan segera dan tidak berminyak
  • Bersih, bauan botani dan tiada haruman tambahan
  • Keseimbangan pH dan selamat untuk semua jenis rambut walaupun di perm atau di warna
 

 Long Lasting Finishing Spray


Long Lasting Finishing Spray
Untuk Beli Online Klik Di Sini

  • "Medium hold" atau “ketahanan sederhana” mengekalkan pilihan gaya rambut
  • Memberikan perlindungan UV
  • Merapikan rambut yang kusut, kering dan sukar diurus.


Untuk mendapatkan Supplemen Shaklee anda bolehlah;

☏ Pm/sms/whatsapp :  012 3945670 (Kak Izzah) 

✉ Email : nurizzah7374@gmail.com

FB : Nur Izzah Samsudin

Fanpage : Lovelymamashop 

COD : Shah Alam, Klang, Bandar Sunway, Subang, Kota Kemuning, Bukit Kemuning, Jalan Kebun, Bukit Naga dan Kampung Jawa

Atau Untuk Beli Set Prosante Shaklee bolehlah klik di bawah

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=9f07f48cb91caf26dc0e4d76caac2826

  
Konsultansi percuma secara ekslusif akan di berikan dengan setiap pembelian.

TAMPIL SIHAT DAN CANTIK 
Anda Adalah Keutamaan Kami


 

BMI (Body Mass Index)

Assalamualaikum,
Body Mass Index (BMI) atau dalam Bahasa Malaysia, Indeks Jisim Badan adalah merupakan formula untuk menilai berat badan serta berkait rapat dengan ketinggian seseorang itu. 




BMI merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia berkait dengan lemak yang terdapat di dalam badan seseorang individu. BMI adalah piawai untuk menentukan samada berat badan anda ideal atau tidak.

Berikut adalah formula untuk anda mengukur BMI anda;

Ukur berat badan anda dalam kilogram (kg) dan tinggi dalam meter (m)

                                       BERAT (KG)                         
BMI    =             ---------------------------------------------
                          TINGGI (m) X TINGGI (m)                  
Dan untuk menentukan samada berat badan serta ketinggian anda menepati ciri-ciri berat badan ideal, bolehlah tengok jadual di bawah;
Jadual BMI
So, dah tahu ke BMI masing-masing, bolehlah buat tindakan selanjutnya, samada nak tambahkan berat badan atau turunkan berat badan....
  
Untuk mendapatkan Supplemen Shaklee anda bolehlah;

☏ Pm/sms/whatsapp :  012 3945670 (Kak Izzah) 

✉ Email : nurizzah7374@gmail.com

FB : Nur Izzah Samsudin

Fanpage : Lovelymamashop

COD : Shah Alam, Klang, Bandar Sunway, Subang, Kota Kemuning, Bukit Kemuning, Jalan Kebun, Bukit Naga dan Kampung Jawa
  
Konsultansi percuma secara ekslusif akan di berikan dengan setiap pembelian.

TAMPIL SIHAT DAN CANTIK 
Anda Adalah Keutamaan Kami
 



Sunday, 9 November 2014

Resepi Karipap Rangup

Assalamualaikum,

Petang-petang ni makan karipap pun sedap. Nak-nak lagi anak-anak akak memang hantu karipap semuanya. Especially yang no. 3, 10 biji karipap pun dia boleh habiskan sorang-sorang sekaligus. So kalau buat pun berbaloilah. Petang ni akak nak share resepi Karipap Rangup, memang betul-betul rangup...sekejap jah habis 20 biji karipap, untuk resepi ni boleh hasilkan lebih kurang 50 biji karipap. Balance karipap tu akak goreng suku masak dan frozenkan. Senang anak-anak nak makan just ambik dan goreng. Resepi ni akan ambik dari Jintan Manis dan CikMatahariku nyer blog...terima kasih tuan punya tanah..resepinya memang sedap.

Resepi Karipap Rangup

Kulit Karipap
Resepi Asal: JintanManis

Bahan:
500g Tepung Gandum
50g Tepung Beras
50g Tepung Ubi
1 sb Gula
1 st Garam
4 sb Majerin*
¼ cwn Minyak* (* panaskan)
Air Sejuk Dari Peti Ais

Cara:
1. Campurkan kesemua bahan kering (Tepung Gandum, Tepung Beras, Tepung Ubi, Gula dan Garam)
2. Tuangkan minyak panas & gaul rata.
3. Tuangkan air sedikit2 sehingga membentuk doh lembut.
4. Bahagi doh kpd bebola kecil, leperkan, letak dalam acuan karipap & isi dgn inti kesukaan.
5.Goreng dgn minyak dalam sehingga garing.

Nota: Selepas doh di uli, perap doh ni dalam peti ais selama satu jam, baru keluarkan pada suhu bilik, langkah ini penting supaya semua bahan dalam adunan nye mesra dan membuatkan adunan lebih rapuh.
Tak nak bagi kelim karipap terbuka semasa di goreng, sebelum di goreng sapu sikit air kat kelim tu
Isi Karipap Kentang
Bahan
 
5-7 biji kentang sederhana besar ( dipotong dadu ) 
1 biji bawang besar ( potong dadu ) 
3 ulas bawang merah ( dikisar ) 
3 ulas bawang putih  ( dikisar ) 
segengam ikan bilis atau udang kering ( dikisar ) Boleh ganti daging kisar atau ayam 
3 sudu besar cili kering kisar ( kurangkan kalau tak suka pedas) 
3 sudu besar serbuk kari 
2 tangkai daun sup ( kalau suka boleh letak ) 
Minyak masak untuk menumis
Cara Masak Inti Karipap Kentang
1. Panaskan minyak dalam kuali.Kemudian masukkan separuh bawang besar yang sudah di potong dadu tadi.Yang separuh lagi, masukkan bila kentang sudah empuk nanti.
2. Bila sudah naik bau, masukkan bahan kisar tadi.Kacau perlahan sehingga naik bau, masukkan pula serbuk kari.Diikuti masukkan gula, garam dan perasakan.
3. Masukkan pula kentang yang sudah dipotong dadu tadi. Toskan airnya terlebih dahulu.Masukkan dua cawan air supaya kentang cepat empuk.
4. Tutup kuali dengan tudung periuk atau penutup pengukus supaya wap air dapat lembutkan kentang dengan cepat.
5. Biarkan sehingga kentang empuk, airnya juga sudah kering dan masukkan separuh lagi bawang besar yang dipotong dadu tadi bersama daun sup yang dihiris.
6. Angkat inti kentang dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai supaya cepat sejuk dan boleh di buat inti karipap.
Dan inilah hasilnya....Sedap...
Resepi Karipap Rangup

Untuk mendapatkan Supplemen Shaklee anda bolehlah Pm/sms/whatsapp 012 3945670 (Kak Izzah) dan konsultansi percuma secara ekslusif akan di berikan.


COD : Shah Alam, Klang, Bandar Sunway, Subang, Kota Kemuning, Bukit Kemuning, Jalan Kebun, Bukit Naga dan Kampung Jawa

TAMPIL SIHAT DAN CANTIK 
Anda Adalah Keutamaan Kami


Saturday, 8 November 2014

Air Detox, Detox Secara Semulajadi

Assalamualaikum,

Dalam badan kita ni memang banyak toksin-toksin, sebab tulah kita kena selalu detox toksin dalam badan. Detox bermaksud keluarkan toksin dalam badan. Selain daripada itu Air Detox juga membantu dalam proses menurunkan berat badan.

Harini akak nak bercerita macamana kita nak Detox secara semulajadi, just guna bahan-bahan yang ada kat dapur jah. Sekarang tengah femes dengan Air Detox ni. Air Detox ni adalah bancuhan air kosong atau mineral dengan buah-buahan dan sayur- sayuran. Memang bestlah minum air ni terasa sejuknya tekaknya.

Selalu akak buat Air Detox ni menggunakan Lemon, Timun dan Daun Pudina.

Haa....inilah airnya...

Air Detox



Tempting kan....keluarkan dari peti ais, minum sejuk-sejuk...fuhh...sejuk jah tekak. 

Selain daripada buah2an di atas, antara bahan-bahan lain yang boleh di gunakan untuk membuat Air Detox adalah;


  1. Oren & Lemon & Halia
  2. Timun & Raspberry & Anggur
  3. Lemon & Timun & Mint
  4. Strawberry & Limau 
  5. Nanas & Mint 


Cara Untuk Buat Air Detox

  1.  Basuh & Potong Buah-buahan nipis-nipis
  2. Masukkan Dalam Balang
  3. Masukkan Air atau Ais
  4. Tutup Balang & Biarkan semalaman atau sekurang2nya 4 jam
  5. Lepas tu bolehlah minum, dah habis air dalam balang, bolehlah buat yang lain pulak.


Kebaikan Air Detox



  • pH dan tahap gula dalam darah yang seimbang
  • yang dibersihkan dan kawal usus
  • penurunan berat badan (lemak, bukan air) 
  • beban toksin berkurangan 
  • sistem imun diperkukuhkan
  • elak sembelit 
  • kehilangan keinginan untuk gula dan perangsang yang lain
  • pembersihan sel dan pembinaan semula 
  • berseri dan kulit sihat
  • sakit berkurangan dan alahan
  • tahap tenaga meningkat
Tapi kalau rasa macam malas-malas gitu nak sediakan semua bahan tersebut, bolehlah cuba Detox cara Shaklee...semulajadi jugak tau.


Untuk mendapatkan Supplemen Shaklee anda bolehlah Pm/sms/whatsapp 012 3945670 (Kak Izzah) dan konsultansi percuma secara ekslusif akan di berikan.


COD : Shah Alam, Klang, Bandar Sunway, Subang, Kota Kemuning, Bukit Kemuning, Jalan Kebun, Bukit Naga dan Kampung Jawa

TAMPIL SIHAT DAN CANTIK 
Anda Adalah Keutamaan Kami




Thursday, 6 November 2014

Cara Mengawal Hipoglisemia

Assalamualaikum...

Hipoglisemia...Apa tu ya??

 

Hipoglisemia

 


Hipoglisemia adalah di mana keadaan di mana paras gula di dalam darah di kesan dalam keadaan rendah. Hipoglisemia boleh terjadi apabila paras gula mencecah bawah 3.9 mmol/L (60 or 70 mg/dL), akan tetapi  biasanya simptom-simptomnya dapat di rasai apabila paras gula mula mencapai aras 2.8 hingga 3.0 mmol/L (50 to 54 mg/dL)

Antara Tanda-tanda Hipoglisemia


1. Jantung rasa berdebar-debar
2. Cepat merasa penat
3. Penglihatan kabur atau mengalami perubahan visual seperti aura atau kilat
4. Tidak mampu untuk memberi perhatian kepada kerja
5. Berpeluh
6. Rasa Mengigil
7. Sakit Kepala
8. Kulit menjadi pucat dan sejuk
9. Pertuturan kurang jelas
10. Jika masalah hipoglisemia yang di alami serius, boleh menyebabkan individu menjadi tidak sedar diri atau mengalami sawan.

Jika anda mengalami mana-mana tanda, cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor untuk menjalani ujian paras gula dalam darah.

Bagaimana Hipoglisemia Terjadi


Sel badan kita memerlukan gula untuk menjana tenaga. Badan kita menguraikan gula dari makanan berasaskan karbohidrat seperti nasi, pasta, sayuran, roti dan buahan. Gula dari sumber makanan ini akan diserap ke dalam salur darah sesudah makanan di cerna. Aras gula biasanya akan menurun apabila kita tidak makan dalam tempoh waktu yang terlalu lama atau ketika kita sedang berpuasa. Atau bagi pesakit kencing manis Hipoglisemia berlaku apabila mereka mengalami jangkitan kuman, kegagalan buah pinggang, menukar dos atau jenis ubat, terlebih dos insulin dan tidak mengurangkan dos ubatan apabila berpuasa.

Ketahui Bagaimana Badan Mengawal Gula Dalam Badan


Apabila aras gula dalam darah meninggi, kelenjar pankreas dalam badan kita akan merembeskan hormon insulin untuk mengawal aras gula supaya ia tidak menjadi terlalu tinggi. 
Hormon insulin akan bekerja untuk menyimpan gula yang berlebihan dalam hati dan otot dalam bentuk glikogen. Hormon insulin juga menggalakkan gula dalam darah lebih senang diserap oleh sel badan yang berkerja.

Manakala, apabila aras gula menurun – kelenjar pankreas akan merembeskan hormon glukagon yang akan membebaskan gula daripada glikogen yang tersimpan di hati dan otot. Dalam badan individu normal, hormon insulin dan glukagon ini akan bekerjasama untuk mengawal aras gula dalam darah pada aras yang optimum. 

Bagi penghidap kencing manis, kelenjar pankreas mereka kurang merembeskan hormon insulin – menyebabkan aras gula meninggi secara tidak terkawal. Oleh kerana itu pesakit kencing manis perlu mengambil ubatan untuk meningkatkan kandungan insulin dalam darah. Aras gula harian kita berubah mengikut apa yang kita makan dan keadaan badan kita. Jika kita tidak menyelaraskan dos ubatan mengikut perubahan aras gula dalam darah kita, aras gula kita boleh menurun secara mendadak menyebabkan kejadian hipoglisemia. 

Bagaimana Mengawal Hipoglisemia


Apabila kita mengalami tanda-tanda Hipoglisemia, kita di sarankan untuk mengambil 15-20 gram glukos atau karbohidrat ringkas. 

Antara makanan yang boleh di ambil untuk mengawal Hipoglisemia


1. Dua sudu Kismis/ Sebiji Kurma
2. Mengambil Jus Buah-buahan
3. Satu sudu Gula atau Madu
4. Makan Gula-gula Manis
5. Tablet Glukos

Biasanya selepas 15 minit mengambil gula, kita perlulah memeriksa balik aras gula kita untuk memastikan aras gula telah stabil.

Untuk Menggelakkan Hipoglisemia Dari Berulang


1.Pengambilan ESP

ESP

ESP membantu menstabilkan paras gula di dalam darah. Mereka yang mengambil ESP(mempunyai GI rendah) melepaskan tenaga ke dalam sistem badan secara perlahan. Ini membantu menstabilkan paras gula dalam darah dan mereka akan berasa kenyang lebih lama.


2. Pengambilan Bawang Putih atau Garlic Shaklee

 

Garlic Complex Shaklee

Bawang Putih membantu mengawal aras gula di dalam darah. Tapi bagi pesakit kencing manis yang mengambil insulin di nasihatkan untuk mendapatkan nasihat Doktor sebelum mengambil Garlic Shaklee.

  

Untuk mendapatkan Supplemen Shaklee anda bolehlah Pm/sms/whatsapp 012 3945670 (Kak Izzah) dan konsultansi percuma secara ekslusif akan di berikan.


COD : Shah Alam, Klang, Bandar Sunway, Subang, Kota Kemuning, Bukit Kemuning, Jalan Kebun, Bukit Naga dan Kampung Jawa

TAMPIL SIHAT DAN CANTIK 
Anda Adalah Keutamaan Kami

Monday, 3 November 2014

Tips Elak Lapar Ketika Diet

Pasti ramai antara kita yang tengah berdietkan. Rasanya tak sampai tengahari perut dah berbunyi-bunyi. Mesti stresskan, macamana nak diet ni.....Sebab tulah ramai yang tumbang sebelum sampai ke destinasi.



Apabila kita jalani diet rendah kalori, hanya kita sahaja yang faham bahawa kita mahu menurunkan berat badan. Sebalik nya, tubuh kita tidak memahami apa yang anda lakukan. Tubuh hanya ‘faham’ yang anda kelaparan, seterusnya tubuh akan cuba menghentikan usaha diet anda.

Di dalam proses diet kadar metabolisme seseorang itu akan menjadi perlahan. Tubuh akan memperlahankan kadar meta bolisme untuk menjimatkan sebanyak mungkin lemak yang ada di dalam tubuh anda sehingga tempoh ‘berlapar’ anda tadi tamat. Ini kerana, lemak tersebut adalah sumber tenaga simpanan tubuh.

Oleh kerana itu cara terbaik untuk berdiet, adalah makan secara kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit. Ini untuk memastikan  kadar metabolisme kita tidak menjadi begitu perlahan untuk membakar lemak-lemak yang sedia ada.

Berikut Adalah Beberapa Tips Untuk Elakkan Cepat Merasa Lapar Ketika Diet

1. Makan secara kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit setiap kali makan. Jadi kita takdelah akan merasa lapar yang terlampau di antara waktu makan.  

2. Ubah makanan anda kepada makanan yang lebih sihat seperti serat, buah-buahan dan sayuran. Makanan segera mengandungi jumlah gula dan lemak yang banyak di mana ia akan menyebabkan kandungan gula di dalam darah anda meningkat. Apabila kandungan gula di dalam darah meningkat, kita cenderung untuk rasa lapar dan makan lebih banyak. 

3. Sentiasa makan sarapan pada setiap hari. Jika anda ingin berpuasa, pastikan anda bersahur. Tanpa sarapan dan sahur, badan anda akan rasa lemah dan anda juga akan rasa sangat lapar sepanjang hari. 

4. Dapatkan tidur yang cukup pada setiap hari. Tidur yang tidak cukup akan menyebabkan anda rasa tertekan dan selalunya rasa tertekan akan di zahirkan dalam bentuk lapar yang amat. 

5. Elakkan makan mengikut nafsu. Untuk kurus, anda memang perlu lawan nafsu makan anda. Ketika hendak makan, pastikan anda berfikir. Contoh makan mengikut nafsu adalah makan maggie kerana teringin. Makan maggie tidak akan beri anda rasa kenyang. Malah, anda akan rasa lapar yang amat selepas beberapa ketika. 

6. Minum air secukupnya setiap hari. Setiap 25  kg berat badan memerlukan 1 liter air.

Untuk mendapatkan Supplemen Shaklee anda bolehlah Pm/sms/whatsapp 012 3945670 (Kak Izzah) dan konsultansi percuma secara ekslusif akan di berikan.

COD : Shah Alam, Klang, Bandar Sunway, Subang, Kota Kemuning, Bukit Kemuning, Jalan Kebun, Bukit Naga dan Kampung Jawa

TAMPIL SIHAT DAN CANTIK 
Anda Adalah Keutamaan Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...