Monday 10 November 2014

Petua Rambut Cantik Dan Sihat

Rambut adalah mahkota wanita dan lelaki, Seharuslah ianya di jaga dengan rapi.



Harini akak nak share Petua untuk mendapatkan rambut cantik dan sihat secara natural dan alami.

Antara Petua-petua Orang Dahulu Yang Boleh Di Amalkan

Petua Mengelakkan Rambut Gugur 


Dapatkan beberapa helai daun lidah buaya dan daun bunga raya. Ramas atau mesin hingga lumat dan lumurkan di atas kepala selama lebih kurang satu jam dan di cuci bersih.Ulangi beberapa kali selama seminggu. InsyaAllah pasti membuahkan hasil.
Daun bunga raya bertindak melembutkan rambut dan lidah buaya pula boleh menyejukkan serta menyamankan kulit kepala. Ini dapat mengelakkan rambut gugur dan bertindak sebagai perapi rambut

Petua Elak Rambut Gugur-Rambut Lembut Dan Harum 


Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam sebuah bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga wangi. Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut akan berbau harum tanpa di syampu.

Petua Untuk Rambut Berminyak 


Campurkan sedikit syampu bersama kuning telur di dalam semangkuk air suam dan cucilah rambut seperti biasa. Lakukannya dua kali dalam seminggu. InsyaAllah masalah rambut berminyak akan dapat diatasi.

Petua UntukMasalah Rambut Kering 


Rawatan minyak panas amat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah ini. Caranya ialah panaskan minyak (minyak sayuran) kemudian lumurkan pada rambut menggunakan jari. Kemudian tekupkan kepala dengan tuala yang diwapkan. Biarkan dalan 20 minit dan bersihkan.

Petua Rambut Lembut Berkilat


Sediakan 2 biji telur dan fresh milk (Jangan guna susu lemak manis lak ya). Pukul telur selama 5 minit dan campurkan dengan susu. Sapukan ramuan tersebut pada rambut dan biarkan selama 10- 15 minit. Selepas itu bolehlah di bilas dengan air suam. Cuba amalkan seminggu sekali untuk mendapatkan rambut lembut berkilat.

So, bolehlah pilih untuk mengamalkan mana-mana petua di atas dan yang pastinya untuk mendapatkan hasil yang memuaskan hendak konsisten  melakukannya.

Di samping itu anda bolehlah mengurus dan menjaga rambut menggunakan Set Penjagaan Rambut Prosante Shaklee.



Untuk mendapatkan Supplemen/ Set Penjagaan Rambut Shaklee anda bolehlah;

☏ Pm/sms/whatsapp :  012 3945670 (Kak Izzah) 

✉ Email : nurizzah7374@gmail.com

FB : Nur Izzah Samsudin

Fanpage : Lovelymamashop 

COD : Shah Alam, Klang, Bandar Sunway, Subang, Kota Kemuning, Bukit Kemuning, Jalan Kebun, Bukit Naga dan Kampung Jawa



Konsultansi percuma secara ekslusif akan di berikan dengan setiap pembelian.

TAMPIL SIHAT DAN CANTIK 
Anda Adalah Keutamaan Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...