Monday 3 November 2014

Tips Elak Lapar Ketika Diet

Pasti ramai antara kita yang tengah berdietkan. Rasanya tak sampai tengahari perut dah berbunyi-bunyi. Mesti stresskan, macamana nak diet ni.....Sebab tulah ramai yang tumbang sebelum sampai ke destinasi.



Apabila kita jalani diet rendah kalori, hanya kita sahaja yang faham bahawa kita mahu menurunkan berat badan. Sebalik nya, tubuh kita tidak memahami apa yang anda lakukan. Tubuh hanya ‘faham’ yang anda kelaparan, seterusnya tubuh akan cuba menghentikan usaha diet anda.

Di dalam proses diet kadar metabolisme seseorang itu akan menjadi perlahan. Tubuh akan memperlahankan kadar meta bolisme untuk menjimatkan sebanyak mungkin lemak yang ada di dalam tubuh anda sehingga tempoh ‘berlapar’ anda tadi tamat. Ini kerana, lemak tersebut adalah sumber tenaga simpanan tubuh.

Oleh kerana itu cara terbaik untuk berdiet, adalah makan secara kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit. Ini untuk memastikan  kadar metabolisme kita tidak menjadi begitu perlahan untuk membakar lemak-lemak yang sedia ada.

Berikut Adalah Beberapa Tips Untuk Elakkan Cepat Merasa Lapar Ketika Diet

1. Makan secara kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit setiap kali makan. Jadi kita takdelah akan merasa lapar yang terlampau di antara waktu makan.  

2. Ubah makanan anda kepada makanan yang lebih sihat seperti serat, buah-buahan dan sayuran. Makanan segera mengandungi jumlah gula dan lemak yang banyak di mana ia akan menyebabkan kandungan gula di dalam darah anda meningkat. Apabila kandungan gula di dalam darah meningkat, kita cenderung untuk rasa lapar dan makan lebih banyak. 

3. Sentiasa makan sarapan pada setiap hari. Jika anda ingin berpuasa, pastikan anda bersahur. Tanpa sarapan dan sahur, badan anda akan rasa lemah dan anda juga akan rasa sangat lapar sepanjang hari. 

4. Dapatkan tidur yang cukup pada setiap hari. Tidur yang tidak cukup akan menyebabkan anda rasa tertekan dan selalunya rasa tertekan akan di zahirkan dalam bentuk lapar yang amat. 

5. Elakkan makan mengikut nafsu. Untuk kurus, anda memang perlu lawan nafsu makan anda. Ketika hendak makan, pastikan anda berfikir. Contoh makan mengikut nafsu adalah makan maggie kerana teringin. Makan maggie tidak akan beri anda rasa kenyang. Malah, anda akan rasa lapar yang amat selepas beberapa ketika. 

6. Minum air secukupnya setiap hari. Setiap 25  kg berat badan memerlukan 1 liter air.

Untuk mendapatkan Supplemen Shaklee anda bolehlah Pm/sms/whatsapp 012 3945670 (Kak Izzah) dan konsultansi percuma secara ekslusif akan di berikan.

COD : Shah Alam, Klang, Bandar Sunway, Subang, Kota Kemuning, Bukit Kemuning, Jalan Kebun, Bukit Naga dan Kampung Jawa

TAMPIL SIHAT DAN CANTIK 
Anda Adalah Keutamaan Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...