Thursday 27 November 2014

MAHA 2014

Assalamualaikum,

Hari Isnin (), akak berkesempatan gi jenguk MAHA dekat Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di UPM Serdang.

Pameran ini anjuran Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani. Pelbagai jenis pameran, jualan dan aktiviti yang berasas tani di adakan. Memang tempat yang menarik untuk di kunjungi oleh pelbagai peringkat umur. Boleh tengok pelbagai jenis pokok, binantang ternakan dan pelbagai produk industri tempatan.

Haritu akak gi pun dah nak dekat kol 4 petang, so ingat nak round semua tempatlah, sebab ingat kalau pergi petang takdelah panas sangat. Tapi nampaknya memang tak sempat nak round semua tempat, kami sempat pergi Tapak Pameran Hall Utama dan Agrobazaar jah... memang banyak tempat yang best2. Yang bestnya Surau dan tandas yang selesa juga di sediakan. Anak-anak sibuk duk ajak pergi lagi, sebab banyak tempat lagi yang tak pergi. Yang paling syok diaorang nak pergi tengok binatanglah macam kuda, arnab....In Sha Allah, sabtu ni nak bawak diaorang gi sana lagi. Kalau nak gi better gi dari awal pagi, baru puas hati.

Ni antara tapak pameran yang di sediakan.

  • Tapak Pameran Ternakan
  • Tapak Pameran Jentera
  • Tapak Pameran Padi
  • Tapak Pameran Pavilion Negeri-Negeri
  • Tapak Pameran Hall Utama & Agrobazaar
  • Tapak Pameran Flora
  • Tapak Pameran Sayur-sayuran
  • Tapak Pameran Perikanan
  • Tapak Pameran Nanas
Nak tahu lebih lanjut mengenai aktiviti yang di adakan di MAHA boleh tengok di Aktiviti MAHA.

Ni pulak antara gambar-gambar yang sempat di ambil.

MAHA 2014


MAHA 2014


MAHA 2014


MAHA 2014


MAHA 2014


MAHA 2014


Sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang tak di lawati...So sapa2 yang tak tahu nak gi mana cuti sekolah ni, elok sangatlah bawak anak2 datang sini. Memang berbaloi.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...