Monday 24 November 2014

Kurus Tanpa Berlapar

Kurus Tanpa Berlapar??? Boleh ke???

Mestilah boleh...Nak kurus tak semestinya berlapar. Sebenarnya diet yang paling elok adalah makan dalam kuantiti yang sikit tapi kerap. Ini untuk kita meningkatkan lagi kadar metabolisme badan. Tapi walaupun makan dalam kadar yang kerap, kita pastikan makanan yang kita makan itu adalah berkhasiat dan kadar kalori yang mencukupi untuk sehari.

Berikut Adalah Trick Untuk Anda Mengurangkan Jumlah Hidangan


1. Masak Dalam Kuantiti Yang Sedikit


Ketika menyediakan hidangan, masak secukupnya hanya untuk sekali makan sahaja. Jika masih terasa lapar selepas itu bolehlah makan snek yang ringan seperti air milo tanpa gula, biskut kraker, roti atau ESP/ Mealshake. 

2. Saiz Hidangan Makanan


Cuba hadkan makanan anda. Contohnya, mengambil sedikit nasi, sayur, lauk atau pasta dalam pinggan. Mungkin pada mulanya anda akan merasa hidangan itu terlalu sedikit. Tetapi lama-kelamaan anda pasti akan terbiasa dengan hidangan tersebut.

3. Guna Piring Kecil


Jika sebelum ini anda biasa menggunakan pinggan nasi yang besar, gantikan dengan pinggan salad yang kecil. Piring yang kecil memberi ilusi makanan anda sudah penuh sehingga makanan di ambil pun sedikit.

4. Letakkan Snek Dalam Bekas Kecil


Jika hobi anda adalah mengunyah makanan. Jadi cara yang harus anda lakukan adalah dengan meletakkan sebahagian snek ke dalam bekas yang lebih kecil. Dengan bekas yang lebih kecil, lebih senang untuk anda masukkan ke dalam beg dan makan di mana sahaja ketika lapar.

5. Minum Segelas Besar Air Masak


Walau apapun anda makan, samada sarapan, makan tengahari atau malam, minumlah segelas air masak sebelumnya. Cara ini akan membantu anda merasa sedikit kenyang dan otak akan mengirimkan isyarat pada mulut untuk tidak mengunyah makanan terlalu banyak.

6. Makan Perlahan-lahan


Nikmatilah makanan sepenuhnya dan kunyah lebih kurang 30 saat sebelum menelan. Tunggu satu minit sebelum anda mengambil makanan lain. Cubalah rasa tekstur dan kelazatan makanan itu, pasti anda berasa kenyang sebelum makanan habis.

7. Kawal Nafsu Makan


Trik Untuk Mengawal Nafsu Makan

  • Sarapan Dengan Protein - Makanan berasaskan protein akan membuatkan anda kenyang dalam masa yang lama. Sebab itulah akak suka ambik sarapan hanya dengan ESP (Sumber Protein terbaik), memang terasa kenyang sampai ke tengahari.
  • Tunggu Seketika - Perut mengambil masa 10 - 20 minit untuk memberi isyarat ke otak jika perut anda telah penuh. Oleh itu, sebelum dan selepas makan, minumlah segelas air putih. Jika masih lapar bolehlah makan sedikit buah2an, sayuran atau kraker
  • Duduk Ketika Makan - Makan sambil duduk bukan sahaja membuatkan anda tidak terburu-buru tetapi juga membuatkan anda berfikir seketika untuk tidak makan terlalu banyak.
So untuk mereka yang tengah berdiet tu, bolehlah cuba trik di atas.



Untuk mendapatkan Supplemen Shaklee anda bolehlah;

☏ Pm/sms/whatsapp :  012 3945670 (Kak Izzah) 

✉ Email : nurizzah7374@gmail.com

FB : Nur Izzah Samsudin

Fanpage : Lovelymamashop 

COD : Shah Alam, Klang, Bandar Sunway, Subang, Kota Kemuning, Bukit Kemuning, Jalan Kebun, Bukit Naga dan Kampung Jawa


Konsultansi percuma secara ekslusif akan di berikan dengan setiap pembelian.

TAMPIL SIHAT DAN CANTIK 
Anda Adalah Keutamaan Kami


1 comment:

  1. No Deposit Bonus Casino | Free Money for Only
    What Are No Deposit w88 dashboard Bonuses? — No Deposit 포커 규칙 Bonus Casino is a 토큰 룰렛 casino site that allows you to use free cash to get started w88 without having to use a casino to play 승부 예측 사이트 on real

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...