Thursday 6 November 2014

Cara Mengawal Hipoglisemia

Assalamualaikum...

Hipoglisemia...Apa tu ya??

 

Hipoglisemia

 


Hipoglisemia adalah di mana keadaan di mana paras gula di dalam darah di kesan dalam keadaan rendah. Hipoglisemia boleh terjadi apabila paras gula mencecah bawah 3.9 mmol/L (60 or 70 mg/dL), akan tetapi  biasanya simptom-simptomnya dapat di rasai apabila paras gula mula mencapai aras 2.8 hingga 3.0 mmol/L (50 to 54 mg/dL)

Antara Tanda-tanda Hipoglisemia


1. Jantung rasa berdebar-debar
2. Cepat merasa penat
3. Penglihatan kabur atau mengalami perubahan visual seperti aura atau kilat
4. Tidak mampu untuk memberi perhatian kepada kerja
5. Berpeluh
6. Rasa Mengigil
7. Sakit Kepala
8. Kulit menjadi pucat dan sejuk
9. Pertuturan kurang jelas
10. Jika masalah hipoglisemia yang di alami serius, boleh menyebabkan individu menjadi tidak sedar diri atau mengalami sawan.

Jika anda mengalami mana-mana tanda, cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor untuk menjalani ujian paras gula dalam darah.

Bagaimana Hipoglisemia Terjadi


Sel badan kita memerlukan gula untuk menjana tenaga. Badan kita menguraikan gula dari makanan berasaskan karbohidrat seperti nasi, pasta, sayuran, roti dan buahan. Gula dari sumber makanan ini akan diserap ke dalam salur darah sesudah makanan di cerna. Aras gula biasanya akan menurun apabila kita tidak makan dalam tempoh waktu yang terlalu lama atau ketika kita sedang berpuasa. Atau bagi pesakit kencing manis Hipoglisemia berlaku apabila mereka mengalami jangkitan kuman, kegagalan buah pinggang, menukar dos atau jenis ubat, terlebih dos insulin dan tidak mengurangkan dos ubatan apabila berpuasa.

Ketahui Bagaimana Badan Mengawal Gula Dalam Badan


Apabila aras gula dalam darah meninggi, kelenjar pankreas dalam badan kita akan merembeskan hormon insulin untuk mengawal aras gula supaya ia tidak menjadi terlalu tinggi. 
Hormon insulin akan bekerja untuk menyimpan gula yang berlebihan dalam hati dan otot dalam bentuk glikogen. Hormon insulin juga menggalakkan gula dalam darah lebih senang diserap oleh sel badan yang berkerja.

Manakala, apabila aras gula menurun – kelenjar pankreas akan merembeskan hormon glukagon yang akan membebaskan gula daripada glikogen yang tersimpan di hati dan otot. Dalam badan individu normal, hormon insulin dan glukagon ini akan bekerjasama untuk mengawal aras gula dalam darah pada aras yang optimum. 

Bagi penghidap kencing manis, kelenjar pankreas mereka kurang merembeskan hormon insulin – menyebabkan aras gula meninggi secara tidak terkawal. Oleh kerana itu pesakit kencing manis perlu mengambil ubatan untuk meningkatkan kandungan insulin dalam darah. Aras gula harian kita berubah mengikut apa yang kita makan dan keadaan badan kita. Jika kita tidak menyelaraskan dos ubatan mengikut perubahan aras gula dalam darah kita, aras gula kita boleh menurun secara mendadak menyebabkan kejadian hipoglisemia. 

Bagaimana Mengawal Hipoglisemia


Apabila kita mengalami tanda-tanda Hipoglisemia, kita di sarankan untuk mengambil 15-20 gram glukos atau karbohidrat ringkas. 

Antara makanan yang boleh di ambil untuk mengawal Hipoglisemia


1. Dua sudu Kismis/ Sebiji Kurma
2. Mengambil Jus Buah-buahan
3. Satu sudu Gula atau Madu
4. Makan Gula-gula Manis
5. Tablet Glukos

Biasanya selepas 15 minit mengambil gula, kita perlulah memeriksa balik aras gula kita untuk memastikan aras gula telah stabil.

Untuk Menggelakkan Hipoglisemia Dari Berulang


1.Pengambilan ESP

ESP

ESP membantu menstabilkan paras gula di dalam darah. Mereka yang mengambil ESP(mempunyai GI rendah) melepaskan tenaga ke dalam sistem badan secara perlahan. Ini membantu menstabilkan paras gula dalam darah dan mereka akan berasa kenyang lebih lama.


2. Pengambilan Bawang Putih atau Garlic Shaklee

 

Garlic Complex Shaklee

Bawang Putih membantu mengawal aras gula di dalam darah. Tapi bagi pesakit kencing manis yang mengambil insulin di nasihatkan untuk mendapatkan nasihat Doktor sebelum mengambil Garlic Shaklee.

  

Untuk mendapatkan Supplemen Shaklee anda bolehlah Pm/sms/whatsapp 012 3945670 (Kak Izzah) dan konsultansi percuma secara ekslusif akan di berikan.


COD : Shah Alam, Klang, Bandar Sunway, Subang, Kota Kemuning, Bukit Kemuning, Jalan Kebun, Bukit Naga dan Kampung Jawa

TAMPIL SIHAT DAN CANTIK 
Anda Adalah Keutamaan Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...